Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

Checklist barang baby untuk dibawa ke hospital

Checklist untuk bayi: 

  1. Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai 
  2. Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
  3. Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini 
  4. Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur 
  5. Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang. 
  6. Minyak telon
  7. Tisu basah
  8. Towel

Mama aisy dah siap packing untuk beg baby ke hospital ni masa 36 week haritu...
Prepare awal2 senang supaya tak kelam kabut..
tinggal nak bawa masuk kereta je..

Sekarang dah 39week ...baby masih enjoy kat dalam..cant wait.
Semoga dipermudahkan semuanya nanti. Amin..

Mood: excited & neves!!


Friday, 10 October 2014

2nd Pregnancy


Alhamdulillah, Mama aisy dah masuk 26 week..
Syukur diberi peluang sekali lagi untuk mengandung selepas sebulan misscarriage hari tu..
Ramai kawan-kawan yang confius sebab ingat dah gugur hari tu..
Tup-tup dah mengandung pulak..
ada jugak suara-suara nakal yang cakap..
.. "CEPATNYA..TAK DAN BADAN NAK ELOK BTOL2"..
Tak pelah..Allah nak bagi rezeki ni..Saya dan suami terima dengan hati terbuka..

Nak share sikit pengalaman mengandung anak ke dua ni..
Rasa dia lain sikit compare masa mengandung anak sulung..
Lebih letih dan penat di awal kandungan dulu..
Bukan morning sickness lagi tapi All day sickness..
Selera drop sangat-sangat..Tapi tetap mengembang juga mama aisy ni..

Masa trimester pertama tu ada keluar bleeding jugak..
Sama macam masa mengandungkan aisy dulu.
Tapi bila scan , adik baby ok je..Alhamdulillah..

Masa 5 bulan tu malam je tak selera nak makan..
Kadang-kadang lepas magrib terus tidur dengan perut kosong..
Sebab tekak memang tak selera nak makan..

Sekarang juga liat sangat nak bancuh susu ibu mangandung..
Kemalasan apakah ini???
Cuma minum susu kotak dutch lady coffee/strawberry..

Setakat scan 5 bulan hari tu memang adik baby tak nak tunjuk lagi jantina.
Asal Scan je dia tengah rehat..
Dokter kacau-kacau pun duduk diam je..

Pergi jugak scan 4D masa adik baby masa 24 minggu..
Sebab mama aisy dah tak sabar nak tau..suprise!!
Sebenarnya tak kisah pun adik baby boy ke gigirl.
Asalkan sihat walafiat..

Tapi mama punya tangan dah gatal nak shopping baju adik baby..
Biasa la setiap kali mengandung pun excited dia lain macam je....
Apa pun..Mama doakan semoga adik baby sihat sentiasa..
Jangan kick mama kuat-kuat sangat tau..Tanjat mama!

16 week
Raya aidilfitri ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015