Tuesday, 14 May 2013

8 month: Muhammad Aisy Iskandar


  1. Boleh duduk dengan stabil
  2. Dah menyusur askar dengan lajunya..
  3. Makin berselera makan especially bubur nasi+sayuran+ayam/ikan bilis
  4. Dah mula nak explore semua benda especially :remote tv, wayar laptop, hp mama,botol air
  5. Dah panggil mama dengan sebutan "mamama"..
  6. Kadang-kadang terdengar juga word"papapapa".. hihi..
  7. Setiap kali lambat suap makanan.. Aisy akan sebut "nananak"..Maksud nak nak kot!
  8. Aisy tak takut masuk swimming pool..Dah start kuak kaki macam nak berenang tu..Amboi
  9. Nak berkepit ja dengan mama kalau dekat rumah..
  10. Cari mama sampai ke dapur
  11. Dah faham kalau mama mula lailahaillallah, Aisy akan masuk jari dalam mulut dan mula tidur..
  12. Dah pandai nak tegur kalau nampak mama..Aisy akan bunyi "hah!"
  13. Kalau kita tengah cakap hp..Aisy pun sibuk nak borak sekali..
  14. Kalau saya tengah bercerita dengan en.suami, Aisy akan tiba-tiba menyampuk dan gelak2..haha..
  15. Dah enjoy tengok channel baby tv..Kadang-kadang sampai terhinjut2 badan bila dengar lagu
  16. Dah pandai tepuk amai-amai..
Mama happy sangat tengok Aisy membesar dengan sihat.. Walaupun kadang-kadang mama penat, tapi mama enjoy ja tengok Aisy membesar.. Sayang Aisy! Muahxx buahhatipengarangjantungmama!




Monday, 13 May 2013

Aisy makin cerdik

Hari ni untuk pertama kalinya.. 
Aisy menangis masa saya hantar ke nursery..
Mana taknya seminggu lebih ni berkepit ja dengan mamanya..
Sebelum ni rilek happy ja bila mama hantar.. 
Bila tengok Aisy sedih mama pun rasa sedih bangat.. 
Tapi mama tau tu maksudnya anak mama dah makin cerdik yer..

Sayang Muhammad Aisy Iskandar.

Aisy kena Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut HMFD

Hari jumaat saya ambil half day sebab nak balik kampung untuk mengundi.. Sebab takut jammed plak kalau kelaur lepas kerja.. Masa dalam perjalanan Aisy nampak macam tak selesa..Kejab-kejab merenget ..Kejab-kejab menangis.. Tapi saya tak da syak apa-apa sebab badan tak panas pun..Saya pk mungkin boring kot lama dalam kereta..Bertolak awal pun still kena jammed di Penang selama 2 jam..Pitam dalam kereta..Masa dah sampai tu, saya sibuk angkat barang semua, pak bagitau rasa macam kepala Aisy panas sikit.Dalam hati: demam lagi ke..Asal balik kampung je mesti Aisy demam. Balik sebelum ni pun Aisy demam..hihi..Sejuk air-con kot..


Esoknya, masa nak mandikan Aisy, saya macam perasan dekat buntut Aisy macam ada bintik-bintik merah..Tak banyaklah dalam 4 bintik..Dekat kaki ada sikit..Mula-mula ingat nyamuk gigit ..Tapi pelik takkan gila kentang nyamuk boleh masuk sampai dalam pampers..hebat kot kau nyamuk! Tunjuk dekat mak mertua , dia kata nampak macam campak ja..Risaunya saya waktu tu..1st time katakan.. Bila dah tengah hari rasa kepala Aisy makin panas. Dan nampak dekat depan lidah Aisy macam ada bintik merah..nampak macam ulser pun ada...Terus ajak en.suami bawa Aisy jumpa dr.. Dan memang sah Aisy demam panas.. Suhu 39.2 ..Kena masuk ubat bontot.. Lepas tu tunjuk la bintik-bintik kat Dr.. dan Dr. sahkan Aisy kena HMFD..


3 hari jugak lah Aisy tak lalu makan..Kalau makan pun sikit sangat..Nasib baik susu boleh minum..Tapi sebelum minum tu kena sembur ubat bagi kebas dalam mulut yang dibekalkan masa jumpa Dr. tu.. Air liur tak payah cakap lah..Memang meleleh keluar ja..Basah baju.. Semakin hari nampak bintik-bintik merah makin banyak..Aisy asyik merengat ja malam-malam..Mungkin sebab sakit @ tak selesa..Nasib baiklah masa tu kat kg. Ada jugak mak dan pak tolong tengokkan..





Lepas dah 5 hari hari bintik-bintik merah tu dah kering tukar warna coklat..Tapi still ada lagi bintik-bintik merah baru.. Masa balik Kajang kami follow up di KPJ. dan Dr. sahkan Aisy tak ok lagi..Masih ada banyak ulser dalam mulut..Dan Dr. bagi surat untuk majikan. Saya sambung cuti sebab nak jaga Aisy kan..Penyakit ni berjangkit..Kang bawa pergi nursery habis berjangkit ..Alhamdulillah, hari ni Aisy dah sihat dan  pergi nursery dah..Syukur sangat!..

Sampai sekarang tak pasti mana Aisy dapat menyakit ni..Adakah sebab bawa Aisy mandi swimming pool?
Adakah berjangkit dari nursery?Kalau betul sebab mandi swimming pool tu.. Serius rasa bersalah sangat! Dan serik nak bawa Aisy mandi swimming pool lagi..Serius!


Kat sini nak kongsi sikit pasal penyakit kaki, tangan dan mulut ni..
Ehsan : GOOGLE



Definisi dan Penyebab


HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan


HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
 Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?

- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Happy belated Mother's Day

Selamat Hari Ibu  buat Mama, Mak dan Saya juga..
Jasa kalian disanjung tinggi..
Terima Kasih di atas segala pengorbanan  kalian..
L.O.V.E


Untuk pertama kalinya dapat kad dari en.suami sempena hari ibu.
Terasa dihargai..ewah!
Thank You hubby..

Tuesday, 7 May 2013

Salam takziah buat blogger erina

Sampai saat ini saya masih terkesan dengan pemergian anakanda erina. Walaupun kita tak pernah bersua muka, tapi rasa macam dekat sgt dengan arwah hasil penceritaan ibunda erina. Memang cukup dekat.

Khabar pemergian arwah saya dapat tahu dari blog wawadonut pada hari pru13. Masa tu dalam kereta lepas teman en.suami, mak dan pak yang mengundi di tempat yg sama, Memang sebelum ni ada bercerita dgn en.suami mintak tolong doa lepas dapat tau arwah di icu.  Bila baca ja yang arwah dah tak da memang dalam kereta tu jugak saya jadi sebak sangat. Sampai mak mertua hulur tisulah,Terkejut sgt. Besarnya ujian dari NYA untuk erina dan suami. Ya allah.

Semoga erina dan suami tabah dgn ujian ini. Memang bukan mudah. Tapi DIA lebih mengetahui Yang pastinya Arwah aqil menunggu kalian di pintu syurga..

Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada sahabatku untuk menempuhi ujian berat ini.Amin.

Al-fatihah

Sunday, 5 May 2013

I'm done

Friday, 3 May 2013

Undi adalah Rahsia

Tiba-tiba sangat kan tajuk entry macam tu..

Hari ni half day sebab  nak balik kampung untuk mengundi..
Selamat Mengundi semua..
Tunaikan tanggungjawab anda..
Excited ni sebab 1st time nak mengundi..
Bila dah balik bercuti ni ..Blog pun turut ikut bercuti tanpa entry baru..
Bye

Thursday, 2 May 2013

JJCM: Sushi King Metropoint Kajang

Semalam dalam sejarah.. En.suami akhirnya setuju nak bawa saya makan sushi..Sebelum ni kalau saya ajak kemain payah lagi nak setuju..Tak suka sushi katanya..Tak boleh bau sushi..Macam-macam lah alasan ..Cis!   Semalam adalah buat ayat sedih sikit kan kat dia..Terus setuju ko! hihi..Berjaya taktik ku...

Yang saya ni pulak ntah angin apa tah datang nak sangat-sangat makan sushi ni..
Mengidam mengalah kan orang mengandung pulak..Adoi penyakit apakah ini?!

Semangat tak semangat kitorang customer pertama yang masuk sushi king tu..haha..
Sebenarnya tengah rushing waktu ni sebab en.suami nak kena pergi kerja..
Jadi makan laju-laju..huhu


Gambar makanan tak sempat ambil..Gambar pinggan jadilah kan..
Nampak sangat lapar bebenor!
Semua ni saya lantak sorang tau..En.suami rasa sikit2 ja..
Tak puas makan mintak tapau lagi sushi..haha..Dasar perut dinasor kan..



 Ni Kulit ikan salmon goreng tepung kot..sedap..rangup..RM4.00


Ni sedap sangat..Sushi balut ayam dan cheese..Siap ada sambal uols!haha..sedap!!
Ni ambil 2 set..1 set RM4


Ikan goreng tepung..RM3.90..

Sori lah tak ingat nama menu betul2..so describe ikut rasa ja lah..haha..

Aktiviti di Hari Pekerja

Sebelum terlambat nak ucap ..**Selamat Hari Pekerja**..
Mesti best kan..kerja 2 hari lepas tu cuti...
Semalam paksa papa Aisy bangun awal sebab nak bawa Aisy swimming..hihi! 
Awal pun tak awal sangat lah..Pukul 10 pagi jugak la baru turun..
Sebab sebelum tu sedap ja membuta sebab hujan kan..



Dua-dua muka tak mandi..haha.Termasuk yang ambil gambar ni jugek..ops!


Bawa bekal Aisy juga..Sebelum terjun kolam..Bagi Aisy makan dulu..


Tak da orang sebab baru lepas hujan..Best


Aisy tak bagi peluang mama nak posing bergambar..Amboi nak!


Lepas makan main dekat playground dulu..




1 family muka busuk..hihi..


Cool ja anak mama ni..Dekat kolam dewasa ni..Sebab bila dekat kolam budak-budak, kaki dia sampai bawah..Jadi macam tak best..Jadi Papa Aisy bawa kolam dewasa terus..haha.. Mama Aisy pun join tau berendam dan berenang katak..Best2!

Wednesday, 1 May 2013

Good Toys for Baby

*STICKY ENTRY*
*Scroll down for the new entry*
i) Wrist Rattle
High-contrast colors and patterns stimulate baby's vision
Encourages baby to reach and grab, awakening muscles
With every wiggle, listen to the soft rattle!
Encourages the development of hand-eye coordination


New stock arrived..
Price : 1 for RM10.00 or 2 for RM 15.00
Postage Fee Excluded
C.O.D within Area: Bangi and Kajang


ii) Musical Inchworm


The Lamaze Musical Inchworm is full of surprises for baby to discover. Squeeze the nose to hear a fun song. Textures and sounds encourage exploration, while bright colors promote visual stimulation. This little worm can help make tummy time fun! And, use the ruler on the Inchworm's tummy to track baby's growth.


Price: RM 20.00
Exclude Postage
C.O.D within Area: Bangi and Kajang








Interested??
 Email me at izzatiasyraf78@gmail.com or 
Tel/SMS: 0196697735

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015