Showing posts with label Nur Zara Alisya. Show all posts
Showing posts with label Nur Zara Alisya. Show all posts

Thursday, 19 January 2017

January 2017: Happy 2nd Birthday Alisya

.Throwback.

Sebelum cerita meh tengok gelagat budak 2 tahun sorang ni.
Unik dan manja sangat anak no. 2 ni kan macam mama papa jugak. EH!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
Taraaa..

Syahdu sikit masa birthday alisya awal tahun ni.
Sebab masa tu tengah alahan. Mama tak larat nak organize bday dgn family besar.
Tapi gigih jugak nak celebrate. 
Sambut simple-simple je . Potong kek. Beli hadiah. 



Happy birthday sayang.
My  little princess.


Hadiah birthday. Sebab rajin bebenor teman mama kat dapur. hihi.


Kek DIDI and FRIEND untuk alisya.


Alisya turns 2

My Little princess. Nur zara alisya.

Tuesday, 18 October 2016

Majlis Aqiqah Nur Zara Alisya

Majlis Aqiqah Alisya berlansung masa hari raya haji ke 2..Saja buat waktu raya haji .. 
Kitorang buat sekali dengan majlis kesyukuran masuk rumah baru mertua..

Catering dan kambing semua en.suami dah settle kan..
Menu nasi beriani gam ayam/daging dan kambing golek. Dessert: Bubur cha cha ..

 

Door Gift: Yassin/Air Mineral/Cookies/Gula-gula


Ni dia little princess tu..Baju mama tempah :) Sedondon dengan mama semestinya..
Rugi tak ambil gambar sama-sama..


Senyum kambing nampak gigi 


Acah-acah posing


Teratak Syafiq


Kambing Golek..Ramai serbu yang ni dulu ..hihi..


Terima kasih semua yang hadir..Doakan Nur Zara Alisya jadi anak yang solehah..Aamin..

Monday, 29 February 2016

Little Princess Warded

Kisah 2 minggu lepas..Masa balik dari rumah pengasuh petang tu elok lagi sampai la malam masa nak tidur..Alisya cranky tak nak minum susu..Pelik jugak sebab susu salah satu yg wajib ada kalau alisya nak tidur....Bila jaga tengah malam untuk susu dia dah mau minum tapi siksanya tengok dia nak hisap botol tu..Esoknya hantar alisya macam biasa ke rumah pengasuh..Masa tu badan dedar2..Pesan kat pengasuh kalau demam bagitau la..


Dalam pukul 3pm tu pengasuh wassap cakap badan alisya panas dan tak nak makan n minum..Terus call en.suami..Dia kata dia balik bawa alisya ke klinik.Waktu ni jugak la ada kisah lucu..Entah macam mana en.suami tersalah dengar atau saya yang salah cakap..Dia boleh pergi amik aisy kat tadika bawa pergi klinik..Yang si aisy pandai pulak berlakon sakit.hahaha..Sekali en.suami up status dekat facebook.."Hero demam"..DENGGG!! saya tak syak kata dia salah bawa anak..Saya balas status betulkan cakap HEROIN la..ingat dia TYPO...sekali dia salah bawa anak laaa....hahaha..nasib baik lambat lagi nak sampai turn..Suruh cancel ja jumpa dokter.haha..Bila dah ambil aisy..sah2 saya pun kena balik sebab tak de car seat dalam kereta...So balik awal haritu bawa alisya ke klinik..

Cek dekat KPMC..Dr just bagi ubat demam  je..Mulut tak cek pun...Dah inform dia tak nak makan or minum..Grrr!..Malam tu sama jugak..bila bagi ubat demam ok sekejab demam tapi still tak nak minum...Esoknya saya dan suami EL decide nak bawa alisya jumpa pakar kat KPJ..Bila cek tengok banyak sangat ulser dalam mulut dia ..dan demam tinggi..Dr masuk ubat bontot..Dokter mtk balik dulu dan cuba bagi alisya makan, minum dan makan ais banyak2.Kalau still tak ok kena admit masuk air...Seperti yang dijangka..alisya langsung tak nak makan..ais pun tak nak..minum sikit je..tu pun merengek2..

 
Hari ke 3 kami pergi jumpa dokter lagi..Dia suruh admit je..sbb bibir alisya pun nampak kering ja...tapi azabnya nak tunggu bilik..sebab semua full..Pukul 6pm baru dapat bilik..Melangut ja kitorang gilir2 atas whell chair tu..Alisya dah berapa kali tidur dan berjaga...cranky pun ada sebab tangan ber'drip'..Kesian dia..

1st time alisya warded..Kitorang gilir2 jaga..Malam tu alisya dah mau sikit minum..
Esoknya try bagi bubur dan air masak banyak-banyak...dan alisya dah tak demam waktu ni..alhamdulillah.... 
Petang tu jugak discharge..

 My little princess dah sihat..alhamdulillah..
 
 Terima kasih tok ani sebab datang tengok cucu..
 

Thursday, 25 February 2016

Nur Zara Alisya 1st Hair Cut

Cerita awal bulan sebelum balik kampung raya cina..Rimas betul tengok rambut anak dara dah panjang bahagian depan..belakang apatah lagi..tapi sayangnya la nak potong..tapi kesian plak mcm cucuk-cucuk mata dia..So saya decide utk potong bahagian depan ..dan trim sikit bahagian belakang bagi sama..

 

Rambut sebelum dipotoong..
 
Rambut belakang dah boleh ikat dah masa ni umur setahun..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
Taraaaaaaaaaaaaaa..
Introducing my HELMET Princess..haha..  
 

Love you my litte princess..Muahxx..
 

Friday, 22 January 2016

Alisya Turns 1


14.1.2016 yang lepas, alisya dah cukup setahun.. 
Cepat sangat masa berlalu..Baru je rasa baru habis pantang 
Tup-tup dah setahun anak dara i..Over tak baru lepas pantang?haha...

 

Tengok gambar ni..birthday girl lansung tak berminat dengan kek tu..
Dia lagi excited nak berebut air yang abg long pegang tu..haha..
Aisy pulak macam biasa akan feeling2 birthday dia..
tapi dah awal2 bagitau aisy ni birthday adik yer..
awal2 jugak aisy bagitau "kongsi-kongsi la"..
maksudnya semua kek dan hadiah adik kena kongsi dengan dia..haha...

Alisya turns 1..
 

Untuk setahun ni..mama pun pening nak belikan hadiah apa untuk adik ..
last2 beli baju renang  untuk cuti nest month dan set masak-masak..
walaupun alisya  tak tau main lagi..haha..main ketuk-ketuk je lebih..
Tunggu adik besar sikit yer boleh demand nak apa..haha..
jgn mintak kereta  yer..mama tak mampu!
 
Untuk birthday alisya macam biasa saya akan belikan kek dan hadiah...
tapi bab hadiah tu untuk abang long aisy pun wajib kena sediakan..hihi. 
Baru fair n square..

Alisya dari baby hingga 6 bulan..
 

Alisya dari  6 bulan - setahun

Perkembangan alisya setahun
  • Belum tumbuh gigi
  • Belum berjalan *boleh berdiri lama ..tapi gayat nak melangkah sendiri.. 
  • Merangkak dengan expert sekali..haha
  • Lasak
  • Suka sangat berebut mainan yang abang long main..
  • Happy go lucky
  • Tak banyak kerenah untuk setahun ni..hihi..
  • Masih minum susu mama sepenuhnya.Alhamdulillah..

Thursday, 5 November 2015

Nur Zara Alisya 10 month

Sekejab je alisya dah 10 bulan...tup2 nanti dah setahun...cepatnya masa berlalu..macam entry sebelum ni alisya mula duduk dengan pengasuh start november ni...masa hari pertama tu alisya ok je masa hantar. Abang long aisy yang nangis2 nak adik..huhu...tp hari ke 2 dan 3 masa nak pass kat mummy (pengasuh) dia kuat je pegang mama tak nak lepas..bila dah pass nangis..adoi...1st time alisya nangis sepanjang anta dia tiap2 pagi..sedih mama nak..


Masuk 10 bulan ni alisya dah boleh dari meniarap duduk sendiri..dan suka sangat angkak buntut meninggi tu..posisi apa pun mama tak tau..


Gambar semalam..
Masa ambil alisya semalam tengok dia tgh minum susu depan tv sambil mata pejam..letih sangat kot...bila panggil dia nampak mama terus meniarap mintak dukung padahal masa tu nak tidur dah tu...


Aksi angkat montot..

So far Selera makan alisya sangat2 ok..bubur n susu n biskut baby yang dibekalkan semua habis..alhamdulillah..

Monday, 2 November 2015

Last day alisya di nursery

Jumaat last week hari terakhir alisya kat taska...cukup 7 bulan alisya di taska sejak alisya 3 bulan..sebabnya dah dapat pengasuh kat area rumah .sejak daftar aisy untuk tadika next year mmg bercadang nak cari pengasuh area rumah...dalam dok pk2 tu tiba2 muncul kakak ila yang mana kami cuma berselisih di lif je..saja tanya dia..rupanya mmg dia babysitter..memang rezeki ...lepas dah pergi rumah borak2 terus decide nak hantar alisya kat dia..


Last day tu order kek untuk teacher2 alisya tanda terima kasih....


Ni la teacher jah yang jaga alisya..nangis2 dia masa last day tu..saya pun terjebak sebak pulak rasa...baik teacher jah ni..peramah dan selalu wassap gambar alisya masa kat nursery..


Dress ni alisya pakai last day..teacher bg hadiah..tq tcer2 ..banyak alisya dapat hadiah..headband, klip rambut n baju2...


Bye2 teacher...nanti alisya datang jumpa tcer jah yer...tak mau sedih2...terima kasih jaga alisya yer..

Tuesday, 13 October 2015

Gelagat abang adik

Aisy dah 3 tahun 2 bulan..tahun depan nak masuk tadika dah.banyak mulut, panjang akalnya, pandai mengadu kat skool aisy buat itu ini contoh "kat skool teacher marah aisy sebab aisy tak dok diam" hihu."kat skool aisy makan...minum tusu..sleep..blaja abc alif ba taa..."...pandai merajuk..kalau merajuk tu mesti cakap "tak nak kawan mama"..sambil tgn silang kat dada..mulut muncung...pandai beralah dengan adik..suka tak nak share mainan dengan adik..haha..kena pujuk ckp baik2 baru ok..kurang makan nasi sampai tinggal tulang je mama tgk...suka tgk ultraman dan cerita baru tobot..suka berlakon..kadang2 macam dia la cikgu..kadang2 jadi mama...haha..lawak sangat kalau teringat...

Lagi satu lately ni sangat la peramah..boleh pulak dia pergi tegur org masa dalam lift..tak kira bangsa ok..kadang sampai bertepuk tampar nak berlawak la...adoi anak..semalam aisy buat ramah kat kedai masa beli barang..ni kira bahaya tak jenis budak tak takut kat orang asing?..aisy aisy..

Alisya pulak dah masuk 9 bulan..dah pandai main2 dengan abang.suka tgk abang long main..dah pandai nak berebut mainan...makan bubur dah tak perlu blend..senang kerja mama nak..manja sangat dengan mama..siang dah jarang tidur sebab nak main je kerjanya...gusi bawah dah nampak putih2 tp gigi tak muncul2 pun..hihi..pandai tepuk tangan kalau dengar lagu tepuk amai2..pandai main tut chak..pandai bye2..sbb tu je yg dia selalu alami hari2..hihi..


Adik dari jauh datang dekat abang tgk abang makan dengan harapan nak jugak..sekali abang suap daa..how sweet..cair mama..

Aisy mintak nak lekat2..so.mama beli kertas warna warni, gam dan gunting khas untuk aisy..homeschooling kekdahnya..


Alisya dah berjaya duduk.masa 9 bulan...lambat sikit sbb bdn berat kot..dan kat bawah ni dah boleh angkat badan macam nak merangkak  tu..tp gaya jer la..blom merangkak lagi


 
Sekejab je dah besar anak2 mama..moga jadi anak yang soleh dan solehah yaa..mama dan papa sayang abang long aisy dan alisya.muahhxxx..


Alisya dah boleh rasmi walker turun temurun masa aisy dulu...




Boleh pulak aisy posing kat sini..masa ni tgh tggu mama shopping kat fabolous mum masa sales kat pearl avenue last weekend...nasib la awak tu ringan aisy..


Saturday, 29 August 2015

Nur zara alisya 7 month

Alisya 1st time demam masa 7 bulan ni..
saya syak sebab nak tumbuh gigi...
kesian tengok dia melepek je...banyak tidur..dan nak berdukung je...
masa alisya mula demam tu, en suami ambil cuti sebab saya tgh bz kat office...
hari ke 2 tu mama saya datang dari kedah untuk jaga alisya
.**terima kasih mama..terharu**.. 

alhamdulillah hari ni alisya dah ok sikit..
dah makan dan boleh senyum gelak2..
kalau tak masam je..huhu..

Antara perkembangan alisya ..dia dah boleh golek..
kalau letak meniarap atas tilam..
tengok2 dah ke lantai nun...suka geleng2 kepala..
gelak besar bila tgk telatah abang long...

View indah mama setiap pagi

Suka makan


Adik demam

Main tut chak

Semoga terus membesar dengan sihat yer bam bam mama ..

Tuesday, 9 June 2015

Nur zara alisya 4 month

Last month alisya dah 4 bulan..Cepatnya masa berlalu
.Berat alisya masa check up haritu 6.2kg..
Dokter dah pesan next check up 5 bulan nanti berat mesti naik 6.8kg
Dr pesan mama kena makan banyak protein.
Baru susu penuh khasiat gitu..

Dan-dan mama gigih consume ESP shaklee balik..
Walaupun tekak mama tak berapa boleh terima.
Anak punya pesal mama sanggup..huhu..

Untuk 4 bulan ni tak der cucuk..
So kami decide ambil vaksin pneumococal dos 1. 
Rota Virus dah  complete untuk dos no.2 haritu..
Kali ke 2 ni alisya berjaya telan semua ubat tu..


Masa 3 bulan tu dia luah balik semua..
Sebab memang rasa pahit..
Kali ni mama dah bijak ..control mulut pipi dia tak pagi tumpah..hihi..
Pasrah je alisya terpaksa telan

Perkembangan alisya 4 bulan ni memang dah expert meniarap..
Pantang letak dia melentang terus dipusingnya badan tu nak meniarap..
Kuat main air liur..Suka hembus2 air liur tu..Habis luruh rambut mama nak..
Dah pandai gelak bila kena agah..
Dah kenal mama dia..sebab bila mama lalu depan dia....
Dia akan buat renungan tajam kalau tak layan dia..
Suka tengok gelagat abang long..lepastu gelak sorang2..

Semoga membesar dengan sihat anak mama
Amin...



Friday, 24 April 2015

Nur Zara Alisya 3 month


Alhamdulillah, dah sunatkan alisya masa 3 bulan haritu..
Pergi sekali untuk cucuk 3 bulan dan vaksin tambahan rota-virus..
Buat 3 benda sekali..masa cucuk tu alisy bunyi sikit je..
Masa sunat tak nangis langsung..lega mama..
Mama ni semalam tak boleh tidur risau anak dara nak sunat..



Untuk vaksin rota virus pulak kena minum ubat..
Tapi macam alisya luah balik je semua..sebab tak sedap..
Tawakkal je la..

Masa cucuk 3 bulan tu berat alisya 5.7kg.
Alhamdulillah semua sihat dokter kata..
Masih lagi menyusu badan...jauh lagi perjalanan..



Sekarang alisya dah pandai senyum kalau kena agah..
dah pandai repond senyum bila sembang2 dengan dia
Alisya paling suka kalau tengok cermin..
Kalau tengok cermin lama2.. Sengih2 dia suka..



Nampak macam dah meniarap..tapi tak berjaya lagi..
sebab alisya bam bam kot susah mak pusing..hihi
Selalu angkat badan macam nak bangun tu..
Kepala pun dah kuat boleh menengak kalau tiarapkan dia..
Kalau letak elok atas bantal tak sampai bapa minit 
dah kepala dia jatuh dari bantal..


Gigih berusaha nak meniarap..tapi belum sucess lagi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015