Showing posts with label Jom Makan. Show all posts
Showing posts with label Jom Makan. Show all posts

Thursday, 28 April 2016

Beli Kupon The Fish Manhattan di GROUPON

Ni kali ke-2 beli kupon The Fish Manhattan di Groupon..
1st dulu masa pregnant kan Alisya kalau tak silap..
Baru-baru ni tengok ada lagi offer.. 
Terus grab laju-laju ajak en.suami pergi lepas tengok wayang tu.

Habis wayang dalam 2 lebih kot masa tu memang lapar sangat..
Terus pergi Restoran..Masa ni ramai orang boleh tahan..
Servis makanan sampai kat Almanda ni agak laju..
Tapi bila mintak air suam 15 minit baru dapat ..Grrrr...

 

Set untuk Kupon tu..Macam-macam ada..
 

Good girl Alisya ni makan sepah kemain..
Dia nak suap sendiri kekdahnya...
 

Rasa semua SEDAP..ke sebab lapar?haha..Tak lah memang Sedap pun..
Ni pun tapau bawa balik separuh  sebab anak2 dah mula cranky..
So far kupon yang ditawarkan di groupon untuk The Fish Manhattan ni memang berbaloi-baloi..

Tuesday, 23 February 2016

Pisang goreng cheese sedap di melaka

Sambung Cerita ke Melaka haritu..
Memang dah aim nak cari pisang goreng cheese ni...*My feveret ever!hehe*..
Sampai je melaka terus waze cari KAPTEN PISANG melaka sentral..
Insyaallah memang jumpa..Tempat ni macam food court..
Kapten Pisang ni lot tepi sekali..Dan Foodcourt ni berdepan melaka sentral.. 
Kami sampai awal dalam pukul 12pm..Gerai dah buka..Alhamdulillah..

 

Sampai terus order..Masa ni dah ada beberapa customer tengah beratur..


Pilih menu dulu..Saya beli..
1 Mini Jumbo (3 topping) -RM10
&
1 Regular - RM5 
*Tamak order sampai 2..haha.. 

Tunggu dalam 10 minit kot..dapatlah yang dinanti-nanti..
 
Set Regular with caramel cheese topping
 
Set Mini Jumbo with oreo,choc cheese & caramel cheese topping..

Masuk-masuk kereta je terus ngap..habis licin..
sedap sangat ..rangup dan topping banyak sangat..tak kedekut..

Kami 1 family bagi 5 bintang ... Lepas ni kalau datang CONFIRM repeat datang sini..
Untungla orang melaka boleh makan pisang cheese hari-hari..k bye.. 

Tuesday, 16 December 2014

Aisy hantu durian

Kat office tadi tiba2 teringat nak makan durian..
Tup2 dapat wassap dari en.suami kata ada durian musang king kat rumah..
Alhamdulillah..rezeki..macam tau2 je..hihi..

Sampai rumah ingat saya je excited nak makan durian.
.rupanya aisy awal lagi suruh buka..
Tak menyempat dah dia... 


Tak sabar dah tu ..


Memang terbaik la rasa dia..padanla dengan harga rm35 sekilo..pitam..
Kalau mama aisy nak beli memang tak la..ni pun wan aisy belanja..thank you pak...


Tapi memang berbaloi dengan harga sebab mmg sedap..biji halus ja..


Nampak tak aisy hantu durian mewarisi mamanya...
Tengok cara makan pun bleh tau dengan dua2 tangan dia belasah..




Lepas makan pandai pulak minum pakai kulit durian ni..
Ingat dia tak nak minum..harap2 tak panas la aisy malam ni..
2 ulas jugak la aisy bedal sorang2...

Yeay lepas ni ada geng la bleh request durian banyak2 kat papa aisy..
Kalau ada back up anak nak makan laju sikit hasrat tertunai yer dakk??? Hihi..





Saturday, 25 January 2014

Bbq guna pemanggang ajaib


Last week, mama dan ayah datang rumah...
Tiba2 terfikir sedap jugak kalu dapat bbq ni...
Lagipun pemanggang ajaib tu dah lama tersimpan tak guna..
Petang sabtu tu bawa mama pergi jusco..
Kat sana saya beli siap2 lamb dan kepak ayam yang dah marinate..
Balik je rumah terus campak dalam pemanggang ajaib..

Alhamdulillah.menjadi dan masak elok...
Rasa tak yah cakapla mmg sedap marveles...
The best part sebab tak perlu berpanas berasap bagai..
Dah pun siap untuk  dimakan..

Credit : pemanggang ajaib kesayangan!!!!!


Kepak ayam sedap !!!


Lamb..terkenang2 sedap tengok gambar ni..


Feeling2 dinner western sangat dengan salad bagai!!!

K bye

Friday, 27 December 2013

Jjcm @grills bangi


Lepas dah baik demam ni tekak mengada2 tak lalu nak makan nasi..
Padahal sebelum demam pantang nampak nasi .
Berpinggan-pinggan dibalonnya..hihi..

Roger dengan bff k.siti mengadu tak tau nak makan apa..
Sekali dia ajak pergi @grills makan western..i loikeeee!!!
Restoran ni sederet dengan restoran muhd chan abdullah nun..
Corner lot..sebelah restoran chinese muslim jugak..


1st time makan kat sini.. 
Saya order sirloin steak dan vanilla milkshake with caramel..
Tak padan dengan batuk ada hati nak order milkshake bagai..hihi..
Tak pe buat ubat kononnya...memang tak mengecewakan..
Kalau ada rezeki lagi confirm nak repeat order minuman yang sama..
Sedap oii...teringat2!.. 

sirloin steak pulak dimasak medium well..
cuma mungkin sedikit masin..
Tapi still boleh diterima sebab ada puree pumpkin cover line..hihi..
Makan dengan sos blackpaper...sedap.
Member order lamb shoulder..pun sedap! 

Servis not bad sebab laju je dorang masak..
Tak perlu tunggu lama...


Harga untuk sirloin steak rm23, lamb shoulder rm19,
Vanilla milkshake with caramel rm11.90, air Carrot rm 6.50..

Thursday, 19 December 2013

i am cheesy lover

Kata hobi makan makan dan makan..
wajib la ambil gambar makanan..hihi..


Sedap gila pizza ni...
pengemar cheese macam saya ni mmg wajib order pizza ni.
.tapi sekarang dah tukar ada topping udang tempura tu kan...yummy! 


 
Ni plak makan kat SR dengan officemate..
ni kali ke-2 order benda yang sama.
nama menu lupa harap maklum..
tapi masa 2nd order ni rasanya tak se "ohsemmm"
macam 1st time makan..huhu..
Yang pastinya dua dua menu di atas ada cheese...
ok bye..

Sunday, 15 December 2013

Santai di Teluk Batik


Last week kami laki bini ambil cuti 2 hari
 sebab nak attend wedding dan bertunang  dua cousin..
Wedding di Parit Buntar..Bertunang di area lumut...
Tu yang sambut anniversary kat perak nun..hihi..
Kami stay di best western apartment di Marina Island.
Best apartment ni besar sesuai sangat untuk yang datang ramai-ramai..
Ada 3 bilik ..Semua bilik ada toilet..Yang penting ada swimming pool..hihi..

Lepas dah settel event wedding dan bertunang tu..
Ada free dalam 2 hari untuk jalan-jalan area lumut perak nun..
Mula-mula cadangnya nak ke pangkor..tapi macam rushing sangat..
So kami ke TELUK BATIK ja..
Masa kat teluk batik tu kami naik boat pusing pulau..RM5/seorang..
Lepas tu buat aktiviti air macam gambar kat bwh tu..RM 10/sorang..
Best la..Adventure uolsss..haha...

Ada mak n pak tolong jaga aisy ..kami laki bini dapatla mandi laut..hihi..
Tapi yang naik boat pusing pulau tu..Aisy pun join tau..
Dah la naik speedboat..Macam nak tercabut bulu kening rasa...haha..
Tapi aisy cool ja..Tapi masa nak pusing balik pantai tu dia dan melentok kat en.suami..
Mabuk kot..haha..


Aisy yang tengah behave waktu ni..sebab dia dah ngantuk sangat masa ni...hihi..

Lepas ke Teluk Batik..Balik hotel rehat kejab..
Petang tu aktiviti yang dinantikan tiba iaitu makan durian..
En.suami beli dekat tepi jalan..Memang waktu tu banyak sangat durian jual..Musim kot..
Kami makan di homestay Mara yang mak sewa masa kat sana..
Serius puas makan durian kat sana..
Tapi balik sini tengok balik gambar dah terliur balik..haha.

.

Aktiviti seterusnya adalah suprise untuk en.suami sempena Anniversary tu ..hihi..
Esoknya pulak bawa aisy mandi swimming pool sekejab..


Lepas tu pack-pack barang..Pukul 12 kami bertolak balik..
Insyallah..Kalau ada peluang dan rezeki nak pergi Pulau Pangkor pulak..
Macam best jer!

Saturday, 9 November 2013

Meatball Ikea

Last week saya dan family ke IKEA..
Tujuan utama tu sebab teringin sangat nak makan Meatball ikea..
Pergi hari sabtu tu faham-faham la..umat manusia ramai sangat..
Beratur bukan main panjang semta-mata nak makan meatball..
Tapi demi tekak yang anjer sangat nak mintak meatball..
Ku gagahkan juga beratur sementara en.suami pegang aisy cari tempat...

Pergi kali ni cuma beli sudu plastik warna warni tu je untuk aisy..
Budget lari nak shopping..So window shopping sudah!


Best la aisy berlari-lari dalam ni..
Dengan orang ramainya..fuh2! Peluh ketiak mama nak..hihi..


Rezeki hari tu..alhamdulillah dapat gak makan meatball...
Mushroom sup tu wajib order kalau datang sini..
Ikutkan nak balik jugak salmon fish tu ..
Tapi kali ni side dish dia ada mix vege
(Carrot, kacang pie, jagung) tu tak suka! 
Dulu dia letak brokoli steam baru best..huhu..
Sudahnya beli brokoli stim jer..

Lepas makan.. jalan-jalan kat tesco jab pastu balik rumah..

Saturday, 2 November 2013

Last Weekend: Kidzania Jusco Equine & Konvo UPM

Dah masuk weekend nii baru nak cerita cerita last weekend.* Apa pun tak boleh!
Last weekend papa aisy dah kena outstation..
Ajak adik teman saya kat rumah..
 
Hari Sabtu tu kami breakfast di Pasar Pagi UPM..
Makan bihun sup  dan durian crepe kat sana memang terbaik..
Sedap sangat! * Eh esok Sabtu nak pergi lagi la!!

Lepas tu terus pergi Jusco Equine nak bawa aisy main di Kidzania.
Tahu pasal tempat ni pun bila baca blog mommy cha..
*TQ mommy cha..

Dulu masa bujang selalu je datang jusco ni sebab menyewa area seri kembangan..
Tapi masa tu langsung tak perasan tempat ni..
Ke sebab tak ambil tahu pun sebab bujang trang tang tang lagi.mana nak perasan tempat mainan ni.hihi

Charges untuk anak je..Mak pak free..
Weekend: RM15
Weekdays: RM10 
Unlimited..

 Aisy enjoy sangat main kat sini.Lepak kat sini hampir 3 jam..berbaloi-baloi..

Kat bawah ni cerita hari Ahad..Breakfast dengan Syida di Putrajaya..
Port biasa la..food court presint 9..Lepas breakfast syida ajak pergi karnival konvo UPM..
Sampai sana tak jalan sangat pun sebab cuaca panas melampau..Lepak je tengok orang FLYING FOX..

n guess what?! Anak syida yang 3 tahun tu buat flying fox..
Super brave n rilex je amina naik benda tu..Tak nangis lansung..Good job amina..
Masa dia flying fox tu semua yang tengok siap tepuk tangan lagi..
Yerla kecik lagi kot..haha.. Achik tumpang bangga..haha


Aisy yang excited nak berjalan..




Ni la amina yang flying fox itu..hihi..3 years ok!

Tuesday, 1 October 2013

JJCM @ Restoran My Rice

1st time makan di Restoran My Rice ni..Masa ni Lunch dengan officemate tempat kerja lama..Kak Siti..kami order Nasi Arab Damsyik Kambing..Sedap sangat..Kambing tu sangat lembut dan juicy..Nasi pulak cukup rasa rempah ratusnya..wah.!! Nasi ni portion dia besar sangat. makan kongsi dengan kak siti je.sepinggan RM14.90..Kalau ayam RM13.90..Macam-macam menu ada kat sini..Antaranya Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Saudi dan Nasi Ayam pun ada..Nanti nak try nasi arab lain pulak..

Restoran ni terletak di Seksyen 8 Bangi (Sebaris dengan Tutti Fruti & MFC Chicken).
No. A-3A, Seri Bangi 
Jalan 8/35 , Seksyen 8
Bandar Baru Bangi 
Selangor
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2012/05/21/nasi-arab-damsyik-restoran-my-rice-bandar-baru-bangi/#sthash.f8kbDAWp.dpuf


Macam ni la rupa nasi arab tu..Eh gambar ni dah makan separuh tau..Baru ingat nak snap gambar..haha..


Ni la kak siti..Dia yang ganti tempat saya kat office lama..Walaupun baru kenal tapi dah macam serasi bersama gitu..Sampai sekarang ni pun selalu je lunch sama dengan dia..

Saturday, 28 September 2013

BBQ Raya Rumah Mak pulak

Cerita raya tak habis lagi..Ni cerita BBQ rumah mak pulak..Macam-macam cabaran nak BBQ ni pun...En.suami Salah beli arang.. punyala susah nak lekatkan api..Last2 adik ipar beli arang baru..Barulah api naik elok..Adoinyepun..Masa ni jemput mama, ayah dan adik join jugak....Boleh la diorang beraya rumah mak dan pak sekali..Tapi lepas isyak baru diorang datang...

 

Zarif,Adik ipar..Pakar BBQ..Orang kuat ni..Gigih dia..


En.suami yang gigih nak lekatkn api..2 jam jugak la..Salahkan arang tu..Bukan salah abang pun..eh! Masa ni zarif beraya rumah kawan dia lagi..hihi..Tu yang en.suami terkapai-kapai..haha..
Unik tak pemanggang BBQ buatan en.suami??..haha.


 En.suami mula-mula excited membakar..Lepas tu pas kat zarif..Dia bos bagi arahan je..Zarif layankan aje..Masa ni mama dan ayah dah sampai..


Uols tengok..i is melantak ja kerjanya..Masa ni mak masak mee udang juga..Gado-gado pun ada..Terbaik noks! Gamabr ni nampak macam gems je..Salahkan kamera..Eh!

Wednesday, 25 September 2013

Steamboat & BBQ Raya di rumah mama



Kat atas ni segala ayam , daging n seafood
Mama masak guna pemanggang ajaib ja..Sedap sangat..

Masa balik hari raya hari tu ada cakap dekat mama nak makan steamboat..
Ingat nak ajak satu family pergi steamboat dekat perlis ..
Sekali masa raya ke- 4 malam balik rumah mama..
Mama buat steamboat kat rumah..Siap dengan BBQ lagi..
Waaaaaa,,Terima kasih mama..



Seafood

Kuah tomyan dan sup..Dalam sup tu ada tulang lagi..
Sayur, fish ball, sosej..Macam kat kedai la..
Memang terbaik..Malam tu memang kami makan sampai ketat seluar..hihi..
Malam sebelum tu pulak berBBQ rumah mertua..
Memang tak bagi chance perut nak berehat..haha..
Lepas cuti raya dah habis terus puasa sunat ..Insaf!
Berat naik tak yah cerita la..k bye.

Monday, 2 September 2013

Cerita Berbuka Puasa 2013


Dah nak habis syawal baru nak update cerita berbuka puasa Ramadhan oiiiiiiiiiii!.. Biar ada dari tak der yer dok?! haha.. Kat office memang tak sempat nak update sebab office baru ni nak blog, FB bagai ni semua kena block..Kat rumah pulak internet slow sangat bikin panas..Sabar jer la.

Masa Ramadhan hari tu memang tak masak langsung..Memang tak sempat..Semua beli kat bazar ja..Sebab masa tu training kat KL..Sampai rumah dah elok-elok berbuka.. Masa puasa tu sempat la bebuka dengan BFF, Syida ..Ni memang ktiviti wajib utk kitorg..Masa ni ni en.suami ambil alih jaga Aisy dan bagi peluang kat saya berjimba dengan BFF..Syoknya..hihi.. Syida ajak berbuka di Steamboat MAEPS..Buffet ni RM42/person kalau tak silap..Memang main dia steamboat la..Kambing golek pun ada..Nasi campur, Mee, laksa, kuih2..Macam-macam ada..

Memang berbaloi sangat..Makan steamboat sampai muntah..Saya ni kalau ada kambing golek memang dok ulang makan tu jer la..Sebab memang feveret!



Me n BFF forever!

Kali ke-2 berbuka dengan officemate ..Boss belanja sapa tak nak kan??haha. Waktu ni berbuka di Hotel Boulvard..RM90++ kalau tak silap.Semua makanan sedap-sedap..Kambing golek much more better dari kat atas tu..Lembut sangat..Makanan prancis pun ada..i is jakun ok..hihi..Desert dia pun sedap2..

TQ boss belanja..Next year belanja lagi..Larikks!

Friday, 23 August 2013

Tempoyak Ikan Patin Temerloh Pahang

Masa on the way ke Terengganu, kami singgah di Temerloh Pahang melawat pak long, Abang kepada Pak (bapa mertuaku)..Dah alang-alang kat Temerloh , kami pun Dinner Tempoyak Ikan Patin yang femes tu..hihi..Sebenarnya 1st time makan ikan patin ni..Memang terbaik..Ikan patin ni lembut dan berlemak..Memang kena dengan tekak. Masak tempoyak pulak ..Ada rasa masam-masam..Pergh! 

Tips: Kalau nak makan ikan patin ni boleh letak dalam mangkuk..Asingkan dengan nasi..Macam gambar kat bawah la..So boleh share2..Saiz ikan pun agak besar..Sebab harga ikan patin ni boleh tahan mahalnya..Seketul besar ni harga RM10..


Teringat-ingat pulak bila tgk balik picca ni..hihi


Nyum nyumm..Makan pulak dengan sambal tempe..


Wednesday, 10 July 2013

Hantu Durian

Salam Ramadhan..dan..Selamat Berpuasa semua..
Seperti yang dijanjikan nak up cerita balik kampung..
Masa balik kampung tu memang rezeki musim durian..
Sebagai hantu durian..Saya adalah makan durian macam makan nasi..Sekian!

Serius puas makan durian balik kali ni..
Makan sampai muntah,,hahaha...
Masa mula-mula balik tu ayah beli durian 2 raga nak bagi saya makan..
*ayah perli ka??hahaha....*

Lepas tu pak cik ajak makan durian kat dusun dia..
Dan tapaukan pulak durian satu bonet kereta belakang tu..
Memang makan durian tak hingat la! hihih...


Mama n apa excited  nak pergi dusun...

Aisy yang keletihan..


Aisy dan Abang Aqil..Beza 3 hari ja..
Aisy tak nak kawan..Nangis ja...haha..


Rezeki durian...
Durian dusun pak cik ni memang terbaik..
Sedap Berkrim!

Korang hantu durian tak??

Friday, 28 June 2013

JJCM @ Restoran Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Lepas dah gigih ganti puasa..Tekak macam teringin pulak nak makan western..Google la restoran area bangi yang cam best sikit kan..hihi..Ajakla officemate baru pergi..Restoran ni corner lot..Barisan belakang Manjaku tu ja..Seksyen 9...

Kat sini ada pelbagai menu menarik..Western ker tak western ke semua ada..hihi..suhsi n tempayaki pun ada..Nampak tak kepelbagaian disitu..Service boleh tahan cepatlah..Pelayan kat sana pun ramah sangat..Kat luar restoran tak sempat nak masuk lagi pun dah bagi salam...Bagus! Harga pun ok lah..ala-ala harga Secret Receipy jugak..Sekali sekala ok lah nak mencuba..Kalau hari-hari pitam poketnye punn!

Antara menu yang kami order..


Nancos cheese la..Lupa nama! Sedap gilakkk.
Cicah pulak dengan tomato n ala2 mayo kat tgh tu..nyum..!.Cheese dia tebal ok!
RM12.90


Saya punya..
Grilled chicken chop with mushroom sos..Sedap jugak..sos dia sedap..sayur dimasak sempurna..Ayam pun masak sedang elok..Maveles laa! *ada gaya chef zubir komen tak..? LARIK!*
RM18.90


Ni member order..
Lamb chop with blacpaper sos..Pun sedap sgt!
RM18.90


Air pun nak snap..haha..Air mata kuching saya punya..n Bandung itu..
RM 2.70/segelas

Memang puas hati makan kat sana..Nanti nak try menu nasi goreng , tempayaki or sushi pulak..
Kali ni nak ajak en.suami. tercinta ku..hihi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015