Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Monday, 26 August 2013

Puree Strawberi & Sweet Potato

Solid Food ready untuk Aisy..
3 jenis Sweet Potato dan strawberi fresh dari Cameron Highland masa en.suami berkursus di sana..

PUREE SWEET POTATO



PUREE STRAWBERRY



Strawberi ni terus blend ja..Sebab memang dah lembut dan masak..
Selamat Mencuba mummy-mummy semua..

Sekarang dah jarang buat puree sebab Aisy dah ada gigi..Masak bubur pun dah tak blend sebab nak ajar Aisy kunyah makanan..Tapi haruslah potong halus-halus dan kecil sayur or ayam..So far dia ok..Cuma kadang2 tu dia main telan ja tak kunyah dah..Lapar bebenor kot..hihi..Kelaka ja tengok muka dia..

Thursday, 13 June 2013

Puree Pumpkin


Buang Kulit..Potong..Cuci bersih..Stim..


Blend dan bekukan..SIAP..

Wednesday, 29 May 2013

Shopping Barang Dapur & Solid Food untuk Aisy


Shopping barang dapur kali ni dekat Carefour Alamanda..Memang jarang sangat beli kat sana sebab kalau weekend memang ramai orang.. Jadi sebab dah alang-alang nak makan steamboat johny hari isnin tu *tak habis-habis steamboat* ..Terus la shopping barang dapur kat sini..

Balik ja dari beli barang..Terus bersilat kat dapur buatkan stok makanan Aisy..
Buat 3 jenis ja..
1) Puree Plum
2) Puree Pears
3) Kentang+Brokoli+Cheese


Buah Plum & Pear ready untuk dikukus

Pemilihan buah plum dan pears ni nak bagi Aisy senang poo poo..Sebab lately ni najis dia macam pejal semacam..Lepas tu nampak muka aisy macam meneran ja setiap kali nak poo poo..
Kesian.


Blend dan ready untuk di frozenkan..


Menu ke-3..
Brokoli & kentang direbus..
Kemudian blend brokoli+kentang+ cheese+ Air suam@Susu ibu/fm...
Siap


Yummy!


Fuh fuh..!
Pukul 1pagi baru settle semua ni..
Esoknya pergi kerja mata panda..
Penat tapi puas sebab dapat sediakan makanan yang tak seberapa buat Aisy debab!

Wednesday, 1 May 2013

Resepi Stok Ayam untuk Bayi


Bahan-Bahan seperti diatas
Carrot, Saderi, Rangka ayam, Rempah 3 sekawan, halia, bawang merah, bawang putih..


Masukkan air dan Masak dengan api perlahan..Lagi lama lagi bagus..


Simpan dalam bekas dan masukkan dalam freezer..Siap..!

Selamat Mencuba

Thursday, 18 April 2013

Solid Food 8 bulan untuk Aisy

Sejak 2 menjak ni memang liat bebenar mama aisy nak snap gambar solid food aisy..
Mungkin sebab penat dah balik kerja..
Terus prepare nak masak untuk bekal aisy esoknya..
Tapi mama enjoy ja masak untuk aisy..
Saya masak 2 hari sekali je..Lepas dah masak, blend n pack siap2 untuk bekal aisy..
Selalu masak 2 sudu besar beras boleh la bekal aisy untuk 2 hari..

Menu terbaru masa aisy 8 bulan :
  1. Bubur Nasi + Puree Bayam + Ikan bilis *Aisy suka*
  2. Bubur Nasi + Puree Carrot + Puree Bayam + Puree Labu + Ikan Bilis
  3. Bubur Nasi + Brokoli (1st time=pass) + Ikan Bilis *Aisy SUKA sangat*
  4. Bubur Nasi + Brokoli + Tauhu lembut + Carrot + Ikan Bilis
  5. Taufu Lembut + Puree Kurma (Tau fu fa versi baby)
Nak kongsi sikit Resepi Tau Fu Fa versi Bayi
       -Taufu Lembut  -Puree Kurma @ kurma - Air
Cara: Masak sedikit air, Masukkan puree kurma, tunggu sehingga larut,
masukkan taufu lembut, tutup periuk   masak sehingga 5 minit..
*Kalau tak prepare puree kurma..Rebus ja kurma yang dibuang kulit 5 minit..
Baru masukkan tauhu lembut..

Mudah kan.Selamat mencuba..



Lepas ni nak try bagi aisy makan oat pulak..

Tuesday, 16 April 2013

Organic Rolled Oat for Baby

Dah lama sangat beli Organic Rolled Oats ni..Seingat saya masa Aisy 7 bulan.. Tapi sampai sekarang masih tak guna-guna lagi. Dah sebulan lebih kot...Sebab pernah terbaca Organic Rolled Oat ni WAJIB jalankan proses rendaman sebelum guna..Tapi masa tu macam malas-malas nak google betul-betul..Tu yang sampai sekarang tak buat oat untuk Aisy..Hari ni baru berkesempatan yang cari maklumat sikit....

*Sharing is Caring*


Oat mengandungi antioksidan & kaya dengan beta-glukan (karbohidrat tak hadham) yang menurunkan kolesterol darah. Rolled oat digunakan untuk membuat muesli

Mula-mula bijirin oat dipanaskan pada suhu rendah untuk menyahaktifkan enzim bagi mengelakkan ia cepat rosak. Selepas pemanasan barulah ia diproses kepada 3 jenis oat iaitu:

Steel Cut Oat ialah kernel oat yang dipotong menjadi dua atau tiga keping menggunakan cakera keluli. Kesemua serat oat masih ada, tetapi mengambil masa kira-kira 20minit atau lebih untuk memasak.
Rolled Oat sebahagian dari bran (serat) telah dikeluarkan supaya ia nipis bila di gelek di antara 2 penggelek (roller) untuk menipiskannya. Rolled Oat lebih mudah menyerap air dan dengan sifat ini ia digunakan untuk membuat muesli.
Instant Oat (Oat cepat dimasak) ialah rolled oat yang di gelek lebih nipis dan dipotong menjadi kepingan lebih kecil untuk menjadikannya lebih cepat dimasak. Oat cepat dimasak digelek setebal 0.4mm dan instant oat setebal 0.8mm. Jika dibandingkan kesemuanya instant oat adalah yang paling nipis.

(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)

CARA RENDAMAN BAGI ROLLED AOT

1) 1 cawan rolled oat + 1cawan air suam + 1 sudu lemon + 1 sudu tepung gandum (ada yang letak yogurt/milk/sour cream/vinegar)
2) Sebab kandungan phytic acid yang tinggi dalam oat berbanding beras, masa rendaman terbaik adalah 12-24 jam.
3) Biar rendaman dalam suhu bilik.
4) Memang masam dan berbuih selepas 12 jam. Tambah air dan terus letak atas dapur
5) Pengalaman, bila dah lembut tak perlu blend pun, lenyek2, tapis
6) Campur lah buah ke apa yang sesuai.

Credit: 

RESEPI OAT UNTUK BAYI
*Tak pernah cuba lagi..Google jer dulu..hihi

1)   Oat+ kismis/kurma 
Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
Masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak..

2)   Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Credit: 

Wednesday, 3 April 2013

Solid Food #6

Walaupun warna tak menarik..
Tapi Aisy makan je..Tapi tak lah banyak macam makan puree pisang..
Tak per la ..Yang penting anak mama makan walaupun sikit air tangan mama..


Kali ni tak blend pun..Tapis je!

Friday, 15 March 2013

Solid Food #5: Bubur Nasi di usia 7 bulan++


Hari ni 1st time nak bagi Aisy makan bubur Nasi.. 
Buat campuran Nasi+Carrot+Kismis.. 
Harap-harap Aisy suka laaa..
Semua masuk dalam rice cooker sampai masak..
Lepas dah sejuk blend+tapis..siap!

Thursday, 28 February 2013

Frozen Puree


Stok makanan aisy..

Friday, 22 February 2013

Solid Food #4: Manggo Puree

Cara-cara: Boleh rujuk gambar @ kat SINI
Cara sama ja macam Puree Pisang. Tak perlu masak pon! hehe.. Senang kerja mama aisy..

Ada orang cakap makan buah mempelam / manggo ni anak senang alergic..tapi still nak cuba dekat Aisy.. tapi bila dah besar sikit lah.. Sekarang tengah try avocado.. 4 day rules yaa! Selama 2 hari makan avocado ni Aisy belum poo poo lagi..Adoi! dan Aisy tak suka sangat avocado macam suka buah pear/epal..Tapi still makan sikit.. Kalau puree ubi keledek ..langsung tak nak..Amboi memilih anak mama ni..hehe..


Hope he will like it.. Love u son!


Friday, 15 February 2013

Solid Food #3 : Carrot, Avocado and Sweet potato puree

Hari ke-2 bercuti sempena CNY dimulakan dengan merajinkan diri sebagai ibu mithali untuk memuree = membuat puree untuk Aisy. hiks! Untuk minggu ni saya buat 3 jenis puree terus.. Puree Avocado, Carrot dan  Sweet Potato (keledek).. 
Puree Carrot
Cara-cara untuk membuat puree carrot:
  1. Buang kulit
  2. Potong dadu
  3. Stim / Rebus selama 10 minit *Stim better*
  4. Blend dengan air stim/rebusan
  5. Tapis jika inginkan tekstur yang halus mulus
  6. Masuk dalam bekas untuk dibekukan @ terus makan bersama susu ibu/fm

Puree Sweet Potato/ Ubi keledek 
Sama cara seperti diatas

Puree Avocado
Sama seperti cara membuat puree pisang - Rujuk DISINI

Cara membuat puree avocado :

  1. Pastikan kulit buah Avocado Hitam *Buah  Dah masak
  2. Belah dua
  3. Ambil isi buah guna sudu
  4. Blend dengan sedikit air atau susu ibu/fm
  5. Sedia untuk di makan @ difrozenkan

Nota Kaki : Kalau was-was dah masak ke belum buah avocado tu..Bungkus buah dalam surat khabar semalaman @ 2, 3 hari untuk pastikan buah avocado masak iaitu apabila kulit bertukar hitam..

Wednesday, 6 February 2013

Solid Food #2 : Puree Apple & Puree Pears

Cara nak buat puree epal dan puree pears sama ja..

 
Bahan-Bahan: Epal , Pears
Buah dibuang  kulit & basuh bersih-bersih




Kemudian potong dadu supaya senang nak blend & stim


Stim dalam 10 minit mengikut kuantiti 
atau
Kukus *Stim lagi bagus!


Blend sehingga halus
Boleh tambah sedikit air dari stim/rebus tadi sebelum blend untuk dapat tekstur yang halus.




Puree Pears (bawah) dan Puree Apple (Atas) yang sedia untuk difrozenkan
Dihidangkan bersama susu ibu/formula
Selamat Mencuba!

Aktiviti hujung minggu saya.. Buatkan puree untuk Aisy.. So far, Aisy BELUM makan lagi puree epal & pears ni.. Baru cuba puree pisang.. 4 day rules!

Tuesday, 5 February 2013

Solid Food #1 : Puree Pisang

Resepi Puree Pisang
*Tak payah ajar pun orang tau nak buat.. tapi gigih nak ajar jugak..hehe..* 


 Pisang yang dah masak *Kulit kuning* .. 
Nota Kaki:  Untuk buat puree pisang, TAK PERLU direbus atau di stim pisang tu..  


Pisang dipotong & diblend..
 Kalau nak cair boleh blend dengan susu ibu/formula.. 
Tapi saya blend tanpa air.. sebab pisang tu dah lembut.. 


Inilah hasilnya dan sedia untuk di'frozzen' kan..


Hidangkan puree pisang ini bersama susu untuk dapatkan puree yang cair untuk bayi anda..


Aisy yang sangat berselera makan puree pisang mama.. 
Cayalah! Semangat mama nak buat puree lagi untuk Aisy..

Nota kaki: Jangan lupa amalkan 4 day rules yaa! Nak tengok anak kita  sesuai or ada alahan atau tak. Selamat mencuba!.



Aisy 1st solid food

Aisy dah diberi makan solid food di usia 5 bulan 3 minggu 5 hari... Kira awal 2 hari nak masuk 6 bulan la kan..Mamanya tak sabar bebenor!.. Dapat green light dari en.suami terus laju ja bagi Aisy makan.. Tapi bagi kuantiti sikit ja.. Nak bagi dia rasa-rasa ja..hehe..

Untuk pertama kalinya, Aisy diperkenalkan dengan PISANG a.k.a BANANA.
Saya tak buat puree dulu.. Tapi saya try guna Munchkin food feeder..


Pisang Montel namanya.. Rasa lemak manis gitu..


Masuk secubit/sehiris pisang je.. Try dulu..


Ready!


Aisy enjoy sangat hisap benda tu.. Sampai tak mau lepas.. Dia suka sangat pisang.. 
Hari esoknya terus saya buat puree pisang untuk Aisy dicampurkan dengan sedikit EBM..
Berselera betul Aisy makan.. Mama Happy sangat! 

Monday, 4 February 2013

Persediaan Solid Food untuk Aisy 6 bulan

Ibu mana yang tak excited nak bagi anak makan kan? Termasuklah mama kepada aisy ni..hehe..
Kat sini nak kongsi peralatan yang dibeli untuk perkenalkan Aisy kepada makanan pejal..


Botol untuk Air Suam + Bekas + Sudu + Food Feeder


Penapis + Pemotong Epal *boleh je potong sendiri. Tapi mama aisy over dramatik* + Kuali 


Food storage.. 



All in 1..Boleh stim + Masak bubur untuk Aisy.. 
Boleh masak kek juga untuk mama aisy..


Mini Blender.. 
Berbaloi sangat beli ni.. Memang halus betul hasilnya..tak perlu tapis lagi..
Masa beli ni dapat diskaun 20%..yeay!


Fedding Set 
Hadiah Aisy dapat dulu..
Dah boleh guna..!

Friday, 1 February 2013

Budak kena tinggal

Lama tak cerita pasal Aisy.. Asyik cerita pasal "honeymoon" mama n papa ja..Sentap Aisy tau!! hehe.. Sedih tau nak kena tinggal anak..Nak bawak pun macam rushing sangat.. pergi kejab ja kan..Lagipun Aisy kecik lagi.. Nanti bulan 4 mama n papa bawa p Serawak pulak k! *pujuk-pujuk*

Terima kasih sangat dekat  MAK *M.I.L sebab kena paksa ambil cuti jaga Aisy..*haha*.. Masa kat Sabah jangan cerita la berapa kali dalam sehari call mak n pak tanya khabar Aisy.. So far, Aisy behave ja .. Cuma kadang-kadang ja dia meragam sikit.. Yang lawaknya, setiap kali call mesti tengah tidur..Setiap kali tidur mesti mama call..Adoi!..


Lagi seminggu genap umur Aisy 6 bulan.. Mama excited nak bagi Aisy makan.. Kalau ikutkan dah nak bagi ..tapi .. en .suami suruh tunggu sampai 6 bulan..Tak pa Aisy.. Kalau mama berjaya pujuk papa nanti dapatlah Aisy cuba makan solid food..yeah!! So far, segala persiapan & peralatan untuk bagi Aisy makan dah tersedia.. Cuma nak beli barang nak masak aja.. Sekarang pun masih terfikir nak bagi makan apa untuk 1st solid food.. bubur atau puree? dan  puree buah ke puree sayur? Anyone? 



Perkembangan terbaru Aisy di usia 5 bulan 3 minggu:

  • Masa balik dari Sabah tu , Aisy jadi sangat manja ok.. Tengok tak da sapa mula la menangis keluar air mata berjurai-jurai.. Amboi! anak mama protes ke?.. 
  • Aisy adalah pencinta teether ok... bila dapat ja dikunyah-kunyahnya.. 
  • Masa 5 bulan 1 minggu, Aisy dah mula capai dan hisap ibu jari kaki macam entry sebelum ni..
  • Dah pandai borak sorang-sorang. Pitching tinggi oooooooo.. Kadang-kadang dengar macam sebutan "ALLAH"..tapi sebutan yang meleret panjang la ..*boleh bayang tak??*...lawak sangat! Alhamdulillah, anak yang soleh ni.. 
  • Pe'el Aisy sekarang kalau mengantuk, dia akan menguap sekuatnya dan panjang .. Kalau orang dengar mesti orang cakap menguap macam org besar ja.. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! bertuah anak mama..
  • Pantang ada benda depan mata semua nak capai masuk mulut.. hari tu balik kampung , nenek ada bagi duit untuk Aisy..Laju ja dia grab! Aisy2..kok yer pun..hehehe..
  • Sekarang waktu nak tidur mesti meragamnya lebih sikit..Mama layankan jer.. Waktu tidur masih sama macam sebelumnya..Lepas magrib dah zzzzzzzzzz sampai esok paginya.. pukul 5 atau 6 pagi dah bangun..tak perlu alarm lagi..
  • Laju je kalau bergolek sekarang.. Kalau letak elok ja atas bantal tu.. tak sampai seminit kepala dah turun dari bantal..
  • Suka tidur mengiring sambil hisap jari..
  • BELUM nampak minat Aisy dengan kartun lagi.. Kalau buka" upin ipin" pun kejab je dia layan..lepas tu   sambung golek-golek..TAPI kalau buka "tanyalah ustaz" khusyuk pulak dia tengok..macam faham je kan!
Setakat tu ja yang perkembangan terbaru Aisy yang saya ingat..Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015