Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 6 March 2015

Checklist beg ibu mengandung ke hospital

Checklist untuk mama: 
  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  •  Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  •  Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad.
  •  Set kelengkapan mandian
  •  Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  •  Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang. 
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi
 Checklist lain-lain barang: 
  • Handphone dan charger 
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  •  Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  •  Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala 
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  •  Minyak urut atau losen 
Checklist  JANGAN !!
  •  Barang kemas 
  • Wang tunai yang banyak 
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.
 Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  •  Kad rekod kesihatan 
  • Kad pengenalan Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans) 
  • Surat rujukan majikan 
  • Surat jaminan majikan 
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 
Sumber: google

Adab menyambut kelahiran bayi menurut Islam



1. Melakukan sujud syukur.

2. Mengazankan dan mengiqomati bayi baru lahir.
Sang ayah hendaknya segera mengazani di telinga kanan dan mengiqamahkan di telinga kiri pada anaknya yang baru lahir. Pemberian adzan dan iqamah ini agar kalimat yang pertama kali didengar sang bayi adalah kalimat thayyibah dan dijauhkan dari segala gangguan setan yang terkutuk. Dalam sebuah hadist dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Rafi’, ia berkata: "Aku melihat sendiri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah."(HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

3. Mentahnik Bayi.
Tahnik adalah mengunyah kurma hingga lembut dan halus, lalu dimasukkan ke dalam mulut bayi. Hal ini termasuk dalam sunnah menyambut kelahiran bayi sebagaimana dalil hadist yang berbunyi :"Dari Abu Musa al Asy’ary beliau berkata: Dilahirkan bagiku bayi laki-laki, kemudian aku bawa kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menamakan bayi itu Ibrahim dan mentahniknya dengan korma serta mendoakan keberkatan atasnya, lalu menyerahkan kembali kepadaku. Dan dia (Ibrahim) merupakan anak Abu Musa yang paling besar (sulung).(HR. Bukhari no. 5467, Muslim III/1690, Ahmad IV/339).

Tujuan dari tahnik adalah  supaya persiapan agar bayi nantinya mudah untuk merasakan manisnya air susu ibu dan juga agar anggota mulut bayi kuat sehingga mampu menghisap air susu ibunya. Cara mentahnik adalah meletakkan sedikit buah kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan ke kanan dan kiri. Ini dilakukan agar kurma tadi bisa menyentuh seluruh mulut bayi hingga terkena rongga tekaknya.





4. Aqiqah.
Menurut bahasa ‘Aqiqah berarti : 'memotong'. Asalnya dinamakan ‘Aqiqah, karena dipotongnya leher binatang dengan penyembelihan itu. Ada yang mengatakan bahwa aqiqah adalah nama bagi hewan yang disembelih, dinamakan demikian karena lehernya dipotong. Ada pula yang mengatakan bahwa ‘aqiqah itu asalnya ialah : Rambut yang terdapat pada kepala si bayi ketika ia keluar dari rahim ibu, rambut ini disebut ‘aqiqah, karena ia mesti dicukur. 



Hukum Aqiqah Anakadalah sunnah (muakkad) sesuai pendapat Imam Malik, penduduk Madinah, Imam Syafi′i dan sahabat-sahabatnya, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan kebanyakan ulama ahli fiqih (fuqaha).

Dalil akiqah ini Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda : "Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya." (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad). Untuk jumlah kambing akikah bayi ini berbeda antara anak laki-laki dan anak perempuan. Hal ini berdasarkan hadist dari Aisyah dia berkata : Rasulullah bersabda : "Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing." (HR Ahmad Tirmidzi, Ibnu Majah).

5. Memberikan Nama Yang Baik.
Memberikan nama yang baik kepada bayi adalah salah satu kewajiban orang tua pula. Arti nama dalam Islam adalah bukan hanya sekedar label saja, akan tetapi mengandung makna yang berarti dalam hal doa, citra diri, dan identitas seorang muslim. 

Ehsan : Google

Sunday, 11 January 2015

Checklist barang baby untuk dibawa ke hospital

Checklist untuk bayi: 

  1. Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai 
  2. Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
  3. Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini 
  4. Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur 
  5. Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang. 
  6. Minyak telon
  7. Tisu basah
  8. Towel

Mama aisy dah siap packing untuk beg baby ke hospital ni masa 36 week haritu...
Prepare awal2 senang supaya tak kelam kabut..
tinggal nak bawa masuk kereta je..

Sekarang dah 39week ...baby masih enjoy kat dalam..cant wait.
Semoga dipermudahkan semuanya nanti. Amin..

Mood: excited & neves!!


Friday, 26 December 2014

Fesyen Terkini Wanita Bertudung



Salam semua…Dah lama mama aisy tak bebel-bebel kat sini..Sejak mengandungkan baby gugurl ni tertarik plak tengok fesyen muslimah sekarang ni..Kalau sebelum ni macam tak kisah sangat bab-bab fesyen ni..Sekarang dah aim lepas pantang ni nak shopping baju yang cantik-cantik dan sopan..hihi..

Lately ni, fesyen Muslimah semakin mendapat perhatian pereka-pereka fesyen tanah air dan antarabangsa. Kalau tengok kat televisyen dan majalah-majalah fesyen terdapat banyak pilihan koleksi-koleksi fesyen terkini khusus untuk wanita bertudung. Semua Nampak cantik sangat.! Tidak lupa juga kepada ikon-ikon fesyen Muslimah seperti Hana Tajima, Dian Pelangi dan ramai lagi yang sering menjadi bualan para hijabsta.

Apa yang bestnya adalah gaya kasual muslimah yang sering ditampilkan oleh pereka fesyen muda terkenal – Hana Tajima. Masih nampak gojes,sopan dan menutup aurat, fesyen yang beliau tampilkan adalah sangat fresh dan trendy!

Kalau tengok macam sekarang ni trend pakai dress labuh..Nampak sopan dan masih boleh bergaya..Dress labuh merupakan pilihan yang paling ideal oleh para Muslimah. Ia juga adalah alternative kepada pemakaian jubah. Korang boleh pakai jacket atau blazer sebagai outerwear untuk nampak kelainan atau mengenakan tali pinggang sebagai aksesori.


Untuk gaya yang lebih santai dan kasual, korang boleh tampil menyerlah dengan jeans atau harem pants untuk anda padankan bersama t-shirt atau kemaja selain dari blouse Muslimah untuk kelihatan menawan. Apa yang penting, harus bijak bermain dengan kombinasi warna serta corak! Selamat Mencuba!

Thursday, 23 May 2013

Service Breastpump Spectra 3


Dah 9 bulan lebih breast pump spectra 3 ni berbakti untuk saya..Sama macam umur Aisy la sebab memang saya guna dari Aisy lahir..Sebab Aisy memang tak direct feed..Adalah dalam seminggu macam tu dia nak DF..Lepas tu memang dia nak botol je..Mungkin salah saya introduce botol awal sangat disebabkan.........*Panjang ceritanya*

Back to the topic...Performance memang tip top..Tapi dah masuk 8 bulan ni dari bunyi slow ja dah jadi macam mesin jahit zaman 70an..huhu..Suck pun dah TAK smooth macam selalu...Bila sampai satu tahap dah give up sebab langsung tak rasa suction dia..Terus decide nak hantar service..Mula-mula ingat nak google dulu tempat mana nak service etc.. Tapi nak cepat punya pasal terus ja call no. yang memang dah dilekatkan kat Spectra 3 masa beli dulu..

Terus call no. bawah ni..

Katanya ..
  • Kalau nak service boleh hantar terus ke kedai dia di Subang..
  • Diorang ada tawarkan delivery hantar dan ambil pump..Charge RM30/delivery..Maksudnya kalau nak despatch ambil dan hantar ..Charge RM60..
  • Sementara diorang service tu boleh buat LOAN PUMP..Means: Bayar RM100 untuk deposit..Nanti bila pump dah siap service diorang akan tolak charge service dan pulangkan balance..Tapi dengan SYARAT: Kena beli filter tiub untuk elak air susu masuk dalam tiub RM10.40
  • Rate Service Charge dalam RM30-40..

So saya decide suruh diorang delivery "hantar dan ambil" ja pump..dan buat loan pump tu..
Jumlah semua RM 110.40
RM60 (delivery) + RM40 (Service Charge) + RM10.40 (Filter)

Lepas 2 Minggu baru dapat balik pump tu..Walaupun lama GILA..Tapi tak lah terasa sangat sebab ada loan pump tu kan..Kalau tak da pump tu mau meroyan jugak!.haha..

Monday, 13 May 2013

Aisy kena Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut HMFD

Hari jumaat saya ambil half day sebab nak balik kampung untuk mengundi.. Sebab takut jammed plak kalau kelaur lepas kerja.. Masa dalam perjalanan Aisy nampak macam tak selesa..Kejab-kejab merenget ..Kejab-kejab menangis.. Tapi saya tak da syak apa-apa sebab badan tak panas pun..Saya pk mungkin boring kot lama dalam kereta..Bertolak awal pun still kena jammed di Penang selama 2 jam..Pitam dalam kereta..Masa dah sampai tu, saya sibuk angkat barang semua, pak bagitau rasa macam kepala Aisy panas sikit.Dalam hati: demam lagi ke..Asal balik kampung je mesti Aisy demam. Balik sebelum ni pun Aisy demam..hihi..Sejuk air-con kot..


Esoknya, masa nak mandikan Aisy, saya macam perasan dekat buntut Aisy macam ada bintik-bintik merah..Tak banyaklah dalam 4 bintik..Dekat kaki ada sikit..Mula-mula ingat nyamuk gigit ..Tapi pelik takkan gila kentang nyamuk boleh masuk sampai dalam pampers..hebat kot kau nyamuk! Tunjuk dekat mak mertua , dia kata nampak macam campak ja..Risaunya saya waktu tu..1st time katakan.. Bila dah tengah hari rasa kepala Aisy makin panas. Dan nampak dekat depan lidah Aisy macam ada bintik merah..nampak macam ulser pun ada...Terus ajak en.suami bawa Aisy jumpa dr.. Dan memang sah Aisy demam panas.. Suhu 39.2 ..Kena masuk ubat bontot.. Lepas tu tunjuk la bintik-bintik kat Dr.. dan Dr. sahkan Aisy kena HMFD..


3 hari jugak lah Aisy tak lalu makan..Kalau makan pun sikit sangat..Nasib baik susu boleh minum..Tapi sebelum minum tu kena sembur ubat bagi kebas dalam mulut yang dibekalkan masa jumpa Dr. tu.. Air liur tak payah cakap lah..Memang meleleh keluar ja..Basah baju.. Semakin hari nampak bintik-bintik merah makin banyak..Aisy asyik merengat ja malam-malam..Mungkin sebab sakit @ tak selesa..Nasib baiklah masa tu kat kg. Ada jugak mak dan pak tolong tengokkan..





Lepas dah 5 hari hari bintik-bintik merah tu dah kering tukar warna coklat..Tapi still ada lagi bintik-bintik merah baru.. Masa balik Kajang kami follow up di KPJ. dan Dr. sahkan Aisy tak ok lagi..Masih ada banyak ulser dalam mulut..Dan Dr. bagi surat untuk majikan. Saya sambung cuti sebab nak jaga Aisy kan..Penyakit ni berjangkit..Kang bawa pergi nursery habis berjangkit ..Alhamdulillah, hari ni Aisy dah sihat dan  pergi nursery dah..Syukur sangat!..

Sampai sekarang tak pasti mana Aisy dapat menyakit ni..Adakah sebab bawa Aisy mandi swimming pool?
Adakah berjangkit dari nursery?Kalau betul sebab mandi swimming pool tu.. Serius rasa bersalah sangat! Dan serik nak bawa Aisy mandi swimming pool lagi..Serius!


Kat sini nak kongsi sikit pasal penyakit kaki, tangan dan mulut ni..
Ehsan : GOOGLE



Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan


HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
 Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wednesday, 1 May 2013

Good Toys for Baby

*STICKY ENTRY*
*Scroll down for the new entry*
i) Wrist Rattle
High-contrast colors and patterns stimulate baby's vision
Encourages baby to reach and grab, awakening muscles
With every wiggle, listen to the soft rattle!
Encourages the development of hand-eye coordination


New stock arrived..
Price : 1 for RM10.00 or 2 for RM 15.00
Postage Fee Excluded
C.O.D within Area: Bangi and Kajang


ii) Musical Inchworm


The Lamaze Musical Inchworm is full of surprises for baby to discover. Squeeze the nose to hear a fun song. Textures and sounds encourage exploration, while bright colors promote visual stimulation. This little worm can help make tummy time fun! And, use the ruler on the Inchworm's tummy to track baby's growth.


Price: RM 20.00
Exclude Postage
C.O.D within Area: Bangi and Kajang








Interested??
 Email me at izzatiasyraf78@gmail.com or 
Tel/SMS: 0196697735

Tuesday, 16 April 2013

Organic Rolled Oat for Baby

Dah lama sangat beli Organic Rolled Oats ni..Seingat saya masa Aisy 7 bulan.. Tapi sampai sekarang masih tak guna-guna lagi. Dah sebulan lebih kot...Sebab pernah terbaca Organic Rolled Oat ni WAJIB jalankan proses rendaman sebelum guna..Tapi masa tu macam malas-malas nak google betul-betul..Tu yang sampai sekarang tak buat oat untuk Aisy..Hari ni baru berkesempatan yang cari maklumat sikit....

*Sharing is Caring*


Oat mengandungi antioksidan & kaya dengan beta-glukan (karbohidrat tak hadham) yang menurunkan kolesterol darah. Rolled oat digunakan untuk membuat muesli

Mula-mula bijirin oat dipanaskan pada suhu rendah untuk menyahaktifkan enzim bagi mengelakkan ia cepat rosak. Selepas pemanasan barulah ia diproses kepada 3 jenis oat iaitu:

Steel Cut Oat ialah kernel oat yang dipotong menjadi dua atau tiga keping menggunakan cakera keluli. Kesemua serat oat masih ada, tetapi mengambil masa kira-kira 20minit atau lebih untuk memasak.
Rolled Oat sebahagian dari bran (serat) telah dikeluarkan supaya ia nipis bila di gelek di antara 2 penggelek (roller) untuk menipiskannya. Rolled Oat lebih mudah menyerap air dan dengan sifat ini ia digunakan untuk membuat muesli.
Instant Oat (Oat cepat dimasak) ialah rolled oat yang di gelek lebih nipis dan dipotong menjadi kepingan lebih kecil untuk menjadikannya lebih cepat dimasak. Oat cepat dimasak digelek setebal 0.4mm dan instant oat setebal 0.8mm. Jika dibandingkan kesemuanya instant oat adalah yang paling nipis.

(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)

CARA RENDAMAN BAGI ROLLED AOT

1) 1 cawan rolled oat + 1cawan air suam + 1 sudu lemon + 1 sudu tepung gandum (ada yang letak yogurt/milk/sour cream/vinegar)
2) Sebab kandungan phytic acid yang tinggi dalam oat berbanding beras, masa rendaman terbaik adalah 12-24 jam.
3) Biar rendaman dalam suhu bilik.
4) Memang masam dan berbuih selepas 12 jam. Tambah air dan terus letak atas dapur
5) Pengalaman, bila dah lembut tak perlu blend pun, lenyek2, tapis
6) Campur lah buah ke apa yang sesuai.

Credit: 

RESEPI OAT UNTUK BAYI
*Tak pernah cuba lagi..Google jer dulu..hihi

1)   Oat+ kismis/kurma 
Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
Masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak..

2)   Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Credit: 

Friday, 11 January 2013

Bayi dah ready ke nak makan solid food?

Memang dah target nak bagi Aisy makan solid food masa 6 bulan 1 hari seperti yang disarankan oleh KKM. Tapi bila tengok Aisy yang dah 5 bulan tu  macam teringin ja nak makan sebab bila tengok saya atau en.suami makan..dia akan gerakkan mulut macam mengunyah tu..Selain itu pantang apa-apa objek yang ada dekat mulut dia termasuk tangan saya dia akan keluarkan lidah macam nak menjilat tu..Kesian pulak tengok Aisy..Tapi setakat sekarang belum lagi bagi makan. Tengah bersabar nak tunggu Aisy 6 bulan..Walaupun dalam hati kesian sangat tengok anak macam teringin benor nak makannya..

Kat bawah ni ada sedikit info berkenaan "Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap"

Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri. *Dah boleh*
  2. Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi. *Dah boleh..mesti ampu dari belakang la*
  3. Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut. *tengah berlaku sekarang!*
  4. Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut. *Yes!*
  5. Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut. *Betul*
  6. Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu. *Tak pasti. Selalunya lepas minum susu terus tidur*
  7. Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 – 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan. * Tak pasti.Petang ni baru nak timbang!
Bila baca point kat atas macam kebanyakkannya semua Aisy dah lalui.. TAPI Aisy baru  5 bulan ..huhu.Dilema~ Nak bagi makan ke tak? Bila baca lagi info kat bawah ni terus TAKUT nak bagi makan sekarang iaitu di usia 5 bulan!

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan
  1. Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang.
  2. Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang.
  3. Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit – birit.
  4. Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan
  5. Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru.
  6. Proses tumbesaran mungkin terganggu.
  7. Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.
Kesimpulanya: Semestinya ibubapa nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan...tepuk dada tanya minda! Nak tanya anak pun tak boleh nak bercakap lagi..keke..*tak lawak!

Thursday, 13 December 2012

Doa Mudah untuk Anak

Credit: Tok Wan

Doa mudah dan ringkas tersebut adalah:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA..MUHAMMAD AISY ISKANDAR...(sebutkan nama penuh anak)


Mudahkan? Rata-rata selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak kita.Mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita.??Maksud yang terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.

1-ASSALAM : SEJAHTERA
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.Bukankah rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan di dalam hidup kita ini.

3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkatan dirinya.

Waktu yang lebih bagus lagi untuk mengucapkannya buat anak-anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur.Bayangkanlah celik-celik mata sahaja sudah memperolehi doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna dan indah untuknya.Selain dari itu waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah dan bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak-anak.

Jiwailah salam dan doa,hayatilah setiap rangkai maksudnya dan tunjukkanlah dengan kasih sayang dan cinta buat si anak.Senyumlah dengan penuh kasih sayang pada mereka ketika kita mengucapkannya.Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera dalam rahmat Allah dan sentiasa diberikan keberkataan dalam hidup mereka oleh Allah.

Semoga mata kita akan terbuka dan memahami betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Doa yang sama kita ucapkan kepada kekawan apabila kita memberikan salam InsyaAllah diberkati selalu.

Petikan Hadis :
Imran Bin Hussin melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad SAW . Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 10 pahala" Kemudian datang pula seorang yang lain dan berkata "Assalamualaikum warahmatullah"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 20 pahala"kemudian datang lagi seorang yang lain,"Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh."Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 30 pahala"

Semoga dapat kita amalkan demi kebaikan bersama. Insyaallah.

Tuesday, 4 December 2012

Perkembangan Skill Bayi 4 hingga 6 bulan





Bulan Keempat
  • - Mula melelehkan air liurnya *Setuju!. Ada kawan yang tegur," Ni mesti en.suami tak bagi apa yang si isteri nak waktu mengandung dulu.."Amboi.! Kecik ati suami i tau..haha..*
  • - Mengawal kepalanya dengan baik *Setuju.Kepala nak menegak ja..
  • - Boleh duduk dengan sokongan *Setuju..Suka sangat duduk..Kalau baring pun Aisy angkat kepala nak suruh angkat duduk*
  • - Boleh menampung sedikit beratnya ketika dipegang berdiri *Berdiri sebelah kaki je k..Action!
  • - Boleh mengangkat kepala dan dada sehingga 90 darjah dari permukaan *Setuju
  • - Boleh bergolek dari keadaan terbaring kepada mengiring *Setuju.Permulaan nak meniarap*
  • - Meneroka dan bermain dengan tangan *betul! Suka sangat hisap jari..
  • - Cuba mencapai objek tetapi tersasar *Objek itu adalah tudung mama & pegang botol susu
  • - Memegang objek dengan kedua-dua tangan *Botol susu & Mainan
  • - Mula mempunyai koordinasi mata dan tangan
  • - Menghasilkan bunyi konsonan *Yup..Ramah sangat anak mama*
  • - Ketawa *Gelak macam orang besar k..berdekah-dekah,,wakakaka..
  • - Seronok apabila didodoi, dienjut atau diayun *Setuju*
Bulan Kelima
  • - Tanda-tanda gigi mula tumbuh
  • - Menegakkan kepala ketika duduk
  • - Bergolek dari berbaring kepada meniarap
  • - Memasukkan kaki ke dalam mulut ketika berbaring
  • - Mencapai dan memegang objek secara sukarela
  • - Bermain dengan jari-jari kaki
  • - Memasukkan apa jua objek ke dalam mulut
  • - Memandang objek yang dijatuhkan
  • - Berkata ah goo atau kombinasi vowel konsonan yang sama
  • - Tersenyum melihat dirinya di dalam cermin
  • - Menjadi marah jika mainannya diambil
  • - Boleh membezakan ahli keluarga dan orang asing
Bulan Keenam
  • - Boleh mengunyah dan menggigit
  • - Boleh mengangkat dada dan sebahagian daripada perutnya dari permukaan dengan menampung beratnya pada tangan
  • - Mengangkat kepala bila diangkat untuk didudukan
  • - Boleh bergolek dari keadaan berbaring kepada meniarap
  • - Menampung sebahagian besar berat badannya ketika dipegang berdiri
  • - Mencapai dan mengawal objek kecil
  • - Memegang botol
  • - Mengubah kedudukan badannya untuk melihat sesuatu objek
  • - Menoleh kepalanya dari kiri ke kanan dan melihat ke atas atau ke bawah
  • - Sukakan rangsangan melihat yang lebih kompleks
  • - Menyebut bunyi satu sukukata seperti ma, mu, da dan di.
  • - Mengenali ibubapanya
Source:  Facebook: Kak Engku Bidan Bersalin

Online Shopping at Whitesoot

Pada saya, shopping baju ni ada musim..Kalau mood membeli tu, membeli ja sampai en.suami ngaum manja..Tapi tapi tapi ianya jarang-jarang berlaku lah..maksudnya saya ni susah nak membeli untuk diri sendiri...kalau membeli tu HOVER pulak kan..amboi! Terjumpa satu website baju-baju cantik di sini..*Whitesoot*..Jom Shopping!!

 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaaaaa... Suka sangat baju ni..material yang selesa untuk di pakai..Oh abaikan model buncit di bawah..Model sebenar dibawah model buncit itu..



Digital Sunset Print Dip Back Top RM53 only..

Happy Shopping yaaa!!!
*Semalam ada beli lagi 4 helai baju..Mati la kalau en.suami tau..hahaha..Lap peluh!haha..

Wednesday, 28 November 2012

Cara Menghadapi Stress



 "Allah tidak akan membebani sesorang sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-baqarah 2:286)

Credit : Facebook: Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim

Friday, 23 November 2012

Puasa Sunat Hari 'Asyura'




9 Muharram 1434 Hijrah: Terkilan sangat sebab tak  puasa sunat hari ni..Sebab: tak ingat..tengok-tengok kalender dah 9 muharram *tepuk dahi* ..Jumpa note diatas kat Facebook: Mencari dan Terus Mencari redha Illahi yang mengatakan Jika tidak berpuasa pada hari ni iaitu 9 Muharram, maka disunatkan Berpuasa 10 dan 11 Muharram. *Syukur, Masih berkesempatan mengejar pahala puasa sunat*

Friday, 16 November 2012

Doa awal tahun hijrah

Doa awal tahun hendaklah dibaca 3x selepas magrib pada 1 Muharam

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Salam Maal hijrah pada semua kaum muslimin dan muslimat..Semoga tahun baru ini memberi 1001 kebaikan buat semua..Buang yang keruh dan  ambil yang jernih..

Monday, 12 November 2012

Cara nak handle stok EBM ketika travel atau tiada elektrik

Nak dijadikan cerita, saya ada baca notis mengatakan satu apartment ketiadaan elektrik satu hari bermula 11 pagi sehingga 4 petang.*Stress* Kebetulan minggu tu en.suami outstation. *Triple Stress*.. Jadi puas saya google tentang cara nak handle EBM beku ni..Tapi tak jumpa pula cara nak handle bila tiada elektrik kan..Google punya google jumpa la Cara nak handle stok EBM beku ketika perjalanan jauh..

Bahan-bahan *macam nak masak pulak*
  • Ais 10kg bergantung pada kuantiti susu
  • Garam Kasar
  • Tuala
  • Surat Khabar
  • Tape
  • Kotak polistrin putih yang orang isi ikan@ org berniaga guna
Cara-cara

  1. Lapik kotak polistrin dengan surat khabar dibahagian bawah
  2. Masukkan Ais dengan ketebalan 3-4 inci *pandai-pandai agaklah*
  3. Tabur garam kasar diatas ais
  4. Susun susu diatas ais tersebut



  5. Masukkan ais satu lapisan diatas susu.
  6.Tabur garam kasar * untuk melambatkan ais cair*
  7. Ulang step 4 hingga 6


  8.Selepas dah selesai letakkan surat khabar diatas susunan susu dan ais tersebut
  9. Letakkan tuala lembab di lapisan paling atas



10. Tutup kotak *ni pun nak ajar ke?ceit!*
11. Letakkan tape disekeliling untuk menghalang udara dari masuk.


Alhamdulillah..
Dengan izin Allah, EBM@susu beku saya bertahan tanpa seditkit pun cair selama  7 jam..
Syukur Alhamdulillah..
Cara ni juga boleh praktikkan untuk perjalanan jauh yer..
Selamat Mencuba..

Tuesday, 6 November 2012

Doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi


Monday, 5 November 2012

Checklist Barang Bayi

BABY
1 Baju Harian-Baju Lubang-lubang
2 Baju Harian- Singlet
3 Baju Harian Lengan Pedek
4 Baju Malam-Lengan panjang
5 Romper
6 Sarung Tangan 10 psg
7 Sarung kaki 10 psg
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10 *Beli on9 di Mybabychomel
11 Topi 4
12 Tuala Kecil
13 Baju Jalan-jalan
14 Legging + Baby Tight
15 Bedung 2
16 Receiving Blanket 2
17 Stokin 4

DIAPERING

1 Napkin 1 pek *Anakku
2 Lampin Pakai Buang 2 *Drypers
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety baby pin 4
5 Changing Mat
6 Nappy Liner *Anakku *tak pasti kegunaannya
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi *Pureen ABD
11 Cloth Diaper
12 Rubber Sheet
13 Botol Sembur Air

BABY CARE & GROOMING
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator *Sedut hidung baby
9 Methylated Spirit – alcohol 70% (Cuci pusat sebelum luruh) *biasa dibekal oleh pihak hospital
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) *Cari di farmasi@kedai Cina
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine *Untuk suap ubat..Hospital bagi kot kalau beli ubat
15 Cotton Balls
16 Bekas isi bedak
17 Nappy Cream *Drapolen
18 Toothbrush
19 Travelling Pack

NURSERING
1 Selimut
2 Bedding set(Tilam Kekabu)
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

FEEDING
1 Botol saiz S 2 *MAM
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer *Little Bean
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol *Little Bean
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable *Fabulous Mom
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump *Sepctra 3
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra *Autumz,Fab Mom,Scarlet
13 Termos
14 Cooler Bag *Autmunz
15 Breast milk storage *Autumz=
16 Drying Rack
17 Buku Panduan Menyusu 
18 Plastic Storage Milk*Autumz

TRAVEL
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle*Little Bean
3 MILK Casing
4 Baby Carrier
5 Stroller / Jogger
6 Car seat
7 Nursing Cover

BATHING
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung
7 Baby Holder

EXTRA
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik*Lamaze
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Penyangkut Kecil
6 Album
7 Beg Bayi
8 Baby Sling
9Nursing Clothes / Wear

Thursday, 1 November 2012

Petanda Suci dari Haid dan Nifas

Ramai yang ambil mudah perkara yang dianggap tersangat penting ni..Termasuk diri saya sendiri yang terkadang "confuse".Jadi disini saya ingin kongsikan sedikit info yang saya dapat dari SINI..

Menurut ahli ulama, terdapat dua cara untuk mengetahui dan memastikan perempuan suci dari haid dan nifas..Diantaranya adalah:
  1. Cacair berwarna putih (Al Qassah Al Baida')-> Selalunya cecair ini akan keluar bila hari terakhir haid. Ini membuktikan anda telah suci dari darah haid.
  2. Kering (Jaf)-> Selain dari petanda keluarnya cecair putih petanda habis haid atau suci, terdapat satu lagi petanda iaitu kering daripada warna merah atau warna darah. Ia boleh diperiksa dengan memasukkan kapas berwarna putih ke dalam vagina..Jika tiada sebarang warna darah yang keluar, maka wanita itu boleh segerakan mandi hadas dan seterusnya melakukan ibadah.
Nota kaki:
-> Cecair keruh atau kuning SELEPAS mandi wajib : Tidak lagi dikira darah haid@ nifas.
-> Cecair keruh atau kuning SEBELUM haid : Tidak lagi dikira haid@ nifas dan wajib mengerjakan ibadah.
-> Jika keluar cecair bewarna hitam dan berbau busuk tepat dalam tempoh haid, maka wanita tersebut dikira berada dalam tempoh haid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015