Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Tuesday, 18 October 2016

Majlis Aqiqah Nur Zara Alisya

Majlis Aqiqah Alisya berlansung masa hari raya haji ke 2..Saja buat waktu raya haji .. 
Kitorang buat sekali dengan majlis kesyukuran masuk rumah baru mertua..

Catering dan kambing semua en.suami dah settle kan..
Menu nasi beriani gam ayam/daging dan kambing golek. Dessert: Bubur cha cha ..

 

Door Gift: Yassin/Air Mineral/Cookies/Gula-gula


Ni dia little princess tu..Baju mama tempah :) Sedondon dengan mama semestinya..
Rugi tak ambil gambar sama-sama..


Senyum kambing nampak gigi 


Acah-acah posing


Teratak Syafiq


Kambing Golek..Ramai serbu yang ni dulu ..hihi..


Terima kasih semua yang hadir..Doakan Nur Zara Alisya jadi anak yang solehah..Aamin..

Monday, 31 December 2012

Suka Duka 2012

Januari 2012
  • Teruja saat menerima berita baik iaitu bakal menimang cahaya mata..
Febuari 2012-March 2012
  • Menerima bonus tahunan..
  • Urusan jual beli rumah pertamaku..
  • Konflik di tempat kerja.
  • Resign.
April 2012
  • Start kerja baru di company baru
  • Rumah pertamaku. Alhamdulillah.

May 2012-Julai 2012
  • Sibuk dengan persiapan menyambut orang baru dalam keluarga



Ogos 2012
  • Lahirlah permata hati, pengarang jantung. Muhammad Aisy Iskandar.

  • Majlis Aqiqah anakanda-  Disini

September 2012- Oktober 2012

  • Bermula episod seorang mama dan episod berpantang..
  • Create New BLOG <sayabloggerbaru2012.blogspot.com>
November 2012
  • Meniti hari-hari bahagia bersama insan tersayang
  • Hari Raya Aidiladha bersama Aisy- Disini
Disember 2012
Happy New Year 2013

Wednesday, 12 December 2012

2nd Anniversary Celebration

Tahun ni sambut simple-simple ja.. Tapi tetap best!!! En suami kata hadiah postpone bulan 1 ..hadiah pergi honeymoon kat sabah la tu..*ceit!.. Sian Aisy kena tinggal..huhu..Seperti tahun sebelumnya, saya order cake nak suprise en.suami..Sekali dia balik kerja dia godek-godek handphone saya dan nampak la gambar kek yang saya snap tu..*Spoil!! Kalau ikutkan nak celebrate malam 12am 10/12/12 tu..Tapi memandangkan Aisy dah tidur..Kita postpone esok ja la sambut .. Esoknya lepas balik kerja baru la potong-potong kek..snap-snap gambar..Dan malamnya en.suami suprisekan dengan Filem Istanbul Aku Datang yang memang dah lama saya nak tengok..So sweet..Aktiviti seterusnya lagi sweet..Eh!!



1st Anniversary berdua..2nd Anniversary bertiga..3rd Anniversary??


Mama sayang Aisy



Rev Velvet Cake..Nyum!!

Walaupun hanya sambut hanya potong-potong kek ja..tapi bermakna tau..Yang penting orang yang kita sayang ada..Ceewah!! Looking forward to celebrate for a thousand year!!!

Monday, 10 December 2012

Happy 2nd Anniversary


To my husband, my life long friend.
Happy 2nd anniversary
My love for you will last until the very end..

2 tahun yang lalu, pada tarikh  10/12/10, Hati berdegup kencang menanti saat diijabkabulkan bagi  mengalas tanggungjawab seorang isteri....Dalam masa  yang sama sangat teruja untuk bergelar isteri kepada boyfriend..Tahun ke-2 perkahwinan kita diserikan dengan kehadiran cahaya mata hasil berkongsian cinta sejati..Indah bahagia..Semoga kita sama-sama melayari bahtera perkahwinan dengan penuh tolak ansur dan bahagia.Kita hanya manusia biasa tak pernah lari dari salah dan silap..Tapi dengan adanya abang dan sayang.. kita akan saling melengkapi..Insyaallah.. 

Thursday, 1 November 2012

Aisy dah Botak

Seperti yang disebut pada Entry: Majlis Aqiqah Putera Sulung .Anakanda saya Muhammad Aisy Iskandar dah dibotakkan pada hari Majlis Aqiqah tu juga..Sebelum majlis aqiqah, iaitu sebelah pagi Aisy dicukur oleh Mak Ngah (Bidan Kampung)..Alhamdulillah semua berjalan lancar.


 Sebelum Dicukur. Nyenyak tidur.

  Dah Separuh Dicukur Oleh Mak Ngah. Still Nyenyak tidur. *Kena jampi dengan mak ngah kot.hehe.* Sebelum dicukur, mak ngah bedung Aisy dulu..

 Rambut Ciput Anak Mama

 Lepas selesai bercukur. Aisy dimandikan.

 Aisy tengah siap-siap untuk majlis aqiqah. Amboi anak mama, suka la tu dah botak~

Muhammad Aisy Iskandar dah Botak!! Sayang Anak Mama. 

Majlis Aqiqah Putera Sulung

Majlis dijalankan pada hari ke-26 saya berpantang ..Memang mencabar sebab tak boleh makan makanan sedap-sedap..*tapi saya makan sikit nasi minyak..hehe. teringin kot* Sebelum majlis berlansung , anak saya telah bercukur kepala..Buat hari yang sama..


 Door Gift pada tetamu yang hadir
 Majlis kecil-kecilan sahaja..
Nyenyak sungguh anak mama tidur..
 Masa marhabban berlangsung pun , Muhammad Aisy Iskandar tidur dengan nyenyaknya..Tak terjaga langsung. Good Boy!
 Antara tetamu yang hadir..

Our 1st family picture..wink wink wink~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015