Thursday, 18 April 2013

Solid Food 8 bulan untuk Aisy

Sejak 2 menjak ni memang liat bebenar mama aisy nak snap gambar solid food aisy..
Mungkin sebab penat dah balik kerja..
Terus prepare nak masak untuk bekal aisy esoknya..
Tapi mama enjoy ja masak untuk aisy..
Saya masak 2 hari sekali je..Lepas dah masak, blend n pack siap2 untuk bekal aisy..
Selalu masak 2 sudu besar beras boleh la bekal aisy untuk 2 hari..

Menu terbaru masa aisy 8 bulan :
  1. Bubur Nasi + Puree Bayam + Ikan bilis *Aisy suka*
  2. Bubur Nasi + Puree Carrot + Puree Bayam + Puree Labu + Ikan Bilis
  3. Bubur Nasi + Brokoli (1st time=pass) + Ikan Bilis *Aisy SUKA sangat*
  4. Bubur Nasi + Brokoli + Tauhu lembut + Carrot + Ikan Bilis
  5. Taufu Lembut + Puree Kurma (Tau fu fa versi baby)
Nak kongsi sikit Resepi Tau Fu Fa versi Bayi
       -Taufu Lembut  -Puree Kurma @ kurma - Air
Cara: Masak sedikit air, Masukkan puree kurma, tunggu sehingga larut,
masukkan taufu lembut, tutup periuk   masak sehingga 5 minit..
*Kalau tak prepare puree kurma..Rebus ja kurma yang dibuang kulit 5 minit..
Baru masukkan tauhu lembut..

Mudah kan.Selamat mencuba..



Lepas ni nak try bagi aisy makan oat pulak..

Tuesday, 16 April 2013

Organic Rolled Oat for Baby

Dah lama sangat beli Organic Rolled Oats ni..Seingat saya masa Aisy 7 bulan.. Tapi sampai sekarang masih tak guna-guna lagi. Dah sebulan lebih kot...Sebab pernah terbaca Organic Rolled Oat ni WAJIB jalankan proses rendaman sebelum guna..Tapi masa tu macam malas-malas nak google betul-betul..Tu yang sampai sekarang tak buat oat untuk Aisy..Hari ni baru berkesempatan yang cari maklumat sikit....

*Sharing is Caring*


Oat mengandungi antioksidan & kaya dengan beta-glukan (karbohidrat tak hadham) yang menurunkan kolesterol darah. Rolled oat digunakan untuk membuat muesli

Mula-mula bijirin oat dipanaskan pada suhu rendah untuk menyahaktifkan enzim bagi mengelakkan ia cepat rosak. Selepas pemanasan barulah ia diproses kepada 3 jenis oat iaitu:

Steel Cut Oat ialah kernel oat yang dipotong menjadi dua atau tiga keping menggunakan cakera keluli. Kesemua serat oat masih ada, tetapi mengambil masa kira-kira 20minit atau lebih untuk memasak.
Rolled Oat sebahagian dari bran (serat) telah dikeluarkan supaya ia nipis bila di gelek di antara 2 penggelek (roller) untuk menipiskannya. Rolled Oat lebih mudah menyerap air dan dengan sifat ini ia digunakan untuk membuat muesli.
Instant Oat (Oat cepat dimasak) ialah rolled oat yang di gelek lebih nipis dan dipotong menjadi kepingan lebih kecil untuk menjadikannya lebih cepat dimasak. Oat cepat dimasak digelek setebal 0.4mm dan instant oat setebal 0.8mm. Jika dibandingkan kesemuanya instant oat adalah yang paling nipis.

(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)

CARA RENDAMAN BAGI ROLLED AOT

1) 1 cawan rolled oat + 1cawan air suam + 1 sudu lemon + 1 sudu tepung gandum (ada yang letak yogurt/milk/sour cream/vinegar)
2) Sebab kandungan phytic acid yang tinggi dalam oat berbanding beras, masa rendaman terbaik adalah 12-24 jam.
3) Biar rendaman dalam suhu bilik.
4) Memang masam dan berbuih selepas 12 jam. Tambah air dan terus letak atas dapur
5) Pengalaman, bila dah lembut tak perlu blend pun, lenyek2, tapis
6) Campur lah buah ke apa yang sesuai.

Credit: 

RESEPI OAT UNTUK BAYI
*Tak pernah cuba lagi..Google jer dulu..hihi

1)   Oat+ kismis/kurma 
Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
Masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak..

2)   Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
3 sudu rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.

Credit: 

The Manhattan FISH MARKET Alamanda Guna Voucher Groupon

Semalam dinner di The Manhattan Fish Market Alamanda Purajaya.. Beli voucher dari Groupun RM49 ja..Untung lebih kurang 60% oooo..hihi...Harga sebenarnya RM100++....Actually, 1st time saya beli di Groupun..Memang Berbaloi-baloi lah.. Dengan RM49 dapat menu-menu kat bawah ni..Best!


Drink for 2 person + Salad 
*Air Sprite kot campur lemon..Sedap..Salad tu pun memang kena dengan sos hitam tu*


3 jenis sos


Grilled Gala Platter
*Portion besar..Kitorang makan semua kecuali kentang tu tak habis..perut dah ketat*


Garlic Herb Mussels
*Rasa lebih kurang macam mushroom sup pun ada..Roti tu makan dengan Sup tu memang terangkat..*

Memang puas hati makan dengan harga yang sangat ok..Memang rata-rata yang makan kat sana order menu yang sama..Mungkin diorang pun beli voucher groupon kot..hihi..Kalau tak silap hari ni last untuk beli voucher ni.. Refer SINI untuk beli..Lepas beli ..just bawa voucher tu yang di print dari email korang ke Fish Market pilihan..Makan & balik..hehe.. ..

Monday, 15 April 2013

Sarapan Hari Sabtu

*Wordless Monday*


Tak da modal nak update!

Friday, 12 April 2013

Percutian di Kuching Serawak Day 2

Sambungan  >> Day 1

Percutian 4 hari 3 malam di Kuching Serawak
DAY 2

Sarawak Cultural Village-Food Court Kg Boyan-Kilang Pasu Batu 4-Topspot

Hari ke-2 diteruskan dengan lawatan ke Serawak Cultural Village..RM60/person..Harga memang boleh tahan mahalnya..Tapi orang cakap kalau datang SCV ni umpama dah bercuti satu serawak lah..Katanya..Mungkin sebab kat SCV ni dah  diketengahkan budaya pelbagai kaum serawak..Terdapat 7 buah jenis Rumah kaum serawak..Lepas dah bayar tu, pelawat akan diberikan satu buku ala pasport la..Bila lawat setiap rumah kat sana ..Boleh lah cop..Kononya dah pernah sampai rumah-rumah tersebut..Yang bestnya kat sini terdapat persembahan selama 45 minit..Macam teater tu di Panggung budaya..Persembahan dia memang mantap habislah..Rugi sapa yang masuk SCV ni tapi tak tengok persembahan..Persembahan diadakan 2 kali je sehari.. Kami tengok sesi 11 pagi tu..Petang tak sure pukul berapa..hihi..



 Berdepan dengan Serawak Cultural Village ni ada macam taman ..So sebelum masuk SCV ni boleh la jalan-jalan area sini. Kebetulan masa sampai tu Aisy tengah tidur..Sementara dia tidur tu, Mak tolong jagakan..Kami jalan-jalan dulu..hihi


Amboi..Posing macam tengah honeymoon pulak..padahal!


En.suami dan Saya yang GEMS!


Dalam gambar ni ada tunjuk peta untuk 7 buah rumah tu..Semua kami masuk kecuali Rumah Cina..Ada patung kat situ..Macam tak sesuai pulak nak bawa Aisy masuk..Tapi saya tetap masuk sekejab ambil cop..Nak penuhkan buku pasport itu..


 Rumah Melayu..Ada orang nyanyi kat dalam sana..Lagu sambut tetamu katanya..Ada jual bahulu panas-panas juga kat sana..Nyum..!


 Unik betul..


Dekat Rumah Penan ni boleh try sumpit..3x sumpit/RM1..En.suami sekali je sumpit dah kena sasaran..Terror  la abang!..Saya pun try..Tapi bersepah-sepah lidi sumpit tu..haha
*Macam familiar ja muka orang yang jaga Rumah penan tu*..Hurm!


Rumah Iban.
Rata-rata setiap rumah akan ada persembahan/tarian singkat menyambut tetamu..
Layan aja!



Jalan atas titian buluh...Jakun!


Nak naik Rumah Bidayuh..



Rumah Orang Ulu..Mencabar nak naik ke Rumah ni..


Dah sampai separuh jalan..Kat rumah ni pun ada persembahan..
Tiang rumah ni siap ada ukiran tau..Cantik


Bergambar atas buaian di bawah Rumah Melayu..


Lepas dah melawat semua rumah tu..Lepak minum jab tunggu pukul 11 pagi..Serbu masuk panggung..Ramai sangat pelawat waktu ni..Penuh panggung..Mana tak nya ada satu rombongan tu sampai 4 buah bas..


Aisy pun layan je persembahan ni walaupun mata dah mengantuk.Sampai meleleh air liur..Behave sangat anak mama..Nanti mama bawa jalan lagi tau..


Persembahan lebih kurang 45 minit..Pada saya memang menghiburkan..

Lepas dah habis persembahan kami bertolak balik ke Kuching..Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit..Setengah hari spend kat sana..Kira berbaloi jugak lah RM60 tu..hihi..


Sampai kuching, sekali lagi kami ke Food court Kampung Boyan (seberang waterfront) nun untuk lunch..Kali ni saya order Laksa Serawak & Air White lady..Sedap!


Destinasi seterusnya lepas lunch adalah ke Kilang Pasu Batu 4..Beli pasu kecil-kecil untuk hiasan kat rumah..Nak beli besar takut terlebih berat plak nak balik semenanjung..


Dinner untuk hari ke-2 di Top Spot Kuching..Food court di atas parking..Masuk cari parking..Naik lif tingkat 6..Disitulah Topspot.. Kami sampai dalam pukul 8 malam..Memang ramai gila manusia kat sana..Meja semua full sampai kami pun rasa dah give up nak tunggu..Perut pun dah berkeroncong sangat..On the way nak keluar tu ada pulak meja kosong..Memang rezeki untuk kami try makan sana..Tapi nak tunggu pulak makanan sampai hampir 45 minit gak lah.,.Gegar badan tahan lapar *Over!


Kebetulan dapat Meja di Gerai ABC Seafood.. *Recommended by my friend*


Ikan Bakar + Sambal Ketam Bertelur + Oyster Ommelete (Must Try) + Butter Prawan +
Sayur Umai belacan (Must Try)
Total:  RM120
Makan untuk 4 orang..
Datang sini tak bawa Aisy pun sebab dia tengah nyenyak tidur..
Mak offer nak tolong jaga..hihi..TQ mak..
Tamat aktiviti hari ke-2

Bersambung.......................

Thursday, 11 April 2013

Percutian di Kuching Serawak Day 1

Percutian 4 hari 3 malam di Kuching Serawak
DAY 1

LCCT-Kuching-Check In Homestay-Perahu Tambang-Waterfront-Mira Cake House-Mee Kolok @ Kubah Ria

Percutian keluarga ni beli masa ada promosi Air Asia..Booking masa bulan disember last year..
Flight pukul 845 pagi dari LCCT..
Lebih kurang 1 jam 30 minit sampai lah ke bumi Kuching, Serawak..


Aisy excited nak pergi bercuti.. Behave ja dia dalam stroller tu..
Nota Kaki: Air Asia> Stroller boleh bawa sampai pintu tangga kapal terbang tu..Bila dah sampai..Diorang akan letak kat tangga jugak..



Pemandangan indah..Bumi Serawak..


Tiba di LCCT kuching dalam 1015 pagi..Masa ni tengah tunggu adik ipar ..Dia naik flight dari UPM Bintulu Serawak untuk join cuti-cuti di Kuching..

Agenda diteruskan dengan check in homestay di MJC COURTYARD SANCTURY.. Area Batu Kawah..Sewa Apartment RM150/night.. Sangat selesa.. Sesuai sangat untuk percutian keluarga..Ada swimming pool *Tak sempat mandi pon*

Lepas dah check in dan rest sekejab..Cadangnya nak makan di Restoran RJ Ayam Penyet yang katanya best..Tapi tak bukak pulak..Pukul 6 petang baru buka.. Perut pun dah lapar sangat..Jadi kami makan Pizza Hut ja..Frust btol!..Destinasi seterusnya, kami ke Waterfront, Kuching untuk jalan-jalan dan misi mencari kek lapis.. Hari pertama dah shopping kek lapis..Nasib baik la homestay tu ada sediakan peti ais yang gabak besarnya..Boleh la simpan ..


Naik perahu tambang RM0.50 sen seorang..Amibil masa lebih kurang 3 minit ja untuk ke seberang..


Dah sampai seberang Waterfront a.k.a Kg Boyan.. Kat sini terdapat foodcourt ..Macam-macam jenis makanan serawak ada kat sini..Macam mee kolok, laksa serawak etc. Tapi kami tak makan kat sana pun hari tu..


Sampai ja terus terjah Mira Cake House.. Rata-rata mengatakan yang Mira Cake ni sedap dan lembab..Boleh rasa sampai kenyang kek kat kedai ni..Apa lagi borong la kami kek lapis..saya beli tak banyak pon..13 biji je..Mak beli 22 biji..Pitam!
Beli 10 free 1..



Macam-macam ada..Pilih jangan tak pilih..

Lepas dah borong kek lapis..Kami berjalan sekitar waterfront nun..Ambil angin dan yang penting ambil gambar! hihi.. Kat kuching ni banyak lah replika kuching..


Kat Kuching nun, Asal petang ja hujan..So kena prepare payung segala..Lepas dah jalan-jalan kat water front, kami ke Kubah Ria @ Pasar Satok(Sabtu& Ahad) untuk jalan-jalan cari makan.. Kat Kubah Ria ni pun ada food court dengan pelbagai masakan.. Kami makan mee kolok goreng & sup..Ok lah ...Rasa macam maggi pun ada..hihi..




Mee Kolok..

Lepas makan..Balik homestay rest! Esok nak jalan-jalan lagi..

Bersambung................


Perkara yang ditakuti terjadi

Aduh! Rindu bangat sama anakanda Aisy..
Maklumla dah bercuti lama asyik nampak muka Aisy jer..
Macam mana la dia kat nursery nun..
Harap-harap tak meragam lah..Dah hampir seminggu kot tak pergi nursery..

Semalam dalam sejarah..Benda yang takut sangat terjadi dah pun terjadi..
Entah macam mana..
Aisy JATUH KATIL..!!!!! 
Syukur sangat sebab badan dia jatuh atas bantal..
Baru kepala dia terhantuk sket ke bawah lantai..
Aisy nangis kejab je lepas tu sambung tidur balik..
Tengok ada macam merah-merah sikit kat dahi sebelah kiri..
Jantung saya macam nak luruh dah bila tengok depan mata anak jatuh
Tapi tak sempat nak angkat..Nasib baik jatuh atas bantal..
Kalau jatuh terus bawah..Mau pitam saya dibuatnya..

Bangun pagi tu terus en.suami pindahkan katil ke bilik lain..
Jadi lepas ni tidur atas tilam ja..
No more katil..

Sekarang Aisy memang melasak sangat tidur..Suka guling-guling tiba-tiba..
Contoh macam waktu tengah sedap tidur ni..
Tiba-tiba dia guling-guling badan..Kalau tak da penghadang bantal ..
Memang akan jatuh! Tapi ada bantal pun..Jatuh jugak..My bad!


Wednesday, 10 April 2013

Simpanan Untuk Aisy

Kami decide untuk buka akaun ASB dan TABUNG HAJI untuk simpanan Aisy..
Insyaallah nanti bulan2 kalau ada rezeki lebih,mama dan papa akan top up kan..hihi..

Dah alang-alang buatkan tabung haji untuk aisy..
Kami pun tumpang sekali nak buka buku baru..
Sekali saya dan en.suami dah ada akaun..
Mungkin mama saya dan mak en.suami yang daftarkan..
So kami update jerla dengan buku baru.

Hari ni ambil cuti semata-mata nak buat TH & ASB untuk aisy..
Gigih btol mamanya..hihi


Simpanan Masa Depan untuk Anak

Thursday, 4 April 2013

Cuti-cuti Cinta di Kuching, Serawak

 Esok kami sekeluarga akan bercuti-cuti cinta di Kuching Serawak 
selama 4 hari 3 malam..
Can't Wait!
Kali ni pergi bawa Aisy juga! yippiee!
Esok 1st time Aisy akan naik flight.. 
Untunglah Aisy.Umur 7 bulan dah dapat naik flight..
Mama dulu umur 24 tahun baru dapat naik flight..wakakakhahaha...
ok tak kelakar! Bye.

Wednesday, 3 April 2013

Solid Food #6

Walaupun warna tak menarik..
Tapi Aisy makan je..Tapi tak lah banyak macam makan puree pisang..
Tak per la ..Yang penting anak mama makan walaupun sikit air tangan mama..


Kali ni tak blend pun..Tapis je!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015