Baru ni ofis tutup 2 hari sebab ada company trip ke krabi..saya tak join sebab dah pernah pergi last year..so 2 hari tu boleh la kemas2 apa yang patut..anak2 mmg hantar pergi nursery dan pengasuh..sbb mama byk agenda nak kena settle..
Antara agenda nya adalah nak kemas2 dan susun atur apa yang patut..acah2 la konon susun atur..padahal tak kreatif pun ..bukan orang seni..asalkan nampak kemas sudah la..hee.
Dah nampak lapang atas rak kasut ni..kalau tak mcm2 ada resit la ..syiling la..mcm2 ..sakit mata tgk..
Port letak mainan anak2..sbb sini la tmp dorang main dan sepahkan mainan..heee..letak je dlm tong ikea tu..campak2 je kalau nak cpt nmpak kemas ..
Ni pulak view bawah dapur..pekakas warna pink belah atas tu letak segala stok rempah kari pack kecik2, santan kotak etc..kebanyakan beli kedai 2 ringgit je..pekakas bawah tu beli kat mr diy..
Alas tampal kat diding sebelum ni dah teruk bebenor..jln2 mr diy jumpa yg ada corak macam ni..terus rembat..
Ni pulak bilik anak bujang..dulu letak tent tu..tp baru ni masa cuti tu lipat balik tent tu letak meja ikea ni..nampak la luas sikit ruang ni sbb bilik ni kecik je...
budget2 nak buat aktiviti homeschooling dgn aisy kat sini la..walaupun..
Dah rasmi pun..happy dia tgk ada meja dan kerusi baru..tak habis2 peluk cakap terima kasih mama...aisy aisy..baru semangat nak belajar kan..heee..
Tu la serba sikit agenda yg mama aisy dpt settle kan..tu pun ada lagi yg tak dpt buat..nama je 2 hari cuti..tapi tak cukup oii..
1 comment:
wah rajinnya...mesti mama seronok anak ucap terima kasih berkali-kali kan
Post a Comment