Monday, 2 September 2013

Resepi Cheesekut sedap berkrim

Sebut ja pasal cheesekut sapa yang tak tau kan..Memang menjadi fenomena suatu ketika dulu..Saya yang baru gigih nak upload..Buat nya dah lama..haha.. Credit untuk salah seorang Gojes Mum Blogger, Nadt sebab share resepi yang ohsem giler!

Bahan-bahan
  • 1 paket biskut Deluxe Crackers
  • Sedikit fresh milk
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 250gm cream cheese Tantura

Cheese, susu pekat dan 2 sudu susu segar dah ada dalam blender nun ready untuk di blend..Dalam mangkuk oren tu pulak susu segar untuk rendam sekejab biskut sebelum disusun..


Cara-Cara
  1. Blend semua bahan yang dalam blender tu
  2. Celop sekejab biskut dalam susu segar dan susun biskut sesuka hati
  3. Lapiskan bahan blend tadi atas susunan biskut..
  4. Ulang step 2 & 3 sampai habis biskut.
  5. Masuk dalam peti ais.Makan sejuk-sejuk baru feel! Nyum!

 Siap sudah..Senang sangat nak buat..tak perlu oven pun..
Tu yang nampak meleleh tu bukan apa..Sebab mama aisy tak sabar nak melantak..Tak cukup sejuk lagi dah ngappp..tu la jadinya..Melimpah ruah cheese keluar..hihi..


Jemput makan..Resepi ni memang tiru sebijik dengan Nadt..Tak der ubah-ubah..Boleh ja korang  nak tukar dengan susu strawbery or tabur oreo/ milo atas kek tu macam bloger-bloger lain buat untuk rasa yang berlainan....Tapi kalau plain macam ni pun dah ohsemmmmmmmmmmmmm! 

Selamat Mencuba..

1 comment:

Aisyah Ghazi said...

Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah memang suka. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015