Thursday, 15 August 2013

Salam Aidilfitri 2013

Tahun ni istimewa sangat sebab en.suami dapat cuti raya.dan
Aisy dah setahun..Syukur Alhamdulillah..

Tahun ni memang jadi penyumbang pada tol plus sebab dok ulang alik balik kampung di Parit Buntar-Jitra..
Walaupun tak lah jauh mana..1 jam 30 minit ja..
Mama Aisy propa lebih..haha..
Saya dan suami ambil cuti sehari sebelum raya..
Dari KL terus ke Parit Buntar untuk bersahur..
9 pagi bertolak balik Jitra untuk berbuka puasa hari last..
Pagi raya bertolak ke Parit Buntar..
Hari raya ke-2 bertolak balik Jitra..fuh fuh! peluh ketiak..

Raya Pertama
Tahun ni giliran beraya di kampung en.suami..
Tapi pagi raya sempat beraya dan bersalaman dengan mama dan ayah saya..
Lepas tu baru bertolak ke kampung en.suami..

Rumah sedara mara sebelah hubby memang berjiran ja..
Semua buat open house pulak..
Memang makan ja kerjanya..
Rumah Mak Su makan Ketupat Kacang+Rendang
Rumah Mak Chak makan Lontong
Rumah Mak Ngah makan Nasi Minyak
Rumah Mak Ndak makan Bihun Sup
Puas dapat sumbat macam-macam..haha..napsu semata-mata..


Tema: Purple.


3 beradik


Tercapai jugak hasrat nak bergambar 1 family..TQ abang sebab buat saya happy..


Picca sebelah family en.suami tak sempat snap pun..
En.suami kemalasan nak kuarkan kamera..Geram btol!
Lepas tu baru sentap tak da gambar family dia..grrr!

Raya ke-2 beraya di Rumah Tok saya..dan Rumah Mak saudara..Makan Nasi Beriani pulak..

Raya ke-3 balik rumah Mak.Tolong masak sebab ada saudara nak datang beraya..Mak masak mee kuah..Malam tu pulak kami  berBBQ..Will update soon~

Raya ke-4 beraya di rumah 2 jiran lama mak kat Pendang..Petang tu balik jitra mama pulak buat makan-makan..Ada steamboat ..Ada BBQ lagi...Best sgt!Makan tak hingat!

Raya ke-5 Makan kenduri..Window Shopping di kampung halaman..Melawat tok dan wan sekali lagi..Bertolak Balik KL..huhu..

Dikesempatan ni, saya nak pohon 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada menguris hati sesiapa..
Maaf Zahir dan Batin..

Jemput datang beraya di rumah yer~

2 comments:

Ayu azmir said...

Selamat hr ry

cha said...

selamat hari raya u maaf zahir batin. sorry lama tak dtg sini busy keje huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015