Thursday, 20 March 2014

Percutian di Krabi 4D/3N - Day 1

Dah lama teringin nak ke Krabi ni ..Kebetulan hari tu borak dengan BFF Ain dia ajak bercuti sama-sama..So apa lagi terus decide nak pergi Krabi..Bermula la dok search flight air asia yang murah-murah..Memang cadang nak pergi bulan 2 tahun ni..Harga tiket ke KLIA-Krabi RM340/ 2 orang pergi balik..Rasa macam murah dah waktu ni..hihi..

Lepas dah dapat tiket baru search hotel..Kalau nak pilih hotel ..sila pilih area Pantai AONANG yer... Senang nak island hopping..Dan banyak hotel, gerai-gerai, spa dan restoran...Jangan pilih area Pekan Krabi tau Hotel book guna Agoda je...  Kami pililh HARVEST HOUSE Hotel RM394 untuk 4 hari 3 malam 1 bilik..Rasa sangat berbaloi sebab bilik besar.Nanti saya up entry pasal hotel yer...

Sebelum ke Krabi jangan lupa untuk tukar siap-siap duit Thai.. Kami tukar RM1200 je untuk belanja kat sana..Rasa untung lagi tukar kat malaysia,,Sebab kawan tukar kat Thai jadi rugi balik..


Kawan en.suami tolong hantar ke KLIA..Flight pergi  tengah hari..Perjalanan Ambil masa dalam 1 jam 15 minit je..Sekejab je rasa dalam flight tu..


Kali ni order nasi lemak RM12..Berlemak betul nasi lemak ayam rendang dia..Memang sedap..Walaupun portion sikit tapi kenyang..Air mineral tu RM3..Beli jer la..tu je paling murah memandangkan air mineral tak boleh bawa naik flight..grrr!! 

Sampai di Krabi terus ambil teksi untuk ke AONANG..Harga  600batt=RM60..Perjalanan dari Airport Krabi ke Aonang ambil masa dalam 45 minit..Bas pun ada disediakan..150batt=RM 15person..Memandangkan kami pergi 4 orang ..So lagi untung ambil teksi...Sebab kalau naik bas ni faham-faham la mesti banyak tempat nak berhenti kan..

Masa perjalanan ke Aonang tu,,Teksi ni akan berhenti kat satu check point ni untuk driver tu buat report kot..Kat sini akan ada orang datang untuk ajak korang ke diorang punya travel agency untuk promote aktiviti kat krabi ni macam island hopping etc..Kami memang tak ambil kat situ sebab harga lebih mahal..

Sampai Aonang terus kami check in hotel..Masa tengah check in ada sorang amoi thai datang promote aktiviti kat Krabi ni..Dia tanya kita nak buat aktiviti apa...Rupa-rupanya amoi tu boss kat hotel tu.Saya ada inform yang saya mengandung 2 bulan waktu ni..dia tak sarankan pregnant women untuk buat aktiviti naik speedboat sebab bahayakan kandungan..So dia suggest naik long tail..Frust juga tak dapat pergi aktiviti island hopping di Phi-phi Island.Sebab Phi-Phi Island ni memang most recommeded kalau datang Krabi ni....Sebab untuk ke Phi-phi island hanya ada speedboat.Apa2 pun keselamatan baby harus diutamakan.So amoi tu cadangkan untuk ke 4 island by long tail..Sebab long tail ni slow je...

At least dapat juga buat aktiviti island hopping walaupun pregnant..Jadi terpisahlah saya dan ain..Sebab semestinya ain dan suami akan pergi Ph-Phi Island..Harga untuk Phi-Phi Island by speedboat RM100/person, 4 Island by long tail RM40/person.. Harga termasuk pick up hantar dan balik dari hotel, peralatan untuk snorkeling dan lunch..Rasa dah cukup berbaloi harga tu...

Dah selesai check in, kami pergi lunch di restoran berdekatan hotel..Masa ni main terjah je lunch..Tengok restoran tu halal terus masuk sebab perut dah lapar sangat masa ni..Malangnya rasa tak berbaloi dengan harga.Bayangkan nasi padprik ada udang seketol je lauk semata-mata.. Harga RM 60 untuk 3 orang makan termasuk air..Padahal yang makan  3 orang je waktu ni..

Lepas lunch kami balik hotel untuk solat dan rest sekejab..Sebelah petang kami keluar untuk jalan-jalan sekitar pantai Aonang..


Pemandangan petang di Pantai Aonang Krabi


Berdua dengan adik baby dalam perut je..Aisy kena tinggal..Kesian Aisy..


BFF forever..Dari Kiri: Ehsan(Husband Ain), Ain, Saya, Husband Saya..


Feeling-felling honeymoon kenkononnya..

Lepas jalan-jalan sepanjang pantai..Kami jalan-jalan di gerai-gerai sepanjng pantai tu..Banyak jual t-shirt, topi, slipper, beg, etc..Saya perasan kat sini banyak betul farmasi..hihi..Kemudian kami tapau mee tepi jalan jual atas motor je...Memang terbaikk..Sedap sangat..Lepas tapau kami dinner di Lemon Restaurant ..


Money exchange kat sana..


Hasil rembatan malam tu untuk island hopping esoknya..
Multi-purpose drybag  tu dapat RM35..slipper Rm19/sepasang.. Baju RM 15/pcs..

Tuesday, 18 March 2014

Resepi daging goreng kunyit sedap







Bahan-bahan

1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
Sedikit kunyit
Sedikit garam

1 labu bawang besar-dihiris
1 biji cili merah
Carrot
Sebiji kentang

   Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan kunyit dan garam.
  2. Masukkan dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
  3. Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging.
  4. Rebus hingga kering airnya (sambil2 tu rasakan dagingnya, kalau belum lembut tambahkan airnya lagi)
  5. Masukkn carrot dan kentang
  6. Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging.
  7. Bila dah hampir garing, masukkan bawang yang dimayang serta cili potong..

Ni lauk favourite en.suami.. Mudah nak buat dan yang penting sedap!! Makan pulak dengan nasi panas2 memang terbaik..Selamat mencuba..

Cuci masuk kotak


Aisy dah nak masuk 2 tahun dah baru mama aisy gigih nak simpan perkakas aisy..
Bukan tak nak buat awal2 tapi kekangan masa dan kemalasan menjadi penyebab utama..
Dah dpt mc 2 minggu sebab misscarriage ni la ambil peluang nak mengemas ..
Padahal tengah mood berpantang ni..Dah kalau tak buat sekarang bila lagi..
Sakit pulak mata tengok habuk2 yang dah seinci tebalnya..hihi..

Hari ni keluarkan semua yang rasa dah tak guna, basuh dan masuk kotak..
Nanti adik baby bleh guna balik..barang tak la banyak mana pun..
Tapi lebih kepada segan nak buat..


aisy hari ni hantar juga nursery sebab dah seminggu dia tak pergi.
Nanti takut cuti lama2 nanti meragam pulak bila nak hantar balik..
Ok nak sambung lipat baju dan sidai baju pulak..lepas tu nak masak..


macam ni rupanya kalau jadi suri rumah..
Ingat boleh landing2 ..tapi non ada..tup2 dah petang dah..
Ada je benda nak buat..Cepatnya masa berlalu..

Tapi best gak kan jadi suri rumah.. Eh!!!!

Resepi tepung talam sedap

Resepi: TEPUNG TALAM   
Credit : Myresepi

BAHAN A: bahagian bawah 
  • Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
  • Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
  • Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
BAHAN B: bahagian atas 
  • 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
  • Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
  • Garam secukup rasa.
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.

Cara-cara 


Panaskan pengukus.
Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba..

Bahagian bawah (A) siap dikukus selama 30minit
Bahagian atas (B) dimasukkan dan dikukus lagi 30minit
Siap..Sedia untuk dimakan..Sedap sangat..TQ Myresepi..

Tips: Adunan bahagian bawah tu sebelum dimasukkan dalam talam..sila tapis terlebih dulu sebab kadang2 gula merah tu berpasir..

Monday, 17 March 2014

Happy 29th birthday mr husband


To the most important man in my life..
Happy 29th birthday..
May god bless u always ..
Mama and aisy love u so much..


Suprise yang tak berapa nak suprise sebab en.suami sampai rumah dulu..
Nasib baik dah kemas2 tinggal bunga ja atas meja..hihi..
Saya sampai ja rumah terus keluarkn kek untuk en.suami..


Aisy tolong bagi papa bunga..so sweet..


Tengok aisy tu..nampak tak agenda dia? Hihi..gigit kang!!!!


Semoga papa dimurahkan rezeki dan dirahmati selalu..
Sayang kamuuu...dah tua yer? Hihi..larik!

Keletah Aisy

Gigih betul anak mama ni bawa beg wan padahal berat tu..
Masa ni tok dn wan aisy dah nak bertolak balik kedah..






Seronok tengok keletah anak2 kan..
Penyejuk hati pengubat jiwa..

Saturday, 8 March 2014

Pengalaman keguguran dan D&C

Hari rabu lepas dinner terus ke KPMC untuk check up adik baby dah 10 week++..dr mimi scan perut macam biasa..tapi kali ni dia tak dapat nak detact heart beat adik baby.. Lepas tu dia mintak scan melalui bawah tu.. Dah dr sahkan adik baby dah tak da..sebab dah tak de degupan jantung dan adik baby tak membesar..saiz masih 8 week walaupun sepatutnya dah 10 week. Saya misscarriage. 

Bila dr. Cakap nak scan bawah tu mmg dah berjurai air mata dah.. Sedih sangat.. Mmg tak bersedia mental dan fizikal sbb masa scan 8 week tu nampak elok je degupan jantung dan saya tak da lansung keluar bleeding. Walaupun sedih saya terima dengan ujian ni.. Redha Dan percaya yang ALLAH ada rencana yang lebih baik.. Insyallah..lepas dapat tau saya keguguran mama terus datang dari kedah...terima kasih mama..


Semalam Hari jummat dr set untuk buat D&C..ini pengalaman ke-2 buat D&C di kpmc..
Malam sebelum d&c saya dah mula berpuasa..


900AM : Admit ward

1015AM : 2 biji ubat dimasukkan di bawah untuk buka dan kecutkan pintu rahim..lepas masuk ubat ni waktu ni just rasa lenguh..belum rasa contraction ..

1200PM : Saya diberi suntikan lagi..masa ni dan mula rasa sakit contraction..masa ni mama mula baca yasin 2 kali sambil urut saya yang dok menahan sakit..lepas tu mama mintak saya minum sikit air yasin dan alhamdulillah 5 minit kemudian terasa ada air/ darah mengalir kat bawah dan sakit pun dah beransur hilang....

130PM :Saya dibawa ke operation theater untuk D&C..

145PM :Dr mimi datang dan saya diarahkan untuk hidup oksigen.. Kemudian dr masukkan bius.. Saya mula rasa kebas satu badan dan perit sikit kat tangan masa dr masukkan ubat bius. Tak sampai seminit saya dah tak sedarkan diri..

245PM : Saya dikejutkan nurse untuk berpindah semula ke ward.. Alhamdulillah..Semua dah selesai..masa ni mmg berat sgt nak buka mata mungkin kesan ubat bius belum habis..

Lepas dah boleh kencing saya dah boleh balik...terus pergi ambil aisy di nursery..Alhamdulillah dengan izin allah lepas D&C langsung tak da rasa sakit . Dan bermula  episod berpantang...syukur Dipermudahkan segala urusan .. Dan saya percaya yang rasa sakit yang Allah bagi ni juga untuk menghapus dosa-dosa..

Sunday, 2 March 2014

Hantar Aisy balik kampung 4 hari

Sedih sangat baru nak bermanja dengan aisy lepas balik dari krabi hari tu dah kena hantar aisy balik kampung ..sebab taska tutup 2 minggu sebab hand foot mouth disease (HFMD) tanpa pengetahuan saya.. dah rasa call parent tak dapat sebab nak inform..tak boleh ke nak sms bagitau..bengang pulak rasa..start tutup masa hari saya di krabi..handphone mmg off sepanjang kat sana..mmg tak dapat aar info.. Hari sabtu sampai dari krabi..sepanjang di krabi parent in law tolong jaga aisy di rumah saya so hari ahad tu hantar mak dan pak ke stesen bas balik kedah sebab mak dah kerja hari isnin tu..

Pagi isnin aisy bukan main bersemangat nak pergi taska sebab dah cuti seminggu duduk rrumah dengan tok dan wan..bila dah sampai baru perasan ada notis penutupan.. Terpaksa ambil EL sebab terpaksa jugak hantar aisy balik kg memandangkan saya dah cuti seminggu sebelum tu sbb ke krabi.. Takkan nak cuti lagi..kerja swasta ni bukan boleh cuti selalu...jadi kami Balik ke kedah pukul 10 pagi sampai sana 3 ptg.. Dan bertolak balik pukul 12 malam sampai kl 4 pagi..esok nya kerja... Pitam!!! 

Sampai - sampai rumah ja terus sebak sangat tengok mainan2 aisy..sedih sbb rasa aisy jauh nun beribu batu...selalu kalo balik ada je aisy kat rumah..masa tu rasa kosong sangat..baru tau rasa siksa bila jauh dengan anak...rasa dia  sangat lain dengan tinggal aisy pergi bercuti sebab dah tau nanti bila balik mesti aisy ada kat rumah..masa tu rasa macam berat sgt nak balik rumah lepas kerja sbb aisy tak da kat rumah..en suami pulak kerja sampai malam..masa aisy tak da, balik dari ofis ja terus masuk bilik senyap2 sebab kalau kat ruang tamu ada je brg aisy..nanti drama air mata tak habis2.. Siksa betul masa tu..syukur sangat dengan adanya teknologi sekarang sbb dapat selalu facetime dengan aisy..dpt juga hilang rindu...


Ni hadiah untuk aisy sbb nak kena tinggal masa pergi bercuti hari tu...


Gambar kat  bawah ni plak masa aisy main2 dengan cousin dia masa du kampung..
Syukur sangat aisy happy je kat sana.. 


Alhamdulillah aisy dah balik semalam..nampak dah bam bam dari biasa duduk dengan tok wan..hihi..terima kasih family mertua sebab tolong jaga aisy.. Terima kasih ayah n mama yang bersusah payah hantar aisy balik sini sbb risaukan  saya nak travel balik jauh banyak kali...syukur ya allah atas kurniaan orang2 yang pengasih penyanyang di sekeliling ku..moga insan2 ini sentiasa dirahmati diatas segala kebaikan mereka..amin..



Saturday, 22 February 2014

Bercuti di Krabi 4 hari 3 malam


Pejam celik dah hari terakhir cuti-cuti di Krabi.. 
Flight pukul 130pm hari ni..
Happy jugak sebab dah tak sabar nak jumpa aisy..
Aisy kena tinggal dengan tok dan wan..
Nanti aisy besar sikit mama papa bawa datang sini lagi..



APA YANG BEST DAN MENARIK DI KRABI?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
Entry cerita krabi akan menyusul ikut mood puan blog nak update..
Sekarang kan mood malas menjadi2..hihi..
Cerita jalan2 melaka pun belum habis lagi...Yaaa Ampun..


Thursday, 13 February 2014

1 year 6 month : Muhammad Aisy Iskandar



Bersawang dah blog kesayangan ni...apakan daya..perubahan hormon katanya..
Lama tak bercerita pasal buah hati pengarang jantung Muhammad aisy iskandar..
Bulan ni aisy dah setahun 6 bulan..dah macam2 akal dia..

Perkataan yang dah pandai sebut..
Mama
Papa
Work
Bird
Cat
Nak
Allah
Ball


Dah boleh faham beberapa arahan dengan baik..
Lepas makan angkat pinggan campak dalam sink.
Sampah sarap semua campak dalam sink..haha..
Dah faham suruh ambilkan pampers..bukan satu je aisy ambil..satu pack ok..
Dah pandai suruh bukan peti ais..maksudnya nak makan yogurt or buah..
Kalau nak apa2 tarik tangan saya or papa dia dan tunjuk nak apa..



Pandai kiss bila disuruh..siap dengan bunyi " muahhhxx".. 
Pandai salam tangan..
Pandai angkat tangan baca doa..
Sujuk dan rokok cara aisy..macam tunging buyung pun ada..
Pandai suap makanan sendiri..tapi still bersepah..
Pandai henjutkan badan menari bila dengar lagu favourite or lagu rancak..


Aisy 'selfie'


Tu je yang mama aisy ingat buat masa ni..
Love u son..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015