Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Wednesday, 7 October 2015

Day 3 Last Day Percutian 3 hari 2 malam di Cameron Highland

Hari ke 3 di cameron kami ke Ladang Teh Boh Sg Palas..ala tempat pengambaran cerita ombak rindu yang aaron kena tampar dengan lisa tu..haha...Sebelum pergi kami siap2 kemas barang.nanti pukul 12 datang ambil barang terus check out je..jalan nak ke ladang teh boh ni mencabar sikit sebab jalan boleh muat satu kereta je..nak sampai selekoh kena bunyi hon untuk kenderaan arah bertentangan tu berhenti or slow..kalau selisih kereta ok lagi kalau dengan lori urut dada..hihi..

Sampai sana kami parking kat bawah. Dan menapak naik bukit untuk ke ladang tu..yang sebenarnya boleh ja bawa kereta naik.tapi 1st time ingat tak boleh bawa naik kereta..huhu...

Bukti kena menapak..hilang lemak..haha..


Sampai je bergambar kenangan di depan signboard dulu..orang pun tak ramai sangat..mungkin sebab weekdays..


Lepas tu lepak2 minum di cafe kat sana..


Berpeluang masuk dalam kilang teh boh..boleh la tengok cara pemprosesan teh gitu..
Kemudian kami shopping teh boh kat sini..maybe murah sikit kot..sbb tak pernah beli kat luar ..haha..



Destinasi ke 2 utk last day kami ke MARDI Cameron Highland. Luas kawasan kat sini..yang mana rajin berjalan jalan tu elok la kat sini..kami tak sempat nak pusing habis semua..sebab nak kejar masa..nak masuk mardi ni berbayar..lupa dh berapa ringgit sorang..ampun...

Detinasi seterusnya..kami pergi sekali lagi di big red strawbery ni..hari2 pergi sepanjag kat CH..melampau betul..hihi..kali ni try salad dia
.mmg fresh...terbaik...

Aisy bergambar di mardi..


Background ladang teh boh


Breakfast di ladang teh bih..scone n strawbery tart tu sedap..nyum2...

Destinasi terakhir kami ke Kea Farm untuk shopping sayur2 dan strawbery..pukul 3pm bertolak balik..hujan lebat waktu ni...tamat sudah cuti2 malaysia di cameron highland..happynya dapat pergi akhirnya..lepas ni 5 tahun plak kot dapat pergi lagi.hihi..


Sunday, 15 December 2013

Santai di Teluk Batik


Last week kami laki bini ambil cuti 2 hari
 sebab nak attend wedding dan bertunang  dua cousin..
Wedding di Parit Buntar..Bertunang di area lumut...
Tu yang sambut anniversary kat perak nun..hihi..
Kami stay di best western apartment di Marina Island.
Best apartment ni besar sesuai sangat untuk yang datang ramai-ramai..
Ada 3 bilik ..Semua bilik ada toilet..Yang penting ada swimming pool..hihi..

Lepas dah settel event wedding dan bertunang tu..
Ada free dalam 2 hari untuk jalan-jalan area lumut perak nun..
Mula-mula cadangnya nak ke pangkor..tapi macam rushing sangat..
So kami ke TELUK BATIK ja..
Masa kat teluk batik tu kami naik boat pusing pulau..RM5/seorang..
Lepas tu buat aktiviti air macam gambar kat bwh tu..RM 10/sorang..
Best la..Adventure uolsss..haha...

Ada mak n pak tolong jaga aisy ..kami laki bini dapatla mandi laut..hihi..
Tapi yang naik boat pusing pulau tu..Aisy pun join tau..
Dah la naik speedboat..Macam nak tercabut bulu kening rasa...haha..
Tapi aisy cool ja..Tapi masa nak pusing balik pantai tu dia dan melentok kat en.suami..
Mabuk kot..haha..


Aisy yang tengah behave waktu ni..sebab dia dah ngantuk sangat masa ni...hihi..

Lepas ke Teluk Batik..Balik hotel rehat kejab..
Petang tu aktiviti yang dinantikan tiba iaitu makan durian..
En.suami beli dekat tepi jalan..Memang waktu tu banyak sangat durian jual..Musim kot..
Kami makan di homestay Mara yang mak sewa masa kat sana..
Serius puas makan durian kat sana..
Tapi balik sini tengok balik gambar dah terliur balik..haha.

.

Aktiviti seterusnya adalah suprise untuk en.suami sempena Anniversary tu ..hihi..
Esoknya pulak bawa aisy mandi swimming pool sekejab..


Lepas tu pack-pack barang..Pukul 12 kami bertolak balik..
Insyallah..Kalau ada peluang dan rezeki nak pergi Pulau Pangkor pulak..
Macam best jer!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015