Monday 8 September 2014

Aisy is turning 2 years

Cerita ni dah basi..Tapi tetap nak cerita .. Celebrate birthday aisy di hari jadinya..
Macam tahun-tahun lepas juga..beli kek dan potong-potong kek..
Memandangkan aisy suka sangat tengok upin  Ipin..
Jadi saya order kek upin ipin untuk aisy..


Order yang 500gram je di Breadtime bakery bangi..
masa ni mama aisy pilih  russian chocolate cake..
Sedap gilerr..Aisy pun dok ulang makan sampai habis..





Time lunch tu juga mama aisy gigih pergi cari hadiah..
Fikir punya fikir last-last beli set colour & alat tulis upin ipin, buku warna dan truck kecil..
Lepas dah beli terus SMS papa aisy dengan bangganya tulis "mama dah ada hadiah untuk aisy.."
Rupanya senyap-senyap dia pergi beli juga hadiah untuk aisy petang tu..hihi
Papa aisy beli botol air & topeng upin ipin..hihi.* tak nak kalah tu nak upin ipin gak..









Petang tu lepas habis kerja terus celebrate..Excited je aisy tengok kek upin ipin..
Tangan tu jangan cakap la dah pegang pisau tak sabar nak potong..
Lepas makan kek..Aisy terus excited warna buku dia..Walaupun lebih kepada menconteng..
Tak pe slow-slow belajar yer anak mama..




Sempena Aisy 2 tahun mama dan papa ada lagi satu hadiah..
Nak tahu apa? *tak nak tau pun nak carita jugak.hihi*
Tunggu next entry..bye..


1 comment:

mommy.aisy.hana said...

Selamat ulang tahun Aisy..
Besar jadi ank baik tauu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015