Monday 14 April 2014

Safari wonderland A Famosa Melaka


Ni cerita basi..tapi wajib masuk blog juga untuk kenang-kenangan di masa tua..haha..
Plan nak ke melaka ni sebab nak bawa aisy tengok binatang..
Sebab waktu ni semua binatang berkaki empat dia panggil cat..hihi..

Kami bertolak awal pagi..pukul 1015 pagi dah sampai dekat a famosa ni..
Masa sampai2 tu aisy tengah dibuai mimpi ...
Masuk entance je terus terjaga..macam tau2 je nak tengok binatang..

Masuk sini ambil pakerj safari wonderland + set lunch ..harga rm49 untuk dewasa dan rm39 untuk kanak2..
Kalau pergi weekdays rm46 dewasa, rm 36 untuk kanak-kanak..
operation hours : 9 am - 5 pm..

Sapa yang bercadang nak datang sini kena make sure sampai sebelum pukul 10 pagi..sebab show start pukul 1015am..rugi rasanya kalau terlepas show..semua sekali ada 4 show..kami terlepas satu show iaitu elephant encounter..sampai2 je show dah habis..rugi2..


Sampai- sampai kami berjalan dulu sekitar "walk thru area".. Banyak juga binatang kat sini..boleh bagi makan binatang juga kat sini..aisy pun tak ketinggalan nak rasa bagi gajah, unta dan kuda makan..cool je aisy..mama ingat aisy meraung dah ..tengok2 ok pulak dia..hihi..mama yang meraung lebih..


Show pertama yang kami tengok iaitu multi animal fun play..show pukul 1120am & 3pm..antara binatang yang perform ular, kucing, tupai, monyet dan banyak lagi..memang cerdik tengok binatang2 ni .tapi lepas perform kena upah makanan diorang ler..


Show ke 2 adalah colour of birds..show pukul 12pm & 345pm..enjoy tengok show ni..dengar burung kakak tua bercakap n siap nyanyi lagu happy birthday lagu uolss..bijak tak.hihi..


Show ke 3 adalah wild wild west show..215pm ..macam pertujukan drama koboi la..sepatah apa dia cakap saya tak berapa nak faham..yang tau banyak tembak menembak dan gaduh2.. Memang bingit la masa show ni..kena prepare mental dan fizikal sbb banyak bunyi tembakan ..haha..kalau bawa baby macam tak digalakkan la tengok..macam aisy pun boring2 ja dalam ni..mama yang over tengok 


Sebelum tengok show ke 3 tu kami lunch dulu bersebelahan dengan tasik..guna kupon yang dapat masa bayar tu..kata free set lunch kan..lunch kat sana memang tak mengecewakan ..sedap sangat..ke sebab lapar?? Eh memang sedap arr..hihi..


Lepas lunch kami ke monkey island naik rakit macam dalam gambar tu..nama je monkey island..tapi monyet ada la 2, 3 ekor..hihi..kat sini binatang macam kambing biri-biri, ayam , itik dan monyet dilepas macam tu je..semua jinak- jinak..


Lepas selesai show ke 3 tu kami ke truck station untuk lihat binatang- binatang liar dengan menaiki truck..harimau dan beruang selamber je berlegar2 kat truck kami..cuak juga masa ni...banyak juga binatang liar kat sini..


Kebetulan masa lalu kat situ ada orang tengah bagi makan harimau..dapat la tengok sekejab..sapa yang nak rasa sendiri bagi makan harimau tu kena bayar extra charges..tak ingat pulak berapa..tapi mahallah bagi kami..hihi..tak berbaloi rasanya..waktu ni la excited nak bawa aisy tengok binatang liar..sekali masuk je dalam truck ni boleh pulak dia tidur..apa daaaa...lepas dah selesai kami pun bertolak ke bandaraya melaka..bateri dah weak waktu ni seharian berjalan..

frust sikit sebab tak dapat masuk farm house..kat situ katanya ada anak2 ayam cute yang super banyak...tapi masa tu under construction katanya..tak de rezeki namanya..

4 comments:

DYatie ABakar said...

Nampak lebih menarik dari zoo melaka. Hehehe. Kena masuk dalam list nih. Hihi.

Unknown said...

pengalaman saya..baik gie sini dr gie zoo melaka...hehehe

Unknown said...

Luas x kawasan.. kalu be org tua larat x jln...

Unknown said...

Selamat bercuti :)

Kunjungilah vila 827 (5* villa) lain kali.

www.villafamosaresort.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015