Showing posts with label Cooking. Show all posts
Showing posts with label Cooking. Show all posts

Thursday, 7 April 2016

Cadangan menu simple

Ni antara menu-menu simple yang saya sempat snap picture..
Kalau suami kerja shif sebelah pagi or cuti weekend memang berasap la dapur tu..
Kalau dah hari-hari masak..Tiap-tiap kali nak masak pun blur nak masak menu apa..
Jadi meh la simpan dalam blog..Kot2 daku blur lagi nak masak apa boleh refer..

 

Nasi butter makan dengan grill lamb & brokoli
Dicicah bersama sambal resepi nasi ayam..haha..
 
Sup Ayam + Ikan Goreng (Menu favourite anak-anak)
Pajeri Nenas Udang
 

Daging Masak Kicap &
Sayur Brokoli  bawang putih
 

Gulai Udang  (Udang tengelam)haha..
Ikan & Telur goreng
 

Ikan & telur goreng
sambal special resepi tok *Sedap giler..Rindu Tok
Sup Sayur Bayam  

Sup Ayam + Ikan goreng + Ikan Masin
 
 Sambal telur, Sup Sayur & Lamb Grill

Selamat Mencuba yer..Malam ni nak masak apa eh??heee..


Saturday, 25 April 2015

RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH

RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH

Resepi: Goggle



 

BAHAN A (LAPISAN PALING BAWAH-LAPISAN KEK)

·         Swiss roll secukupnya

·         Air dari jus koktel * tak letak pun

CARA-CARA:

1.       Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.

2.       Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

BAHAN B (LAPISAN TENGAH-KASTAD)

·         1 cawan rata tepung kastad

·         1/2 cawan gula 

·         1 tin susu cair

·         1 tin air (sukat guna tin susu cair)

·         1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

1.       Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.

2.       Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A).Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. *saya guna buah peach tapi bila nak makan baru letak buah..hihi..

3.       Sejukkan sebentar.

BAHAN C (LAPISAN ATAS - JELLY)

·         Serbuk jelly brand nona/first choise

·         400ml air

*Follow arahan dekat kota jelly jer..

 

CARA-CARA

 

Campurkan serbuk jelly dengan 400ml air.

Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Mama aisy da try guna resepi ni mmg confirm sedap..selamat mencuba..

 

Saturday, 12 April 2014

Resepi lasagna sedap

Copy paste dari blog saya masa muda-muda dulu..
Cubaan buat lasagna ni masa tengah mengandungkan aisy..
Mengidam punya pasal sanggup bersilat kat dapur sorang-sorang..


Ini hasil rembatan bahan-bahan.. Almost RM 90++ gak la..Mahal betul nak buat lasagna ni..

Source: Resepi lasagna

BAHAN-BAHAN
  • Kepingan lasagna..
BAHAN_BAHAN INTI DAGING
  • Sos prego 14oz
  • Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
  • Daging cincang 400 gram
  • Serbuk black pepper dan serbuk oregano
  • Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu 
  • Keju mozarella
  • Keju parmesan
  • Sos cili 1 sudu besar 
  • Garam secukup rasa
 BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH
  •  2 sudu besar butter
  •  Keju cheddar 3 sudu besar 
  •  250 ml susu full krim/fresh milk
  •  2 sudu besar tepung gandum
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI DAGING
  1. Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun/masak
  2. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau
  3. Masukkan daging cincang..
  4. Gaulkan hingga daging berubah jadi coklat..
  5. Kemudian tuang sos prego dan gaul sebati
  6. Masukkan garam secukup rasa..
  7. Masukkan serbuk oregano..
  8. Masukkan cendawan butang..
  9. Masukkan sesudu besar sos cili..
  10. Tabur serbuk black pepper
  11. Selesai
CARA MEMBUAT SOS PUTIH
  1. Cairkan butter..
  2. Guna Kecil : Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati..
  3. Masukkan susu full krim..
  4. Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
  5. Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
  6. Selesai
CARA MELAPIS LASAGNA
  1. Guna loyang yg sesuai..
  2. Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
  3. Taburkan dgn inti daging
  4. Tuangkan sos putih.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
  5. Taburkan cheese parmesan dan mozarella
  6. Ulang balik cara yg sama mengikut citarasa.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. .
  7. Masukkan dlm oven.. Make sure oven dah di panaskan awal-awal dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit.. guna api atas bawah..   

 Susunan kepingan lasagna saya yang buruk bebeno~


Inti Daging


 Sos Putih


 Sebelum Bakar


 Selepas Bakar

Tuesday, 18 March 2014

Resepi daging goreng kunyit sedap







Bahan-bahan

1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili merah
Carrot
Sebiji kentang

   Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Masukkn carrot dan kentang
  6. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  7. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong..

Ni lauk favourite en.suami.. Mudah nak buat dan yang penting sedap!! Makan pulak dengan nasi panas2 memang terbaik..Selamat mencuba..

Resepi tepung talam sedap

Resepi: TEPUNG TALAM   
Credit : Myresepi

BAHAN A: bahagian bawah 
  • Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
  • Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
  • Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
BAHAN B: bahagian atas 
  • 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
  • Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
  • Garam secukup rasa.
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.

Cara-cara 


Panaskan pengukus.
Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba..

Bahagian bawah (A) siap dikukus selama 30minit
Bahagian atas (B) dimasukkan dan dikukus lagi 30minit
Siap..Sedia untuk dimakan..Sedap sangat..TQ Myresepi..

Tips: Adunan bahagian bawah tu sebelum dimasukkan dalam talam..sila tapis terlebih dulu sebab kadang2 gula merah tu berpasir..

Saturday, 25 January 2014

Bbq guna pemanggang ajaib


Last week, mama dan ayah datang rumah...
Tiba2 terfikir sedap jugak kalu dapat bbq ni...
Lagipun pemanggang ajaib tu dah lama tersimpan tak guna..
Petang sabtu tu bawa mama pergi jusco..
Kat sana saya beli siap2 lamb dan kepak ayam yang dah marinate..
Balik je rumah terus campak dalam pemanggang ajaib..

Alhamdulillah.menjadi dan masak elok...
Rasa tak yah cakapla mmg sedap marveles...
The best part sebab tak perlu berpanas berasap bagai..
Dah pun siap untuk  dimakan..

Credit : pemanggang ajaib kesayangan!!!!!


Kepak ayam sedap !!!


Lamb..terkenang2 sedap tengok gambar ni..


Feeling2 dinner western sangat dengan salad bagai!!!

K bye

Saturday, 21 September 2013

Resepi Lontong Sedap

Saya adalah pengemar lontong..Kalau time raya dapatlah makan lontong ni..haha..Dah kata suka..Tak reti-reti nak masak sendiri..kiki..Baiklah memang dah lama sangat nak try buat lontong sendiri.Akhirnya pagi ni berjaya juga buat..Semangat bangun awal nak buat lontong..hihi....3x beri barang baru dapat buat lontong ni..Asyik ada je bahan yangterlupa nak beli..Resepi macam biasa google ja..Rujuk kat SINI>>Credit Blog Dapur Tanpa Sempadan.. Alhamdulillah lontong ni memang menjadi..Sedap sangat..TQ Mat Gebu..


*Resepi ni Copy Paste*
KUAH LONTONG

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong *Tak letak
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng) *tak letak~
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis *Tak letak~
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan *saya guna santan kotak cap ayam je*
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan


BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)

Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua


CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
  • Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

SERUNDING IKAN BILIS..... *Saya tak buat pun sebab tak cukup bahan*

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..
SAMBAL IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  • Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Thursday, 4 July 2013

Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan

Nak share kat sini..Saya dah try resepi ni memang sedap...! Jom try!

*resepi copy paste*
Oleh:Hayati Yusuf Hayati Cantik
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

1 ekor ayam
3 bj bawang besar
6 ulas bawang putih
7 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
( bland semua bhn d ats)
5 sdb cili giling
1 sdb serbuk ketumbar
1 sdb serbuk jntan manis
Garam dn gula secukup rasa
Sedkt asam kping agak2 ye
Setengah cwn kerisik
Minyak utk menumis
3 cwn air ( klu nk lebih kuah lebih kn air)

Cara-Caranya:
Tumis bhn blend dan cili giling smpai naik bau,pas tu masukkn air,asam keping,garam dan gula secukup rasa,pas tu msukkn ayam dn serbuk ketumbar dn serbuk jntan manis,agak2 ayam dh separuh msk msukkn kerisik dn biar hingga ayam msak ok siap.....
P/s klu nk lg pedas tmbahkn cili padi ye dn bole jg masukkn daun kunyit jika suka...

*Motif letak gambar 2 kali??! *

Thursday, 27 June 2013

Resepi Coleslaw Kentang

Bila nak tukar tekak makan ala-ala western yang tak berapa nak western ni..Boleh la cuba resepi coleslaw kat bawah ni..Simple sangat..Kalau malas nak masak nasi  tapi kelaparan pun boleh try ni..Sebab kentang tu dah karbohidrat..Bila makan coleslaw kentang ni dah boleh kenyang..gitu!

Bahan-bahan:
  • 3 biji Kentang
  • 3 bijiTelur
  • Mayonis
  • Bawang
  • Black Paper 
  • Sedikit Garam masa rebus kentang


Cara-Cara:

  • Rebus kentang sehingga lembut
  • Rebus Telur sehingga masak
  • Potong dadu bawang, kentang dan telur sesedap korang
  • Gaul kentang, telur, bawang, mayonis dan blackpaper..Siap!



Sedap dimakan begitu saja..

Selamat Mencuba!

Thursday, 20 June 2013

Paratha Wrap Versi Mama Aisy

Bahan-Bahan seperti di bawah..

Mayonis..
Cheese..
Serunding *Memang selalu ada stok kat rumah..Masuk dlm maggi pun sodap!.. dan 
Chapatti readymade *beli kat giant nun..Offer RM2 sebab dah nak expired..haha*.



Panaskan pan...Masukkan roti paratha tu..Letak la bahan-bahan seperti di atas..
*tak payah ajar..hihi*...


Rasanya memang rangup meletop uols! 

Kalau nak buat ala-ala HOT n ROLL double cheese n onion tu boleh la letak garlic butter,bawang,cheese, mayonis,serbuk lada hitam..Dah try memang sedap..Selamat Mencuba..

Monday, 17 June 2013

Dapur berasap bila weekend ja

Kalau hari kerja memang jarang sangat nak masak..
Kalau en.suami kerja shif pagi ..Ada jugak la masak..
Sebab en.suami akan tolong tengok kan Aisy...
Kalau shif petang, en.suami akan dinner kat office ja..
tapi Makanan Aisy memang wajib masak la 2 hari sekali..

Jadi bila dah weekend haruslah berasap dapur..
Serba salah pulak kalau tak masak kat en.suami kan..
Walaupun kadang-kadang tak berasap jugek weekend pun sebab keluar.hihi..

Hari Sabtu 
Siakap 3 rasa
Sayur campur  bertelur kuah pekat! *nama? hemtan la labu!





Hari Ahad
Ayam Masak Merah
Ikan keropok goreng


Nanti nak kongsi resepi siakap 3 rasa tu lah..
Simple ja nak buat tapi dap dap ooo...hihi..

Masa masak hari Sabtu tu, Aisy sedap ja tidur dengan papa dia..
Senang la mama bersilat kat dapur nun...


Comeiiiiii tak baby tonnnn??

Monday, 3 June 2013

Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap

1st time ni masak Nasi Ayam..En.suami dan adik puji sedap! Kembang montot!



Credit: Blog Azie

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

Untuk rebus
  1. 1/2 ekor ayam dipotong 
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
  1. 1 sudu besar kicap pekat
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 cm halia
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit kicap cair
  6. Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong dan bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

Untuk nasi
  1. 5 cawan beras
  2. 3 sudu besar butter
  3. 1 cm halia - ditumbuk
  4. 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  5. Air rebusan ayam secukupnya
  6. Sedikit garam
  7. 1 bunga lawang
  8. 2 buah pelaga
  9. 1 kayu manis
  10. 1 batang serai – ketuk
  11. 2 helai daun pandan
  12. Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

Untuk sos
  1. 5 biji cili merah
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia
  4. 1 sudu teh cuka
  5. 1 sudu teh garam 
  6. 1 sudu teh gula
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
  1. Air rebusan ayam
  2. 1 biji bawang besar kisar
  3. Rempah sup
  4. Garam
  5. Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap
  1. Kicap manis cap kipas udang
  2. Gula
  3. 3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
  4. Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. 
 Selamat Mencuba

Tuesday, 14 May 2013

Cucur Udang dengan Kuah Kacang

Bila kerajinan melanda *selalunya malas*, inilah hasilnya sarapan di hujung minggu.. Kebetulan semua bahan ada.. Tu yang semangat nak buat tu..

Bahan-Bahan Cucur Udang: Tepung gandum 10 sudu besar, Tepung jagung 2 sudu besar, Serbuk penaik 1 sudu teh, Garam gula secukup rasa, Udang, Bawang, Daun kucai, Air
Campur semua bahan dan goreng! *Tak payah ajar*hihi..

Bahan-bahan kuah Kacang: Pes kuah kacang + Air



Kuah kacang ready mate ja..Cuma tambah air dan masak..


Monday, 15 April 2013

Sarapan Hari Sabtu

*Wordless Monday*


Tak da modal nak update!

Friday, 29 March 2013

Dapur Mama Aisy #6



Kari Ikan Merah 


Udang Goreng Tepung

Happy cooking all!!

Thursday, 21 March 2013

Dapur Mama Aisy #5


Spagethi Carbonara

Nota Kaki: Penangan baca Blog Cha..Balik kerja ja terus masak..Kebetulan semua bahan dah ada..hihi!

Wednesday, 6 March 2013

Dapur Mama Aisy #4


 Kari Ayam+Kentang & Ikan Pekasam dengan Nasi panas-panas memang menyelerakan..haha..

Tuesday, 5 March 2013

Dapur Mama Aisy #3


Telur masak kicap + Sup Sayur..& Buah kiwi *nak resepi?* ..Soalan mintak lempang! haha

Tuesday, 19 February 2013

Dapur Mama Aisy #2 : Spagethi Bolognese Mudah & Ais krim vanilla nestum Sedap




*nak ambil gambar punya pasal..sanggup bawa barang ke ruang tamu.wakaka*




Bahan-bahan:
Sos Prego
Tomato Puree
Ayam/ Daging kisar
Bawang Putih,*Dipotong dadu.
Bawang Besar, * Dipotong dadu
Tomato. *Dipotong dadu
Cendawan *Dipotong dadu
Spagethi
Garam&Gula
Parmesan Cheese/cheedar cheese (tak da pon tak pa..ada lagi sedap!)

Cara-Cara:
Tumis bawang putih yang dipotong dadu
Masukkan ayam kisar dah dibiarkan masak
Masukkan sos prego & tomato puree
Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan, bawang besar & tomato..
Biarkan mendidih. Masukkan sedikit sos tomato,sos cili, garam & gula secukup rasa..
Siap
Rebus spagethi
Hidangkan bersama parmesan cheese



Spagethi Bolognese Mudah dan Sedap
*Hidang bersama cheedar cheese*




Dessert: Ais Krim Vanila Nestum

Resepi: Ais Krim Vanila + Nestum + Susu Pekat

*Selamat Mencuba*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015