Thursday, 1 October 2015

Day 2 Percutian 3 hari 2 malam di cameron highland

Liat betul mama aisy nak sambung cerita bercuti hari tu..ok sambung hari ke 2 di cameron highland..awal pagi saya dan suami keluar untuj cari breakfast..goggle2 ada review nasi lemak sedap di tanah rata..kitorang pun terus ke sana..gerainya dalam deretan mcm foodcourt tu..sebungkus rm2 je..bihun goreng pun ada... letak sampal petai perghh...yg paling win kat sini kuih keria dia..serius teringat2 kelembutan kuih keria tu..ok cukup pasal makanan..hihi..

Lepas dah tapau terus balik hotel breakfast sama2..lepas dah kenyang kami siap2 nak ke Lavender Garden Cameron Highland..Memang recommended utk yg nak berjalan2 di CH ni..masuk sini rm4 kalau tak silap..bunga2 kat sini memang memukau pemandangan..cantik sangat...memang gila bergambar je kat sini..
Kitorang lepak2 lama kat sini sampai alisya tertidur dalam baby carrier.....aisy pulak jumpa kolam ikan..bukan main dia bagi ikan makan..korang boleh berjalan2 atau lebih kepada mendaki sikit la sebab kawasan mcm berbukit..tp mertua maintain je naik sampai atas..

Aisy sibuk nak bagi ikan makan..bergambar dengan minnion..

Di pintu masuk..aisy kemain posing ke tengok mama tu..

Cantik view kat sini..model tak berbayar tu mohon abaikan  yer..hihi...

aisy bz bg makan ikan masa ni...maka ber 3 je la bergambar..

Dulu last datang dgn en.tunang 2009..sekarang anak dah 2 dah...

Lepas dah puas berjalan2 di lavendar garden CH ni kami terus tapau lunch dan balik hotel..sebelah petang pulak kami sekali lagi.ke the big strawbery farm..tapi kali ni bertiga je.saya .aisy dan suami..alisya tinggal dengan mertua..semua dah letih berjalan...


Hari ke 2 high tea kat the big red strawbery farm

Sweet couple mertua ku


Segar salad di big red ni..rasa mcm nak ngap terus masuk mulut..

Lama juga kat sini makan2 sambil layan aisy main mainan yang masuk syiling tu.kemudian sebelum balik hotel kami sempat singgah taman cactus cameron highland..kejab ke kat sini datang ambil gambar je..mengimbau kembali datang sini tahun 2009 gitu..nostalgia sangat..tp masa 2009 lagi meriah pokok2 kat sini..sekarang dah lain dan x byk pokok2..huhu...


Gambar throwback..hihi..

Sebelah malam pulak kami keluar dinner makan steamboat di restoran glory78 steamboat.so far steamboat kat sini biasa2 je..sayur pun tak banyak..nasi goreng pun rasanya kelaut..huhu..lagi untung kalau beli sayur2  fresh kat kea farm tu n bawa rice cooker buat sendiri makan kat hotel..hihi..tp barang basah kena bawa la dari rumah..kat CM macam susah je nak dapat..


Lepas dinner terus balik hotel tidur..baru rasa letih berjalan 1 hari...bersambung.



Wednesday, 16 September 2015

DAY 1 Percutian 3 hari 2 malam di Cameron Highland

Last week kami sekeluarga bercuti di cameron highland. Last pergi masa 2009. Memang teringin lama dah nak ke CM..Akhirnya tertunai jugak..terima kasih pada mak sebab booking hotel untuk percutian ni...kami stay di hotel copthorne. Dulu hotel ni nama hotel equotorial..tapi dah tukar nama..lokasi bersebelahan dengan kea farm..kami bertolak dari kl pkl 9am..sampai tapah around pukul 1130am..
memang dah berjanji dengan parent in law tunggu kat sana sebab kitorang nak lunch dekat gerai nasi bamboo sg kiah tapah yang femes tu...

lunch kat sini memang rare, terbaik dah sedap..masa kami sampai tu mmg full house..nasi tu dimasak dalam buluh..wangi je.lauk2 pun banyak pilihan..yang menjadi pilihan kami kerabu pucuk paku, ayam dara bakar , ayam goreng kampung..rendang rusa (1st time makan), ikan bakar..mcm2 lagi...nasi tu dihidangkan sekali dengan sambal ala2 nasi ayam penyet tu, kari,ulam2 ,telur masin..sedap2..sambal tu memang win..

lepas perut dah kenyang kami bertolak naik ke cameron..2 jam 30 minit juga masa perjalanan..kami pergi hari ahad..jalan tak jem sangat..banyak kereta dah nak bergerak turun..

Sampai dalam pukul 330pm terus check in hotel..pkl 430pm.kami keluar untuk jalan2. Destinasi pertama ladang strawberi hj masorr taman agro ..datang sini semata2 beli ais krim jr..tak.jalan2 pun...kemudian kami ke big strawbery farm untuk high tea kat sana..

Strawberry chocolate

Aisy di cameron highland 
Desert kat sini mengancam..

Lepas dah kenyang singgah kea farm beli jagung bakar ,brokoli goreng dan sotong goreng dan balik hotel..malam tu kitorang lepak kat hotel je makan lauk tapau kat nasi bamboo tu.. bersambung ...

Saturday, 29 August 2015

Nur zara alisya 7 month

Alisya 1st time demam masa 7 bulan ni..
saya syak sebab nak tumbuh gigi...
kesian tengok dia melepek je...banyak tidur..dan nak berdukung je...
masa alisya mula demam tu, en suami ambil cuti sebab saya tgh bz kat office...
hari ke 2 tu mama saya datang dari kedah untuk jaga alisya
.**terima kasih mama..terharu**.. 

alhamdulillah hari ni alisya dah ok sikit..
dah makan dan boleh senyum gelak2..
kalau tak masam je..huhu..

Antara perkembangan alisya ..dia dah boleh golek..
kalau letak meniarap atas tilam..
tengok2 dah ke lantai nun...suka geleng2 kepala..
gelak besar bila tgk telatah abang long...

View indah mama setiap pagi

Suka makan


Adik demam

Main tut chak

Semoga terus membesar dengan sihat yer bam bam mama ..

Tuesday, 25 August 2015

Throwback : Aisy main bunga api

Throwback hari raya lepas..
Tahun ni raya sakan sebab papa aisy dapat cuti..
Memang dah plan nak bagi aisy main bunga api.
Setahun sekali je ..bukan selalu..
Sebab last year aisy excited je..tp masa tu tengok orang main je..
Sebab kecik lagi...


Ingatkan dia penakut nak pegang..sekali rileks je dia main macam expert..
Mama yang over suruh carefull..mama yang risau lebey..


Ada geng waktu ni..main dengan kazen2..


Siap pusing2 lagi ..



Dah big boy dah anak mama ni...setakat bunga api je yer aisy..
Jangan tahun depan dia mintak mercun udah..waaaa...





Friday, 14 August 2015

Family trip ke temerloh & bentong pahang

Cerita 2 Minggu lepas mertua datang rumah sebab ada kenduri kat kl..
Dah alang2 diorang nak pergi pahang sekali nak melawat sedara dan abang pak ..

Kami sampai temerloh dalam pukul 11 lebih..terus ke rumah pak long..
Sampai sana mak long dah siap masak untuk makan lunch..
Memang langlah kanan..dan kalau datang temerloh tak sah kalau tak makan
Masak lemak tempoyak ikan patin..memang terbaik sangat masak tempoyak mak long..
Boleh buka restoran tu...sedap sangat..


Waaa..terliur nya tengok balik gambar ni.


Bertambah2 kami makan ..tak cover lansung..haha..

Sebelah petang lepas rehat dan solat kami ke jengka 
melawat saudara angkat pak kat sana..
Lepas magrib sampai rumah balik kononya nak rehat kejab lepas tu nak keluar balik pusing2 temerloh..tp non ador sebab alisya mood tak baik..mcm biasa alisya punya pattern kalau berjalan kat luar n dalam kereta mmg good2 sangat..tapi sampai je rumah mmg akan menangis..mungkin kembung makan angin kot.or mengantuk..ntah la...tp mmg selalu macam tu...so nak tidurkn alisya dengan mama papanya pun tidor sekali..

Esoknya pulak kami gerak awal pagi pusing2 temerloh.. Amik gambar kat bawah ni ..ada lagi kesan banjir teruk kat tulisan temerloh tu..


Lepas tu kami ke rumah sababat pak yang terpisah lama kat area temerloh jugak..pukul12 lebih kami bertolak balik ..on the way balik tu kami singgah di bentong makan lemang to'ki...baru 1st time cuba..sepupu yang recommend makan lemang lat situ..memang terbaik rasa dia..lemak lembut cukup rasa..even letak dalam peti ais panaskan balik pun still lembut sedap lagi..ruginya rasa tapau sebatang je bawa balik...ntah bila la nak repeat balik...heee...


Lemang kat sini sepanjang tahun..tak payah tunggu raya yer...


Lepas dah makan lemang kami tapau durian king..kalau pergi area sana tak sah kalau tak makan kan..memang tempat dia..



Musang king dia ada rasa manis2 pahit gitu..saya lagi suka durian D tu..lemak manis..

Kami dapat durian king tu rm23 sekilo...tu pun ada diskaun lagi sebab beli banyak biji kot..mmg berbaloi beli dengan uncle ni..lepas tu terus gerak balik rumah..harum semerbak bau durian dalam kereta..haha..sampai rumah je terus melahap durian dengan lemang..syurgaaaaaa...








Tuesday, 11 August 2015

Aisy turns 3

Jumaat lepas..bersamaan 7 Ogos 2015, genap aisy 3 tahun...memandangkan aisy dah bijak sikit..dah faham apa itu bday,potong kek n dapat hadiah bagai..makanya saya dan en suami pun plan celebrate bday aisy dengan family..kebetulan masa tu mertua ada sekali..meriah sikit...



Tahun lepas aisy minat sangat upin ipin..Sekarang dah 3 tahun ni aisy tengah minat sgt ultraman..so saya order la kek ultraman untuk aisy..nak bagi aisy happy...dan alhamdulillah..memang dia happy sangat..seronok tengok gelagat aisy..haha..


Acah2 posing.besday boy..big boy dah anak mama..


Peace sampai tutup muka..berjaya tiup semua lilin..
sampai muncung habis bersembur kat kek tu..haha..


Aisy potong kek..bukan main tak nak mama pegang..nak potong sendiri..grr


Lepas dah potong kek bagi aisy hadiah..kami belikan aisy robocar poli..dah lama aisy berzikir kat telinga ni ...mama papa aisy nak "kopoli" ...ada satu video aisy buka hadiah..excited sangat aisy tengok hadiah tu rupanya robocar poli..happynya dia sampai melompat2..
Terima kasih semua yang belikan aisy hadiah..


Happy face..the familia..


Adik alisya pun excited sambut birthday abang long..sampai tidur lambat malam tu tahan mata..


Menu pilihan..satay kajang hj samuri..mee goreng by mak...roti jala kuah kari...

Syukur apa yang dirancang dipermudahkan..semoga anak mama muhammad aisy iskandar menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur dan dimurah rezeki, berjaya dunia dan akhirat..amin..mama sayang aisy..

Thursday, 30 July 2015

Aisy di kampung seminggu

Masa balik kampung raya tu aisy mmg dah bgtau awal2 tak nak ikut balik..mula2 ingat dia main2..tapi bila bgtau nak balik rumah..dia kata aisy tak nak..kebetulan mak dan pak bagitau nak datang kenduri kat kl seminggu lepas raya...dengan aisy yang bersungguh nak dok kampung..kami pun bagi green light aisy stay kat kg seminggu..bukan main happy aisy siap boleh bubye rilex je mama papa dan adik masa kami nak bertolak tu...adoi..

Macam mana perasaan bila berjauhan lama dengan anak?..sehari ok lagi..dua hari cool lagi..masuk hari ketiga dah tak senang duduk dah mamanya ni..rasa lain macam..rasa macam tak complete..rasa sesak nafas...rasa kekurangan..bermula saat itu la..kerja dok counting2 tgk calender..tgk jam..overnyahhh..walaupun hari2 cakap telefon ttp rasa rindu..saat rasa rindu tu la teringat balik time marah2 aisy time dia ada kat sisi..terus insaf..sedihnya.. 

Aisy kat kg mestila enjoy..kejab dengan wan wi dan tok ani..kejab2 dengan wan rohan dan tok siah...tapi banyak dengan wan rohan sebab wan dah pencen ada kat rumah...kat kg ramai cousin2 dan pak tam ..seronok la main..ada orang dok melayan..jom tengok gelagat aisy kat kg..


Pau tok dan wan pergi main mainan kat mall..


Aisy teman wan pergi kebun..main baling2 batu..


Asal amik gambar je nak peace..tengah ciwi dah pandai buat peace..haha..
Dulu masa kecik2 tak nak geng dengan yaya..yaya kazen aisy..
Baru ni baru nak geng dengan yaya sebab abang2 tak layan dia..haha..
Yaya je sudi main dengan aisy..haha..


Dah geng dengan yaya..yeay!!



Pau wan n tok 'ksc'...tok cerita bila tanya aisy nak ayam tak..dia jawab tak nak..bila tanya nak kfc ke ? ..laju je aisy cakap nak..aisy aisy..haha..

Esok aisy nak balik sini dah..yeay!!mama so excited...lamanya rasa seminggu berlalu...
Aisy,mama miss you so much...muahh!







Tuesday, 28 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Alhamdulillah..raya tahun ni dapat raya bersama suami tercinta..2 tahun sekali je dapat rasa raya sama2 Atas tuntutan kerja..so bila dah complete ..boleh la raya sakan tahun ni..haha..raya sakan pun macam biasa baju raya kuih raya semua last minit..haha..seminggu nak raya baru complete semuanya..

Saya bertolak balik 2 hari sebelum raya dengan adik...sebab en.suami masih kerja hari last puasa tu..tapi,habis kerja pukul 2'terusmdia pecut balik ..rezeki en.suami dapat jugak berbuka dengan parent dia..


Bukti masih bekerja..buletin 130...pukul 2pm terus cabut lari..haha..

Lepas berbuka kami ke rumah mertua..sebab kazen aisy semua kat sana main bunga api..so bawa aisy pergi sana join sekali..bukan main enjoy dia..tak takut api pulak tu..mama yang over jerit2 seriau..





Raya tahun ni special sebab masa hari raya pertama dapat beraya dengan kedua2 mama ayah dan mertua di pagi raya..sebab mertua beraya kat alor star je..petang raya baru balik kampung di parit buntar... Hari raya pertama di rumah parent saya di jitra..lepas sembanyang raya mama acara wajib semestinya bermaaf maafan dan bergambar..hihi..punyala sibuk bersalaman dengan mama ayah n adik beradik..dengan suami sendiri boleh lupa mintak ampun..bleh cenggitu...?haha..serius kelam kabut dengan nak kepung si abang long aisy nak ajak bergambar..puas pujuk la nak bagi ais krim la apa la..lap peluh mama nak!!


salam aidilfitri ..maaf zahir dan batin..0-0.
Warna tema tahun ni  navy blue..


Keluarga sebelah saya..Complete tahun ni semua ada..
Lepas bergAmbar dan makan2..kami bergerak untuk beraya di rumah mak dan pak pulak..


 Gambar atas mama dan ayah sata bersama cucu2..
Gambar bawah mak dan pak (mertua) bersama cucu2..

Gambar family sebelah suami tak ambil pun..cuma ada gambar mak dan pak dengan cucu je...

Lepas beraya rumah mertua..kami gerak ke rumah tok dan wan saya di alor star jugak..
Gambar bawah ni separuh je dari fmily hj mustafa..jang dan family beraya sebelah pak jang..dan kazen yang dah kahwin semua beraya sebelah mertua masing2..


Lama jugak kat rumah tok..sebelah petang kami ke kuala kedah pulak beraya rumh tok su..lepas tu terus balik rumah..tamat cerita raya pertama..simple tapi meriah nokss...


Ootd Hari raya ke2 


Ootd Hari raya ke3...

Nota kaki: mama aisy dan pink purple tak dapat dipisahkan..k bye..

Sunday, 12 July 2015

Iftar 2015 di The Garden hotel

Bérhabuk sungguh blog mama aisy..mood nak update memang kelaut..kelangit semua la..waa...ok sambung cerita..Jumaat lepas ada majlis berbuka company di the garden hotel & residences.. kebetulan en suami kerja shift pagi je..jadi boleh la dia jaga anak2 sementara saya berbuka di luar..last year dah tak join sebab tengah mabuk pregnant..hihi.



Macam selalu kalau buffet ramadhan yg dicari mesti kambing golek..makan best2 jugak dan banyak pilihan...ada sushi, satay..desert2.. lauk pauk2, kaunter abc, ais krim etc..gambar tu baru 1st round..hihi..selebihnya kuasa nak amik gambar  hee...
fokus pada makanan..

Thank you bos sebab tak pernah miss every year mesti sponsor buka puasa n bg bonus raya..*macam la bos baca blog iols*..puiii..k bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015