Showing posts with label Aisy Iskandar. Show all posts
Showing posts with label Aisy Iskandar. Show all posts

Tuesday, 30 May 2017

May 2017: Hari Sukan LC (Aisy)

Throwback.
Setiap kali event sekolah anak. Mesti wajibkan diri pergi.
Untuk kenang-kenangan di masa anak masih kecil. Gituw.



Tahun ni tahun ke-2 aisy kat LC. Dan yang penting dapat 3 medal.
Tahun lepas masa 4 tahun pun malu-malu lagi nak bersukan pun. Dapat 1 medal jew.
Tahun ni aisy bersemangat betul nak main semua game. 







Game naik "kuda henjut" tu. Apa kenamanya eh? Patutla kat rumah kemain laju lagi dia naik "kuda henjut" tu. Rupanya ada game untuk hari sukan. Dapat EMAS uols..hahaha.


Kepenatan. Lebih kepada penat berlari dengan kawan-kawan dari main games sukan. 


Dah besar anak mama.



Tahun ni aisy wakil rumah sukan baca ikrar  lagi. Diam-diam je dia tak bagitau. Sekali masa baca ikrar nama dia kena panggil. Tanjat mama papa.hihi.



Good job anak mama . L.O.V.E.
3 medal tahun ni.











Friday, 12 August 2016

Aisy turns 4

7 Ogos 2016. Genap umur Muhammad Aisy Iskandar 4 tahun..
Happy Bitrhday buat HERO mama..
Banyak jugak pencapaian Aisy sepanjang 4 tahun ni..hihi..
Ada yang buat mama tersenyum bangga dan ada yang buat mama urut dada..hihi..
Walau macam mana pun mama doakan anak mama jadi anak yang soleh..Aamin..

 

Muka senyum elok je..tapi dah mama asyik dok suruh senyum je..
Terus protes..buat muka..haha..Tapi tetap comel je..*mata keatas*

Sambut kecik-kecilan dengan family dan jiran-jiran..
Masa ni celebrate birthday Ayah dan Aisy sekali..
Ayah 2 Ogos..

Kek Aisy ni beli kat Breadtyme Bakery Bangi..Tiap-tiap tahun mesti beli kat sini je sebab sedap..
Butterscoth Kek ni pulak beli di kedaikekbangi by Kak Zetty.
 
Our family..Tahun ni masuk berempat..Dan insyaallah tahun depan pun masih berempat..
Ayat tu suspen sangat tu...krik..krik..krik..
 
Throwback birthday Aisy sepanjang 4 tahun..
Bila besar nanti aisy tengok gambar ni..Aisy tau la yang mama dan papa sayang sgt Aisy.
 Dan buat yang terbaik untuk Aisy happy ..Insyaallah.. 


Antara hadiah yang aisy dapat..Bila tanya dia nak apa..
Aisy cakap nak tobot..Last2 semua orang hadiah TOBOT..haha..
Mama ..Papa..Acu..TOBOT sesaje awak tu aisy..

Wednesday, 20 July 2016

Main Bunga Api

Macam budak-budak lain..Time raya je dapat kebenaran main bunga api..
Time raya je ada bunga apinya pun..hihi..
Mercun yang lulus mercun bawang je..Yang baling meletup tu..

Malam raya main dengan acu la..
Lepas raya pergi rumah mak.. sana ramai cousin2..
pak tam aisy siap borong bunga api..
Main la puas-puas kat sana...

Suka nya aisy ..Setahun sekali apa salahnya.. 

Tuesday, 14 June 2016

Bawa anak-anak naik train

Salam semua..Berhabuk betoi blog ni..Banyak sangat cerita pending dalam diari blog ni..
Meh la kita throback cerita bawa anak-anak naik train last 2 month kot..

Memenuhi permintaan aisy yang nak sangat naik train tiap kali nampak komuter....Gigih la kami naik dekat Kajang turun dekat Bangi.Ada dalam jarak 2 stesen je..hihi...Mula-mula nak pergi sampai Mid Valley atau Seremban..Tapi macam jauh sangat pulak..So kita decide nak try and error dulu ok ke tak anak2 naik train..Maka kita try dekat2 ja sudah..hihi..

 

Aisy tutup telinga sebab ada train bunyikan hon kuat ya ampunn..


Nervous juaga 1st time bawa..Aisy ok je..Mula-mula excited  berjalan la dia..Time nak balik dah penat..Nak berdukung pulak..Dah la boleh tahan jauh nak kena jalan untuk tunggu train..hihi..


Overall anak-anak baik2 je masa naik train ni..Behave tengok permandangan..Aisy paling teruja sekali..Lepas ni boleh balik kampung naik train..hihi..

Dah settle naik train dia ajak naik bas pulak..oh my anak.. 

Monday, 7 March 2016

Wishlist Aisy

Memandangkan papa memang penunggang basikal tegar..
Jadi aisy pun selalu juga berzikir nak basikal bila tengok papa nak naik basikal..
Akhirnya bulan lepas tertunai hasrat aisy bila papa ada rezeki lebih sikit..

Beli kat pekan kajang.,Actually kedai dah nak tutup masa kami sampai..
Tapi sanggup buka balik nampak customer datang..
Padahal belum tentu kami beli lagi.. Cadangnya nak beli yang biasa je.
Tapi masa nak beli tu ternampak basikal tema cars ni..
Nego2 pulak dapat special price..Utk last customer katanya..
Terus jadi beli..Sebab masa en.suami survey2 harga tu mmg jauh lagi mahal.

 

Masa mula-mula naik tu kekok sikit.Macam payah benor nak kayuhnya..
Sebab aisy ni kecik orangnya...Lama-lama baru ok..Gigih aisy praktis..hihi...
Sekarang dah expert kot..heeee..

Warna merah hitam dengan papa  tak dapat dipisahkan..
Sampai mama pun terjebak..Aumm..Tergoda tengok.. haha..Over!

 

Wistlist ke-dua ialah jam robot...Beli kat gerai tepi2 mall tu kat The Mines..
RM10 ja.. Tu pun dah buat hati aisy bunga-bunga..

Walaupun kadang2 mama dan papa tak bagi  apa aisy nak on the spot , 
tapi kami akan usahakan yer.. Sayang aisy...Be a good boy k..
 

Friday, 8 January 2016

Little caliphs : Seminggu Pertama Aisy di Tadika baru

Untuk tahun ni..mama dan papa aisy decide nak masukkan aisy di Litte Caliph..Booking dari bulan 6 dan settle bayaran pendaftaran bulan 12 kalau tak silap.2 bulan sebelum masuk 2016 ni dah dok berzikir kat aisy cakap nanti tahun depan aisy masuk skool baru yer...dia pun kadang2 dok ulang2 ayat tu..haha..

 Aisy melawat kawasan masa datang settlekan yuran pendaftaran..
Kira sebulan sebelum persekolahan..

Aisy excited dapat buku, baju dan beg baru..
 
 
Aisy masa testing baju tadika..Terima kasih tok tolong otter..
 
Aisy masa hari pertama di tadika..

So masa 1st day semangat bangun awal mandi pakai baju baru..mama yang neves gila! Mama dan papa ambil cuti semata-mata nak anta aisy ke tadika..semangat!..tu belum kira masuk sekolah nanti..haha..

Bila dah sampai..masuk je pagar tadika laju je dia masuk..bila dah masuk dalam nampak 2 3 orang budak nangis...Dari mood happy dan semngat tadi tiba-tiba dia pun start nangis sambil peluk mama...lepas tu papa pulak dtg tegur tanya dia..terus peluk papa nangis lagi kuat...haha...last2 mama cepat2 pass kat teacher dia sebab diorang pun dah start beratur dan menari-nari....kitorang terus keluar  monitor kat luar ja..tengok aisy masih lagi.nangis..tapi tak de meraung menatap tu..menangis sendu2 sopan je..hahaha..
Bila menari2 tu still lagi nangis..kejab2 berenti..kejab2 nangis.sampai la dorang beratur masuk kelas..lepas tu dah tak nampak dah aisy sebab kelas terlindung..40 minit jugak la kitorang stay kat sana..

Hari ke 2 aisy ok je..masuk tadika tak nangis ...Masuk hari ke 3 & 4, setiap kali hantar mesti drama air mata..tak tau la apa yang sedih sangat..masa dalam kereta bukan main happy je....Masa hari 4 tu masa ambil aisy tanya cikgu dia..aisy macam mana semua..dia cakap aisy nangis sekejab ja..ok je buat semua aktiviti, makan  dan berkawan..Leganya hati mama..

Hari ni hari ke-5, alhamdulillah dah tak nangis lagi..lega mama boleh bekerja dengan tenang...Bila tanya nama kawan dan teacher pun tak boleh nak bagitau lagi..baru seminggu kot..Kalau tempat lama dia kat taska dulu tu, semua nama kawan2  dan cikgu dia hafal...Agaknya tempat baru..Masih nak sesuaikan diri.

Semoga minggu depan baik-baik saja..Mama Sayang Aisy.. 

Thursday, 10 December 2015

Aktiviti aisy di taska

Bulan ni last aisy di taska ni..
Bermula dari habis pantang sampai dah umur 3 tahun aisy membesar kat sini.. 
Walaupun teacher2 silih bertukar ganti..tapi aisy tetap setia kat sana sampai 3 tahun..hihi..

Kat bawah ni antara aktiviti aisy kat sini..Untuk 3 tahun ni aisy ditempatkan di playschool..
So banyak la aktiviti yang taska buat..

 

Aisy dah best friend dari baby..Syuhada...Next year syuhada pun dah pergi tadika lain..

  
Khusyuknya aisy...hihi..
 
Ok dah nak mula..Kenal bentuk..
 
Bijaknya dia..hihi..padahal kat rumah dah selalu main benda ni..haha..  

Tuesday, 13 October 2015

Gelagat abang adik

Aisy dah 3 tahun 2 bulan..tahun depan nak masuk tadika dah.banyak mulut, panjang akalnya, pandai mengadu kat skool aisy buat itu ini contoh "kat skool teacher marah aisy sebab aisy tak dok diam" hihu."kat skool aisy makan...minum tusu..sleep..blaja abc alif ba taa..."...pandai merajuk..kalau merajuk tu mesti cakap "tak nak kawan mama"..sambil tgn silang kat dada..mulut muncung...pandai beralah dengan adik..suka tak nak share mainan dengan adik..haha..kena pujuk ckp baik2 baru ok..kurang makan nasi sampai tinggal tulang je mama tgk...suka tgk ultraman dan cerita baru tobot..suka berlakon..kadang2 macam dia la cikgu..kadang2 jadi mama...haha..lawak sangat kalau teringat...

Lagi satu lately ni sangat la peramah..boleh pulak dia pergi tegur org masa dalam lift..tak kira bangsa ok..kadang sampai bertepuk tampar nak berlawak la...adoi anak..semalam aisy buat ramah kat kedai masa beli barang..ni kira bahaya tak jenis budak tak takut kat orang asing?..aisy aisy..

Alisya pulak dah masuk 9 bulan..dah pandai main2 dengan abang.suka tgk abang long main..dah pandai nak berebut mainan...makan bubur dah tak perlu blend..senang kerja mama nak..manja sangat dengan mama..siang dah jarang tidur sebab nak main je kerjanya...gusi bawah dah nampak putih2 tp gigi tak muncul2 pun..hihi..pandai tepuk tangan kalau dengar lagu tepuk amai2..pandai main tut chak..pandai bye2..sbb tu je yg dia selalu alami hari2..hihi..


Adik dari jauh datang dekat abang tgk abang makan dengan harapan nak jugak..sekali abang suap daa..how sweet..cair mama..

Aisy mintak nak lekat2..so.mama beli kertas warna warni, gam dan gunting khas untuk aisy..homeschooling kekdahnya..


Alisya dah berjaya duduk.masa 9 bulan...lambat sikit sbb bdn berat kot..dan kat bawah ni dah boleh angkat badan macam nak merangkak  tu..tp gaya jer la..blom merangkak lagi


 
Sekejab je dah besar anak2 mama..moga jadi anak yang soleh dan solehah yaa..mama dan papa sayang abang long aisy dan alisya.muahhxxx..


Alisya dah boleh rasmi walker turun temurun masa aisy dulu...




Boleh pulak aisy posing kat sini..masa ni tgh tggu mama shopping kat fabolous mum masa sales kat pearl avenue last weekend...nasib la awak tu ringan aisy..


Tuesday, 25 August 2015

Throwback : Aisy main bunga api

Throwback hari raya lepas..
Tahun ni raya sakan sebab papa aisy dapat cuti..
Memang dah plan nak bagi aisy main bunga api.
Setahun sekali je ..bukan selalu..
Sebab last year aisy excited je..tp masa tu tengok orang main je..
Sebab kecik lagi...


Ingatkan dia penakut nak pegang..sekali rileks je dia main macam expert..
Mama yang over suruh carefull..mama yang risau lebey..


Ada geng waktu ni..main dengan kazen2..


Siap pusing2 lagi ..



Dah big boy dah anak mama ni...setakat bunga api je yer aisy..
Jangan tahun depan dia mintak mercun udah..waaaa...





Tuesday, 11 August 2015

Aisy turns 3

Jumaat lepas..bersamaan 7 Ogos 2015, genap aisy 3 tahun...memandangkan aisy dah bijak sikit..dah faham apa itu bday,potong kek n dapat hadiah bagai..makanya saya dan en suami pun plan celebrate bday aisy dengan family..kebetulan masa tu mertua ada sekali..meriah sikit...



Tahun lepas aisy minat sangat upin ipin..Sekarang dah 3 tahun ni aisy tengah minat sgt ultraman..so saya order la kek ultraman untuk aisy..nak bagi aisy happy...dan alhamdulillah..memang dia happy sangat..seronok tengok gelagat aisy..haha..


Acah2 posing.besday boy..big boy dah anak mama..


Peace sampai tutup muka..berjaya tiup semua lilin..
sampai muncung habis bersembur kat kek tu..haha..


Aisy potong kek..bukan main tak nak mama pegang..nak potong sendiri..grr


Lepas dah potong kek bagi aisy hadiah..kami belikan aisy robocar poli..dah lama aisy berzikir kat telinga ni ...mama papa aisy nak "kopoli" ...ada satu video aisy buka hadiah..excited sangat aisy tengok hadiah tu rupanya robocar poli..happynya dia sampai melompat2..
Terima kasih semua yang belikan aisy hadiah..


Happy face..the familia..


Adik alisya pun excited sambut birthday abang long..sampai tidur lambat malam tu tahan mata..


Menu pilihan..satay kajang hj samuri..mee goreng by mak...roti jala kuah kari...

Syukur apa yang dirancang dipermudahkan..semoga anak mama muhammad aisy iskandar menjadi anak yang soleh, dipanjangkan umur dan dimurah rezeki, berjaya dunia dan akhirat..amin..mama sayang aisy..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015