Wednesday 28 January 2015

Pengalaman bersalin anak kedua NUR ZARA ALISYA

Anak ke dua ni bersalin awal 4 hari dari tarikh dijangka bersalin. Due date sebenarnya adalah pada 17/1/2015..Masa 13/1/2015 saya masih bekerja macam biasa..masa kerja tu tak da lansung sakit nak bersalin..semuanya normal macam biasa..tapi kawan yang nak take over kerja tu ada la cakap hidung nampak kembang ..orang cakap tu salah satu tanda nak bersalin dah..dalam hati memang amin kan aja..sebab dah tak sabar nak tggu adik baby keluar..jangan la overdue..sebab aisy dulu bersalin awal 10 hari..kebetulan haritu en.suami ambil dan hantar pergi kerja sebab dia cuti ..,lepas balik kerja terus tapau makan malam dan terus balik rumah..

930 pm

Macam biasa lepas makan masa Tengah baring - baring dengan aisy atas katil sambil layan aisy tengok upin ipin..tiba- tiba masa nak ubah kedudukan sambil baring tu dengar bunyi macam "pop". Saya ingatkan biasa2 je..sekali bila bergerak rasa ada air mengalir...bila makin bergerak makin rasa air keluar..terus inform en.suami dan pergi toilet pakai pad..masa tu memang tak de rasa sakit langsung..en.suami dah gelabah suruh siap2 nak pergi hospital..masa ni saya rileks2 je dulu sebab masih tak sakit..sempat tanya pendapat geng gojes kat facebook..semua suruh cepat-cepat pergi sebab kalau anak kedua ni jalan cepat buka..

Saya pun mintak suami angkat semua beg2 yang dah sedia utk bawa ke hospital sementara saya packing baju2 aisy ..masa ni dah call mak sedara cakap nak hantar aisy.nasib baik aisy dah tidur waktu ni..kalau tak confirm dia pun nak ikut sekali pergi hospital..

Masa en.suami sibuk angkat barang tu..sempatla saya basuh baki pinggan2, kemas mainan aisy dan mandi.. Sebelum keluar rumah Sempat teguk air zam2..mula2 nak makan kurma bagi tenaga..tapi dah kelam kabut sangat ..tak sempat..

1030 pm

Hantar aisy ke rumah mak sedara di bangi..tak masuk dalam rumah pun..saya tunggu dalam kereta je..masa ni dah mula rasa contraction selang 10 minit-15minit..masa ni sempat call mama, ayah dan mertua mintak ampun dan maaf..

1115pm

Sampai di kpmc.terus ke labour room..masuk je labour room..saya diminta tukar baju dan ctg dipasangkan untuk cek contraction..masa ni la mintak ampun kat en.suami ..banyak dosa dengan dia..en suami masa ni berlenggang je masuk sekali labour room tak bawa beg pakaian dalam kereta tu..mesti dia ingat lambat lagi nak bersalin..haha..

Waktu buat ctg tu dalam 30 minit mmg ada rasa contranction..makin kerap..tp masih boleh sengih2 lagi masa ni..sempat gak la amik gambar posing menahan sakit contranction..

1145pm

Nurse datang untuk cek bukaan...masa cek ni dah 4cm...memang senak sangat masa dia masuk jari tu..adoii..lepas cek bukaan nurse cucuk ubat untuk buang air besar..nurse siap pesan jangan lama2 dalam toilet..takut terberanak..masa ni nak gi toilet dah tak daya..tp nak berak sangat sampai kena guna kerusi roda..padahal toilet dekat jer..masa tgh membuang tu nurse asyik la dok suruh kuar toilet..cakap dah2 sudah..adoi..orang nak memerut pun terganggu..haha..

1215am
Masuk labour room balik, Nurse offer ubat tahan sakit..masa ni memang pasrah jer la nak cucuk ubat apa pun..sebab dah sakit..masa ni contraction 5 minit sekali datang..tapi ubat tahan sakit tu tak berkesan pun..makin sakit ada la ..choi..!!

1240am
Masa ni memang nak meneran sangat2 dah..dr.mimie masa ni tak sampai2.. Nurse suruh tunggu dulu.,memang waktu ni terteran gak sendiri sebab tak tahan...kebetulan masa tu dr anita baru selesai sambut baby kat labour room sebelah ..dia la yang offer nak sambut adik baby..syukur sangat..bila dr anita suruh push..masa ni tak rasa conraction plak..haha..boleh plak cakap kat dr tak sakit dah..tadi beria sangat kan ko nak bersalin..hihi..bila rasa nak meneran je cepat2 saya push..dr kata dah nampak kepala..bila cakap dah nampak lagila semangat nak meneran..

1250am
Lepas 2x push bagai nak rak.lahirlah baby girl seberat 3.4kg..sama berat macam dr mimie estimate masa last scan haritu..

Kemudian dr suruh push untuk keluarkan uri dan jahit luka..alhamdulillah kali ni dr. Tak de gunting cuma terkoyak sikit..masa jahit pun tak siksa macam bersalinkan aisy dulu...kira masih boleh bertahan..dr anita cool sangat..lemah lembut..memang puas hati sangat dapat bersalin dengan dia.walaupun tiap2 bulan tak buat check up dengan dia..proses jahitan pun tak lama tup2 dah selesai. cuma lepas bersalin tu memang rasa mengantuk sangat.maybe ubat tahan sakit baru nak betindak kot...sampai nurse kejut mintak susukan baby..kemudian nurse mintak untuk bersihkan baby dan saya dah boleh masuk ward..

Esoknya dah boleh keluar wad..


Syukur sangat dipermudahkan...alhamdulillah..Bermula episod mama anak dua.

Saturday 24 January 2015

Reaksi abang long aisy bila dapat adik


Alhamdulillah..penerimaan aisy baik-baik ja ..tak sangka dia akan cool dan sayang adik..
Tak cemburu macam yang saya dan suami bayangkan..
Mula2 memang dia pelik..even masa 1st time jumpa saya lepas baby keluar..
Aisy boleh plak tak cam mama dia ni..mungkin sebelum ni perut besar..
Tiba2 tengok perut dah tak da..hihi...bila masuk ja rumah dia ajak keluar dari rumah..haha..

Masa hari 1st tu, aisy still tak nak tidur dengan sekali dengan adik..
Bila papa tidur sebelah adik..aisy ajak papa tidur dekat luar..
Tapi hari-hari seterusnya dah ok dah..


Cuma kadang2 bila datang "sheikhnyaaaaa" ada jugak buat prangai..
Macam kalau aisy nak apa2 time papa tengah pegang adik..
Memang waktu tu jugak dia nak..Tak boleh nak tnggu dah.
kadang nak tukar pampers adik..or nak susukan adik pun tak sempat dah..

Tapi kalau mama pegang adik tak pa..
Alhamdulillah sepanjang berpantang ni aisy tak kacau mama dia sangat..
nak apa2 semua cari papa..bila tengok mama ..aisy akan cakap mama sakit...
memahami betol abang long ni..

Bila dan ada adik ni bertambah ringan tulang la..
Tolong ambil tisu..tolong ambil pampers..
Lagi satu suka sangat nak cium adik..
Syarat kalau cium mesti nak cium kiri dan kanan pipi..
Sweet sangat abang long..





Friday 23 January 2015

Nur Zara Alisya


Alhamdulillah..Saya dah selamat bersalin anak ke-2 pada 14/01/2015 
Pada pukul 1250 pagi di kpmc. Baby girl seberat 3.4kg..51cm..

Nur Zara Alisya nama diberi..yang bermaksud..
Nur : Cahaya, Zara : Yang mengunjungi , Alisya : Dilindungi Allah

Alhamdulillah tali pusat baby alisya dah luruh masa hari ke 5 & ditahnikkan pada hari ke-6..

Sunday 11 January 2015

Checklist barang baby untuk dibawa ke hospital

Checklist untuk bayi

  1. Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai 
  2. Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
  3. Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini 
  4. Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur 
  5. Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang. 
  6. Minyak telon
  7. Tisu basah
  8. Towel

Mama aisy dah siap packing untuk beg baby ke hospital ni masa 36 week haritu...
Prepare awal2 senang supaya tak kelam kabut..
tinggal nak bawa masuk kereta je..

Sekarang dah 39week ...baby masih enjoy kat dalam..cant wait.
Semoga dipermudahkan semuanya nanti. Amin..

Mood: excited & neves!!


Thursday 8 January 2015

Suka Duka 2014

1)Cuti-cuti cinta




Melaka 2014


Johor 2014


Krabi 2014

2) Birthday/ anniversary celebration


Birthday pak & mak


Birthday en.suami


Birthday ayah



Birthday aisy & open house raya


Birthday mama & kakak


Birthday adik


Our 4th anniversary

3) Kehilangan insan tersayang
- Adik ipar pergi menghadap pencipta
- Saya misscarriage 

4) 2nd pregnancy
Alhamdulillah.. Berita gembira Selepas sebulan misscarriage. Aisy nak dapat adik baby

2014 padat dengan kenangan suka dan duka..yang baik jadikan teladan..yang sebaliknya kita jadikan pengajaran. Happy new year 2015.. 

Sunday 4 January 2015

Muhammad Aisy Iskandar 2 tahun 4 bulan

Sekejab ja masa berlalu..dah besar anak bujang sorang ni..dah nak dapat adik soon..
Sekarang gaya abang long tu dah ada..berdikari sangat..
Dah boleh terima arahan bila mama mintak tolong..

Tapi satu ja yang mama aisy perasan..aisy ni kuat cemburu..
Tak tau la dapat adik ni macam mana..
so far kalau pegang anak kawan2 pun dia punya jeles tu..tahap maximum.
tak bagi sentuh langsung baby..
Harap2 dah dapat adik ni kurang sikit la cemburu tu..amin..


Dah pandai request macam2.. Kalau nampak iklan mainan kat tv..
Mula la" aisy nak tu"" aisy nak ni""..
Tu baru tengok iklan kat tv ..belum pergi shopping complex lagi..
Ada je benda dia akan pau mama dan papa suruh beli..
Kalau pergi isi minyak mmg confirm dia nak turun sekali..
Sebab nak masuk kedai beli apa2.. Selalunya jajan la dia pau..hihi..
Masuk2 ja lari lari dah amik apa dia nak..tak payah tanya..


Dah pandai ikut solat...kalau dulu terus sujud..rokok tak pandai..
Sekarang dah boleh rokok..baru sujud..
Kalau nampak mama papa solat..dia pun ikut pakai kopiah n hampar sejadah..
"Aisy nak allahuakbar" 
Kalau dengar org azan..dia sendiri sebut mama nak allahuakbar..
Laju ja mama ambil air semayang sbb anak dah sound..haha



Ringan sgt tulang tu nak tolong...beg tu dah la berat ada isi air 2 botol..
Last diseretnya beg tu..aisy..aisy..
Nak marah tak sampai hati plak dah nak tolong..urut dada mama..


Nampak papa pakai kain pelikat dia pun nak pakai..
Lilit jugakla bagi di pakai...lepastu feeling2 baca doa.



Minat sangat dengn mainan atas tu..Banyak mainan yang beli dulu aisy dh pandai main..
Kalau dulu semua mainan dia campak ja..sekarang dah boleh main..
Mama la yang nak kena mengemas kutip celah sofa..bawah almari..kat dapur..
Xpela asalkan aisy bahagia..kadang2 bising jugak mintak papa aisy tlg kemas..haha..
Selainan mainan ala2 lego tu ..aisy minat kereta kecik2 tu..bola pun suka..
Mama atau papa kena jadi gol keeper..




Mainan kat atas ni wajib aisy request masa kat shopping complex..
Mmg wajib Sedia syiling..


Pandai makan sendiri..alhamdulillah selera dah ok sekarang..
Sejak bagi aisy makan vitamin utk tambah selera makan tu...
Cuma kurang minum air kosong je..jenuh la paksa..adala seteguk dia minum..grr..


Posing peace yang masih tak menjadi..


Buah hati mama...



Imam mudA muhammad aisy iskandar



Dah start potty training kat nursery..mmg dah tak pakai pampers sebelah siang..
So far dah kurang terkucil dah..dah pandai inform nak kencing or berak..
Peel aaisy ni Kalau berak dia tak akan duduk..pengeli budak ni..
Ikut mama la tu..hAha... Dia akan berdiri selagi tak cuci berak dia..
Cuma kadang2 je teacher dia bgtau terkucil dalam seluar..

Tapi sebelah malam mama pakaikan jugak..sebab tgh2 sarat mengandung ni..
Tak terdaya nak monitor..kadang Aisy akan bagitau dia nk kencing..
Baru la mama gigih bawa pergi bilik air.
.tp kadang2 saja cakap nak kencing sebab nak main air dalam bilik air..tak kencing pun..
masa tu la mama aisy nak bertukaq jadi singa jadian..haha..


Ni gambar terbaru hari ni..abaikan muka mama yang bam2 itu..
Keluar berdua je dengAn aisy..mama mengidam punya pasal..
Papa pulak kerja hari ni..ajak aisy la teman..
Behave sangat dia teman mama makan...abang long sangat...

Sekarang kalau nak tidur mesti nak kaki or tangan papa atau mama..
Anjer sangat dia tu...
Semalam saya lepak kat sofa..aisy ajak tidur kt bawah..
Kelam kabut la bangun ..sampai krem kat perut..berenti sekejab jalan sambil cakap sakit2..
Aisy yang tengah baring terus bangun pimpim mama jalan..
Rasa nak menitik air mata..so sweet...

Tapi biasa la budak baru 2 tahun lebih kadang2 ada tantrum nya..
Kadang2 mama jadi singa jadian jugak..
Nak kena pesan banyak kali...itu la cabarannya jadi mama ni kan..

Tak sabar nak tengok gelagat aisy jadi abang long soon...
Mood menugggu hari adik baby keluar..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015