Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Tuesday, 8 November 2016

Roti Puri dan Jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya

 Suka datang sini IOI City Mall Putrajaya ni sebab dekat. 
Dan banyak kedai makan best2..haha..
Biasa kalau bawa anak-anak kalau jumpa mainan bawah ni mesti PAU nak naik..hihi..


Thomas n Friend.
 
Ni mama suka sebab dapat join sekali..haha
Train ni pusing-pusing tak sampai 5 minit pun dalam tu..
Tapi of cos buat anak-anak happy tak sangga orang kedah kata..haha
 

Sebelum ke IOI tu singgah breakfast roti puri kat kedai mamak kembar presint 9.
 Lupa nama..tapi femes kot restoran ni..haha.. 


Friday, 4 November 2016

Riadah di Tasik Titiwangsa dan Nan Cheese RSMY

Cerita 2 bulan lepas kot..Ampun! haha.. Masa ni weekend en.suami bawa riadah disini..Cadangnya nak naik basikal kat sini. Tapi sampai pun dah lewat sebab susah bebenor nak dapat parking..Ramai sungguh umat manusia..Next time harus datang awal.. Best tengok macam-macam jenis basikal untuk disewa..Naik 4 orang pun ada..2 dewasa 2 budak2..Harus try nanti..

 

Sampai je...belikan aisy mainan buih2 ni..
Kalau tak beli asyik berzikir je la kat telinga mama n papa..


muka puas hati dapat apa yang dihajati..


Mama pulak tengah menikmati sengkuang calit .hihi..Dapat makanan duduk diam-diam..hihi..

Nak dekat magrib tu solat siap-siap kat tasik tu terus dinner kat RSMY House of Real Beriani di Medan Tuanku KL. Dah lama jugak ni pun berzikir kat en.suami nak makan nan cheese kat sini..Dapat jua akhirnya..Last makan time pragnant kat Alisya..hihi


Order nasi beriani ayam untuk anak-anak 
 

Dan semestinya The best Nan cheese in town..Makan dengan KEEMA..Sedap bangat..
Bila ntah boleh repeat lagi..Tunggu pregnant kot request apa semua dapat on time..haha..
 

Tuesday, 14 June 2016

Bawa anak-anak naik train

Salam semua..Berhabuk betoi blog ni..Banyak sangat cerita pending dalam diari blog ni..
Meh la kita throback cerita bawa anak-anak naik train last 2 month kot..

Memenuhi permintaan aisy yang nak sangat naik train tiap kali nampak komuter....Gigih la kami naik dekat Kajang turun dekat Bangi.Ada dalam jarak 2 stesen je..hihi...Mula-mula nak pergi sampai Mid Valley atau Seremban..Tapi macam jauh sangat pulak..So kita decide nak try and error dulu ok ke tak anak2 naik train..Maka kita try dekat2 ja sudah..hihi..

 

Aisy tutup telinga sebab ada train bunyikan hon kuat ya ampunn..


Nervous juaga 1st time bawa..Aisy ok je..Mula-mula excited  berjalan la dia..Time nak balik dah penat..Nak berdukung pulak..Dah la boleh tahan jauh nak kena jalan untuk tunggu train..hihi..


Overall anak-anak baik2 je masa naik train ni..Behave tengok permandangan..Aisy paling teruja sekali..Lepas ni boleh balik kampung naik train..hihi..

Dah settle naik train dia ajak naik bas pulak..oh my anak.. 

Thursday, 28 April 2016

Beli Kupon The Fish Manhattan di GROUPON

Ni kali ke-2 beli kupon The Fish Manhattan di Groupon..
1st dulu masa pregnant kan Alisya kalau tak silap..
Baru-baru ni tengok ada lagi offer.. 
Terus grab laju-laju ajak en.suami pergi lepas tengok wayang tu.

Habis wayang dalam 2 lebih kot masa tu memang lapar sangat..
Terus pergi Restoran..Masa ni ramai orang boleh tahan..
Servis makanan sampai kat Almanda ni agak laju..
Tapi bila mintak air suam 15 minit baru dapat ..Grrrr...

 

Set untuk Kupon tu..Macam-macam ada..
 

Good girl Alisya ni makan sepah kemain..
Dia nak suap sendiri kekdahnya...
 

Rasa semua SEDAP..ke sebab lapar?haha..Tak lah memang Sedap pun..
Ni pun tapau bawa balik separuh  sebab anak2 dah mula cranky..
So far kupon yang ditawarkan di groupon untuk The Fish Manhattan ni memang berbaloi-baloi..

Tuesday, 19 April 2016

1st time bawa anak2 tengok wayang

Bila keluar je Filem Boboiboy..Memang niat nak bawa aisy pergi tengok..
Terus book tiket online..Takut walk in nanti penuh..
So pergila weekend tu tengok wayang untuk pertama kalinya
Gigih angkut sekali si kecik alisya tu...Ambil tiket awal 1230pm ingat tak la ramai..
Tapi penuh jugak seat..Nasib baik dah beli online..
Kalau tak kecewa aisy..hihi..Sebelah pagi tu pergi tadika aisy ada perjumpaan waris.
Tadika pun ada perjumpaan gitu..

Ok sambung cerita tengok wayang untuk pertama kalinya.
10 minit pertama cerita start tu alisya ok la tengok..
Minit-minit seterusnya dia dah tak duduk diam..
Mula-mula en.suami keluar masuk panggung tu..
Lepas tu saya pulak ambil giliran..
Alisya memang tak berminat nak tengok..Dia lagi suka berjalan kat luar..
Maklumla masa tu baru dapat kaki..Asyik nak berjalan jer la kerjanya..

Tapi yang bestnya Aisy sangat2 enjoy the movie..
Lepas dah keluar wayang pun dia sambung cerita aksi-aksi dalam tu..Haha..
Suka betul dia...Siap cakap "Nanti mama bawa aisy tengok TV besar lagi yer.." 
Amboi dia request lagi pulak yer..Mama kena pk 20x sebab alisya tak reti tengok lagi..

 

Masa mula-mula masuk panggung..Masa ni terang benderang lagi..
Alisya asyik la dok memanjat kerusi tu..Kejab-kejab tukar kerusi sebelah..
 
Bawa anak-anak  kecil sweater jangan lupa bawa..
Sejuk dalam tu..
 
Ni si kecik tengah excited nak berjalan..
 

Ni sebelum tengok wayang..Aisy excited tengok dinasour ni..
Rupanya boleh ride RM5 kot ke Rm10 tah tak ingat..
So bagi la aisy naik..Ingat extreme la dinasour gerak kan..
Sekali kepala dan ekor dinasour je yang acah-acah bergerak..
Aisy tak de perasaan je naik..hahah...
 

Friday, 26 February 2016

Pergi ikea semata-mata nak makan je

Orang nak pergi IKEA sebab nak cari barang rumah..Tapi saya ni pergi IKEA selalunya sebab nak makan je..Tiap-tiap kali pergi Aim nak makan je semata-mata..Apa lagi kalau bukan salmon fish,Mushroom Soup, meatball dan cake IKEA..Sedapnyaa..Kalau datang waktu pagi harus makan Popia Ikea ni..Sedap sangat...

Lepas dah makan kat Foodcourt ni pusing-pusing 1 IKEA..Masa nak keluar tu dah makan lagi ..
Ais Krim, karipap & donut IKEA adalah wajib..haha....

 

Favorite..
 
TQ papa bagi mama makan melantak dengan tenang...haha..  


Happy Me.. Happy Tummy..
Masa ni 1st time pakai instant shawl..Bulat muka ku.. 

Thursday, 28 January 2016

JJCM di Miami Grill Sunway Pyramid

Dah lama tak jejak Sunway Pyramid ..Dah bertahun rasanya..haha..
Tapi terjebak punya pasal tengok Hanis Zalikha punya IG..
Terus ajak en.suami pergi Miami Grill ni..Kitorang gerak awal..
So senang dapat parking dan masa sampai ni tak ramai pun orang lagi..Lega!

Sampai-sampai je terus tengok menu dan order. 
Lepas order, sila ke kaunter yer bayar dulu..Baru dapat makanan..hihi..

 

 Mozarella Stick ni memang highly recommended..
Sebab bila sampai panas2 dan makan tertarik-tarik cheesenya..

 
Saya order Set Nacho Cheese.. Ni pun recommended sangat...
Portion dia besar..Makan separuh je..lagi separuh bawa balik.. 
En.suami dan adik order burger..Tak sempat nak rasa..
Tapi licin je diorang makan semua..haha..


 Untuk aisy order kids meal spagethi bolognese..
Spagethi dia biasa2 je..tapi laju je aisy makan..lapor kot..


  Feeling suasana miami dok sini..padahal sampai Miami pun tak pernah...haha..


Bawa birthday girl jalan2...Tapi mama yang makan lebih-lebih..haha..

Overall makan kat Miami Grill Sunway Pyramid ni OK..
Staff kat sini pun mesra senyum je..
Servis cepat tak payah tunggu lama tu yang penting... 

Thursday, 17 December 2015

Siblings day out


Cerita bulan lepas ni...masa weekend tu adik datang rumah..kebetulan memang dah lama tak jumpa kak padahal duduk kat selangor je semua..Masing-masing bz..So kitorang decide nak jumpa ..En.suami tak join sebab dia kerja.. Adik drive ke Shah Alam nun..Angkut 2 orang askar2 itu..si aisy dan alisya..Nasib baik baik behave je 2 beradik tu..Masa dalam kereta tu tidur je diorang.

Sampai je..kakak terus ajak makan..Lepas makan kami ke bengkel husband kakak melawat kawasan..Husband akak (abg mie) buka bengkel buat furniture guna kayu pallet tu..

 
  3 beradik je kami..
 
  
Bergambar di depan bengkel abang mie..Muka aisy dan alisya muka mengantuk..hihi..
Ala anak2 mama..
 
 Lepas ke bengkel, kami terus ke rumah kak..Dekat2 situ je..lepak kat sana borak-borak sampai petang..Aisy paling happy sekali sepahkan rumah long..hihi..Best sesekali dapat jumpa dan gosip.... 

Thursday, 22 October 2015

Mandi manda di port dickson

Cerita basi lagi..tapi harus masuk dalam blog untuk kenang kenangan..masa nak dekat birthday aisy tu mmg cadang nak bawa aisy mandi kat pantai..kira salah satu hadiah birthday la..aisy pun mmg suka laut...kebetulan mertua datang kl..makanya terus ajak diorang pegi sekali masa weekend tu..
Sampai je tapau dulu coconut shake n cendol dengkil (cawangan port dickson) betul2 lepas exit masuk PD sebelah kiri kalau dari KL la..lepas tu depan sikit belah kanan tapau nasi ayam cowbow yang femes tu...tp coconut shake tu sedap sgt kalah coconut shake yg femes2..buktinya masa kami nak balik ptg tu dah habis. Kesian en.suami x dapat rasa..haha.. nasi ayam pun sedap..plg win dia punya sos la..nyum2..


Alisya sedap tidur waktu ni sbb berangin je..


Aisy main pasir..nampak sgt happy tengok senyuman tu...sayang anak mama..


Gambar atas ni sebelah bawah kanan..aisy muncung tunjuk pasir dah retak..haha..retak dia sebut...ingat simen ke? pasir aisy pasir..hahaha...


Best jugak sekali sekala bawa anak2 riadah...lepas ni bila jerebu dah ok hopefully bolehla kita pergi lagi yer..

Wednesday, 25 March 2015

Homemade Steamboat

Baru-baru ni en.suami belikan periuk steamboat dan grill tu..
Macam memahami pulak bini dia yang hantu makan steamboat ni..
Dah dekat sebulan cantik je masih dalam kotak..
Sampai la weekend lepas baru nak rasmi..
Sebab masa tu kebetulan en.suami cuti time weekend..



Pagi-pagi lepas breakfast saya bawa aisy pergi tesco cari bahan-bahan nak steamboat dan grill..En.suami kat rumah tolong jaga alisya..
Berpeluh jugak la tolak stroller sambil pegang raga nak beli barang..
Aisy mentidor je dari sampai tesco sampai la mama dia habis shopping..
Dalam pada tak cukup tangan tu tengok murah pulak pampers drypers.RM31.90.Rembat la satu untuk alisya..Padahal dah penuh tangan ni..
Nasib balik bawa stroller..Boleh la sangkut apa yang patut..





Ok balik pada cerita steamboat...Sampai je rumah terus sinsing tangan buat sup, perap ayam , dan prepare bahan2 dan buat 2 jenis sos..

Untuk sos pertama saya buat
Sos steamboat  ala johny yang famous itu..
Credit Resepi: Blog Aisyrania

Bahan-Bahan
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih 
*5 sudu besar minyak bijan
*5 sudu besar sos ikan
*5 sudu besar cuka epal - saya letak cuka biasa je
*2 sudu besar sos tiram -tak letak sebab habis.huhu

*2 sudu besar kicap - guna kicap kipas udang manis
*1 sudu besar pati sunquick - tak de..guna jus limau subquick je
1/2 sudu kecil tepung jagung - tak letak sebab dah pekat
*1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak *tak letak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus

Cara-cara
Blend cili merah dan bawang.. Kemudian campur semua bahan * dan masak atas api sehingga mendidih..Masuk tepung jagung kalau nak likat..last tabut bijan dan daun ketumbar..siap..



Sos kedua
Sos cili kicap

Bahan-bahan
Cili Hijau
Bawang putih
Kicap
Gula

Cara-cara
Goreng cili hijau dan bawang..Blend/tumbuk..Masuk kicap dan gula..siap..


Sup steamboat (stok ayam)

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
Tulang ayam
1.5 liter air....or ikut suka banyak mana nak buat supnyer yer
garam secukup rasa - jika perlu
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada.  Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa...

Bahan-bahan steamboat ni ikut selera masing2 yer..


Untuk Grill pulak..

Bahan-Bahan
Ayam
Udang
Sosej
Daging

Bahan-bahan untuk perapan
Olive oil
Kicap
Serbuk Blackpaper
Garam
Gaul semua & perap..

Selamat Mencuba..Bebaloi-baloi makan kat rumah..
Boleh ulang makan sampai malam ..


#takpayahpergijohnyorseoulgardenmakansteamboat
#tektiksuaminaksavebudget
#takpayahurutdadatengokanakdokketuksudukatrestoran

Friday, 6 December 2013

Family Day Office En.suami di Port Dickson

Last weekend kami ke Port Dickson untuk family day ofis en.suami..Last year saya tak join sebab en.suami kena kerja..Tahun ni kebetulan en.suami cuti so bolehlah join.. Apa yang best masa family day ni sebab macam-macam game dorang organise..semua family member boleh join..Ada BBQ..Boleh makan sampai lebam..Ada banyak hadiah boleh dapat..Yang kalah pun dapat uolss..hihi...Boleh kenal-kenal dengan family n kawan en.suami..Memang happening..! Harap next year boleh join lagi..

Ni 1st time bawa Aisy ke pantai..Happy je dia nak berlari ..Excited nak main air...


BBQ yang menyelerakan..nyum! Teringat-ingat tengok pic ni..


Aisy & papa.. Happy face..


Masa ni sebelum start game untuk anak-anak..Aisy pun interframe sekali..


Family Photo..Tengoklah aisy tu sibuk nak berlari..Bukan mau  kena dukung..


Ni game kutip goodies..Aisy beriya-riya je berebut..
Padahal tangan kecik jer nak berebut..hihihi..


Yeay berjaya jugak dapat setelah penat berebut katanya~


Aisy pasrah je amik gambar dengan mama sebab tumpuan dia kat pasir tu nak turun jalan..


Suasana pagi di PD..Kami bermalam di Cozzi Hotel..Ada swimming pool besar..Aisy pun sempat mandi sekali petang tu lepas family day..Esoknya kami jalan sekali lagi  di pantai. Lepas tu terus bertolak balik..Pukul 1130pagi dah sampai Kajang..

Thursday, 5 December 2013

Sepagi di Stadium Kajang

Bila en.suami cuti time weekend..Ni la aktiviti kami satu family..Keluar breakfast kat luar dan bawa Aisy jalan-jalan dan main kat playground..Baru jumpa port baru ada playground baik punya untuk Aisy ..Kat mana lagi kalau bukan Stadium kajang ni la..Sebelah Restoran Satay Haji Samuri nun..Ingatkan port orang main bola ja..Sekali ada playground dan banyak alat bersenam pun ada uolss.... Nama ja duduk nak dekat 2 tahun kat kajang ..Tapi tak pernah singgah pun..hihi..


Suka laa Aisy dapat main..


En.suami yang kenkonon bersenam..Padahal 2 minit jer.
Lepas tu sambung kejar Aisy berlari..Kira bersenam gak la kan..kejar anak!


 Mama yang sememeh tapi ada hati nak posing..hihi..


Aisy happy sangat main benda ni..terhenjut-henjut..

Hari tu datang dah lambat..Lepas ni kena datang awal pagi sikit..Sebab kalau dah panas membahang macam tak sesuai nak bawa anak ke sini..Kat sini juga boleh buat satu pusingan padang untuk joging.Best2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015