Saturday, 7 September 2013

Rumahku syurgaku


Home sweet home. Hari ni dah setahun setengah tinggal kat sini. Proses pembelian bulan 8 2011, awal 2012 renovation, bulan 4 tahun 2012 pindah masuk. Masa pindah masuk tu tengah mengandungkan aisy 4 bulan. Bukan senang proses pembelian rumah yg kitorang laki bini lalui, Macam-macam dugaan juga kena tempuh. Allah je yang tahu. Tapi Alhamdulillah mungkin rezeki anak. Akhirnya dapat juga melangkah masuk ke rumah pertamaku. Memandangkan waktu tu mengandung, en suami yg handle semua pindah randah. Saya cuma kemas brg sikit2 ja. 

Masa masuk rumah ni kitchen kabinet dah ada. So tak perlu pk. Cuma kami buat plaster cyling, tukar lampu kipas, wordrobe untuk main room dan cat balik dinding dan pintu. Perabot baru cuma beli sofa 3 seater je sbb ruang terhad, set bilik tidur, tilam, kabinet tv dan set meja makan. Barang2 lain beli masa dah pindah masuk rumah. 

Masa menyewa rumah dulu lepas kahwin memang kami tak beli byk perabut. Yang ada cuma katil, almari dapur dan Sofa (en suami bagi kawan dia) je, Reason bagi sofa kat kwn en.suami sbb sofa tu tersangat besar. Kalau bawa rumah baru mesti sendat dan padat. Sebab duduk apartment ni ruangnya terhad yer.

Reason nak beli rumah masa tu opkos sebagai asset. Lagipun harga sewa rumah waktu tu lebih kurang harga byr rumah bulan2. Kat kajang ni juga MRT nak naik. Mungkin value rumah akan naik lg. Insyaallah.

Tuje serba sedikit bebelanku pasal tempat berteduh kecil kami. Nanti kalau rajin ku update susun atur segala. I is tak kretip nak interior design bagai. En.suami up sket la ke kreatifnya banding diri ini.haha. 


3 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

bestnye ade rumah sendiri

achiek anis said...

waaahhh...sofa tu...merah hitam.....adore jap...heee

-fiexa- said...

iols is suka rumah uols. lawa & kemas. nice sangat. doakan iols pon murah rezeki boleh beli rumah ye nanti. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015