Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Tuesday, 19 December 2017

August 2017: Aidilfitri 2017

Entry throwback jer la. Sebab nak delete gambar yang dah penuh dalam phone.
Dan-dan mengimbau kembali hari raya Aidilfitri.
Tahun yang bahagia sebab en.suami cuti raya. hihi. 

Raya pertama sebelah en.suami. Petang raya baru balik sebelah saya.
Dan tahun ni berjaya ambil gambar family yang cukup ahlinya.
Alhamdulillah.


 My familia without the kiddos. Mana pergi ntah.haha.


 Our small family.


the siblings



 

Complete. LOVE.
 

Kesayangan.

 Mencabar betul nak bergambar dengan anak-anak.
Tengok la gelagat masing-masing.
Eloklah bergamabr kat rumah je. 
Kalau kat kedai mau rugi bayar mahal-mahal2.hahaha.
 
 

 Family sebelah suami.
COMPLETE.


Hari raya ke-2. Beraya dekat rumah saudara-mara.



Tuesday, 19 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Selamat hari raya...Maaf Zahir dan Batin...Tahun ni giliran  en.suami kerja di hari raya..so kami balik kampung awal 5 hari sebelum raya..sebab sehari sebelum raya en.suami dah kena kerja..Balik kampung awal dapatla merasa berbuka puasa dengan family..Dapat merasa pergi bazar kat kampung...dapat berbuka dgn lauk mama mak masak...heaven sugguh..hihi

Tahun ni kakak beraya dengan mertua..So kami berempat je..mama, ayah, adik dan saya..
Macam biasa..lepas sembahyang raya terus ke rumah tok berkumpul kat sana..Duduk sana seharian melayan tetamu..Sebab tok dah tak larat so anak-anak kena gilir-gilir jaga tok..

 

Bergambar selepas sembahyang raya..
 

Kesayangan..
 

Aisy dapat duit raya dari wan..Salam cium tangan dulu..
 
OOTD dari kejauhan pengubat rindu..Eceh!haha..
Bila tengok gambar ni, en suami cakap Macam askar pulak posing "sedia" dan "senang diri" haha.. :p  

Dua2 ni gambar paling semengah ..Kalau tak susah bebenor nak duduk diam2 depan kamera..hihi..
Anak kecil macam tu la..Aisy dah faham dah suruh senyum paling handsome tu dia renyehh sampai telinga tu..Tu pun ikut mood jugak..hihi.. 

Dah dondon2 ni harusla gigih en.suami edit nak jadikan family photo..haha..
 

Syahdu di pagi raya..papa kena kerja nak bagi mama duit raya lebih...eh!..
Next year kira beraya sama-sama.

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin..
0-0 yer.. 

Tuesday, 25 August 2015

Throwback : Aisy main bunga api

Throwback hari raya lepas..
Tahun ni raya sakan sebab papa aisy dapat cuti..
Memang dah plan nak bagi aisy main bunga api.
Setahun sekali je ..bukan selalu..
Sebab last year aisy excited je..tp masa tu tengok orang main je..
Sebab kecik lagi...


Ingatkan dia penakut nak pegang..sekali rileks je dia main macam expert..
Mama yang over suruh carefull..mama yang risau lebey..


Ada geng waktu ni..main dengan kazen2..


Siap pusing2 lagi ..



Dah big boy dah anak mama ni...setakat bunga api je yer aisy..
Jangan tahun depan dia mintak mercun udah..waaaa...





Tuesday, 28 July 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Alhamdulillah..raya tahun ni dapat raya bersama suami tercinta..2 tahun sekali je dapat rasa raya sama2 Atas tuntutan kerja..so bila dah complete ..boleh la raya sakan tahun ni..haha..raya sakan pun macam biasa baju raya kuih raya semua last minit..haha..seminggu nak raya baru complete semuanya..

Saya bertolak balik 2 hari sebelum raya dengan adik...sebab en.suami masih kerja hari last puasa tu..tapi,habis kerja pukul 2'terusmdia pecut balik ..rezeki en.suami dapat jugak berbuka dengan parent dia..


Bukti masih bekerja..buletin 130...pukul 2pm terus cabut lari..haha..

Lepas berbuka kami ke rumah mertua..sebab kazen aisy semua kat sana main bunga api..so bawa aisy pergi sana join sekali..bukan main enjoy dia..tak takut api pulak tu..mama yang over jerit2 seriau..





Raya tahun ni special sebab masa hari raya pertama dapat beraya dengan kedua2 mama ayah dan mertua di pagi raya..sebab mertua beraya kat alor star je..petang raya baru balik kampung di parit buntar... Hari raya pertama di rumah parent saya di jitra..lepas sembanyang raya mama acara wajib semestinya bermaaf maafan dan bergambar..hihi..punyala sibuk bersalaman dengan mama ayah n adik beradik..dengan suami sendiri boleh lupa mintak ampun..bleh cenggitu...?haha..serius kelam kabut dengan nak kepung si abang long aisy nak ajak bergambar..puas pujuk la nak bagi ais krim la apa la..lap peluh mama nak!!


salam aidilfitri ..maaf zahir dan batin..0-0.
Warna tema tahun ni  navy blue..


Keluarga sebelah saya..Complete tahun ni semua ada..
Lepas bergAmbar dan makan2..kami bergerak untuk beraya di rumah mak dan pak pulak..


 Gambar atas mama dan ayah sata bersama cucu2..
Gambar bawah mak dan pak (mertua) bersama cucu2..

Gambar family sebelah suami tak ambil pun..cuma ada gambar mak dan pak dengan cucu je...

Lepas beraya rumah mertua..kami gerak ke rumah tok dan wan saya di alor star jugak..
Gambar bawah ni separuh je dari fmily hj mustafa..jang dan family beraya sebelah pak jang..dan kazen yang dah kahwin semua beraya sebelah mertua masing2..


Lama jugak kat rumah tok..sebelah petang kami ke kuala kedah pulak beraya rumh tok su..lepas tu terus balik rumah..tamat cerita raya pertama..simple tapi meriah nokss...


Ootd Hari raya ke2 


Ootd Hari raya ke3...

Nota kaki: mama aisy dan pink purple tak dapat dipisahkan..k bye..

Wednesday, 13 August 2014

Aidilfitri 2014

Fuh- fuh dah bersawang blog mama aisy... Memang mood kelaut sangat nak update blog..tapi memandangkan  mood raya masih ada..ku gagahkan juga update..

Raya tahun ni berdua je dengan aisy..papa kena berkhidmat untuk negara..ewah..dua hari sebelum hari raya saya berbuka puasa di rumah mertua walaupun  en.suami tak balik raya.. Mak buat ketupat dan rendang..memang dah lama teringin nak makan..mak siap tapaukan lagi...sedap..



Tahun ni kami raya berlima je..kakak balik beraya sebelah keluarga mertua ...walaupun berlima je tetap terasa kemeriahannya..lepas sembahyang raya kami melawat kubur arwah adik2 ... Kemudian terus ke rumah tok dan wan..semua saudara berkumpul kat sana..


Kami di pagi hari raya.. Yang tak da cuma en.suami..kakak dan suami dan kazen yang study di new zealand..tak pe gambar ni boleh edit..hihi..












Dalam pukul 3 kami gerak balik rumah..sebab ada sedara nak datang rumah..




Aisy di pagi raya..syukur sangat dia nak juga pakai baju raya..masa mula2 beli nak try tu dia tak nak langsung..puas pujuk la..


Aisy beraya dengan wan...eh letih plak nak sambung cerita...k bye...salam aiddilfitri..maaf zahir dan batin ...

Saturday, 28 September 2013

BBQ Raya Rumah Mak pulak

Cerita raya tak habis lagi..Ni cerita BBQ rumah mak pulak..Macam-macam cabaran nak BBQ ni pun...En.suami Salah beli arang.. punyala susah nak lekatkan api..Last2 adik ipar beli arang baru..Barulah api naik elok..Adoinyepun..Masa ni jemput mama, ayah dan adik join jugak....Boleh la diorang beraya rumah mak dan pak sekali..Tapi lepas isyak baru diorang datang...

 

Zarif,Adik ipar..Pakar BBQ..Orang kuat ni..Gigih dia..


En.suami yang gigih nak lekatkn api..2 jam jugak la..Salahkan arang tu..Bukan salah abang pun..eh! Masa ni zarif beraya rumah kawan dia lagi..hihi..Tu yang en.suami terkapai-kapai..haha..
Unik tak pemanggang BBQ buatan en.suami??..haha.


 En.suami mula-mula excited membakar..Lepas tu pas kat zarif..Dia bos bagi arahan je..Zarif layankan aje..Masa ni mama dan ayah dah sampai..


Uols tengok..i is melantak ja kerjanya..Masa ni mak masak mee udang juga..Gado-gado pun ada..Terbaik noks! Gamabr ni nampak macam gems je..Salahkan kamera..Eh!

Wednesday, 25 September 2013

Steamboat & BBQ Raya di rumah mama



Kat atas ni segala ayam , daging n seafood
Mama masak guna pemanggang ajaib ja..Sedap sangat..

Masa balik hari raya hari tu ada cakap dekat mama nak makan steamboat..
Ingat nak ajak satu family pergi steamboat dekat perlis ..
Sekali masa raya ke- 4 malam balik rumah mama..
Mama buat steamboat kat rumah..Siap dengan BBQ lagi..
Waaaaaa,,Terima kasih mama..



Seafood

Kuah tomyan dan sup..Dalam sup tu ada tulang lagi..
Sayur, fish ball, sosej..Macam kat kedai la..
Memang terbaik..Malam tu memang kami makan sampai ketat seluar..hihi..
Malam sebelum tu pulak berBBQ rumah mertua..
Memang tak bagi chance perut nak berehat..haha..
Lepas cuti raya dah habis terus puasa sunat ..Insaf!
Berat naik tak yah cerita la..k bye.

Wednesday, 18 September 2013

Open House Aidilfitri 2013


Sori la mama Aisy ketinggalan keretapi ni..
Baru nak cerita pasal Open house..
Hujung minggu pertama raya tu member-member ofis
cakap nak datang beraya di rumah..
So mama Aisy on je..Tapi fikir-fikir juga nak masak apa..
Papa Aisy pulak kena kerja hari tu,.
Terus rojer adik suruh datang rumah weekend tu sebab nak tolong jaga Aisy..
So saya decide nak buat spegethi je..Mudah dan simple..
Petang jummat tu ajak en.suami beli barang semua..

Dah alang-alang member ofis nak datang..
Saya rojer jugak la member terdekat datang rumah..
Neves juga sebab 1st time ajak ramai tetamu ..hihi..
Alhamdulillah kebanyakkan yang dijemput datang dan
puas makan walaupun kena berhimpit-himpit di teratak kecil kami...
Juadah hari tu kuih raya, kek lapis, spagethi, koktel buah, nugget n sosej..
Simple jer kan..hihi...

Insyaallah next year kalau ada rezeki boleh buat lagi dan
jemput group gojes mom pulak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015