Monday 30 September 2013

Vaksin Pneumococcal untuk anak

Alhamdulillah dah selesai Dos 3 Vaksin Pneumococcal untuk Aisy. Mama doa aisy membesar dengan sihat..Amin...Bawa Aisy pergi cucuk ni hari sabtu sebelum pergi I-city...Pergi time weekend memang ramai sangat orang..Pergi jumpa Dr Afifah KPMC..Memang best sangat setiap kali check-up dengan dr Afifah..Penerangan dia sangat detail, baik dan peramah orangnya..Tak macam sesetengah Dr yang macam acuh tak acuh..hurm! *Jangan nak setap pulak..Eh!*

Kat bawah ni mama Aisy nak kongsi sikit info serba sikit tentang vaksin pneumococal..



  Aisy sampai tertidur tunggu lama sangat..Zzzzzzzzz!


Sambil duduk pun boleh tertidur..Letih sangat la tu..Sedap pulak dengan air-con tu..


**Ehsan Google**

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan).

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.
* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.
* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.
* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadfi apabila bacteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.
* boleh juga menjadi meningitis
* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil
* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.
* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015