Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

Friday, 25 October 2013

Pergi i-kidz icity kali ke-2 part 2


Benda ni pusing-pusing ..Jadi takut Aisy terjatuh..mama aisy pun ikut pusing daa..


Dah besar dah anak mama...


Aisy pandang kemana tu??Tengok aweek cun ka..


Abaikan mama aisy yang mok mok ituuu~


Ok mama yang over...


Nangis sebab gigih nak main sudu dengan makanan yang bawa masuk dalam tu..
Bila mama mintak mula la emosi..hihi


Lepas pergi i-city tu ..Singgah kejab dekat Sunway Pyramid,.
Lama tak datang sini..Dulu masa zaman bercinta selalu le ngedate kat sini...

Eh! Mama aisy pun join main beda alah ni...RM4 jer mama n anak..

Wednesday, 23 October 2013

Pergi I-kidz World I-City kali ke-2



Ni cerita 3 minggu lepas ni..Fikir-fikir nak bawa Aisy pergi mana..
Last-last bawa pergi I-city lagi sebab kan hari tu ada daftar membership kan..
Jadi adalah rugi kalau tak pergi..hihi..Kali ni pergi ramai orang dari sebelum ni..
Adakah sebab terbaca kat blog mama Aisy?! puiiii..
*Memang tak arr kan*..haha..





Aisy excited betul main benda ni..Jalan-jalan kejab dah dia datang balik kat mainan kuda ni..Tengok la aksi kat atas n bawah ni..Betapa excitednya anak mama ni..Gigit kangg!
\

Pergi kali ke 2 ni lepak kejab je..Macam bosan plak kitorang laki bini kat sini..haha..1st time dulu yerla excited..Aisy pun lebih tertarik kat Sudu garpu n beg yang bawa time tu..Grrr! Sabar je la nak..Kajang-Shah Alam boleh tahan jauhnya punnn. Gambar banyak lagi kat hp en.suami..nanti sambung part 2..daaaaaa..

Eh lupa nak bagitau..Masa datang ni..Tempat ni buka lewat 30-40 minit..Tulis buka pukul 1pm..Sekali 140pm baru buka..Ramai tengok parent datang dukung anak tunggu kat luar..Termasuklah kami satu family..Dah la tengah hari dengan panas membahangnya..sabar je la...

Monday, 16 September 2013

Aisy di I-kidz world i-city shah alam

Weekend ni mama dan ayah dari kedah  datang rumah sebab nak tengok cucunya..Rindu katanya..hihi..Disebabkan frust last week tak dapat bawa Aisy main di Kidzonia ..Jadi saya gigih google mana lagi tempat nak bawa Aisy main-main.. Jumpa la satu port baik punya kat shah alam..
Iaitu di I-KIDZ WORLD di I-CITY Shah Alam..

RM14/weekdays per anak
RM20/weekend per anak..

Parent/Guardian adalah free boleh ikut main...
Memang rasa berbaloi sangat dengan tempat yang besar dan boleh main sampai pengsan..Unlimited..
Kiranya lepas dah bayar tu boleh boleh keluar makan lepas tu masuk balik..Asalkan simpan resitnya..
Parent pulak kalau boring boleh online sebab ada wireless free..Ada tv juga..Ada kerusi urut juga.Ada sofa..Ada majalah.best3!Boleh buat birthday party juga kat sini..

Lagi satu sekarang bulan september ada promosi untuk jadi ahli.. 
RM58/anak per year sahaja..Harga asal RM260/anak per year
Kalau 2 orang anak RM100 setahun.. Berbaloi-baloi..
Dah ada promosi ni papa aisy laju-laju register..hihi..

Memang puas sangat dapat bawa Aisy datang main kat sini.Aisy pun nampak happy sangat...
Jom layanzzz picca!

Update: Aisy dah boleh jalan..13 month finally..Good boy!


Aisy enjoy sangat main gelungsur ni...


Happy


Seronok memanjat oii..Nasib baik rumah mama tak da tangga nak..kalau tak pitam hari-hari nak membuntut..hihi


Saya dah boleh berjalan..Alhamdulillah


Masa jalan tangan tu terangkat-angkat sebab masih nak imbang badan..hihi..lawak je nengok..


Macam-macam toys kat sini..Ni wooden toys versi gergasi..hihi


Tak sempat posing..Aisy dah semangat nak masuk dalam gelung berputar ni..Sukati er bagi nama  cenggitu..


Mama ke aisy yang excited nini..Habis tersenyum nampak semua gigi


Bakal pilot in the house


Tok dan wan tengah mengurut...hihi..


Aisy tengah Imbang badan sambil jalan


Parent pun boleh join main..Macam mak cik kat atas tu la..haha


Besar sangat..Seronok budak2 main..Eh abaikan model tak berbayar sebelah tu(Adik)


Tok aisy pun nak posing wooo..


Aisy nak drive ni..Betulkan side mirror..


Colorful ball..

Lepas dah puas main..Kami bergambar kat luar tu..
I-kidz world ni tingkat 1 tau Kalau nak cam bawah tu ada Art museum & Red Carpet....Kalau dari parking tu adalah signboard kecil guide nak pergi sana,..
L-03-01, 1st floor, Block L..



Wachaaaaaaaaaaaaaa! 






Sambung mendaki 



Aisy dan wan.Waktu ni Aisy dah start meragam sebab dah penat main..tapi still nak main.grr! 

.Manja betul dia dengan wan..Nak berkepit ja dengan wan..Hari jumaat Asiy tak pergi nursery dok dengan tok dan wan..Wan siap bawa aisy teman dia minum kopi..Aisy relax n cool ja teman wan.

Lama juga lepak kat sini..Siap keluar makan..Lepas tu datang balik..Pas ni confirm datang lagi sebab dah register membership..Boleh main sampai lebam..yohoooooo!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015