Friday, 12 April 2013

Percutian di Kuching Serawak Day 2

Sambungan  >> Day 1

Percutian 4 hari 3 malam di Kuching Serawak
DAY 2

Sarawak Cultural Village-Food Court Kg Boyan-Kilang Pasu Batu 4-Topspot

Hari ke-2 diteruskan dengan lawatan ke Serawak Cultural Village..RM60/person..Harga memang boleh tahan mahalnya..Tapi orang cakap kalau datang SCV ni umpama dah bercuti satu serawak lah..Katanya..Mungkin sebab kat SCV ni dah  diketengahkan budaya pelbagai kaum serawak..Terdapat 7 buah jenis Rumah kaum serawak..Lepas dah bayar tu, pelawat akan diberikan satu buku ala pasport la..Bila lawat setiap rumah kat sana ..Boleh lah cop..Kononya dah pernah sampai rumah-rumah tersebut..Yang bestnya kat sini terdapat persembahan selama 45 minit..Macam teater tu di Panggung budaya..Persembahan dia memang mantap habislah..Rugi sapa yang masuk SCV ni tapi tak tengok persembahan..Persembahan diadakan 2 kali je sehari.. Kami tengok sesi 11 pagi tu..Petang tak sure pukul berapa..hihi..



 Berdepan dengan Serawak Cultural Village ni ada macam taman ..So sebelum masuk SCV ni boleh la jalan-jalan area sini. Kebetulan masa sampai tu Aisy tengah tidur..Sementara dia tidur tu, Mak tolong jagakan..Kami jalan-jalan dulu..hihi


Amboi..Posing macam tengah honeymoon pulak..padahal!


En.suami dan Saya yang GEMS!


Dalam gambar ni ada tunjuk peta untuk 7 buah rumah tu..Semua kami masuk kecuali Rumah Cina..Ada patung kat situ..Macam tak sesuai pulak nak bawa Aisy masuk..Tapi saya tetap masuk sekejab ambil cop..Nak penuhkan buku pasport itu..


 Rumah Melayu..Ada orang nyanyi kat dalam sana..Lagu sambut tetamu katanya..Ada jual bahulu panas-panas juga kat sana..Nyum..!


 Unik betul..


Dekat Rumah Penan ni boleh try sumpit..3x sumpit/RM1..En.suami sekali je sumpit dah kena sasaran..Terror  la abang!..Saya pun try..Tapi bersepah-sepah lidi sumpit tu..haha
*Macam familiar ja muka orang yang jaga Rumah penan tu*..Hurm!


Rumah Iban.
Rata-rata setiap rumah akan ada persembahan/tarian singkat menyambut tetamu..
Layan aja!



Jalan atas titian buluh...Jakun!


Nak naik Rumah Bidayuh..



Rumah Orang Ulu..Mencabar nak naik ke Rumah ni..


Dah sampai separuh jalan..Kat rumah ni pun ada persembahan..
Tiang rumah ni siap ada ukiran tau..Cantik


Bergambar atas buaian di bawah Rumah Melayu..


Lepas dah melawat semua rumah tu..Lepak minum jab tunggu pukul 11 pagi..Serbu masuk panggung..Ramai sangat pelawat waktu ni..Penuh panggung..Mana tak nya ada satu rombongan tu sampai 4 buah bas..


Aisy pun layan je persembahan ni walaupun mata dah mengantuk.Sampai meleleh air liur..Behave sangat anak mama..Nanti mama bawa jalan lagi tau..


Persembahan lebih kurang 45 minit..Pada saya memang menghiburkan..

Lepas dah habis persembahan kami bertolak balik ke Kuching..Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit..Setengah hari spend kat sana..Kira berbaloi jugak lah RM60 tu..hihi..


Sampai kuching, sekali lagi kami ke Food court Kampung Boyan (seberang waterfront) nun untuk lunch..Kali ni saya order Laksa Serawak & Air White lady..Sedap!


Destinasi seterusnya lepas lunch adalah ke Kilang Pasu Batu 4..Beli pasu kecil-kecil untuk hiasan kat rumah..Nak beli besar takut terlebih berat plak nak balik semenanjung..


Dinner untuk hari ke-2 di Top Spot Kuching..Food court di atas parking..Masuk cari parking..Naik lif tingkat 6..Disitulah Topspot.. Kami sampai dalam pukul 8 malam..Memang ramai gila manusia kat sana..Meja semua full sampai kami pun rasa dah give up nak tunggu..Perut pun dah berkeroncong sangat..On the way nak keluar tu ada pulak meja kosong..Memang rezeki untuk kami try makan sana..Tapi nak tunggu pulak makanan sampai hampir 45 minit gak lah.,.Gegar badan tahan lapar *Over!


Kebetulan dapat Meja di Gerai ABC Seafood.. *Recommended by my friend*


Ikan Bakar + Sambal Ketam Bertelur + Oyster Ommelete (Must Try) + Butter Prawan +
Sayur Umai belacan (Must Try)
Total:  RM120
Makan untuk 4 orang..
Datang sini tak bawa Aisy pun sebab dia tengah nyenyak tidur..
Mak offer nak tolong jaga..hihi..TQ mak..
Tamat aktiviti hari ke-2

Bersambung.......................

2 comments:

cha said...

bestnya. alang2 dh sampai baik masuk je kan rugi plak. bkn sealu nk pg sane. food tu sodapnya lahai lg2 ketam tu huhu

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

Contact person :
RIKO ADRYANSYAH

Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.co
Blog : http://kitaholidays.blogspot.co.id/
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays

Wassalam







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015