Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, 27 April 2015

Perjumpaan ibu-ibu beranak dua di Ayer@8

Isnin minggu baru ni dapat green light dari en.suami untuk pergi reunion member sekolah..Reunion bertiga saja termasuk mama aisy.....Kebetulan hari isnin 1 rejab tu kami bertiga memang  puasa. So daripada plan nak dinner sama-sama bertukar jadi  berbuka puasa bersama-sama..Kami decide berbuka di Restoran Thai Tomyam Kung di Putrajaya.. Of cos recommended by mama aisy..hihi..
Dari office terus gerak ke rumah syida (ummi anak-2)..Park kereta kat sana ..kemudian terus pick up kak ton (mama anak-2 jugak) kat putrajaya sentral..Kemudian baru kami gerak ke ayer@8..Sampai sana ngam-ngam pukul 7pm.

Kerabu suun


Daging blackpaper

Menu pilihan untuk berbuka hari tu… untuk 3 orang makan..seafood somtam suhun, tomyam kung, ikan siapan 3 rasa, kangkung crispy dan daging blackpaper, air soya cincau, air milo, jus tomato, jus tembikai laici, buah mempelam..total semua macam dalam rm100++..berbaloi sangat..tu pun tapau bawa balik kankung crispy n siakap 3 rasa sebab tak habis..hihi..Memang puas makan hari tu..Surau juga ada tersedia dekat dalam restoran..so senang lepas berbuka terus solat..tp telekung satu je..so kena gilir2..


Jus tembikai laici


Soya cincau

Lepas dah selesai makan dan solat..kak ton ajak men”ngopi”..hihi..
So kami ke Paparich dalam ayer@8 jugak..1st time masuk..Deco nampak exclusive tempat tu…Boleh pilih duduk di tingkap nampak permandangan tasik gitu..so romantic..romatic sangat padahal kami paling dok huuuhaaa sembang macam nak pecah dok dalam tu..Feeling2 dalam dorm kat sekolah dulu syok dok bergosip..padahal masing-masing dah jadi mak budak..

Kat paparich kami minum jer..saya order longan milk honey..Serius sedap sangat..rasa susu soya campur madu dan buah longan....kak ton  order Pappa Mocha + Ice Cream (Iced)..Pun sedappp! Syida order kopi stevia panas..pun sedap! Kitorang order jugak paparich brownies with ice cream..pun sedapp wehhh…Eh serius la semua sedap..haha..confirm lepas ni repeat mengopi kat sana walaupun ada service charge 10% plus gst 6% lagi..walaupun!!!!!!


Overall memang have fun malam tu ..seronok sangat sesekali dapat jumpa..macam-macam cerita boleh share..Next reunion plzzz…

Tuesday, 1 October 2013

JJCM @ Restoran My Rice

1st time makan di Restoran My Rice ni..Masa ni Lunch dengan officemate tempat kerja lama..Kak Siti..kami order Nasi Arab Damsyik Kambing..Sedap sangat..Kambing tu sangat lembut dan juicy..Nasi pulak cukup rasa rempah ratusnya..wah.!! Nasi ni portion dia besar sangat. makan kongsi dengan kak siti je.sepinggan RM14.90..Kalau ayam RM13.90..Macam-macam menu ada kat sini..Antaranya Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Saudi dan Nasi Ayam pun ada..Nanti nak try nasi arab lain pulak..

Restoran ni terletak di Seksyen 8 Bangi (Sebaris dengan Tutti Fruti & MFC Chicken).
No. A-3A, Seri Bangi 
Jalan 8/35 , Seksyen 8
Bandar Baru Bangi 
Selangor
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2012/05/21/nasi-arab-damsyik-restoran-my-rice-bandar-baru-bangi/#sthash.f8kbDAWp.dpuf


Macam ni la rupa nasi arab tu..Eh gambar ni dah makan separuh tau..Baru ingat nak snap gambar..haha..


Ni la kak siti..Dia yang ganti tempat saya kat office lama..Walaupun baru kenal tapi dah macam serasi bersama gitu..Sampai sekarang ni pun selalu je lunch sama dengan dia..

Wednesday, 18 September 2013

Open House Aidilfitri 2013


Sori la mama Aisy ketinggalan keretapi ni..
Baru nak cerita pasal Open house..
Hujung minggu pertama raya tu member-member ofis
cakap nak datang beraya di rumah..
So mama Aisy on je..Tapi fikir-fikir juga nak masak apa..
Papa Aisy pulak kena kerja hari tu,.
Terus rojer adik suruh datang rumah weekend tu sebab nak tolong jaga Aisy..
So saya decide nak buat spegethi je..Mudah dan simple..
Petang jummat tu ajak en.suami beli barang semua..

Dah alang-alang member ofis nak datang..
Saya rojer jugak la member terdekat datang rumah..
Neves juga sebab 1st time ajak ramai tetamu ..hihi..
Alhamdulillah kebanyakkan yang dijemput datang dan
puas makan walaupun kena berhimpit-himpit di teratak kecil kami...
Juadah hari tu kuih raya, kek lapis, spagethi, koktel buah, nugget n sosej..
Simple jer kan..hihi...

Insyaallah next year kalau ada rezeki boleh buat lagi dan
jemput group gojes mom pulak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015