Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Friday, 14 October 2016

Hari Raya Aidiladha 2016

Aci tak baru nak update kisah raya haji ..haha..
Raya Aidiladha tahun ni gilir en.suami sebab masa raya puasa dia kena kerja kan
Tahun ni raya di rumah baru pak dan  mak..Meriah..Abang-abang dan adik pun ada..
Sini semua adik beradik mak dan pak dekat-dekat je..
Senang nak pergi beraya..


Malam raya tolong mak potong bahan-bahan nak buat rendang..
Tapi rendang mak la buat pagi raya tu ..Menantu buat kang tak rupa rendang ..haha..


Gambar sementara tunggu papa solat raya.. Cerita dia si adik dok main songkok abang..
Lepas tu kena marah dengan abang..Lalu adik pun mohon ampun dan maaf kat abang..
Tapi gambar seperti abang yang memohon maaf..haha

*Adik tu muka bersalah sangat..haha..Insaf betul dia tu..

 Family photo..Raya Aidiladha COMPLETE..Tak de edit2 k..
Bergambar di depan Teratak Syafiq
Nama rumah baru bersempena Arwah adik ipar yang meninggal dunia 2 tahun lepas.. :'(
 

Moh ler pergi beraya..Petang singgah Mydin beli berang untuk Aqiqah Nur Zara Alisya hari esoknya..
Nanti mama update..Tahun bila nak update nya tu?haha..
 

Wednesday, 20 July 2016

Main Bunga Api

Macam budak-budak lain..Time raya je dapat kebenaran main bunga api..
Time raya je ada bunga apinya pun..hihi..
Mercun yang lulus mercun bawang je..Yang baling meletup tu..

Malam raya main dengan acu la..
Lepas raya pergi rumah mak.. sana ramai cousin2..
pak tam aisy siap borong bunga api..
Main la puas-puas kat sana...

Suka nya aisy ..Setahun sekali apa salahnya.. 

Sunday, 18 October 2015

Aidiladha 2015

Raya aidiladha hari tu cadangnya nak raya di kajang sbb en suami kerja.tp last minit tukar plan..balik kampung..nasib baik adik on je ajak balik kg..tup2 en.suami pun nak ikut balik..tp hari raya petama malam dah kena balik sebab raya ke2 dah kena kerja..terima kasih sgt papa sebab terkejar2 balik semata2 nak raya sama2..terharu..huhu..

Selalu raya haji melepak je rumah tok dengan sedara mara..makan2..borak..hari tu lepas makan tengah hari ramai2 ..balik rumah mertua pulak beraya..sampai2 mak dah siap masak ketupat palas. Ketupat palas mak memang ketupat paling sedap saya pernah makan..bukan  nak bodek eh..mmg sedap sgt..lembut,berlemak dan of cos sedap..heee..
Raya malam tu tidur rumah mak..en suami pun bertolak balik malam tu naik bas sbb raya ke 2 kena kerja.

Best sgt dapat juga beraya dengan family walaupun balik sekejab je...

Saturday, 11 October 2014

Raya Aidiladha 2014

Raya haji tahun ni di kampung en.suami di parit buntar..
Cuti 4 hari memang rasa puas sangat kali ni..
Dapat jumpa family dan makan sedap2..
Yang paling best en.suami dapat balik raya..lagi la excited..




Kami di pagi raya..tak da baju raya..ulang pakai yang raya puasa dah..
Aisy je pakai baju baru sebab masa raya puasa tak sempat pakai..
En.suami plak pakai baju tahun lepas..lagi kesian..haha..

Malam sebelum hari raya tu en.suami organize bbq ..
Ramai family yang join..best..


Start bakar pukul 630 petang..






Bunga api pun ada..


Mama aisy tu muka takut takut berani je..






Wednesday, 16 October 2013

Cerita Raya Haji 2013

Alhamdulillah, tahun ni dua-dua raya boleh balik..Tapi petang raya haji dah balik kl balik..Ok la dapat gak merasa raya kat kampung.. Awal pagi raya lepas sembahyang raya makan mee kuah mama masak, ketupat dan serunding..Lepas makan baru gerak pergi rumah tok..Lepak rumah tok sampai tengah hari..Lepas lunch bertolak balik kampung sebelah en.suami..Sampai sana dalam pukul 4 ptg..Sempat pergi rumah mak chak, mak dak, mak ngah dan rumah mak su.Semua rumah dekat-dekat je..Sempat pergi semua.....Lepas magrib terus bertolak balik..


Tema: Yellow, Gold, Orange 
*Mix!


Aisy salam tok dan wan..


Adik saya pun ikut balik sekali..Kakak je tak balik sebab cuti sehari jer..


Bergambar dengan tok dan wan..


Family Photo- Aidiladha 2013

Tuesday, 15 October 2013

salam aidiladha 2013



Monday, 31 December 2012

Suka Duka 2012

Januari 2012
  • Teruja saat menerima berita baik iaitu bakal menimang cahaya mata..
Febuari 2012-March 2012
  • Menerima bonus tahunan..
  • Urusan jual beli rumah pertamaku..
  • Konflik di tempat kerja.
  • Resign.
April 2012
  • Start kerja baru di company baru
  • Rumah pertamaku. Alhamdulillah.

May 2012-Julai 2012
  • Sibuk dengan persiapan menyambut orang baru dalam keluarga



Ogos 2012
  • Lahirlah permata hati, pengarang jantung. Muhammad Aisy Iskandar.

  • Majlis Aqiqah anakanda-  Disini

September 2012- Oktober 2012

  • Bermula episod seorang mama dan episod berpantang..
  • Create New BLOG <sayabloggerbaru2012.blogspot.com>
November 2012
  • Meniti hari-hari bahagia bersama insan tersayang
  • Hari Raya Aidiladha bersama Aisy- Disini
Disember 2012
Happy New Year 2013

Thursday, 1 November 2012

Salam Aidiladha 2012

Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. Raya kali ni en.suami kena kerja. Jadi saya dan Aisy je yang balik beraya. Ayah turun KL*Kebetulan* untuk teman masa nak balik Kampung. So, En suami tak perlu hantar balik sampai kedah. Lepas tu balik KL balik untuk kerja. Selalunya mesti posing dulu selepas sembahyang raya. Tapi raya kali ni semua nak cepat ja. Jadi posing kat luar rumah ja la..hehe.


Kakak, Tok, Mama dan Aisy


Wan pun nak join gak.


Pak Su pun nak posing dengan Aisy,,tapi Aisy sedap tidur daaaaaaaa..
*Anak Bertuah*

Destinasi wajib adalah rumah tok. Lepak lama jugak rumah tok. Tahun ni ada menu baru iaitu moi a.k.a bubur nasi. Sedap. Jang yang masakkan..Terbaiklah! Raya kali ni semua ada kecuali en.suami *sedih! * tapi tulah tak pulak ambil gambar ramai-ramai bila dah semua ada..

Masa awal-awal sampai Aisy OK je layan semua orang. Tapi tak berapa nak senyum la. Bila dah masuk tengah hari Aisy mula nangis. Mungkin cuaca panas terik dan pelik tengok ramai sangat orang dan  mungkin kembung perut sebab mama dia melantak lemang pagi raya tu..Kesian Aisy. *Sorry Anak Mama,  Mama kempunan*.Nangis sampai tertidur. Bila Aisy bangun kami bertolak balik rumah. Rest kejab. Lepas tu keluar pergi rumah cousin makan-makan. Masa ni tak bawa Aisy pun. Sebab kesian dia dah tidur nyenyak..Jadi mama saya a.k.a tok aisy yang jaga dia. Kalau ikutkan malas dah nak pergi. Tapi kesian dekat ayah pergi sorang-sorang. Jadi kami adik beradik yang pergi teman dia.Tamatlah kisah raya kami sekeluarga.


En. Suami yang tak balik raya sebab bertugas untuk negara!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015