Showing posts with label Cadangan Makan. Show all posts
Showing posts with label Cadangan Makan. Show all posts

Monday, 19 December 2016

Mee Udang Sg Dua

Thursday, 8 December 2016

Pisang cheese sedap di Bangi - The Pisang Cheese

Sebenarnya Pisang cheese ni memang favourite cik tie. Memang alergic kalau nampak harus nak terjah pergi beli. Kebanyakkan pisang cheese yang ada area bangi ni semua dah try. Dan baru ni tengok kat IG ada  pisang cheese baru buka..Iaitu The Pisang Cheese ni .  Terus cik tie terjah. The Pisang Cheese ni dekat Restoran Barra di Bangi. Landmark. Berdepan tasik cempaka bangi..



Menu yang ada. Favourite Cik Tie Salted Caramel n Choclate Cheese.
So far memang memenuhi citarasa sebab cheese dan topping  dia banyak. Tak kedekut.
Selalu kalau beli mesti ciput jer letak . Tapi the pisang ni punya topping n cheese memang tutup habis goreng pisang tu. Nikmat betul makan..Cheese dia pulak sedap!


1st time order waktu ni. Order dua perisa terus..Sebab nak rasa..
Lepas dah rasa asyik muka cik tie je hari-hari kat gerai ni.hihi


Ni paling favourite.. Salted Caramel Cheese..

Uols yang area bangi boleh la try.. Confirm repeat datang lagi.
Cik tie tak de komisyen pun iklan ni tau..Tapi sebab sedap harus letak kat blog.
THE PISANG CHEESE terbaik
Cik tie bagi 5 bintang! :)
 

Tuesday, 31 May 2016

JJCM di Kuala Gula

Cerita balik kampung suami last month..Balik sebab nak tengok tapak rumah mak dan pak ..
Baru nak mula buat pembinaan..Sebab mak baru pencen..So nak buat rumah kat kampung la..
Dah lama pak dok ajak nak makan di Kuala Gula..Lokasi dekat je  dalam 40 minit dengan kampung tapi tak pernah sampai..Kali ni balik  baru dapat pergi..

Sebelum pergi call dulu buat tempahan di JS Muara Restoran ..Nanti sampai boleh terus makan je..No telefon: 016-541 8751..Yang menarik kat sini KETAM LEMBUT..

 

Kitorang ambil SET..Macam-macam menu ada..
Siakap 3 rasa, Udang goreng tepung, Sayur Campur, Tomyam, Telur Dadar..
Tambah kari ikan sembilang dan ketam lembut goreng..
 
Permandangan sekitar..
Kat sini ada chalet..Tengok kebanyakan yang stay sini sebab nak memancing..
 
Restoran terapung dan Boat-boat nelayan..
 
Mertua..Mak dan Pak..  

Kat sini ada banyak kolam ikan..Kira fresh tangkap kat sini kot..
 
Pemandangan lewat petang..
 
Overall makan kat sini ok.Not bad..
1st time juga makan ketam lembut..Rasa macam isi ketam yang rangup..hihi..
 

Saturday, 30 April 2016

Steamboat buffet di alamanda

Tuesday, 22 March 2016

Jjcm di boat noddle ioi city mall putrajaya

Baru-baru ni tekak teringin sesangat nak makan boat noodle ni..
1st time makan boat noddle di Dpulze Putrajaya.
Masa jumpa bff syida haritu dia ada bagitau boat noddle ada di IOI Mall Putrajaya..
Wah ni sudah bagus ni ..Dekat sangat..Harus terjah..

So masa lunch terus shoot pergi IOI..Nasib baik dekat je..
Sampai-sampai terus pergi kaunter pertanyaan ..Senang tanya terus kat mana boat noddle..
Kalau tak tanya entah bila tahun nak jumpa..IOI besar oii
Rupanya dekat atas ice cating je.. Sambil makan boleh tengok org main ice cating..
Ada 2 ruang..luar dan dalam.Kalau duduk bahagian luar boleh la tengok orang main ice cating..

 

Ni menu pilihan..Semua ni saya sorang je melantak tau..
Puas sangat-sangat dapat makan..
Semua licin kecuali kangkung goreng tu tapau..hihi..Kenyang kot!
Green tea tu 1st time order sebab ramai review cakap sedap..Dan mmg sedap..
Sebelum ni bukan pengemar green tea..Tapi lepas try ni jadi favourite pulak..



Licin..Boleh sambung kerja dengan riang ria gitu..
Desert tu ala-ala tepung pelita..Tapi tekstur dia keras sikit la..
Tapi rasa memang rasa tepung pelita..
 
 Kat bawah ni menu baru..Next time nak try Sangkaya steamed bread pulak..
Macam sedap je.. 

Tuesday, 8 March 2016

Western food terbaik di kajang

Western food terbaik dan sedap kat kajang ni tak lain tak bukan ialah 
di Restoran big bro grill & chop..
Restoran ni terletak di Saujana Impian Kajang..Berdekatan pasaraya Giant..
Bertentang dengan tapak pasar malam kat padang tu..(Faham ke tidok?)

Dah berapa kali repeat makan kat sini..Boleh klik SINI untuk review terdahulu..
Tapi kali ni bawa adik pulak makan kat sini..Ternyata dia pun bagi 5 bintang..
So terbukti sedap dan puas hati makan kat sini.
Service pun laju je..tak perlu tunggu lama...


Adik makan fried chicken chop..Sedap..
Ayam tu besar dan sos blackpaper memang terbaik..
Saya pulak order lamb chop..Memang menu wajib kalau makan kat sini.. 
Sebab lamb die lembut dan juicy gitu..
Selamat Mencuba..

 

Tuesday, 1 March 2016

Pisang cheese Jakarta di Seksyen 9 Bangi

Gerai Pisang cheese Jakarta ni terletak di sebelah Restoran Kelisa 
Sederet dengan Hospital An Nur dan Az Zahra Bandar Baru Bangi (Seksyen 9)..
Kat Bangi je Bukan kat Jakarta nun.hehehe..

Masa 1st time beli, saya order CHOC CARAMEL..
Sedap rasa lemak manis cheese dan karamel tu.
Kali ke 2 order CHOCOLATE...pun sedap..
Tapi Choc Caramel lagi win..

Ada macam-macam perisa lagi boleh pilih ikut tekak masing2...
Sampai2 terus order..Kemudian tunggu la turn anda dipanggil....
Kalau ramai tu bertabahlah la yer...
Waktu Operasi 2pm-10pm..

 

View depan kedai..Ambil pic ni dari tepi ja..Masa duduk tunggu turn..
Malas pulak nak bangun ambil depan-depan..

Choc Caramel Pisang Cheese..So nyummy!! 
Highly Recommended..
 

Friday, 26 February 2016

Pergi ikea semata-mata nak makan je

Orang nak pergi IKEA sebab nak cari barang rumah..Tapi saya ni pergi IKEA selalunya sebab nak makan je..Tiap-tiap kali pergi Aim nak makan je semata-mata..Apa lagi kalau bukan salmon fish,Mushroom Soup, meatball dan cake IKEA..Sedapnyaa..Kalau datang waktu pagi harus makan Popia Ikea ni..Sedap sangat...

Lepas dah makan kat Foodcourt ni pusing-pusing 1 IKEA..Masa nak keluar tu dah makan lagi ..
Ais Krim, karipap & donut IKEA adalah wajib..haha....

 

Favorite..
 
TQ papa bagi mama makan melantak dengan tenang...haha..  


Happy Me.. Happy Tummy..
Masa ni 1st time pakai instant shawl..Bulat muka ku.. 

Tuesday, 23 February 2016

Pisang goreng cheese sedap di melaka

Sambung Cerita ke Melaka haritu..
Memang dah aim nak cari pisang goreng cheese ni...*My feveret ever!hehe*..
Sampai je melaka terus waze cari KAPTEN PISANG melaka sentral..
Insyaallah memang jumpa..Tempat ni macam food court..
Kapten Pisang ni lot tepi sekali..Dan Foodcourt ni berdepan melaka sentral.. 
Kami sampai awal dalam pukul 12pm..Gerai dah buka..Alhamdulillah..

 

Sampai terus order..Masa ni dah ada beberapa customer tengah beratur..


Pilih menu dulu..Saya beli..
1 Mini Jumbo (3 topping) -RM10
&
1 Regular - RM5 
*Tamak order sampai 2..haha.. 

Tunggu dalam 10 minit kot..dapatlah yang dinanti-nanti..
 
Set Regular with caramel cheese topping
 
Set Mini Jumbo with oreo,choc cheese & caramel cheese topping..

Masuk-masuk kereta je terus ngap..habis licin..
sedap sangat ..rangup dan topping banyak sangat..tak kedekut..

Kami 1 family bagi 5 bintang ... Lepas ni kalau datang CONFIRM repeat datang sini..
Untungla orang melaka boleh makan pisang cheese hari-hari..k bye.. 

Friday, 29 January 2016

Boat noddle bangi

Pergi Boat Noodle ni last year sebenarnya..Masa tengah demam tu tekak teringin sangat nak makan makanan berkuah..Terus teringat boat noodle kat bangi ni..Selalu je lalu tapi tak pernah singgah..

 
 Konsep boat noodle bangi ni macam restoran fast food jugak..beratur dulu order..nanti diorang akan hantar makanan..Semangkuk RM1.80..Saya order 4 mangkuk licin semua..Memang sedap..Tapi portion semangkuk tu untuk 2 suap je yer..Actually 4 mangkuk tu pun rasa tak cukup..tapi malas nak beratur order lagi..dasar perut tong kan.,.haha..

Dalam restoran ni jugak ada FlaminGrill Burger. Kira boat noodle dan FlaminGrill Burger ni kongsi 1 lot kedai la...Dah alang-alang datang order jugak set burger ni sekali  set dengan air dan fries...last2 tapau burger tu sebab kekenyagan..Saya order signature beef burger...Sedap!...Tapi kalau makan panas-panas kat kedai lagi sedap..

Restoran ni di terletak betul-betul belakang PKNS Bangi nun..Jom ramai-ramai terjah..

Bangi Boat Noodle
No.7 & 9, Bangi Sentral
Jalan Medan Pusat Bandar 8
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

UPDATE: Restoran di dah tutup kat belakang PKNS Bangi..Saya tak pasti berpindah di mana yaa..

Thursday, 28 January 2016

JJCM di Miami Grill Sunway Pyramid

Dah lama tak jejak Sunway Pyramid ..Dah bertahun rasanya..haha..
Tapi terjebak punya pasal tengok Hanis Zalikha punya IG..
Terus ajak en.suami pergi Miami Grill ni..Kitorang gerak awal..
So senang dapat parking dan masa sampai ni tak ramai pun orang lagi..Lega!

Sampai-sampai je terus tengok menu dan order. 
Lepas order, sila ke kaunter yer bayar dulu..Baru dapat makanan..hihi..

 

 Mozarella Stick ni memang highly recommended..
Sebab bila sampai panas2 dan makan tertarik-tarik cheesenya..

 
Saya order Set Nacho Cheese.. Ni pun recommended sangat...
Portion dia besar..Makan separuh je..lagi separuh bawa balik.. 
En.suami dan adik order burger..Tak sempat nak rasa..
Tapi licin je diorang makan semua..haha..


 Untuk aisy order kids meal spagethi bolognese..
Spagethi dia biasa2 je..tapi laju je aisy makan..lapor kot..


  Feeling suasana miami dok sini..padahal sampai Miami pun tak pernah...haha..


Bawa birthday girl jalan2...Tapi mama yang makan lebih-lebih..haha..

Overall makan kat Miami Grill Sunway Pyramid ni OK..
Staff kat sini pun mesra senyum je..
Servis cepat tak payah tunggu lama tu yang penting... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015