Thursday, 24 October 2013

14 Month: Muhammad Aisy Iskandar



  • Dah stabil berjalan sendiri..Kadang-kdang berlari oiii..haha..
  • Nak berjalan tanpa dipegang..Action!
  • Kalau tak nak sesuatu Aisy akan cakap "TANAK" sambil geleng kepala..
  • Gigi dah ada 7..Atas 4 , Bawah 3..On the way nak tumbuh lagi satu kat bawah..
  • Pandai salam cium tangan dan bye bye sambil cakap "TATA"
  • Kalau nak sesuatu sebut "NAK" sambil tangan tunjuk nak apa..
  • Dah boleh faham arahan mudah ..Contoh: Aisy tengah main remote tv..Saya mintak "Aisy bagi mama remote tv"..Aisy akan bagi..Tolong mama kemas toys..Aisy pun kutip n campak mainan masuk kotak..
  • Suka minum air masak guna straw
  • Kalau tak dapat sesuatu, mula la menangis mintak simpati
  • Dah excited nak balik dari nursery..Kalau tak bukan main susah nak balik dari nursery
  • Manja
  • Kalau nak tidur mesti nak ada papa n mama kalau dia tau dua-dua ada kat rumah..
  • Dah mula memanjat oi..hihi..
  • Banyak akal..Ada ja idea dia nak main..Contoh: Campak semua barang bawah sofa..Lepas tu usaha sedaya upaya nak ambil balik sampai tertongeng-tongeng..Contoh II: Kalau papa larang pergi dapur..Senyap-senyap ja dia pergi sambil jenguk-jenguk kat papa nak tengok papa datang ambil tak..Bila papa datang apa lagi tergedik-gedikla menjerit sambil terangkat kaki-kaki..haha..Lawak!
  • Lately ni peel tidur Aisy dah berubah..Aisy akan trtidur dalam kereta sampai angkat masuk rumah lepas balik dari nursery..Masuk Isyak ja dia dah bangun..Mula-mula nangis dulu..Bila nak tidurkan dia dah tak nak dah..nak ajak keluar bilik main..
  • Kalau dengar lagu favourite..Badan tu henjut-henjut sambil tepuk tangan ..Kemain!
  • Dah tau kalau keluar mesti nak pakai sandle..Nampak ja saya pegang sandle/kasut..Aisy dah hulurkan kaki dia dulu..*Kuat berjalan ni..
Cepatnya masa berlalu..Mama rindu bau baby..Aisy nak adik tak?? eh!

1 comment:

DYatie said...

Aisy kata, nak!!! Boleh bagi esok? Hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015