Friday, 31 October 2014

Celebrate Birthday Acu Mat

Acu mat tu merangkap adik saya..satu-satunya adik kandung ada dalam family..
Kebetulan haritu mama dan ayah datang rumah..meriah la ...


Kek ni order di breadtyme bakery bangi..masuk di dah 3x order kat sini..
Sebab kek dia mmg ohsemmm..sedap..


Satay dan pizza ayah sponsor..


Aisy paling excited bila nampak kek..dia feeling2 sambut birthday dia.


Nampak tak..kemain lagi muncung tu tiup lilin..
Lepas tiup lilin tiba2 aisy nyanyi lagu happy besday..terkejut semua org..haha..
Nyanyi versi dia la..


Happy birthday adik kesayang..semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki selalu..
Acu mat ni still single tau..anyone?? Haha..

Aisy sayang acu mat..we love u...


Wednesday, 22 October 2014

Shopping di Mom & Baby Expo Mid Valley 2014

Alhamdulillah..berkesempatan juga pergi..kebetulan en.suami cuti..
Memang kena timing expo ni sebab mmg nak membeli utk adik baby..
Kami sampai mid valley pukul 930am..semangat!! 
Parking pun banyak lagi..en.suami parking satu level dengan expo ni..
Senang nak letak barang2.. Tak payah jalan jauh2.. Mak buyung semput!!
kebetulan mama n ayah datang sini..
So ajak diorang sekali pergi..

Best expo kali ni sbb booth2 dan harga berpatutan..
Walaupun manusia jangan cakap la..belaga perut uolss..
Antara booth yang mama aisy terjah adalah dypers,pigeon, pureen,autumz, fabulous mom,spectra..



Hasil borong di booth autumz, fab mom n spectra..


Booth pureen ni wajib terjah setiap kali dtg expo..
Tapi baju tak murah mana kali ni..beli sehelai je..
Lagi berbaloi kalau pergi warehouse..



Kat booth pigeon memang dah list nak beli set mandian dan botol..
Pigeon Botol pilihan utk adik baby setelah sekian lama mama aisy buat research..
kemain research bagai..
Cadangnya nak beli starter pack..tapi sold out pulak..frust btol..
Beli je la asing2 sebab  still murah dari beli kat luar..



Antara free gift yang dapat..ni pun mama yang beratur amik..tq mama..


Ni plak free gift masa beli pampers drypers..
Size l 4 pack..
Size s satu m new born dua ..
Borong sakan..mengah en.suami nak mengangkat!! Murah uols..


Alhamdulillah..kebanyakan yang dlm list dah setel..
Tinggal nak beli baju je utk adik baby n set berpantang untuk mama..

Memang puas hati sangat expo kali ni...

Saturday, 11 October 2014

Raya Aidiladha 2014

Raya haji tahun ni di kampung en.suami di parit buntar..
Cuti 4 hari memang rasa puas sangat kali ni..
Dapat jumpa family dan makan sedap2..
Yang paling best en.suami dapat balik raya..lagi la excited..




Kami di pagi raya..tak da baju raya..ulang pakai yang raya puasa dah..
Aisy je pakai baju baru sebab masa raya puasa tak sempat pakai..
En.suami plak pakai baju tahun lepas..lagi kesian..haha..

Malam sebelum hari raya tu en.suami organize bbq ..
Ramai family yang join..best..


Start bakar pukul 630 petang..






Bunga api pun ada..


Mama aisy tu muka takut takut berani je..






Friday, 10 October 2014

2nd Pregnancy


Alhamdulillah, Mama aisy dah masuk 26 week..
Syukur diberi peluang sekali lagi untuk mengandung selepas sebulan misscarriage hari tu..
Ramai kawan-kawan yang confius sebab ingat dah gugur hari tu..
Tup-tup dah mengandung pulak..
ada jugak suara-suara nakal yang cakap..
.. "CEPATNYA..TAK DAN BADAN NAK ELOK BTOL2"..
Tak pelah..Allah nak bagi rezeki ni..Saya dan suami terima dengan hati terbuka..

Nak share sikit pengalaman mengandung anak ke dua ni..
Rasa dia lain sikit compare masa mengandung anak sulung..
Lebih letih dan penat di awal kandungan dulu..
Bukan morning sickness lagi tapi All day sickness..
Selera drop sangat-sangat..Tapi tetap mengembang juga mama aisy ni..

Masa trimester pertama tu ada keluar bleeding jugak..
Sama macam masa mengandungkan aisy dulu.
Tapi bila scan , adik baby ok je..Alhamdulillah..

Masa 5 bulan tu malam je tak selera nak makan..
Kadang-kadang lepas magrib terus tidur dengan perut kosong..
Sebab tekak memang tak selera nak makan..

Sekarang juga liat sangat nak bancuh susu ibu mangandung..
Kemalasan apakah ini???
Cuma minum susu kotak dutch lady coffee/strawberry..

Setakat scan 5 bulan hari tu memang adik baby tak nak tunjuk lagi jantina.
Asal Scan je dia tengah rehat..
Dokter kacau-kacau pun duduk diam je..

Pergi jugak scan 4D masa adik baby masa 24 minggu..
Sebab mama aisy dah tak sabar nak tau..suprise!!
Sebenarnya tak kisah pun adik baby boy ke gigirl.
Asalkan sihat walafiat..

Tapi mama punya tangan dah gatal nak shopping baju adik baby..
Biasa la setiap kali mengandung pun excited dia lain macam je....
Apa pun..Mama doakan semoga adik baby sihat sentiasa..
Jangan kick mama kuat-kuat sangat tau..Tanjat mama!

16 week
Raya aidilfitri ..

Monday, 22 September 2014

Al-fatihah

Adik ipar saya muhammad syafiq bin rohan telah pergi menghadap illahi Pada hari jumaat, 19 september 2014  jam 800 pagi di hospital bintulu.. Arwah mengalami kemalangan dah mengalami kecederaan di kepala namun selepas 25 hari bertahan..akhirnya pada pagi jumaat arwah pergi juga meninggalkan semua..

Walapun tempoh 4 tahun nampak singkat tapi sudah cukup untuk mengenali arwah sebagai seorang insan, anak, abang, adik, ayah saudara dan kawan yang sangat baik..tak pernah melawan, ringan tulang, insan yang simple, baik hati dan pemurah..selama hayatnya 22 tahun tak pernah dia mintak duit  mak dan pak..kalau pergi kemana2 pasti ada buah tangan untuk family.. Malah di dalam loker arwah di upm sudah tersedia bungkusan hadiah untuk diberikan pada mak bila balik bercuti nanti.. 

Arwah merupakan penuntut di UPM bintulu dan akan menghabiskan pengajiannya tahun depan.. Dan kalau ikutkan akan pulang bercuti pada. 2 oktober ini setelah habis praktikal di sana..namun semua sudah tertulis..Allah lebih sayangkannya..alhamdulillah, syukur padaNYA segala urusan bawa balik jenazah ke semenanjung sehingga pengebumian dipermudahkan..ramai yang menghulurkan bantuan.. Dan semua perkara jadi mudah degan izin ALLAH.. 

Al- fatihah..


Sunday, 14 September 2014

Playroom untuk anak

Sambung hadiah untuk Aisy 2 tahun..

Dah lama berangan nak kemas bilik no 3 tu untuk buat playroom untuk Aisy..
Berangan ni semenjak aisy setahun kot..Tapi dah 2 tahun baru la tertunai hasrat tu..
masing-masing bz kononnya..Kebetulan hari tu en.suami cuti..Saya plak MC..
masa ni aisy hantar nursery..
Bolehla mulakan project walaupun pening-pening lalat..
Gagah jugak ajak suami kemas..Anak punya pasal oii..




macam ni la rupa playroom aisy..Cuma kipas lama rosak..
Papa aisy cakap nanti nak pasang kipas gantung tu..
nanti dia tu tak tau la next year pulak kot..haha..




Masa mula-mula masuk tu aisy macam tercari-cari tent dia..
Last2 dia nampak dalam bilik..Terus dia cakap "TANTEK" = Cantik!
Amboi pandai bodek yer..Dari rasa penat ..terus segar bugar mama rasa nak..
Sekarang tengah ajar aisy kemas balik mainan yang dia main masuk bekas yang mama aisy dah asingkan siap-siap ikut jenis toys..
So far, kadang-kadang elok je dia simpan..Kadang-kadang kelaut..!



Banyak lagi plan untuk cantikkan playroom aisy ni..
Tapi nanti-nanti la..Slow-slow buat..Sebelum tu meh berangan dulu..


Monday, 8 September 2014

Aisy is turning 2 years

Cerita ni dah basi..Tapi tetap nak cerita .. Celebrate birthday aisy di hari jadinya..
Macam tahun-tahun lepas juga..beli kek dan potong-potong kek..
Memandangkan aisy suka sangat tengok upin  Ipin..
Jadi saya order kek upin ipin untuk aisy..


Order yang 500gram je di Breadtime bakery bangi..
masa ni mama aisy pilih  russian chocolate cake..
Sedap gilerr..Aisy pun dok ulang makan sampai habis..





Time lunch tu juga mama aisy gigih pergi cari hadiah..
Fikir punya fikir last-last beli set colour & alat tulis upin ipin, buku warna dan truck kecil..
Lepas dah beli terus SMS papa aisy dengan bangganya tulis "mama dah ada hadiah untuk aisy.."
Rupanya senyap-senyap dia pergi beli juga hadiah untuk aisy petang tu..hihi
Papa aisy beli botol air & topeng upin ipin..hihi.* tak nak kalah tu nak upin ipin gak..









Petang tu lepas habis kerja terus celebrate..Excited je aisy tengok kek upin ipin..
Tangan tu jangan cakap la dah pegang pisau tak sabar nak potong..
Lepas makan kek..Aisy terus excited warna buku dia..Walaupun lebih kepada menconteng..
Tak pe slow-slow belajar yer anak mama..




Sempena Aisy 2 tahun mama dan papa ada lagi satu hadiah..
Nak tahu apa? *tak nak tau pun nak carita jugak.hihi*
Tunggu next entry..bye..


Sunday, 7 September 2014

Bawa aisy main di kidzoonia jusco equine park

Memandangkan papa bercuti weekend ni.. Bolehla bawa aisy main..
Dah lama tak bawa aisy main dan jalan2...jadi kami decide bawa aisy ke kidzoonia di jusco equine..
Ini kali kali ke 2 sampai sana..memang tak mengecewakan..
sebab diorang maintain mainan dan tempat bersih..
tak macam sesetengah tempat mainan kanak2 yang dorang tak jaga btol..
kena plak bayar mahal..tapi kat sini kalau weekend cuma RM15 untuk kanak2.. 
Parent free of charges..boleh keluar masuk sesuka hati..
tapi kena make sure tag yang dorang bagi tak hilang la..


Aisy tak bagi peluang mama selfie


Sampai sana pukul 1030am..masih tak ramai orang..best,.



Aisy enjoy main semua mainan kat sini..


Belajar kenal binatang..


Lepas main simpan balik dalam beg..


Aisy berjaya kutip semua binatang tu masuk dalam box tu..good job.

Pukul 1230 tengah hari selalunya aisy tidur..dia mmg nampak letih dah waktu tu..
nasib baik waktu ajak balik tu dia ok je..masuk kereta terus tidur..next time mama bawa lagi yer...









Saturday, 6 September 2014

Aisy 2nd birthday party - rainbow theme

Salam semua.lama betul blog ni MC..berhabuk tak berupdate.Sebelum memori mama aisy pudar jom throwback birthday party aisy aka open house last month..Majlis dirancang 2 minggu sebelum..Memandangkan ni 1st time ajak jemputan lebih dari biasa dan keadaan mama aisy yang masih mabuk kepayang..jadi tak berapa confident nak rancang awal-awal..hihi..Tiba-tiba mama aisy jadi kuat untuk majlis anak punya pasal..



Birthday party haruslah ada tema kan..jadi mama aisy decide nak buat tema rainbow..tapi tak rainbow mana pun sebab mama aisy bukannya reti sangat..asal kaler-kaler dah sudah..haha..




Untuk makanan..Semua tempah kecuali puding karamel yang mama aisy gigih buat sampai pukul 3 pagi..Menu Utama: Lontong, Laksa, Roti Jala & Kuah Kari..Menu sampingan: Cheese Tart, Cream Puff, puding Caramel & Kek Birthday Aisy..






Kek ni tempah di breadtime bakery bangi (kedai di belakang manjaku bangi)..Kata tema rainbow..harus pilih kek rainbow+deco=RM121..Kalau jadi ahli dapat discount 5%..Rasa memang sedap..Ni kali ke-2 tempah dengan breadtime bakery ni..Masa 1st time tempah masa sambut birthday aisy 3 beranak je..





Sebelum tetamu datang kami potong kek dulu..Nanti dah ramai-ramai mama aisy is pemalu..haha..Majlis mula pukul 2 tengah hari..Alhamdulillah makanan yang ditempah semua sampai sebelum tetamu datang..




Deco untuk majlis aisy ni beli di Glowing Party House..Sederet dengan econsave bangi..Macam-macam ada..





Goodies bag ni beli di GM Klang masa kebetulan jalan-jalan sana.Isi dalam goodies bag tu beli di Ecomart berdepan dengan Billion Kajang..Memang beli harga borong..Murah..TQ tag pula order dengan Blogger Ekin Jamal..

Untuk Design Invitation Card pulak order dengan Blogger Ekin Jamal juga..Memang hasil kerja dia tak pernah mengecewakan..



Alhamdulillah majlis berjalan lancar..Kebanyakkan tetamu yang dijemput datang walaupun hujan lebat sebelah petang tu..Insyaallah ada rezeki next year kita buat lagi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015