Showing posts with label Susun Atur. Show all posts
Showing posts with label Susun Atur. Show all posts

Friday, 6 May 2016

Make Over Bilik Anak-Anak (Part 1)

Alhamdulillah..Rezeki lebih sikit boleh la jalankan misi nak make over bilik anak -anak..Bilik no 3 ni bilik paling kecik .Duduk rumah apartment ni kena guna ruang sehabis baik..Sebab Comel je keluasannya..

Untuk make over ni misi pertama haruslah buat wordrobe , meja & rak buku macam drawing bawah ni..
Alhamdulillah Semua dah settle tunggu nak pasang ja..
Dalam sebulan jugak la amik masa lepas dah confirm semua..

 

Ni drawing yang dorang lukis lepas dah confirm semua..

Ni lukisan 3D..

Harap-harap hasilnya jadila macam gambar ni..2 pintu tengah2 tu sebenarnya ada cermin..
Mula-mula pening jugak nak pilih kaler...Last2 nak selamat pilih  warna pilih hitam dan putih ..

Buat masa ni bilik ni rupa kapal karam sebab barang sepah2..
Kalau tak barang susun dekat rak bertingkat tu....
Tapi rak tu dah dipindah ke dapur sebab nak buat wordrobe ni la..
Maka sakitlah mata mama sebulan dua ni..huhu.. 

Lepas dah siap dan berpuas hati boleh la mention company tu..Area Kajang je..hihi..

TO BUY LIST
  1. Katil 2 tingkat ikea - DONE
  2. Wordrobe
  3. Meja
  4. Kerusi
  5. Tukar Pintu
  6. Air-Cond - DONE
  7. Kipas 
  8. Lampu - DONE
  9. Karpet
 

Friday, 27 November 2015

Acah2 Susun Atur

Baru ni ofis tutup 2 hari sebab ada company trip ke krabi..saya tak join sebab dah pernah pergi last year..so 2 hari tu boleh la kemas2 apa yang patut..anak2 mmg hantar pergi nursery dan pengasuh..sbb mama byk agenda nak kena settle..

Antara agenda nya adalah nak kemas2 dan susun atur apa yang patut..acah2 la konon susun atur..padahal tak kreatif pun ..bukan orang seni..asalkan nampak kemas sudah la..hee.

Dah nampak lapang atas rak kasut ni..kalau tak mcm2 ada resit la ..syiling la..mcm2 ..sakit mata tgk..


Port letak mainan anak2..sbb sini la tmp dorang main  dan sepahkan mainan..heee..letak je dlm tong ikea tu..campak2 je kalau nak cpt nmpak kemas ..


Ni pulak view bawah dapur..pekakas  warna pink belah atas tu letak segala stok rempah kari pack kecik2, santan kotak etc..kebanyakan beli kedai 2 ringgit je..pekakas bawah tu beli kat mr diy..


Alas tampal kat diding sebelum ni dah teruk bebenor..jln2 mr diy jumpa yg ada corak macam ni..terus rembat..


Ni pulak bilik anak bujang..dulu letak tent tu..tp baru ni masa cuti tu lipat balik tent tu letak meja ikea ni..nampak la luas sikit ruang ni sbb bilik ni kecik je...

budget2 nak buat aktiviti homeschooling dgn aisy kat sini la..walaupun..


Dah rasmi pun..happy dia tgk ada meja dan kerusi baru..tak habis2 peluk cakap terima kasih mama...aisy aisy..baru semangat nak belajar kan..heee..

Tu la serba sikit agenda yg mama aisy dpt settle kan..tu pun ada lagi yg tak dpt buat..nama je 2 hari cuti..tapi tak cukup oii..

Sunday, 14 September 2014

Playroom untuk anak

Sambung hadiah untuk Aisy 2 tahun..

Dah lama berangan nak kemas bilik no 3 tu untuk buat playroom untuk Aisy..
Berangan ni semenjak aisy setahun kot..Tapi dah 2 tahun baru la tertunai hasrat tu..
masing-masing bz kononnya..Kebetulan hari tu en.suami cuti..Saya plak MC..
masa ni aisy hantar nursery..
Bolehla mulakan project walaupun pening-pening lalat..
Gagah jugak ajak suami kemas..Anak punya pasal oii..




macam ni la rupa playroom aisy..Cuma kipas lama rosak..
Papa aisy cakap nanti nak pasang kipas gantung tu..
nanti dia tu tak tau la next year pulak kot..haha..




Masa mula-mula masuk tu aisy macam tercari-cari tent dia..
Last2 dia nampak dalam bilik..Terus dia cakap "TANTEK" = Cantik!
Amboi pandai bodek yer..Dari rasa penat ..terus segar bugar mama rasa nak..
Sekarang tengah ajar aisy kemas balik mainan yang dia main masuk bekas yang mama aisy dah asingkan siap-siap ikut jenis toys..
So far, kadang-kadang elok je dia simpan..Kadang-kadang kelaut..!



Banyak lagi plan untuk cantikkan playroom aisy ni..
Tapi nanti-nanti la..Slow-slow buat..Sebelum tu meh berangan dulu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015