Thursday 28 February 2013

Frozen Puree


Stok makanan aisy..

JJCM di Perlis @ Kak Su Laksa Beras Asli & Segar

Lepas tengok baby dalia kami sekeluarga p JJCM di kuala perlis.. 
Tempat yang dituju adalah Restoran Kak su Laksa Beras Asli & Segar.. 
Nama restoran memang setanding rasa laksa itu ok.. 
Kuah nya yang pekat memang menepati citarasa saya..hiks! 
Kat sini juga ada jual pulut udang.. Memang sedap!



Pulut udang itu


Laksa itu!.. 
Kena makan dengan cili padi @ cabai melaka orang kedah kata.. Baru kick!..

Nota kaki: Hari Selasa TUTUP

Wednesday 27 February 2013

Wordless Wednesday


Aisy buli papa... hihi!

Tuesday 26 February 2013

Aisy Demam + Batuk + Selsema

Sekarang Aisy asyik demam je..on off gitu..Sabtu lepas demam ..Esoknya makan ubat baik kejab..Semalam demam balik..Kepala Aisy panas sangat semalam..Bangun pagi dengar bunyi batuk pulak..Hidung dah lama berair dari last week.. Kesian betul anak mama ni..


Waktu lunch tadi bawa Aisy pergi KPMC lagi ...Memang tekak Aisy bengkak sikit.. Patutla dengar Aisy batuk macam teruk ja.. Dr bagi ubat batuk & antibiotik.. Ubat demam/selsema  guna yang ambil kat kedah sabtu lepas je.. Ada tanya dr. tadi pasal ubat selsema..

"Memang makan ubat selsema ni ngantuk ke? walaupun untuk baby? "..Jawapanya YA! 

Dr. kata lagi.. kat nursery kadang2 ada yang bagi ubat ni nak bagi baby tidur..Seriau ja dengar..mintak simpang la malaikat 44..fuh! Patutlah lepas bagi ubat selsema kat aisy tak sampai 2 minit . Dia dah tidur.. Dr. pesan lagi: kalau setakat selsema biasa tu tak perlu bagi ubat selsema..BAIKLAH! no more ubat selsema yer Aisy..huhu..


Aisy Jumpa Baby Dahlia

Aisy balik kampung semata-mata nak tengok Baby Dahlia.. Masa ni Baby dahlia dah 20 hari..Cousin gugurl pertama Aisy merangkap cucu perempuan pertama keturunan sebelah en.suami.. Dah lama MAK tunggu nak dapat anak perempuan.. Tapi semua lelaki.. 3 cucu pertama pun lelaki.. Finally tercapai juga impian mak nak dapat waris perempuan..hihi..
Perkenalkan....
Nur Dahlia Duranni
Muhammad Aisy Iskandar yang interframe..hihi!


Waktu ni Aisy demam..Kesian anak mama..Masa balik hari jumaat tu kepala panas sangat tapi badan tak panas sangat.. Bila malam tu Aisy dah mula merenget-renget dah ..tak selesa agaknya.. Bila cek suhu dah 37.3 dah..Nak dekat demam ler tu.. Pagi esoknya sebelum tengok baby dahlia kat perlis, kami bawa Aisy ke klinik dulu untuk check up.. Dan memang Aisy dah demam selsema tapi tak tinggi sangat suhu.. 

Nota kaki : Hari ni Aisy demam lagi -_- En.suami jaga Aisy hari ni.. Saya TERPAKSA kerja..huhu!

Monday 25 February 2013

JJCM @ Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Hujung minggu lepas kami sekeluarga balik kampung untuk tengok baby Dalia *Anak abang ipar* ..Balik hujung minggu je..Penat tapi puas la sebab dapat jumpa family kan..Jumaat saya ambil half day..On the way nak balik tu singgah makan di Restoran Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.. Kalau dari KL, boleh exit tol taiping  nun..


Dulu masa datang kecik je restoran ni.. Tapi sekarang dah besar..Luas..


Parent in law order ni ..Mee udang mak jah biasa (RM7.00)..
 Udang sederhana..Ada dalam 8 ekor kot..hihi..


En.suami order Nasi + Sambal udang special *Udang besar punya*


Ni saya punya..Nasi Gorang udang special.. Udang besar jugak.. (RM10 kalau tak silap)

Masuk kali ni dah 3 kali makan kat sini..memang puas la sebab udang besar-besar..Harga pun berpatutan..cuma nak ke restoran ni ambil masa sikit.. 

Selamat Mencuba!

JJCM @ Kuala Perlis

Cerita dah lama tapi baru gigih nak update..Cerita balik kampung bulan lepas.. Masa ni jalan-jalan cari makan di Kuala Perlis untuk Dinner.. Kat sini memang port makan terbaik untuk seafood..Ada banyak gerai-gerai masakan seafood..boleh pilih seafood fresh..


Antara menu yang di order oleh ayah saya.. Makan sampai muntah..hiks!


Terima Kasih ayah sebab selalu belanja kami best-best kalau balik kampung.. 
Love u ayah! muah!

Aisy tak da mood waktu ni..Ngantuk..Jadi kami makan bergilir-gilir.. bye.

Friday 22 February 2013

Solid Food #4: Manggo Puree

Cara-cara: Boleh rujuk gambar @ kat SINI
Cara sama ja macam Puree Pisang. Tak perlu masak pon! hehe.. Senang kerja mama aisy..

Ada orang cakap makan buah mempelam / manggo ni anak senang alergic..tapi still nak cuba dekat Aisy.. tapi bila dah besar sikit lah.. Sekarang tengah try avocado.. 4 day rules yaa! Selama 2 hari makan avocado ni Aisy belum poo poo lagi..Adoi! dan Aisy tak suka sangat avocado macam suka buah pear/epal..Tapi still makan sikit.. Kalau puree ubi keledek ..langsung tak nak..Amboi memilih anak mama ni..hehe..


Hope he will like it.. Love u son!


Wednesday 20 February 2013

Wordless Wednesday


Riang Ria Anak Kecil

Tuesday 19 February 2013

Dapur Mama Aisy #2 : Spagethi Bolognese Mudah & Ais krim vanilla nestum Sedap




*nak ambil gambar punya pasal..sanggup bawa barang ke ruang tamu.wakaka*




Bahan-bahan:
Sos Prego
Tomato Puree
Ayam/ Daging kisar
Bawang Putih,*Dipotong dadu.
Bawang Besar, * Dipotong dadu
Tomato. *Dipotong dadu
Cendawan *Dipotong dadu
Spagethi
Garam&Gula
Parmesan Cheese/cheedar cheese (tak da pon tak pa..ada lagi sedap!)

Cara-Cara:
Tumis bawang putih yang dipotong dadu
Masukkan ayam kisar dah dibiarkan masak
Masukkan sos prego & tomato puree
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan, bawang besar & tomato..
Biarkan mendidih. Masukkan sedikit sos tomato,sos cili, garam & gula secukup rasa..
Siap
Rebus spagethi
Hidangkan bersama parmesan cheese



Spagethi Bolognese Mudah dan Sedap
*Hidang bersama cheedar cheese*




Dessert: Ais Krim Vanila Nestum

Resepi: Ais Krim Vanila + Nestum + Susu Pekat

*Selamat Mencuba*

Monday 18 February 2013

CNY 2013 - Day 2: Puree & Sibling's Day Out

Hari ke-2 cuti CNY..sebelah pagi sibuk buat stok puree untuk Aisy>>>Entry  SOLID FOOD..

Sebelah petang pulak sesi berjimba bersama adik beradik tersayang.. En.suami kerja di hari cuti.. Jadi saya dan adik ke rumah kakak di klang.. Sampai rumah kakak dalam pukul 3.. Lepak-lepak kejab makan bihun goreng abang ipar masak ..Lepas tu kami ke Jusco Bukit Raja.. Window shopping.. Sebenarnya pergi JJ tu ada misi.. Misi nak beli red velvet cupcake kat sana..Sedap sangat!..Try sekali terus teringat-ingat.. Kalau korang nak try boleh la terjah JJ Bukit Raja.. Dia ada buka meja kat tengah-tengah JJ (ground floor) jual macam-macam jenis kek..


#3 beradik + Aisy #
Kakak+SAYA+Adik
Sibling's Day Out 

6 month : Muhammad Aisy Iskandar


  • - Boleh mengunyah dan menggigit * Sesekali gigit jari mama memang terasa cengkamannya..hehe..
  • - Boleh mengangkat dada dan sebahagian daripada perutnya dari permukaan dengan menampung beratnya pada tangan *Betul!
  • - Mengangkat kepala bila diangkat untuk didudukan *Betul..Dah macam orang besar!
  • - Boleh bergolek dari keadaan berbaring kepada meniarap *Masa 5 bulan dah macam ni..
  • - Menampung sebahagian besar berat badannya ketika dipegang berdiri *Boleh berdiri dalam masa yang lama kalau diampung berdiri..
  • - Mencapai dan mengawal objek kecil *dah pandai cari botol susu sendiri & capai masuk mulut
  • - Memegang botol *Masa 2 bulan dah gigih praktis.. Sekarang dah terror..tapi bila masuk mulut tu dipusing-pusing botol tu boleh? terkeluar-keluar susu tu..Grr!
  • - Mengubah kedudukan badannya untuk melihat sesuatu objek *Setuju
  • - Menoleh kepalanya dari kiri ke kanan dan melihat ke atas atau ke bawah *Setuju.. Kalau panggil nama dia..Laju je toleh! Good Boy..
  • - Sukakan rangsangan melihat yang lebih kompleks *Setuju
  • - Menyebut bunyi satu sukukata seperti ma, mu, da dan di. *Yes
  • - Mengenali ibubapanya *Kenal kot..hehe..
  • - Suka nangis bila nak tidur *Grrr!
  • -Tangan/jari dah cukup kuat untuk memicit muka mama & tarik rambut mama..Kalau kuku panjang..Pitam mama..hehe..
  • -Kalau nak tidur mesti tangan tu nak memicit sesuatu especially hidung mama/papa..
  • Bangun tidur mesti senyum dulu bila nampak mama @ papa *cair hati mama..!
  • Suka sangat senyum buat mama teringat-ingat!
  • Dah mula makan solid food: Suka sangat puree pisang,epal & pears.. TAK SUKA: carrot,sweet potato, air suam!

Friday 15 February 2013

Solid Food #3 : Carrot, Avocado and Sweet potato puree

Hari ke-2 bercuti sempena CNY dimulakan dengan merajinkan diri sebagai ibu mithali untuk memuree = membuat puree untuk Aisy. hiks! Untuk minggu ni saya buat 3 jenis puree terus.. Puree Avocado, Carrot dan  Sweet Potato (keledek).. 
Puree Carrot
Cara-cara untuk membuat puree carrot:
  1. Buang kulit
  2. Potong dadu
  3. Stim / Rebus selama 10 minit *Stim better*
  4. Blend dengan air stim/rebusan
  5. Tapis jika inginkan tekstur yang halus mulus
  6. Masuk dalam bekas untuk dibekukan @ terus makan bersama susu ibu/fm

Puree Sweet Potato/ Ubi keledek 
Sama cara seperti diatas

Puree Avocado
Sama seperti cara membuat puree pisang - Rujuk DISINI

Cara membuat puree avocado :

  1. Pastikan kulit buah Avocado Hitam *Buah  Dah masak
  2. Belah dua
  3. Ambil isi buah guna sudu
  4. Blend dengan sedikit air atau susu ibu/fm
  5. Sedia untuk di makan @ difrozenkan

Nota Kaki : Kalau was-was dah masak ke belum buah avocado tu..Bungkus buah dalam surat khabar semalaman @ 2, 3 hari untuk pastikan buah avocado masak iaitu apabila kulit bertukar hitam..

Wednesday 13 February 2013

CNY 2013 Day 1 - Nasi Lemak, Paradigm Mall, IKEA

Mesti ramai yang teruja kan dapat bercuti 4 hari sempena Chinese New Year. Syurga! Ada yang dapat seminggu terus *ok jeles!.. Saya ni kalau cuti tak sah kalau tak ajak en.suami keluar.. Memang kaki jalan! 

Breakfast di pagi sabtu, Nasi lemak sotong oleh mama Aisy.. Ceh!


Nyum nyum!

Lepas dah breakfast, settlekan semua kerja rumah (basuh baju, kemas,etc) dan hal Aisy (mandi+makan).. Sambil-sambil tu kejit mata kat en.suami sambil berkata "hari ni bawa saya keluar jalan tau".. Dia boleh buat dunno je! Mak sentap dalam hati dik non.. Sekali lepas zohor dia ajak pergi Paradigm Mall . Saya macam blur je sebab tak pernah sampai sana.


Paradigm Mall ni lebih kurang macam KLCC kot...BEST!. Tapi kebanyakkan kedai dah nak tutup.. Sebab makan besar CNY ! huhu.. Lepas dah puas jalan-jalan kami ke IKEA.


Buah hati pegarang jantung saya!


Kalau pegi IKEA wajib terjah cafe. Menu wajib meetball, salmon fish, mushroom sup, almond cake, chicken wing.. Nyum nyum! Teingat-ingat dowh! Kali ni tambah lagi satu menu wajib popia..hehe..


Kalau pergi Ikea juga mesti ada ja barang nak beli walaupun tak tau apa motif barang tu dibeli..hehe.. Tapi kali ni semua barang dibeli sebab ada motif..keke..Antaranya kerusi makan untuk Aisy, Feeding set, tupperware n etc. Setiap kali pergi Ikea juga mesti LUPA bawak plastik beg.. Kat rumah dah berbelas plastik ikea! rugi-rugi! .. Ok tu je al kisah hari pertama bercuti sempena CNY! Bye.

Noodle Station Alamanda

Bercuti lama ni rasa lemau sangat nak update blog..hehe..

1st time try makan kat noodle station kat Alamanda ni..  macam-macam ada.. menu western pun ada.. Untuk pertama kali ni saya order Mee Tomyam *tak ingat nama* .. Serius sedap! Tomyam tu macam dicampur dengan santan/susu sebab rasa lemak-lemak pedas gitu....Adik saya order nasi goreng tomyam *gambar tak amik pon* .. Dia cakap sedap jugak..memang terasa kaw kaw rasa tomyam..dan pedas yang sedap!


Air ni pun lupa nama..Grrrrrrrrrr! Tapi kat menu tu ada gambar kalo korang nak order ..hiks~!
Pun SEDAP.. Rasa blackcurrent+susu...


Mee tomyam itu!


Aisy meragam sikit masa  makan ni..So bergilir-gilir la dengan adik makan.. sebab Aisy tak nak duduk dalam stroller ..nak dukung jer..Grrr!

Nanti nak ajak en.suami datang sini lagi..Order menu yang sama lagi atau try western food plak!..

Friday 8 February 2013

Kasih seorang ibu dan anak


Aisy teman mama solat. Semoga anak mama jadi anak yang soleh yer..

  • Moment paling indah bila si anak kecil ini merenung dalam  ke mata si ibu..
  • Bila bangun pagi terasa ada tangan kecil anak ini di muka si ibu tanda ingin mengejutkan si ibu.
  • Bila si ibu hilang dari pandangan, anak kecil ini akan menoleh setiap posisi untuk mencari kelibat si ibu.
  • Wangian si anak dapat memberi ketenangan kepada si ibu walaupun pampers dah berat.hehe.

*Mama sayang Aisy..Mood:RINDU*

Thursday 7 February 2013

Rumah Makan Khas Sunda CIBIUK Bangi

Restoran ni dekat sangat dengan office saya... Dah lama mengomel kat en.suami tanpa putus asa  nak try makan kat sini. Akhirnya tertunai jugak hasrat! Owner restoran ni merupakan kakak kepada sahabat saya masa sekolah dulu.


Restoran ni Corner lot.. ..Betul-betul tepi highway..
 Area kedai- kedai berdekatan dengan Tol Sg Ramal.
Senang nak cari!


Suasana santai di restoran ni dengan iringan lagu ala-ala jawa! hehe.. 



FREE.. Boleh ambil ulam-ulam dan pelbagai sambal secara PERCUMA..i like!..


Saya order Manggo Juice & En suami order teh ais..
 Jus tu ok la..tapi ada rasa masam-masam..mungkin buah tak masak betul kot..
Teh Ais memang sedap! bukan rasa macam teh biasa tau..Teh dia sangat wangi!

Anda juga akan dihidangkan dengan secawan teh panas.


Ni yang saya order..lele apa tah? nama lupa! haha.. 
SEDAP.. !
Ala-ala macam nasi ayam penyet la.. Ikan tu rangup & besar punyaaa! hehe.. 


Ni desert.. Roti pisang cheese kot namanya.. 
Rasanya sangat OHSEMMMMMMMMMMMM! Sedap terangkat!


En.hubby order nasi + ayam bakar..*tak ingat nama*
 Nasi dia ala-ala nasi lemak..Unik! 
Tapi tak berapa kena dengan tekak en.suami..haha..


Lunch bersama..
Baju pun kebetulan warna sama..
Aktiviti bagi mengeratkan hubungan kasih sayang bersama..ewah! 

So far, makan kat sini ok..kena dengan tekak saya ..TOTAL: RM45++.. Kalau anda nak kelainan rasa masakan ala-ala sunda gitu..Boleh lah try makan kat sini.. Yang pastinya, saya akan datang lagi dan order roti banana cheese itu! terbaik!

Wednesday 6 February 2013

Wordless Wednesday


Teringat pisang cheese kat KK, Sabah. NYUM!

Solid Food #2 : Puree Apple & Puree Pears

Cara nak buat puree epal dan puree pears sama ja..

 
Bahan-Bahan: Epal , Pears
Buah dibuang  kulit & basuh bersih-bersih




Kemudian potong dadu supaya senang nak blend & stim


Stim dalam 10 minit mengikut kuantiti 
atau
Kukus *Stim lagi bagus!


Blend sehingga halus
Boleh tambah sedikit air dari stim/rebus tadi sebelum blend untuk dapat tekstur yang halus.




Puree Pears (bawah) dan Puree Apple (Atas) yang sedia untuk difrozenkan
Dihidangkan bersama susu ibu/formula
Selamat Mencuba!

Aktiviti hujung minggu saya.. Buatkan puree untuk Aisy.. So far, Aisy BELUM makan lagi puree epal & pears ni.. Baru cuba puree pisang.. 4 day rules!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015