Showing posts with label Sabah. Show all posts
Showing posts with label Sabah. Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

Wordless Wednesday


Teringat pisang cheese kat KK, Sabah. NYUM!

Tuesday, 5 February 2013

Bercuti di Sabah - KK Waterfront Hotel

Masa di Kota Kinabalu Sabah, kami menginap di KK Waterfront Hotel..
En.suami booking online. Rate: RM135/night..
Hotel ni memang strategik. Dekat sangat dengan Pasar Filiphine.. 
Berdepan dengan waterfront..
Banyak shoppingcomplex kat area hotel ni..


Reception Area


Ada tv, Aircond


King Bed


Toilet bersih


Saiz bilik just nice ja.. Sangat ok pada kami yang balik bilik untuk tidur ja.
CUMA peti ais NON-ADOR! Tak dapat nak simpan susu yang diperah untuk Aisy..

Rate: 4/5.. hehe..sebab tak da peti ais!

Friday, 1 February 2013

Bercuti di Sabah Day 3 (Last Day)

Bersambung dari [ Day 1] , [ Day 2 part 1 ], [ Day 2 part 2 ] 

Hari ke-3 di Sabah bermula dengan menikmati permandangan di Pantai Tanjung Aru yang indah..Bersih sangat pantai kat sini..Lepak sekejab ja kat sini sebab tiba-tiba teringat ada satu tempat lagi tak pergi iaitu Rumah Terbalik Sabah. Perjalanan ambil masa lebih kurang 40 minit dari KK plus jalan jem sebab orang nak pergi kerja..



Nak masuk rumah terbalik ni kena ikut turn ok..Beli tiket kat pondok pengawal.. RM10/person kalau tak silap..Boleh ambil gambar di kawasan sekitar TAPI Dilarang sama sekali ambil gambar DIDALAM rumah terbalik tersebut.. Kat dalam rumah tu semua perabut disusun terbalik.. Sebelum masuk dalam tu akan ada staff kat situ yang bagi penerangan tentang sejarah rumah terbalik tu..




Over nyah!!!!!!



Pintu Masuk


Destinasi ke-2 adalah Menara Tun Mustafa.. Datang sini bergambar ja sebab macam tak da apa sangat..sunyi ja..hehe..


Destinasi seterunya adalah Masjid Terapung.. Kalau datang sebelah petang boleh la berkayak at tasik sebelah masjid ni...

Kemudian kami ke Cetre Point Sabah dan Plaza Warisan ..Jalan-jalan shopping complex plak semetara nak tunggu masa nak check out hotel..Kemudian kami ke Persatuan Penjual Ikan Masin untuk shopping.. Antara yang menarik dan dirembat kat sana adalah udang kering, ikan keropok, belacan, ikan terubuk masin, kolagen asli. Boleh mintak diorang pack cantik -cantik dalam kotak..Beli punya beli sekali timbang 7kg..Doa dalam hati mintak-mintak lepas masa naik flight nanti..Bersebelahan dengan Pasar ikan masin tu kami singgah di Pasar Kraftangan untuk tengok-tengok sourviner lagi..*tak boleh lawan rate harga kat Pasar Malam Kg Air..huhu*..Selepas ni terus balik hotel untuk check out..


Masa ni en.suami sempat roger kawan dia yang ada kat area kk ni..Member dia bawa kami lunch kat Restoran koki Bandung.. Kat sini baru lah merasa makan nasi yang proper waktu siang..Sebelum ni makan jajan je..


En.suami order Nasi kambing penyet! haha..
*main letak je nama ni sebab lebih kurang nasi ayam penyet*



Saya order Nasi+ Salmon Fish.. Sedap!

Bila perut dah diisi kami ke Pasar Besar KK untuk beli seafood fresh bawa balik ..Tapi risau jugak sebab ramai yang kata naik Air Asia ni leceh sikit nak bawa masuk flight.. Kami tawakal je sebab niat nak bawa balik bagi family rasa ja..


Lepas dah beli mintak diorang balutkan sekali..Charge untuk balut ni RM19..Cekik darah!


Persatuan Penjual Ikan Masin
Kat sini jangan berat mulut nak mintak tawar sebab dekat price tag tu triple dari harga asal lepas mintak kurang..amboi!
Dalam kereta baru nak snap..adoi!


Pasar besar KK
Borong seafood fresh kat sini 


Pasar buah-buahan


On the way nak ke Airport kk, Kami sempat ke Muzium Sabah.. Sama macam di Rumah terbalik..Kat dalam muzium tak dibenarkan ambil gambar.. Apa yang menarik kat dalam muzium ni adalah terdapat rangka ikan paus real punya...boleh bayang tak ikan paus besar mana?? besar tu la rangka nya..kagum!


Tak dapat ambil gambar kat dalam.. Kat luar pun jadilah!..hehe..




Konon-konon gambar nak bekejar naik keretapi lah..pui! Over tau..


Kek pandan vs kek cheese.. Sedap! Beli kat airport..


Datang 1 beg, Balik jadi 4 beg! 
ALHAMDULILLAH.. Seafood tu dapat masuk flight..Rezeki family..



Excited nak balik jumpa anakanda! Beg Pump Susu interframe! Spectra 3 terbaik*IKLAN tiba-tiba*


Bye-bye KK Sabah.. Nampak real kapal terbang mendarat! jakun!

 
Bye Bye Sabah..

T.A.M.A.T

Thursday, 31 January 2013

Bercuti di Sabah Day 2 Part 2

Bercuti di Sabah [Day 1], [Day 2 Part l ]

Selepas puas ber'spa' ikan ..Kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. < New Zealand Sabah katanya >. Jalan menghala ke KK balik..Sempat singgah gerai tepi jalan borong keropok dan buah.. Nak ke Desa Dairy Farm ni jalan berbukit sikit..Mula-mula macam tak confident nak pergi sebab naik viva ja kan..tapi dah alang-alang datang harus lah pergi kan..Alhamdulillah berjaya sampai..Bila dah sampai memang sejuk je rasa..Nyaman! 

Lembu-lembu beratur nak perah susu


 Jalan berbukit menuju ke Desa Dairy Farm


Landmark


Boleh tengok penghasilan susu.!


Air krim kat sini memang terbaik..Rasa susu lembu asli gitu..Tak cukup 1 , dua saya makan..En.suami relakan je!.Susu memang fresh!




Budget bercuti kat New Zealand..*Berangan Mood*


Lembu-lembu ready nak perah susu dah..boleh tengok dari dalam bangunan..


lembu pun nak interframe..

Lepas dah puas lepak kat DDF..Kami menuju ke Kundasang Worl War 2 Memorial Park..Ia terletak di kaki bukit sebelum menuju ke Desa Dairy Farm..Pemandangan kat sini sangat cantik..Tempat ni memang terjaga rapi..Port baik punya untuk ambil wedding photo..Tapi kena bayar RM100 kot kalo nak amik wedding photo kat sini..Amboi!




Kena mendaki lagi..tapi kejab je..Nak masuk kena bayar tau..RM10/entry kot! lupa!




Malaysia tanah airku!


Curi Bunga DENDA RM100. Ada T.V C.C.T.V


Muka Pancit kot..Seharian Berjalan..Tapi BEST!.

 Kemudian kami bertolak balik ke Kota Kinabalu  memandangkan kebanyakan tempat yang ada dalam list dah pergi..Balik hotel rehat kejab lepas tu keluar balik ke Pasar Malam Kampung Air untuk borong sourviner & Pasar Filiphine lagi untuk melantak seafood..

P/S: Kalau nak beli fridge magnet..sila borong di Pasar Malam Kg Air sebab kat situ sangat murah..Kalau macam tempat biasa 1 RM8 or Rm6..Kat Pasar Malam Kg Air 3, RM10.. Tak berbulu nengok!!!!!!


Dinner malam terakhir di KK


Ikan Susu namanya!


Rumpai Laut


dan ABC

Semua sekali RM48..Rasa berbaloi sangat!!



Hasil belian di Pasar Malam Kg Air..Berbaloi-baloi.

Tamat sudah kisah untuk hari ke-2..Cerita hari ke-3 iaitu hari terakhir akan menyusul..sobs!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015