Monday, 10 December 2012

Resepi Brownies Sedap dan Mudah

Jumaat lepas teringin plak nak makan brownies ni..terbayang-bayang brownies kat secret recipe..tapi malas nak pergi SR..Google la resepi kat internet..tengok bahan-bahan semua dah ada kat rumah..Balik kerja terus bersilat kat dapur.. Serius sangat senang nak buat brownies ni.Rasa pun sedap sangat.Selamat mencuba.


Bahan-bahan :
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (3/4 gula perang & 1/4 gula kastor)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan coklat chip *tak da pun tak pa, kalau ada lagi sedap.hehe*


Cara-cara :
  1. Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.
  2. Sapukan majerin & taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm @ loyang bulat..
  3. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sebati. 
  4. Masukkan adunan dalam loyang 
  5. Tabur coklat chip di atas 
  6. Bakar lebih kurang 25-30min.

Source: Blog Mummyayu

Saturday, 8 December 2012

My BFF wedding


 
Tahniah buat ain dan suami. Selamat pengantin baru. 
Semoga berbahagia sampai syurga. Ain ni sahabat baik dari zaman  sekolah lagi.. 
Tema majlis biru turqoise dan pink gitu. Cantik sangat kamu ain..
Happy for u..Tahniah.

Friday, 7 December 2012

Curi anak sendiri

Semalam waktu rehat 1 jam , saya curi Aisy dari nursery..
Ntah kenapa semalam punya rindu tak tertahan-tahan dah rasa *Amboi! over dah minah ni* .. 
Sebelum ni tak pernah ambil pun time rehat ..Nasib la teacher dia ok..
Sebab nursery ni kalau boleh tak nak mak pak dok tengok sangat bila kat taska sebab takut ganggu budak-budak lain..tapi time rehat kot...bagila peluang kat mama yang rindukan anak ini..
Tapi teacher dia ok ja..hehe..
Melepak la kami berdua kat dalam office tu..Best sangat!!


Hari ni Aisy tak pergi nursery sebab tok datang dari kedah..tok dah pesan awal-awal..JANGAN HANTAR!!! Baiklah tok!..Rindu kat cucu letewwww..Pejam celik dah weekend kan esok..Tak sabar nak rehat-rehat, bangun lambat *buruk perangai*.. 

Happy weekend yaa!!

*Esok majlis perkahwinan BFF kat klang..Lepas tu bleh la ke Setia City Mall..hehe..

Thursday, 6 December 2012

Hobi baru Aisy : Hisap jari


Hobi baru saya adalah hisap jari atau sedut jari..Bila saya hisap jari saya rasa best..tambah-tambah bila nak tidur..feel habis lah..saya tau jari ada lima, saya cuma suka hisap jari manis dengan jari telunjuk ja tau..Mama saya selalu gelakkan saya sebab bila saya hisap jari nampak macam saya buat tanda rock tu..ala yang rockers2 selalu buat tu..apa la mama ni gelakkan orang..

Wednesday, 5 December 2012

Makan Durian


Suka sangat dapat makan durian.. Beli yang 3 RM10 ja..Memang rezeki..semua elok, berkrim, dan besar-besar.Semua ni saya melantak sorang jer tau..Dasar perut tong kan..hehe..Nanti nak cuba buat durin crepe la..Google resepi sekarang!!!

Tuesday, 4 December 2012

Perkembangan Skill Bayi 4 hingga 6 bulan





Bulan Keempat
  • - Mula melelehkan air liurnya *Setuju!. Ada kawan yang tegur," Ni mesti en.suami tak bagi apa yang si isteri nak waktu mengandung dulu.."Amboi.! Kecik ati suami i tau..haha..*
  • - Mengawal kepalanya dengan baik *Setuju.Kepala nak menegak ja..
  • - Boleh duduk dengan sokongan *Setuju..Suka sangat duduk..Kalau baring pun Aisy angkat kepala nak suruh angkat duduk*
  • - Boleh menampung sedikit beratnya ketika dipegang berdiri *Berdiri sebelah kaki je k..Action!
  • - Boleh mengangkat kepala dan dada sehingga 90 darjah dari permukaan *Setuju
  • - Boleh bergolek dari keadaan terbaring kepada mengiring *Setuju.Permulaan nak meniarap*
  • - Meneroka dan bermain dengan tangan *betul! Suka sangat hisap jari..
  • - Cuba mencapai objek tetapi tersasar *Objek itu adalah tudung mama & pegang botol susu
  • - Memegang objek dengan kedua-dua tangan *Botol susu & Mainan
  • - Mula mempunyai koordinasi mata dan tangan
  • - Menghasilkan bunyi konsonan *Yup..Ramah sangat anak mama*
  • - Ketawa *Gelak macam orang besar k..berdekah-dekah,,wakakaka..
  • - Seronok apabila didodoi, dienjut atau diayun *Setuju*
Bulan Kelima
  • - Tanda-tanda gigi mula tumbuh
  • - Menegakkan kepala ketika duduk
  • - Bergolek dari berbaring kepada meniarap
  • - Memasukkan kaki ke dalam mulut ketika berbaring
  • - Mencapai dan memegang objek secara sukarela
  • - Bermain dengan jari-jari kaki
  • - Memasukkan apa jua objek ke dalam mulut
  • - Memandang objek yang dijatuhkan
  • - Berkata ah goo atau kombinasi vowel konsonan yang sama
  • - Tersenyum melihat dirinya di dalam cermin
  • - Menjadi marah jika mainannya diambil
  • - Boleh membezakan ahli keluarga dan orang asing
Bulan Keenam
  • - Boleh mengunyah dan menggigit
  • - Boleh mengangkat dada dan sebahagian daripada perutnya dari permukaan dengan menampung beratnya pada tangan
  • - Mengangkat kepala bila diangkat untuk didudukan
  • - Boleh bergolek dari keadaan berbaring kepada meniarap
  • - Menampung sebahagian besar berat badannya ketika dipegang berdiri
  • - Mencapai dan mengawal objek kecil
  • - Memegang botol
  • - Mengubah kedudukan badannya untuk melihat sesuatu objek
  • - Menoleh kepalanya dari kiri ke kanan dan melihat ke atas atau ke bawah
  • - Sukakan rangsangan melihat yang lebih kompleks
  • - Menyebut bunyi satu sukukata seperti ma, mu, da dan di.
  • - Mengenali ibubapanya
Source:  Facebook: Kak Engku Bidan Bersalin

Online Shopping at Whitesoot

Pada saya, shopping baju ni ada musim..Kalau mood membeli tu, membeli ja sampai en.suami ngaum manja..Tapi tapi tapi ianya jarang-jarang berlaku lah..maksudnya saya ni susah nak membeli untuk diri sendiri...kalau membeli tu HOVER pulak kan..amboi! Terjumpa satu website baju-baju cantik di sini..*Whitesoot*..Jom Shopping!!

 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaaaaa... Suka sangat baju ni..material yang selesa untuk di pakai..Oh abaikan model buncit di bawah..Model sebenar dibawah model buncit itu..



Digital Sunset Print Dip Back Top RM53 only..

Happy Shopping yaaa!!!
*Semalam ada beli lagi 4 helai baju..Mati la kalau en.suami tau..hahaha..Lap peluh!haha..

Monday, 3 December 2012

Resepi Spagethi Mudah dan Sedap


Bahan-bahan:

  • Sos Prego
  • Ayam/ Daging kisar
  • Bawang Putih,*Dipotong dadu.
  • Bawang Besar, * Dipotong dadu
  • Tomato. *Dipotong dadu
  • Cendawan *Dipotong dadu
  • Spagethi
  • Garam&Gula
  • Parmesan Cheese

Cara-Cara:
  1. Tumis bawang putih yang dipotong dadu
  2. Masukkan ayam kisar dah dibiarkan masak
  3. Masukkan sos prego
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan cendawan, bawang besar & tomato..
  5. Biarkan mendidih. Masukkan sedikit sos tomato, cili, garam & gula secukup rasa..
  6. Siap
  7. Rebus spagethi
  8. Hidangkan bersama parmesan cheese
*Selamat Mencuba*

4th Maternity & Children Expo Mid Valley

Kami sekeluarga tak ketinggalan pergi ke 4th maternity & children expo di Mid Valley..Dah kali ketiga pergi expo ni..Masa tu Aisy dalam perut saya lagi..keke.. Sampai sana dalam pukul 12 tengah hari.. Masa tu parking kira banyak kosong lagi..Tapi jalan dah mula jem waktu tu..*Nak parking banyak sila parking kat The Garden*..Cadangnya nak shopping sama-sama..Sekali mama yang shopping sorang sebab ramai sangat orang..Dengan nak tolak stroller lagi..Nak berhimpit bagai..Jadi saya sorang la yang memborong barang..Kali ni tak banyak sangat pun beli..Cadangnya nak borong pampers untuk Aisy ..Sekali tengok tak da booth Drypers pun..Nak beli Mamy Poko tapi saiz M pukul 5 baru ada stok..Grrrrrrrrr..!!!


 Yang plastik kosong Maclaren tu sebenarnya pelapik untuk stroller Aisy..Walaupun kami pakai stroller Halford..tapi muat ja Maclaren punya brand..haha..


Ni semua beli kat Booth Pureen..Memang kalau datang expo ni mesti serbu kat sini dulu..4 helai baju mama rembat untuk Aisy..Semua saiz L..hehehe..Murah! Harga baju Lengan panjang RM 15 jer. Set Baju berkolar tu RM25..Bebaloi-baloi..


Favourite booth: PUREEN !! 
Dapat free kalender 2013 *yeay!


Saya belikan Aisy baju mandi..Masa beli ni dan dan imagine Aisy pakai ..So cutee!! Tak sabar nak bawa Aisy turun mandi kat swimming pool..Selama duduk kat apartment tu tak pernah pun mandi kat sana..Ni dah ada anak ni boleh la.. 

Tu je lah yang saya beli..Nak beli pampers tak kesampaian..Last sekali beli kat Manjaku Bangi jugak..hehe..

Sunday, 2 December 2012

Teaser

Testing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015