Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

August 2017: Aidilfitri 2017

Entry throwback jer la. Sebab nak delete gambar yang dah penuh dalam phone.
Dan-dan mengimbau kembali hari raya Aidilfitri.
Tahun yang bahagia sebab en.suami cuti raya. hihi. 

Raya pertama sebelah en.suami. Petang raya baru balik sebelah saya.
Dan tahun ni berjaya ambil gambar family yang cukup ahlinya.
Alhamdulillah.


 My familia without the kiddos. Mana pergi ntah.haha.


 Our small family.


the siblings



 

Complete. LOVE.
 

Kesayangan.

 Mencabar betul nak bergambar dengan anak-anak.
Tengok la gelagat masing-masing.
Eloklah bergamabr kat rumah je. 
Kalau kat kedai mau rugi bayar mahal-mahal2.hahaha.
 
 

 Family sebelah suami.
COMPLETE.


Hari raya ke-2. Beraya dekat rumah saudara-mara.



Sunday, 30 April 2017

April 2017: Kenduri Acu @ Jitra Kedah

Moh ler saya cerita kisah throwback semuanya sepanjang tahun ni. 
Harus simpan dalam blog sebagai kenang-kenangan.
Throwback pertama kisah  Kenduri Acu di Kedah.

Kenduri di sebelah perempuan bulan 3 di Serawak.
Sebulan lepas tu majlis di kedah pulak.
Tema : Biru Turqoise + Hijau :)

 
Canopy pun nak dondon jugak ikut warna tema.

Pengantin. Adik kesayangan Acu & Mak Su. 



Meja santapan pengantin. Lembut je warna. I loike.


Pelamin. Love it.


Bilik Pengantin ni adik deko sendiri je. Simple but nice.
 

 Goodies



Ni je gambar yang ada dalam simpanan cik t. Dalam gambar ni aisy tak de. Sebab merajuk berebut handphone. Adoi la nak!

 Gambar sisi tepi. Mak buyung mengandung 5 bulan masa ni. hihi


Baju dondon dengan dewasa semua beli khas untuk wedding acu. 
Dan pakailah sekali dengan raya ..hahaha.. 

Serba ringkas throwback kisah kahwin acu. Lepas dah adik sorang tu kahwin. Lepas ni tunggu adik2 ipar pulak la kahwin. hihi.

Friday, 12 August 2016

Aisy turns 4

7 Ogos 2016. Genap umur Muhammad Aisy Iskandar 4 tahun..
Happy Bitrhday buat HERO mama..
Banyak jugak pencapaian Aisy sepanjang 4 tahun ni..hihi..
Ada yang buat mama tersenyum bangga dan ada yang buat mama urut dada..hihi..
Walau macam mana pun mama doakan anak mama jadi anak yang soleh..Aamin..

 

Muka senyum elok je..tapi dah mama asyik dok suruh senyum je..
Terus protes..buat muka..haha..Tapi tetap comel je..*mata keatas*

Sambut kecik-kecilan dengan family dan jiran-jiran..
Masa ni celebrate birthday Ayah dan Aisy sekali..
Ayah 2 Ogos..

Kek Aisy ni beli kat Breadtyme Bakery Bangi..Tiap-tiap tahun mesti beli kat sini je sebab sedap..
Butterscoth Kek ni pulak beli di kedaikekbangi by Kak Zetty.
 
Our family..Tahun ni masuk berempat..Dan insyaallah tahun depan pun masih berempat..
Ayat tu suspen sangat tu...krik..krik..krik..
 
Throwback birthday Aisy sepanjang 4 tahun..
Bila besar nanti aisy tengok gambar ni..Aisy tau la yang mama dan papa sayang sgt Aisy.
 Dan buat yang terbaik untuk Aisy happy ..Insyaallah.. 


Antara hadiah yang aisy dapat..Bila tanya dia nak apa..
Aisy cakap nak tobot..Last2 semua orang hadiah TOBOT..haha..
Mama ..Papa..Acu..TOBOT sesaje awak tu aisy..

Tuesday, 19 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Selamat hari raya...Maaf Zahir dan Batin...Tahun ni giliran  en.suami kerja di hari raya..so kami balik kampung awal 5 hari sebelum raya..sebab sehari sebelum raya en.suami dah kena kerja..Balik kampung awal dapatla merasa berbuka puasa dengan family..Dapat merasa pergi bazar kat kampung...dapat berbuka dgn lauk mama mak masak...heaven sugguh..hihi

Tahun ni kakak beraya dengan mertua..So kami berempat je..mama, ayah, adik dan saya..
Macam biasa..lepas sembahyang raya terus ke rumah tok berkumpul kat sana..Duduk sana seharian melayan tetamu..Sebab tok dah tak larat so anak-anak kena gilir-gilir jaga tok..

 

Bergambar selepas sembahyang raya..
 

Kesayangan..
 

Aisy dapat duit raya dari wan..Salam cium tangan dulu..
 
OOTD dari kejauhan pengubat rindu..Eceh!haha..
Bila tengok gambar ni, en suami cakap Macam askar pulak posing "sedia" dan "senang diri" haha.. :p  

Dua2 ni gambar paling semengah ..Kalau tak susah bebenor nak duduk diam2 depan kamera..hihi..
Anak kecil macam tu la..Aisy dah faham dah suruh senyum paling handsome tu dia renyehh sampai telinga tu..Tu pun ikut mood jugak..hihi.. 

Dah dondon2 ni harusla gigih en.suami edit nak jadikan family photo..haha..
 

Syahdu di pagi raya..papa kena kerja nak bagi mama duit raya lebih...eh!..
Next year kira beraya sama-sama.

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin..
0-0 yer.. 

Tuesday, 31 May 2016

JJCM di Kuala Gula

Cerita balik kampung suami last month..Balik sebab nak tengok tapak rumah mak dan pak ..
Baru nak mula buat pembinaan..Sebab mak baru pencen..So nak buat rumah kat kampung la..
Dah lama pak dok ajak nak makan di Kuala Gula..Lokasi dekat je  dalam 40 minit dengan kampung tapi tak pernah sampai..Kali ni balik  baru dapat pergi..

Sebelum pergi call dulu buat tempahan di JS Muara Restoran ..Nanti sampai boleh terus makan je..No telefon: 016-541 8751..Yang menarik kat sini KETAM LEMBUT..

 

Kitorang ambil SET..Macam-macam menu ada..
Siakap 3 rasa, Udang goreng tepung, Sayur Campur, Tomyam, Telur Dadar..
Tambah kari ikan sembilang dan ketam lembut goreng..
 
Permandangan sekitar..
Kat sini ada chalet..Tengok kebanyakan yang stay sini sebab nak memancing..
 
Restoran terapung dan Boat-boat nelayan..
 
Mertua..Mak dan Pak..  

Kat sini ada banyak kolam ikan..Kira fresh tangkap kat sini kot..
 
Pemandangan lewat petang..
 
Overall makan kat sini ok.Not bad..
1st time juga makan ketam lembut..Rasa macam isi ketam yang rangup..hihi..
 

Tuesday, 5 April 2016

Happy birthday pak & mak

Celebrate last month masa balik kampung ..
Birthday mak dan pak dekat-dekat..
So boleh sambut sama-sama.hihi..
Tahun ni special untuk mak sebab birthday dia 29 February..
Bukan tiap2 tahun ada tarikh ni..
Tahun ni jugak mak pencen..Lepas ni boleh rehat2 di rumah..
 
 

Sebahagia cucu mak dan pak..
 Patutnya 3 lelaki ..3 perempuan..
 
Kek Ais krim..Sedapnya..Perisa Choclate Caramel.
Menu malam tu mee mamak dan kfc..
 
Aisy dan kazennya dalia..
Dulu masa kecik-kecik tak ngam sangat sebab aisy ak berkawan dengan abg2 je..
Sekarang bukan main lagi.Siap geng dengan dalia..
 
Comel dalia pakai telekung kanak-kanak..
Pink pulak tu..
 
 Alisya dan Darrin ni sebaya..
Sesi soal kenal versi budak setahun..haha..

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai..
Maklumla bukan selalu dapat berjumpa..
Family kat utara nun kami kat selatan nun...
 Bulan ni balik lagi..yeay!! BFF nak kahwin...
 

Thursday, 28 January 2016

JJCM di Miami Grill Sunway Pyramid

Dah lama tak jejak Sunway Pyramid ..Dah bertahun rasanya..haha..
Tapi terjebak punya pasal tengok Hanis Zalikha punya IG..
Terus ajak en.suami pergi Miami Grill ni..Kitorang gerak awal..
So senang dapat parking dan masa sampai ni tak ramai pun orang lagi..Lega!

Sampai-sampai je terus tengok menu dan order. 
Lepas order, sila ke kaunter yer bayar dulu..Baru dapat makanan..hihi..

 

 Mozarella Stick ni memang highly recommended..
Sebab bila sampai panas2 dan makan tertarik-tarik cheesenya..

 
Saya order Set Nacho Cheese.. Ni pun recommended sangat...
Portion dia besar..Makan separuh je..lagi separuh bawa balik.. 
En.suami dan adik order burger..Tak sempat nak rasa..
Tapi licin je diorang makan semua..haha..


 Untuk aisy order kids meal spagethi bolognese..
Spagethi dia biasa2 je..tapi laju je aisy makan..lapor kot..


  Feeling suasana miami dok sini..padahal sampai Miami pun tak pernah...haha..


Bawa birthday girl jalan2...Tapi mama yang makan lebih-lebih..haha..

Overall makan kat Miami Grill Sunway Pyramid ni OK..
Staff kat sini pun mesra senyum je..
Servis cepat tak payah tunggu lama tu yang penting... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015