Tuesday, 6 November 2012

Doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi


Monday, 5 November 2012

Checklist Barang Bayi

BABY
1 Baju Harian-Baju Lubang-lubang
2 Baju Harian- Singlet
3 Baju Harian Lengan Pedek
4 Baju Malam-Lengan panjang
5 Romper
6 Sarung Tangan 10 psg
7 Sarung kaki 10 psg
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10 *Beli on9 di Mybabychomel
11 Topi 4
12 Tuala Kecil
13 Baju Jalan-jalan
14 Legging + Baby Tight
15 Bedung 2
16 Receiving Blanket 2
17 Stokin 4

DIAPERING

1 Napkin 1 pek *Anakku
2 Lampin Pakai Buang 2 *Drypers
3 Diaper Wipes 2 pek
4 Safety baby pin 4
5 Changing Mat
6 Nappy Liner *Anakku *tak pasti kegunaannya
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi *Pureen ABD
11 Cloth Diaper
12 Rubber Sheet
13 Botol Sembur Air

BABY CARE & GROOMING
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator *Sedut hidung baby
9 Methylated Spirit – alcohol 70% (Cuci pusat sebelum luruh) *biasa dibekal oleh pihak hospital
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi) *Cari di farmasi@kedai Cina
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine *Untuk suap ubat..Hospital bagi kot kalau beli ubat
15 Cotton Balls
16 Bekas isi bedak
17 Nappy Cream *Drapolen
18 Toothbrush
19 Travelling Pack

NURSERING
1 Selimut
2 Bedding set(Tilam Kekabu)
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

FEEDING
1 Botol saiz S 2 *MAM
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer *Little Bean
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol *Little Bean
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable *Fabulous Mom
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump *Sepctra 3
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra *Autumz,Fab Mom,Scarlet
13 Termos
14 Cooler Bag *Autmunz
15 Breast milk storage *Autumz=
16 Drying Rack
17 Buku Panduan Menyusu 
18 Plastic Storage Milk*Autumz

TRAVEL
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle*Little Bean
3 MILK Casing
4 Baby Carrier
5 Stroller / Jogger
6 Car seat
7 Nursing Cover

BATHING
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung
7 Baby Holder

EXTRA
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik*Lamaze
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Penyangkut Kecil
6 Album
7 Beg Bayi
8 Baby Sling
9Nursing Clothes / Wear

1 month : Aisy Check Up & Injection




Date: 10/9/12 
Check up baby Aisy sebulan..tapi waktu ni dah Aisy 35 hari...Syukur en.suami sempat bawa pergi klinik sebab tengah hari en.suami dah nak balik kajang menjalankan tugas..Aisy sangat behave masa kat klinik..tidur ja kerjanya..bangun sebab nak susu ja..

Sampai klinik pukul 9..hubby bagi kad dan amik nomber..sekali dapat nomber 71 ..tunggu la kat situ..ramai sangat orang..Mula-mula timbang berat baby & ukur tinggi..Anak mama membesar bagai juara..

Berat
Masa Deliver : 3.7 kg
Hari 15 : 4.0 kg
Hari 25 : 4.4 kg
Sebulan : 5.1 kg

Tinggi
Masa Deliver : 53cm
Sebulan : 55cm

Kemudian ibu pula ditimbang, check BP, Air kencing..Ingat check baby jer..rupanya ibunya kena sekali..Alhamdulillah semua ok..Berat ibu pun dah berkurang ke berat sebelum pregnant..Alhamdulillah..*Berangan nak turunkan ke berat sebelum kahwin..huh!*

Lepas dah tunggu hampir 2 jam lebih..baru kami dipanggil masuk..Check baby..Alhamdulillah semua  OK..n Check ibu pula..semua OK cuma cik B**** je bengkak sket...


Lepas dah settle check up, masa yang paling saya ngeri adalah bila anak kena cucuk..Untuk sebulan Aisy diberi suntikan Hep B (Dose 2)..Dose 1st masa deliver dulu..Masa ni Aisy mantain Je tidur..Papa kena kendung macam gambar atas ni..Cucuk sebelah peha kiri..

Kebetulan masa nurse nak mula cucuk tu.dia tengah mengeliat..dan-dan la nangis kejab ..tak sampai 10 saat kot..pastu sambung tidur balik..Lega mama..kalau tak dengan mama nangis..huhu..

Let's Shopping at The Mines

Shopping lah sangat kan. Tak da beli apa pun. Beli vitamin dan ubat untuk Aisy di Watson..Tapi ter"shopping" kasut plak untuk diri sendiri. Tak masuk dalam list pun. 


Ehem-ehem. Merah terang tang tang..*Murah ja RM29.90*


Little Wok Kitchen The Mines

Dah lama teringin nak makan steamboat..Akhirnya tercapai jugak hari sabtu lepas di Little Wok Kitchen, The Mines. 1st time makan kat sini. Ni pun sebab baca blog SEPET sebab dia cakap best. Selalu kalau nak makan steamboat terjah Johny,Alamanda ja. 

Anak mama masih diawangan sebab kena kacau tidur.

Tak nak senyum pun..Ngantok!

Posing dengan papa pulak.

Macam-macam ada..Set steamboat RM19.90 + Free Air
*Udang Besor!

Steamboat ni memang terangkap..Siapa yang minat pedas memang terangkat habis.
Berasap telinga kata ko!

Lepas perut dah kenyang jom sambung shopping.......................

Saturday, 3 November 2012

Follow Up at KPJ

Muhammad Aisy Iskandar batuk berkahak dah hampir sebulan kot..Dalam sebulan ni jugak dah 4x jumpa dokter..Masa kali ketiga tu kami ke KPJ Kajang. Jumpa dengan Paed kat sana..Semalam kali ke 4 buat follow up..Alhamdulillah semua ok..paru-paru ok.berak hijau pun normal untuk baby..Dokter kata tak da apa-apa...*Lega*.Tapi batuk dan kahak still lagi berleluasa..Kesian anak mama..


 Semalam ambil " timesleep " bawa Aisy pergi Jumpa Paed..
Berat Aisy dah 6.6kg
Cayalah..Semangat anak mama..


Cuaca semalam hujan renyai-renyai..
Naik kereta je terus tidur..zzZZzzzz

Friday, 2 November 2012

Lepak dalam kereta

Hari ini, Aisy bangun awal. Selalu lepas subuh mesti tidur balik sekejab. Tapi hari ni lepas en.suami tukarkan lampin dia, terus bulat ja mata berjaga. Mungkin terkejut kot dengar jeritan kecil papa yang terkesima bila tengah-tengah tukar pampers tu , Aisy telah memberikan pakej kencing dan berak pada papa dia..
*Memancut kata ko.hehe~*  

Gelakkan papa yer?hehehe..


Padahnya masuk dalam carseat tak sampai seminit dah men"tidur"kan diri..*Letih sangat la tu* .Bila saya angkat nak hantar nursery pun masih lagi tidur..

Setiap hari kalau datang awal, mesti saya lepak dulu dengan Aisy dalam kereta. 
Kiss Kiss puas-puas..Sebab kat office nanti confirm rindu Aisy..
Rindu dah ni..!

Thursday, 1 November 2012

Salam Aidiladha 2012

Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. Raya kali ni en.suami kena kerja. Jadi saya dan Aisy je yang balik beraya. Ayah turun KL*Kebetulan* untuk teman masa nak balik Kampung. So, En suami tak perlu hantar balik sampai kedah. Lepas tu balik KL balik untuk kerja. Selalunya mesti posing dulu selepas sembahyang raya. Tapi raya kali ni semua nak cepat ja. Jadi posing kat luar rumah ja la..hehe.


Kakak, Tok, Mama dan Aisy


Wan pun nak join gak.


Pak Su pun nak posing dengan Aisy,,tapi Aisy sedap tidur daaaaaaaa..
*Anak Bertuah*

Destinasi wajib adalah rumah tok. Lepak lama jugak rumah tok. Tahun ni ada menu baru iaitu moi a.k.a bubur nasi. Sedap. Jang yang masakkan..Terbaiklah! Raya kali ni semua ada kecuali en.suami *sedih! * tapi tulah tak pulak ambil gambar ramai-ramai bila dah semua ada..

Masa awal-awal sampai Aisy OK je layan semua orang. Tapi tak berapa nak senyum la. Bila dah masuk tengah hari Aisy mula nangis. Mungkin cuaca panas terik dan pelik tengok ramai sangat orang dan  mungkin kembung perut sebab mama dia melantak lemang pagi raya tu..Kesian Aisy. *Sorry Anak Mama,  Mama kempunan*.Nangis sampai tertidur. Bila Aisy bangun kami bertolak balik rumah. Rest kejab. Lepas tu keluar pergi rumah cousin makan-makan. Masa ni tak bawa Aisy pun. Sebab kesian dia dah tidur nyenyak..Jadi mama saya a.k.a tok aisy yang jaga dia. Kalau ikutkan malas dah nak pergi. Tapi kesian dekat ayah pergi sorang-sorang. Jadi kami adik beradik yang pergi teman dia.Tamatlah kisah raya kami sekeluarga.


En. Suami yang tak balik raya sebab bertugas untuk negara!

Amboi Anak Mama


Amboi! Diusia 2 bulan++.. Anak Mama gigih nak pegang sendiri botol itu.
*Good Job dear*
Rindu Anak Mama..

Ketupat dan Serunding


Memandangkan raya puasa lepas saya masih berpantang. Jadi raya haji kali ni memang request kat mama nak ketupat..Tapi sebelum request mama dah order dulu dah..Macam tau-tau ja mama ni..Jadi masa balik Kajang, mama tapaukan untuk saya dan suami. Semalam en.suami kerja sampai malam. Jadi saya melantak sorang-sorang ketupat ni dengan serunding..Sebelum tu kukus dulu biar lembut..

Makan dengan serunding ikan dan daging yang mak tapau plak..
Memang Terbaik....
.Alhamdulillah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015