Sebelum cerita pasal tajuk di atas nak bebel pasal aktiviti hari sabtu dulu..hihi..gigih tol! Bangun pagi-pagi ajak papa Aisy breakfast kat luar..Lepas tu cadangnya nak bawa Aisy ke swimming pool bawah rumah nun..Dah pergi tapi cuaca sangatlah panas terik walaupun masih pagi..panas pagi ni panas sihat orang kata..tapi kesian pulak kat Aisy panas-panas kan..Alasan mama n papa aisy yang puteri dan putera lilin gitu..SANGAT!..
Aisy tak jadi nak mandi swimming pool..ada muka kecewa tak??hehe..
Muka mengantuk yang sebetulnya..
Muka mengantuk yang sebetulnya..
Aktiviti diteruskan dengan masak lunch untuk keluarga tercinta..Menu simple ja..Ayam masak kicap + Ikan masin + Sayur kacang kelisa masak belacan..Gambar malas nak snap..sekian.. Lepas lunch kami ke The Mines jalan-jalan window shopping..Punya lah ramai manusia kat sana..hihi..
Malam pulak dinner kat Ana Ikan Bakar Petai..1st time datang sini..Tempat luas sangat.. Sebelum order cari meja dulu..Baru pilih seafood fresh..Menu pilihan : Tomyam udang + Sotong goreng tepung (sedap sangat!) + Ikan Siakap Bakar Petai.. (Rasa unik sebab ada rasa petai) + Sontam a.k.a kerabu mangga (SEDAP) RM4.50 (order asing kat gerai)..Surau pun ada disediakan..Senang..
1 comment:
i pnh mkn kt ana ikan bakar main branch dia kt kuantan. kt sini tak try lg tp yg kt kuantan tu mmg terbaik hehe
Post a Comment