Wednesday, 28 January 2015

Pengalaman bersalin anak kedua NUR ZARA ALISYA

Anak ke dua ni bersalin awal 4 hari dari tarikh dijangka bersalin. Due date sebenarnya adalah pada 17/1/2015..Masa 13/1/2015 saya masih bekerja macam biasa..masa kerja tu tak da lansung sakit nak bersalin..semuanya normal macam biasa..tapi kawan yang nak take over kerja tu ada la cakap hidung nampak kembang ..orang cakap tu salah satu tanda nak bersalin dah..dalam hati memang amin kan aja..sebab dah tak sabar nak tggu adik baby keluar..jangan la overdue..sebab aisy dulu bersalin awal 10 hari..kebetulan haritu en.suami ambil dan hantar pergi kerja sebab dia cuti ..,lepas balik kerja terus tapau makan malam dan terus balik rumah..

930 pm

Macam biasa lepas makan masa Tengah baring - baring dengan aisy atas katil sambil layan aisy tengok upin ipin..tiba- tiba masa nak ubah kedudukan sambil baring tu dengar bunyi macam "pop". Saya ingatkan biasa2 je..sekali bila bergerak rasa ada air mengalir...bila makin bergerak makin rasa air keluar..terus inform en.suami dan pergi toilet pakai pad..masa tu memang tak de rasa sakit langsung..en.suami dah gelabah suruh siap2 nak pergi hospital..masa ni saya rileks2 je dulu sebab masih tak sakit..sempat tanya pendapat geng gojes kat facebook..semua suruh cepat-cepat pergi sebab kalau anak kedua ni jalan cepat buka..

Saya pun mintak suami angkat semua beg2 yang dah sedia utk bawa ke hospital sementara saya packing baju2 aisy ..masa ni dah call mak sedara cakap nak hantar aisy.nasib baik aisy dah tidur waktu ni..kalau tak confirm dia pun nak ikut sekali pergi hospital..

Masa en.suami sibuk angkat barang tu..sempatla saya basuh baki pinggan2, kemas mainan aisy dan mandi.. Sebelum keluar rumah Sempat teguk air zam2..mula2 nak makan kurma bagi tenaga..tapi dah kelam kabut sangat ..tak sempat..

1030 pm

Hantar aisy ke rumah mak sedara di bangi..tak masuk dalam rumah pun..saya tunggu dalam kereta je..masa ni dah mula rasa contraction selang 10 minit-15minit..masa ni sempat call mama, ayah dan mertua mintak ampun dan maaf..

1115pm

Sampai di kpmc.terus ke labour room..masuk je labour room..saya diminta tukar baju dan ctg dipasangkan untuk cek contraction..masa ni la mintak ampun kat en.suami ..banyak dosa dengan dia..en suami masa ni berlenggang je masuk sekali labour room tak bawa beg pakaian dalam kereta tu..mesti dia ingat lambat lagi nak bersalin..haha..

Waktu buat ctg tu dalam 30 minit mmg ada rasa contranction..makin kerap..tp masih boleh sengih2 lagi masa ni..sempat gak la amik gambar posing menahan sakit contranction..

1145pm

Nurse datang untuk cek bukaan...masa cek ni dah 4cm...memang senak sangat masa dia masuk jari tu..adoii..lepas cek bukaan nurse cucuk ubat untuk buang air besar..nurse siap pesan jangan lama2 dalam toilet..takut terberanak..masa ni nak gi toilet dah tak daya..tp nak berak sangat sampai kena guna kerusi roda..padahal toilet dekat jer..masa tgh membuang tu nurse asyik la dok suruh kuar toilet..cakap dah2 sudah..adoi..orang nak memerut pun terganggu..haha..

1215am
Masuk labour room balik, Nurse offer ubat tahan sakit..masa ni memang pasrah jer la nak cucuk ubat apa pun..sebab dah sakit..masa ni contraction 5 minit sekali datang..tapi ubat tahan sakit tu tak berkesan pun..makin sakit ada la ..choi..!!

1240am
Masa ni memang nak meneran sangat2 dah..dr.mimie masa ni tak sampai2.. Nurse suruh tunggu dulu.,memang waktu ni terteran gak sendiri sebab tak tahan...kebetulan masa tu dr anita baru selesai sambut baby kat labour room sebelah ..dia la yang offer nak sambut adik baby..syukur sangat..bila dr anita suruh push..masa ni tak rasa conraction plak..haha..boleh plak cakap kat dr tak sakit dah..tadi beria sangat kan ko nak bersalin..hihi..bila rasa nak meneran je cepat2 saya push..dr kata dah nampak kepala..bila cakap dah nampak lagila semangat nak meneran..

1250am
Lepas 2x push bagai nak rak.lahirlah baby girl seberat 3.4kg..sama berat macam dr mimie estimate masa last scan haritu..

Kemudian dr suruh push untuk keluarkan uri dan jahit luka..alhamdulillah kali ni dr. Tak de gunting cuma terkoyak sikit..masa jahit pun tak siksa macam bersalinkan aisy dulu...kira masih boleh bertahan..dr anita cool sangat..lemah lembut..memang puas hati sangat dapat bersalin dengan dia.walaupun tiap2 bulan tak buat check up dengan dia..proses jahitan pun tak lama tup2 dah selesai. cuma lepas bersalin tu memang rasa mengantuk sangat.maybe ubat tahan sakit baru nak betindak kot...sampai nurse kejut mintak susukan baby..kemudian nurse mintak untuk bersihkan baby dan saya dah boleh masuk ward..

Esoknya dah boleh keluar wad..


Syukur sangat dipermudahkan...alhamdulillah..Bermula episod mama anak dua.

3 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum..alhamdullilah. lega dengar semuanya selamat. best tak jadi mama kepada 2 orang anak? hehehehe sheila excited nak anak ramai. hihiii

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam,
salam perkenalan yer
waaaaaa..baby jan jugak yer
congratz on ur new born yer :)
selamat berpantang uols
pa pun kalo sudi jemputla singgah & join blog iols jugak yer :)

AZNIAL RAHMAT said...

PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

Clinic information:-

PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015