Wednesday, 30 October 2013

Aisy demam, mama panic

Hari Isnin lepas balik dari nursery, teacher aisy cakap..Badan Aisy dedar hari tu..Kebetulan masa tu ayah saya datang rumah dari kedah..So adala teman..En.suami outstation seminggu.Bila magrib ja cek suhu Aisy dah start demam suhu 37.5.Lepas lap-lap badan n bagi makan ubat..Aisy terus tidur..Bangun esoknya dedar je badan tak demam dah...


Semalam, Selasa..Sama juga balik dari nursery dedar je badan..Lepas magrib saya dan aisy keluar hantar ayah saya di stesen bas.Ayah dah nak balik kedah ...Masa on the way balik tu Aisy dah tertidur dalam kereta..Masa nak angkat tu rasa macam panas je badan dia..Aisy sambung tidur kat rumah. Tiba-tiba dengar dia terjaga merengek-rengek..Dia nak menepek ja dengan saya..Masa tu saya tengah masak bubur kat dapur..Jadi saya bawa Aisy tidur kat ruang tamu..

Lepas dah settle masa cek suhu Aisy tengok suhu 38.9..Terkejut biawak sekejab..Tak pernah lagi handle aisy demam panas sorang-sorang..Handphone pulak trtinggal dalam kereta nak mengadu kat en.suami..Double panic... Terus buka baju Aisy..Tampal cook fever..Lap satu badan..Masuk ubat kat bontot tu..1st time kot..Sebelum ni en.suami yang handle..Saya tak berani..Lebih pada tak sampai hati nak cucuk montot anak..Alhamdulillah berjaya jugak masuk ubat tu dalam takut-takut..

Masa nak tukar pampers sempat pulak aisy pancut kat mama..Dah kelam kabut tukar baju dan cuci kencing Aisy dan mamanya sekali..haha..Kalau ingat balik kelam kabut sangat..Aisy biasanya kalau demam memang nak melekat je dengan saya..Lepas dah settle semua bawa dia keluar tengok tv sampai pukul 12 malam baru dia macam lali nak tidur tu baru bawa masuk bilik..

Alhamdulillah..Dalam sorang-sorang..Dalam kelam kabut..Berjaya juga manage anak demam panas sorang-sorang..Syukur sangat dalam pada cari cool fever yang saya ingatkan dah habis rupanya ada terselit baki lagi satu dalam bakul..Dalam tercari-cari ubat bontot ingat dah buang hari tu elok pulak terpampang kat tepi peti ais..Banyak yang ALLAH tolong..Syukur Syukur..Sebelum ni ada en.suami tak da la nak panic ke apa..Habis tak pun start kereta bawa gi hospital je..Ni dah sorang-sorang dengan lewat malamnya..Tuhan je yang tau perasaan waktu..

Now i realise, Allah uji setimpal dengan kemampuan untuk kita hadapi sesuatu ujian..Alhamdulillah..

4 comments:

ayunidati said...

semoga si kecik cepat sembuh..

DYatie ABakar said...

Allah uji kita sesuai dengan kemampuan kita. Dan semua yg Allah bagi mengajar kita banyak benda.

Unknown said...

Amin..tq dear

Unknown said...

betul setuju sangat dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015