MAJERIN

Thursday, 3 November 2016
Resepi Roti Titab
MAJERIN
Thursday, 7 April 2016
Cadangan menu simple

Wednesday, 20 May 2015
Resepi makaroni goreng mudah







Saturday, 25 April 2015
RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH
RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH
Resepi: Goggle
BAHAN A (LAPISAN PALING BAWAH-LAPISAN KEK)
· Swiss roll secukupnya
· Air dari jus koktel * tak letak pun
CARA-CARA:
1. Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.
2. Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan
BAHAN B (LAPISAN TENGAH-KASTAD)
· 1 cawan rata tepung kastad
· 1/2 cawan gula
· 1 tin susu cair
· 1 tin air (sukat guna tin susu cair)
· 1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.
2. Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A).Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. *saya guna buah peach tapi bila nak makan baru letak buah..hihi..
3. Sejukkan sebentar.
BAHAN C (LAPISAN ATAS - JELLY)
· Serbuk jelly brand nona/first choise
· 400ml air
*Follow arahan dekat kota jelly jer..
CARA-CARA
Campurkan serbuk jelly dengan 400ml air.
Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad
Mama aisy da try guna resepi ni mmg confirm sedap..selamat mencuba..

Wednesday, 25 March 2015
Homemade Steamboat

Saturday, 12 April 2014
Resepi lasagna sedap
- Kepingan lasagna..
- Sos prego 14oz
- Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
- Daging cincang 400 gram
- Serbuk black pepper dan serbuk oregano
- Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu
- Keju mozarella
- Keju parmesan
- Sos cili 1 sudu besar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu besar butter
- Keju cheddar 3 sudu besar
- 250 ml susu full krim/fresh milk
- 2 sudu besar tepung gandum
- garam secukup rasa
- Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun/masak
- Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau
- Masukkan daging cincang..
- Gaulkan hingga daging berubah jadi coklat..
- Kemudian tuang sos prego dan gaul sebati
- Masukkan garam secukup rasa..
- Masukkan serbuk oregano..
- Masukkan cendawan butang..
- Masukkan sesudu besar sos cili..
- Tabur serbuk black pepper
- Selesai
- Cairkan butter..
- Guna Kecil : Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati..
- Masukkan susu full krim..
- Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
- Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
- Selesai
- Guna loyang yg sesuai..
- Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
- Taburkan dgn inti daging
- Tuangkan sos putih.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
- Taburkan cheese parmesan dan mozarella
- Ulang balik cara yg sama mengikut citarasa.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. .
- Masukkan dlm oven.. Make sure oven dah di panaskan awal-awal dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit.. guna api atas bawah..

Tuesday, 18 March 2014
Resepi daging goreng kunyit sedap

Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili merah
Cara-cara
- Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
- Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
- Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
- Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
- Masukkn carrot dan kentang
- Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
- Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong..

Resepi tepung talam sedap
- Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
- Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
- Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
- Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
- 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
- Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
- Garam secukup rasa.
- Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.
Cara-cara
Panaskan pengukus.
Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba..

Tuesday, 24 December 2013
Resepi Grill Salmon
- 2 keping ikan salmon
- 1 sudu besar minyak zaitun
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- Brokoli
- Kentang
- Tomato
Bahan-bahan untuk sos
- 2 sudu besar majerin atau mentega
- 1/2 biji bawang besar (dicincang)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
- 1 cawan susu segar
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
- Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan/Grill dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Grill sekali tomato..
- Rebus kentang & brokoli bersama secubit garam
- Sedia untuk dihidangkan
Sunday, 3 November 2013
Weekend: Cucur Udang rangup & Aisy Cedera
RESEPI Cucur Udang Rangup
- Tepung Gandum 4 senduk
- Tepung Beras 2 sudu besar
- Tepung
Cucur RangupGoreng Pisang Adabi *Plastik kuning* 4 sudu - Baking Powder 1 susu kecil
- Garam kunyit secukup rasa
- Cuka 1 sudu besar
- Udang geragau
- Udang
- Bawang besar
- Cili hidup
- Daun kucai *tak letak pun
- Taugeh *pun tak letak..haha..
- Sedikit air
Pusing tengok muka aisy dah tersembam kat lantai..Saya syak masa aisy jalan tiba-riba jatuh tersembam..Tak semena-mena pun..maybe sebab terpijak toys kot sebab saya memang tak nampak sebab dok sibuk mengemas..*my bad* Kesian sangat!
Korang pernah tak jadi camni????
Rajin betul tolong mama..Aisy aisy..
Saturday, 21 September 2013
Resepi Lontong Sedap
8 tangkai kacang panjang, hiris serong *Tak letak
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng) *tak letak~
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis *Tak letak~
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan *saya guna santan kotak cap ayam je*
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)
Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
- Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
- Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....
SERUNDING IKAN BILIS..... *Saya tak buat pun sebab tak cukup bahan*
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
CARA MEMBUATNYA :-)
- Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
- Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Monday, 2 September 2013
Resepi Cheesekut sedap berkrim
- 1 paket biskut Deluxe Crackers
- Sedikit fresh milk
- 1/2 tin susu pekat manis
- 250gm cream cheese Tantura

Cara-Cara
- Blend semua bahan yang dalam blender tu
- Celop sekejab biskut dalam susu segar dan susun biskut sesuka hati
- Lapiskan bahan blend tadi atas susunan biskut..
- Ulang step 2 & 3 sampai habis biskut.
- Masuk dalam peti ais.Makan sejuk-sejuk baru feel! Nyum!



























