Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Monday, 29 February 2016

Little Princess Warded

Kisah 2 minggu lepas..Masa balik dari rumah pengasuh petang tu elok lagi sampai la malam masa nak tidur..Alisya cranky tak nak minum susu..Pelik jugak sebab susu salah satu yg wajib ada kalau alisya nak tidur....Bila jaga tengah malam untuk susu dia dah mau minum tapi siksanya tengok dia nak hisap botol tu..Esoknya hantar alisya macam biasa ke rumah pengasuh..Masa tu badan dedar2..Pesan kat pengasuh kalau demam bagitau la..


Dalam pukul 3pm tu pengasuh wassap cakap badan alisya panas dan tak nak makan n minum..Terus call en.suami..Dia kata dia balik bawa alisya ke klinik.Waktu ni jugak la ada kisah lucu..Entah macam mana en.suami tersalah dengar atau saya yang salah cakap..Dia boleh pergi amik aisy kat tadika bawa pergi klinik..Yang si aisy pandai pulak berlakon sakit.hahaha..Sekali en.suami up status dekat facebook.."Hero demam"..DENGGG!! saya tak syak kata dia salah bawa anak..Saya balas status betulkan cakap HEROIN la..ingat dia TYPO...sekali dia salah bawa anak laaa....hahaha..nasib baik lambat lagi nak sampai turn..Suruh cancel ja jumpa dokter.haha..Bila dah ambil aisy..sah2 saya pun kena balik sebab tak de car seat dalam kereta...So balik awal haritu bawa alisya ke klinik..

Cek dekat KPMC..Dr just bagi ubat demam  je..Mulut tak cek pun...Dah inform dia tak nak makan or minum..Grrr!..Malam tu sama jugak..bila bagi ubat demam ok sekejab demam tapi still tak nak minum...Esoknya saya dan suami EL decide nak bawa alisya jumpa pakar kat KPJ..Bila cek tengok banyak sangat ulser dalam mulut dia ..dan demam tinggi..Dr masuk ubat bontot..Dokter mtk balik dulu dan cuba bagi alisya makan, minum dan makan ais banyak2.Kalau still tak ok kena admit masuk air...Seperti yang dijangka..alisya langsung tak nak makan..ais pun tak nak..minum sikit je..tu pun merengek2..

 
Hari ke 3 kami pergi jumpa dokter lagi..Dia suruh admit je..sbb bibir alisya pun nampak kering ja...tapi azabnya nak tunggu bilik..sebab semua full..Pukul 6pm baru dapat bilik..Melangut ja kitorang gilir2 atas whell chair tu..Alisya dah berapa kali tidur dan berjaga...cranky pun ada sebab tangan ber'drip'..Kesian dia..

1st time alisya warded..Kitorang gilir2 jaga..Malam tu alisya dah mau sikit minum..
Esoknya try bagi bubur dan air masak banyak-banyak...dan alisya dah tak demam waktu ni..alhamdulillah.... 
Petang tu jugak discharge..

 My little princess dah sihat..alhamdulillah..
 
 Terima kasih tok ani sebab datang tengok cucu..
 

Tuesday, 24 December 2013

Sebab anak demam panas

Alhamdulillah..Aisy discharge ahad petang hari tu..
3 hari juga la berkmpung kat KPMC nun...
Rupanya aisy kena demam campak.. 
masa hari ke 4 aisy demam nampak ada 2 3 biji merah belakang badan..
saya ingatkan nyamuk gigit.. Esoknya tengok makin banyak kat belakng dan muka..
rupanya kena campak..sian aisy.. 
Patutla demam kali ni selera makan ok cuma badan panas demam..

Masa pergi perak hari tu cousin aisy kena campak..
Tapi dah 2 minggu lepas so tak expect aisy akan berjangkit..
Rupanya DR kata mmg akan kena juga walaupun jangka masa dah lama..


Belakang badan


Dah mula keluar kat muka..


Sampai rumah ja terus aisy start "menyimpan"..
Balas dendam asyik terperap ja atas katil..

Semalam saya dah start kerja sebab mak dan pak datang dari kedah jaga aisy..
Sampai ja office saya pulak rasa tak sedap badan..
Rasa panas dan sakit satu badan ..Mata pulak berair ja..
Ikutkan nak ja MC..Tapi bila pk dah cuti byk hari..Jadi ku gagahkan juga kerja..
sampai ja rumah semlam mak tegur asal muka merah2 demam ke?
Cek2 memang demam..38.6..terus en.suami bawa pergi klinik..
Dapatla MC hari ni...Nasib baik esok public holiday..
Sebab rasa badan masih lemah lagi nak pergi kerja...



Saturday, 21 December 2013

Aisy masuk wad


Semalam dah 3 ari aisy demam panas tak surut2.. 
Masa 1st day tu dah ambil ubat untuk aisy..
Makan ubat pun tak surut2 lagi sampai semalam ..
kami decide nak pergi hospital sekali lagi sebab 
tengok kat badan aisy penuh tompok2 merah.
Aisy siap gigil2 semalam.. Padahal badan dia tengah panas...
 Risau takut aisy kena campak..tapi bila tanya geng gojes dan family..
Ada yang kata sebab badan terlampau panas..
Ada juga yang kata mungkin denggi..

Pukul 230 pagi tadi baru boleh admit..macam2 dugaan..
dengan wad semua penuh...mencabar betul.. 
Sampai je aisy kena ambil darah dan cucuk untuk masuk air..
sebab nampak aisy mcm dehydrate sikit sebab kurang minum 
walaupun dia makan lalu je..
tu la benda yang saya tak boleh nak handle bila tgk aisy menangis maraung sakit....
dengan saya akan rasa sakitnya..adoi .. 
semua mak2 pun camtukan..?..huhu..
masa cek tu jugak tonsil aisy bengkak sikit..dan banyak kahak..



Aisy bibir merah bak delima..panas sgt tu! Pity him..


3 kali cucuk baru dapat cari urat aisy..
mama tengok kat belakang marana nak!.. 
Dah la tu semalam air drip tak masuk sepenuhnya.grrrr! 
Sabar jer la... Dugaan2..

Alhamdulillah..hari ni asiy dah makin ok..
walapun masih demam tapi blood test ok..
paru 2 pun dah ok...tengok petang nanti dr. Dtg cek lagi sekali..
kalau semua ok..dah boleh balik..
hippa hippa hey!!

Wednesday, 30 October 2013

Aisy demam, mama panic

Hari Isnin lepas balik dari nursery, teacher aisy cakap..Badan Aisy dedar hari tu..Kebetulan masa tu ayah saya datang rumah dari kedah..So adala teman..En.suami outstation seminggu.Bila magrib ja cek suhu Aisy dah start demam suhu 37.5.Lepas lap-lap badan n bagi makan ubat..Aisy terus tidur..Bangun esoknya dedar je badan tak demam dah...


Semalam, Selasa..Sama juga balik dari nursery dedar je badan..Lepas magrib saya dan aisy keluar hantar ayah saya di stesen bas.Ayah dah nak balik kedah ...Masa on the way balik tu Aisy dah tertidur dalam kereta..Masa nak angkat tu rasa macam panas je badan dia..Aisy sambung tidur kat rumah. Tiba-tiba dengar dia terjaga merengek-rengek..Dia nak menepek ja dengan saya..Masa tu saya tengah masak bubur kat dapur..Jadi saya bawa Aisy tidur kat ruang tamu..

Lepas dah settle masa cek suhu Aisy tengok suhu 38.9..Terkejut biawak sekejab..Tak pernah lagi handle aisy demam panas sorang-sorang..Handphone pulak trtinggal dalam kereta nak mengadu kat en.suami..Double panic... Terus buka baju Aisy..Tampal cook fever..Lap satu badan..Masuk ubat kat bontot tu..1st time kot..Sebelum ni en.suami yang handle..Saya tak berani..Lebih pada tak sampai hati nak cucuk montot anak..Alhamdulillah berjaya jugak masuk ubat tu dalam takut-takut..

Masa nak tukar pampers sempat pulak aisy pancut kat mama..Dah kelam kabut tukar baju dan cuci kencing Aisy dan mamanya sekali..haha..Kalau ingat balik kelam kabut sangat..Aisy biasanya kalau demam memang nak melekat je dengan saya..Lepas dah settle semua bawa dia keluar tengok tv sampai pukul 12 malam baru dia macam lali nak tidur tu baru bawa masuk bilik..

Alhamdulillah..Dalam sorang-sorang..Dalam kelam kabut..Berjaya juga manage anak demam panas sorang-sorang..Syukur sangat dalam pada cari cool fever yang saya ingatkan dah habis rupanya ada terselit baki lagi satu dalam bakul..Dalam tercari-cari ubat bontot ingat dah buang hari tu elok pulak terpampang kat tepi peti ais..Banyak yang ALLAH tolong..Syukur Syukur..Sebelum ni ada en.suami tak da la nak panic ke apa..Habis tak pun start kereta bawa gi hospital je..Ni dah sorang-sorang dengan lewat malamnya..Tuhan je yang tau perasaan waktu..

Now i realise, Allah uji setimpal dengan kemampuan untuk kita hadapi sesuatu ujian..Alhamdulillah..

Thursday, 10 October 2013

Aisy Demam & Batuk lagi

Aisy dah batuk 2 hari..Memang kejab-kejab dia jaga dari tidur sebab batuk..Lepas tu nangis-nangis..Nampak sangat dia tak selesa..Tapi cek masa tu tak demam pun..Cuma dedar ja..

Esoknya Aisy pergi nursery macam biasa..Masa ambil Aisy petang tu nampak Aisy macam tak bermaya..Teacher dia bagitau Aisy tak lalu makan hari tu..Masuk kereta terus cek suhu..Masa cek tu 37.4 kira baru nak demam *Eh! termometer tu sentiasa ada dalam handbag ok..mak-mak sangat!* ..hihi....Roger la en.suami cakap aisy nak demam..Terus en.suami ajak pergi klinik..Padahal dia tengah kerja tu..Anak punya pasal...hihi...En.suami suruh tunggu kat parking rumah ja..Dia on the way nak balik..

Masa sampai kat parking rumah cek lagi suhu..Suhu dah naik 38..En.suami sampai ja terus pecut pergi KPJ..Sebab Aisy baru je demam last month..Kerap betul dia demam..Last month tu pergi KPMC..Kali ni nak try p KPJ pulak..Tengok ubat apa la pulak dapat..Sekali dapat dr. yang siap kena suruh cek tekak ada bengkak ke tak baru nak cek..Kalau tak ..Haremmmm~ Grrr! kat KPJ suhu dah 38.4..

Balik rumah memang Aisy dah tertidur dalam kereta..Kejutkan juga sebab nak bagi makan ubat, nak lap-lap badan n tukar baju..Lepas tu terus dia tak leh nak tidur..Bila dah terlelap kejab..Saya gerak ja dia pun bangun sama..Last-last bawa keluar tengok tv sambil berpelukan..Nak menepek je demam2 ni...Kesian nengok..

En.suami lari pergi kerja balik..Pukul 9 camtu baru kitorang masuk tidur..Dengan mama aisy pun tidur sekali sampai ke pagi..Pukul 11 malam papa aisy balik pun dah tak sedar..Dah tengah malam aisy terjaga batuk..en.suami tolong handle pulak.Bagi peluang mama membuta..Thanks yaa en.suami..

 

Aisy nampak tak larat sangat


Pagi ni alhamdulillah..Aisy dah tak demam..Tapi still batuk..Hantar jugak pergi nursery..Harap-harap Aisy baik batuk..Nak balik kampung raya haji ni...Aisy tak sihat mama n papa pun tak mood nak raya..hihi....

Monday, 13 May 2013

Aisy kena Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut HMFD

Hari jumaat saya ambil half day sebab nak balik kampung untuk mengundi.. Sebab takut jammed plak kalau kelaur lepas kerja.. Masa dalam perjalanan Aisy nampak macam tak selesa..Kejab-kejab merenget ..Kejab-kejab menangis.. Tapi saya tak da syak apa-apa sebab badan tak panas pun..Saya pk mungkin boring kot lama dalam kereta..Bertolak awal pun still kena jammed di Penang selama 2 jam..Pitam dalam kereta..Masa dah sampai tu, saya sibuk angkat barang semua, pak bagitau rasa macam kepala Aisy panas sikit.Dalam hati: demam lagi ke..Asal balik kampung je mesti Aisy demam. Balik sebelum ni pun Aisy demam..hihi..Sejuk air-con kot..


Esoknya, masa nak mandikan Aisy, saya macam perasan dekat buntut Aisy macam ada bintik-bintik merah..Tak banyaklah dalam 4 bintik..Dekat kaki ada sikit..Mula-mula ingat nyamuk gigit ..Tapi pelik takkan gila kentang nyamuk boleh masuk sampai dalam pampers..hebat kot kau nyamuk! Tunjuk dekat mak mertua , dia kata nampak macam campak ja..Risaunya saya waktu tu..1st time katakan.. Bila dah tengah hari rasa kepala Aisy makin panas. Dan nampak dekat depan lidah Aisy macam ada bintik merah..nampak macam ulser pun ada...Terus ajak en.suami bawa Aisy jumpa dr.. Dan memang sah Aisy demam panas.. Suhu 39.2 ..Kena masuk ubat bontot.. Lepas tu tunjuk la bintik-bintik kat Dr.. dan Dr. sahkan Aisy kena HMFD..


3 hari jugak lah Aisy tak lalu makan..Kalau makan pun sikit sangat..Nasib baik susu boleh minum..Tapi sebelum minum tu kena sembur ubat bagi kebas dalam mulut yang dibekalkan masa jumpa Dr. tu.. Air liur tak payah cakap lah..Memang meleleh keluar ja..Basah baju.. Semakin hari nampak bintik-bintik merah makin banyak..Aisy asyik merengat ja malam-malam..Mungkin sebab sakit @ tak selesa..Nasib baiklah masa tu kat kg. Ada jugak mak dan pak tolong tengokkan..





Lepas dah 5 hari hari bintik-bintik merah tu dah kering tukar warna coklat..Tapi still ada lagi bintik-bintik merah baru.. Masa balik Kajang kami follow up di KPJ. dan Dr. sahkan Aisy tak ok lagi..Masih ada banyak ulser dalam mulut..Dan Dr. bagi surat untuk majikan. Saya sambung cuti sebab nak jaga Aisy kan..Penyakit ni berjangkit..Kang bawa pergi nursery habis berjangkit ..Alhamdulillah, hari ni Aisy dah sihat dan  pergi nursery dah..Syukur sangat!..

Sampai sekarang tak pasti mana Aisy dapat menyakit ni..Adakah sebab bawa Aisy mandi swimming pool?
Adakah berjangkit dari nursery?Kalau betul sebab mandi swimming pool tu.. Serius rasa bersalah sangat! Dan serik nak bawa Aisy mandi swimming pool lagi..Serius!


Kat sini nak kongsi sikit pasal penyakit kaki, tangan dan mulut ni..
Ehsan : GOOGLE



Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan


HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
 Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015