Showing posts with label My Love. Show all posts
Showing posts with label My Love. Show all posts

Friday, 8 May 2015

Lunch date di ioi mall putrajaya



Dah lama tak dating berdua je semenjak ada anak ni...Baru2 ni kebetulan sama2 cuti..
jadi anak2 hantar nursery kejab bagi peluang mama papa dating yer..hihi.
Pergi ioi mall putrajaya je..dekat dengan rumah..

Lepas zohor baru keluar..pagi tu kemas2 apa yang patut sebab 
baru balik dari kampung cuti hari pekerja dan wesak tu..
Sampai2 je terus cari tempat makan nak lunch..
Kami makan di tony romas..dah lama teringin nak try ribs dia..sedap katanya..


Muka happy dapat jalan2 cari makan



Menu pilihan..ribs tu memang lembut dan sedap..cukup rasa..
onion ring tu pun terbaik..sedap juga..
Yang lain2 biasa2 saja...portion memang banyak..
kitorang siap tapau bawa balik sebab tak habis..


Yang bestnya kat sini ada macam2 jenis sos..boleh request..




Roti ni free je mkn dgn butter..

Lepas makan jalan2 cuci mata window shopping..
Lepas tu teringat wondermilk cupcake dah ada kat ioi mall putrajaya..
Tanya dengan receptionist je kat mana..sebab mengah kot nak cari satu2 kat mana..
Rupanya kitorang dah kat level tu..wondermilk tu sebelah guess store...



Sedap sangat cupcake dia..satu rm4.50...agak pricy..
tapi berbaloi dengan harga sebab sedap...
Deco kat wondermilk ni pun menarik..boleh la bawa anak2 dtg sini nanti..

Lepas puas jalan2 ..terus pergi amik anak2... Nama je dating berdua.
Tp dok teringat anak2..Borak2 pun pasal anak..
tengok brg pun tgk brg anak..mcm ni la mak2 kan.,hihi...



Love..*muntah ijau*

Monday, 2 December 2013

Engagement Cake Edible Image

Godek-godek folder lama..Dapat gambar kek masa bertunang dulu..

Mengimbau kembali hari pertunangan 20/03/2010..Hampir 3 tahun ++ yang lalu...
Masa ni tengah hangat bercinta..Bau kentut pun wangi jer..hihi..
Setahun bercinta kami ikat tali pertunangan...Nampak tak gelojoh di situ..hihi..

Tema warna: PINK uols!..

Sebab utama pilih warna tu ..of course my favourite colour..
Kebetulan masa tu BF a.k.a en suami ada baju melayu pink ..
So sama-sama setuju nak pink colour..! 

Weh nak cerita pasal kek je..Dah kenapa melalut tema bertunang bagai...hihi...
Kek ni order kat RANI CHANGLUN DELIGHT..
Kek sebiji tu untuk sebelah perempuan..Cupcake pulak untuk belah lelaki..
Serius sedap kek dia..Saya order kek moist coklat...
Masuk mulut terus cair..nyum!. Kami pilih untuk buat edible image..
Pilih la gambar yang budget hot nak letak kat kek! puiii!!haha..


Kek untuk saya..


Kek untuk en.tunang..
Picture Credit: RANI CHANGLUN DELIGHTS..

Dah alang-alang up entry pasal bertunang dulu..
Meh sini nak share 1 gambar bertunang i uols~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.


 Love PINK..k bye..

Monday, 16 September 2013

Aisy di I-kidz world i-city shah alam

Weekend ni mama dan ayah dari kedah  datang rumah sebab nak tengok cucunya..Rindu katanya..hihi..Disebabkan frust last week tak dapat bawa Aisy main di Kidzonia ..Jadi saya gigih google mana lagi tempat nak bawa Aisy main-main.. Jumpa la satu port baik punya kat shah alam..
Iaitu di I-KIDZ WORLD di I-CITY Shah Alam..

RM14/weekdays per anak
RM20/weekend per anak..

Parent/Guardian adalah free boleh ikut main...
Memang rasa berbaloi sangat dengan tempat yang besar dan boleh main sampai pengsan..Unlimited..
Kiranya lepas dah bayar tu boleh boleh keluar makan lepas tu masuk balik..Asalkan simpan resitnya..
Parent pulak kalau boring boleh online sebab ada wireless free..Ada tv juga..Ada kerusi urut juga.Ada sofa..Ada majalah.best3!Boleh buat birthday party juga kat sini..

Lagi satu sekarang bulan september ada promosi untuk jadi ahli.. 
RM58/anak per year sahaja..Harga asal RM260/anak per year
Kalau 2 orang anak RM100 setahun.. Berbaloi-baloi..
Dah ada promosi ni papa aisy laju-laju register..hihi..

Memang puas sangat dapat bawa Aisy datang main kat sini.Aisy pun nampak happy sangat...
Jom layanzzz picca!

Update: Aisy dah boleh jalan..13 month finally..Good boy!


Aisy enjoy sangat main gelungsur ni...


Happy


Seronok memanjat oii..Nasib baik rumah mama tak da tangga nak..kalau tak pitam hari-hari nak membuntut..hihi


Saya dah boleh berjalan..Alhamdulillah


Masa jalan tangan tu terangkat-angkat sebab masih nak imbang badan..hihi..lawak je nengok..


Macam-macam toys kat sini..Ni wooden toys versi gergasi..hihi


Tak sempat posing..Aisy dah semangat nak masuk dalam gelung berputar ni..Sukati er bagi nama  cenggitu..


Mama ke aisy yang excited nini..Habis tersenyum nampak semua gigi


Bakal pilot in the house


Tok dan wan tengah mengurut...hihi..


Aisy tengah Imbang badan sambil jalan


Parent pun boleh join main..Macam mak cik kat atas tu la..haha


Besar sangat..Seronok budak2 main..Eh abaikan model tak berbayar sebelah tu(Adik)


Tok aisy pun nak posing wooo..


Aisy nak drive ni..Betulkan side mirror..


Colorful ball..

Lepas dah puas main..Kami bergambar kat luar tu..
I-kidz world ni tingkat 1 tau Kalau nak cam bawah tu ada Art museum & Red Carpet....Kalau dari parking tu adalah signboard kecil guide nak pergi sana,..
L-03-01, 1st floor, Block L..



Wachaaaaaaaaaaaaaa! 






Sambung mendaki 



Aisy dan wan.Waktu ni Aisy dah start meragam sebab dah penat main..tapi still nak main.grr! 

.Manja betul dia dengan wan..Nak berkepit ja dengan wan..Hari jumaat Asiy tak pergi nursery dok dengan tok dan wan..Wan siap bawa aisy teman dia minum kopi..Aisy relax n cool ja teman wan.

Lama juga lepak kat sini..Siap keluar makan..Lepas tu datang balik..Pas ni confirm datang lagi sebab dah register membership..Boleh main sampai lebam..yohoooooo!

Tuesday, 20 August 2013

Suprise dari En.suami di hari lahirku

HAPPY BIRTHDAY to ME..
Sweet 27 *Sweet lagi ke?..Matakeatas!*
Terima Kasih semua atas ucapan dan doa kalian di FB & Sms..
Amin..Amin..

I is sedikit pelik bila balik tadi ada orang sambut luar pintu, Ambil Aisy dan beg mamanya sekali..haha..Masuk rumah tengok ada suprise dari en.suami..SUPRISE!!..Siap deco2 happy birthday lagi..Ada kek..Ada lagu birthday .Ada belon..Ada Mungerrrrrr!.. Terharu sangat..*Terima Kasih abang susah-susah buat semua ni*..Dah lama dok berangan dapat suprise cenggini..Berangan jer la..Sekali betul2 en.suami suprisekan!..En.suami ni bukan romantika de amor orangnya...Jarang dia nak suprise2 camni..Tapi bila ada suprise macam ni..I is super happy dan terharu....Kembang  kempis hidung..Sengih-sengih sampai bawa tidur uolss..Wah gitu! 

TQ again abang dengan suprise itu..Really appreciate it.. Love u so much!


Aisy pun excited tengok kek 


Kek birthday untuk mama dan aisy...


Mama (20/8) & Aisy (7/8)


Deco by En.suami..Love it!


TQ papa...Hati bunga-bunga dapat bunga~


Potong kek!



Aisy senyum nampak gigi..Aisy makan biskut ja..Kek tu mama dan papa yang habiskan..hihi..


2 jantung hati saya..Sayang papa..Sayang aisy..

Thursday, 18 July 2013

Mama Aisy Mintak call ambulance

Mama Aisy nak interframe pulak la..hihi..
Asyik cerita pasal kesayangan Aisy ja kan...

Hari selasa lepas, lepas ja sahur, perut memulas sangat..
2..3..kali jugak ulang pergi toilet..
Memang seksa sangat rasa..
Lepas subuh ja memang rasa tak sedap tekak..
Terus ulang-ulang muntah ..

Aisy pulak malam sebelum tu badan panas..
Baru nak mula demam. Memang dugaan sangat..
Kalau ikutkan nak MC ja terus ..
Tapi fikirkan baru seminggu kerja..
Gagahkan diri jugak pergi kerja..
Nasib baik en.suami sudi ambil cuti sebab nak jaga Aisy..
En.suami jugak yang tolong hantar saya ke office pagi tu..

Sampai office sambung muntah-muntah lagi..
Sampai pukul 1130 pagi tu memang tak tahan dah..
Rasa letih sangat n mintak kat bos nak ke klinik..
Lepas dah dapat kebenaran terus call en.suami suruh ambil saya..
Dapat MC hari tu..

Sempat tapau bubur McD lepas ke klinik tu..
Budget nak berbuka puasa laa..
Kalau ikutkan memang dah terbatal puasa pun sebab muntah kan..

Sampai ja kat parking rumah..
Memang dah rasa pening sangat tahap nak jatuh dah..
Gagahkan diri juga jalan naik lif sampai rumah..
Sampai ja rumah terus tumbang pitam betul-betul depan pintu...
 Dalam pada tu jugak rasa nak membuang..
Keluar habis semua cecair dalam badan..
*Sensored* Sila abaikan.. ! Cerita penuh perasaan ni!..

Lepas tu baru rasa lega ..
Tapi rasa lega tu sekejab ja..
Jerit panggil en.suami yang baru nak tidurkan Aisy dalam bilik bagitau saya nak muntah sgt2..
Tapi tak daya nak pergi toilet..
Dia sedaya upaya angkat saya yang dah macam nagka busuk ni ke toilet..
Waktu ni la saya rasa macam separuh nyawa dah..
Nafas pendek-pendek..
Satu badan sejuk..
Kaki Tangan Kebas..
Kepala berpusing-pusing..
Ayat yang keluar waktu tu dari mulut saya
 "ABANG, CALL AMBULANCE!"
Boleh imagine tak rasa sakit sampai tahap suruh call ambulance?!uhuk!
Yang saya ingat waktu tu jugak, en.suami angkat saya letak kat ruang tamu..
Dia bancuhkan air garam untuk saya n paksa minum..
Waktu tu jugak saya dok memerut habis ..Geli!

Lepas minum Air garam tu baru rasa satu kelegaan.
Syukur Alhamdulillah ya Allah!
Lepas dah rasa ok sikit..Makan ubat yang dokter bagi..
Terus tidur sampai ke pagi..
Bangun makan je..
 
Memang satu pengalaman yang menguji hambanya..
Menguji saya dengan rasa sakit..
Menguji suami yang kena handle anak dan saya sekaligus sebab sakit..
Menguji majikan saya sebab saya terpaksa MC bila mula kerja..

Begitulah kehidupan, kadangkala kita diuji olehNYA untuk kita tersedar seketika dari zon selesa.
Allah uji sebab sayang..Yang penting sentiasa bersangka baik..

Tuesday, 25 June 2013

Warkah buat Lelaki Ini

Lelaki ini,
Adalah insan yang berjaya menambat hati saya suatu ketika dulu dan insyaallah untuk selamanya,
Lelaki ini yang sentiasa ada walau susah dan senang,
Lelaki ini yang banyak berkorban mencari rezeki untuk saya dan keluarga,
Lelaki ini yang sentiasa inginkan kebahagian insan lain lebih dari diri sendiri,
Lelaki ini yang selalu membuat saya gembira..
Lelaki ini jarang sekali merungut dan mengadu domba..
Lelaki ini  selalu sedaya-upaya menolong orang walau kadangkala dia sendiri dalam kesusahan..
Lelaki ini yang banyak bersabar dengan kerenah isterinya..
Lelaki ini yang ringan tulang membantu kerja rumah..
Lelaki ini seorang yang memahami..

Terlalu banyak kebaikan Lelaki ini di kaca mata saya.Walaupun manusia biasa bukan sempurna ..Tetap dan tak pernah lari dari  melakukan kesilapan..Tapi dia adalah kurniaan terbaik olehNYA buat saya..

Lelaki ini adalah EN.SUAMI tercinta..


Kadang-kala mulut ini jahat sangat nak keluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati suami walaupun hal sekecil zarah..Iblis dan syaitan tak pernah jemu bertasbih supaya ada sahaja benda nak menjadi percakaran suami isteri..Jahat sungguh..!! Iman pulak seakan goyah dengan bisikan itu..Lemahnya iman mu isteri...Tugasmu adalah membahagiakan hati suamimu...*tersedar*..Ampunkan dosaku..

Maafkan sayang abang..

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa suamiku di atas segala kebaikannya..Amin...

LOVE,

Thursday, 7 February 2013

Rumah Makan Khas Sunda CIBIUK Bangi

Restoran ni dekat sangat dengan office saya... Dah lama mengomel kat en.suami tanpa putus asa  nak try makan kat sini. Akhirnya tertunai jugak hasrat! Owner restoran ni merupakan kakak kepada sahabat saya masa sekolah dulu.


Restoran ni Corner lot.. ..Betul-betul tepi highway..
 Area kedai- kedai berdekatan dengan Tol Sg Ramal.
Senang nak cari!


Suasana santai di restoran ni dengan iringan lagu ala-ala jawa! hehe.. 



FREE.. Boleh ambil ulam-ulam dan pelbagai sambal secara PERCUMA..i like!..


Saya order Manggo Juice & En suami order teh ais..
 Jus tu ok la..tapi ada rasa masam-masam..mungkin buah tak masak betul kot..
Teh Ais memang sedap! bukan rasa macam teh biasa tau..Teh dia sangat wangi!

Anda juga akan dihidangkan dengan secawan teh panas.


Ni yang saya order..lele apa tah? nama lupa! haha.. 
SEDAP.. !
Ala-ala macam nasi ayam penyet la.. Ikan tu rangup & besar punyaaa! hehe.. 


Ni desert.. Roti pisang cheese kot namanya.. 
Rasanya sangat OHSEMMMMMMMMMMMM! Sedap terangkat!


En.hubby order nasi + ayam bakar..*tak ingat nama*
 Nasi dia ala-ala nasi lemak..Unik! 
Tapi tak berapa kena dengan tekak en.suami..haha..


Lunch bersama..
Baju pun kebetulan warna sama..
Aktiviti bagi mengeratkan hubungan kasih sayang bersama..ewah! 

So far, makan kat sini ok..kena dengan tekak saya ..TOTAL: RM45++.. Kalau anda nak kelainan rasa masakan ala-ala sunda gitu..Boleh lah try makan kat sini.. Yang pastinya, saya akan datang lagi dan order roti banana cheese itu! terbaik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015