Tuesday 26 November 2013

1 year 3 month : Aisy dah berselera makan

Alhamdulillah..Sekarang (15 bulan++) selera Aisy dah semakin bertambah..
Suap je apa-apa..Insyaallah dia makan..
Tapi dia akan rasa dulu makanan tu..
Kalau  dia rasa ok baru dia proceed makan..haha..
Selalunya ok je semua sumbat masuk mulut..hihi..


Makan biskut kering..


Makan sambil layan baby tv


Makan banyak ..Pipi loyot sikit..Tapi badan mantain slim..Perut muncit sikit..

Sunday 24 November 2013

Mommycha 1st Giveaway

Hi Mommy Cha..Mama Aisy in the house!! 1st time ni nak join giveaway..Mana tau ada rezeki...Mencuba nasib gitu....Dah lama jadi silent reader mommy cha ni..Seorang ibu muda gojess beranak dua..*Ni bukan bodek tau!.Seronok bila part anak-anak dia bebel dalam entry..hihi..

Jom ramai-ramai join MommyCha 1st Giveaway 
Uolss mesti berkepuk-kepuk gambar kenangan dengan anak-anak dalam folder kan..
Memang sesuai join giveaway ni...

Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.

Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)
Senang dan mudah kan?



Moment paling indah bila dapat kucupan manja dari anakanda tercinta! MUAHHHHXX!
Sejuk perut mama nak! Rasa nak goyang inul..eh!

Tuesday 19 November 2013

allahuakbar!!


Gelagat Aisy bila mama nak solat.. dah faham bila saya sebut "Allahuakbar"..
Aisy pun akan sujud macam gambar bawah ni haaa..
Walapun baju ntah kemana.hihi.mama doa anak mama jadi anak yg soleh yerr..



Saturday 16 November 2013

Jom menabung


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit...alhamdulillah...
selalu en. suami yg selalu jd penyumbang tabung ni..
 sebab kalau balik kerja dalam poket seluar tu ada je syiling..
selalu en. suami letak je kat tepi almari n atas meja...
mak jemah ni la dok kutip masuk tabung.. hihi..
kalo en.suami tgk tak de tu faham2 ler..
tapi selalu dia tak pernah tanya pun..alih2 dah penuh tabung gitu..



Insyallah duit tabung ni akan top up untuk saving aisy nanti...
bagus menabung ni sedar tak sedar dapat gak amount yg tak dijangka.. ewah!!

jom start menabung semua..
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit..

Thursday 14 November 2013

Aktiviti Aisy di Rumah


Tengok tv..Aisy akan fokus pada cerita yang dia minat ja..


Mengemas memunggah mainan atau barangan mama yang dianggap mainan..


Suka main..


Ni bila dah penat sangat..Atas lantai pun boleh terbaring..

Aisy ke playgroud


Aisy kalau dapat tanah.Mana layan dah nak jalan..Berlari terus..
Tak mau pegang pulak tu..hihi..


Happy main..


Jalan-jalan melihat alam..


Mama & papa nak interframe..


Holding hands 3 of us..

Monday 11 November 2013

Rezeki dapat Jam Sepasang


Semalam en.suami pergi diiner office dia..
Kalau ikutkan dia tak nak pergi sebab tak boleh bawa anak..
Tapi kena bagi surat tunjuk sebab bagai..
maka dia pun pergi la sorang..
Tak da rezeki la saya nak join sekali dinner tu sebab kesian plak nak tinggal Aisy..
 
Walaupun tak da rezeki nak join dinner tu  ...
En.suami dapat cabutan bertuah..
 Alhamdullillah...Dapat lah jam sepasang ..

Lepas ni boleh lah melaran jam baru..hihi..
Sekarang pakai jam masa hantaran kahwin dulu..
Dah hampir 3 tahun kot jam tu berjasa..
Sekarang pun jam tu masih elok lagi..
Lepas ni boleh la tukar-tukar..

Saturday 9 November 2013

Meatball Ikea

Last week saya dan family ke IKEA..
Tujuan utama tu sebab teringin sangat nak makan Meatball ikea..
Pergi hari sabtu tu faham-faham la..umat manusia ramai sangat..
Beratur bukan main panjang semta-mata nak makan meatball..
Tapi demi tekak yang anjer sangat nak mintak meatball..
Ku gagahkan juga beratur sementara en.suami pegang aisy cari tempat...

Pergi kali ni cuma beli sudu plastik warna warni tu je untuk aisy..
Budget lari nak shopping..So window shopping sudah!


Best la aisy berlari-lari dalam ni..
Dengan orang ramainya..fuh2! Peluh ketiak mama nak..hihi..


Rezeki hari tu..alhamdulillah dapat gak makan meatball...
Mushroom sup tu wajib order kalau datang sini..
Ikutkan nak balik jugak salmon fish tu ..
Tapi kali ni side dish dia ada mix vege
(Carrot, kacang pie, jagung) tu tak suka! 
Dulu dia letak brokoli steam baru best..huhu..
Sudahnya beli brokoli stim jer..

Lepas makan.. jalan-jalan kat tesco jab pastu balik rumah..

Sunday 3 November 2013

Weekend: Cucur Udang rangup & Aisy Cedera

Bangun hari ni sakit-sakit badan sebab semalam bergusti dengan aisy...
Dia smakedown nya perut n belakang saya..Adoinyepunn..
Masa main tu layankan je..Bangun pagi ni baru rasa sakit badan..
Serius sampai rasa nak demam..

Tapi ku gagahkan juga buat breakfast untuk en.suami..
 Masa dia balik dari  outsation tu saya tanya la 
" Apa yang abang rindu masa mama(saya) tak de??"
Biasa lah soalan mengada2 tu mesti harus ditanya..
Macam-macam la jawapan keluar..
*Malas nak tulis kat sini nanti korang muntah hijau*
 & jawapan  last tu " Abang rindu masakan sayang~"

Pergh tu point yang saya rasa..eh perli ke apa ni?haha..
tau la dapur dah lama tak berasap..haha..
Tu yang tak larat pun gigih buat cucur udang tak cukup bahan..haha..
Kali ni cucur udang menjadi walaupun tak cukup bahan..
Sebab rangup! yeah!!


RESEPI Cucur Udang Rangup
  • Tepung Gandum 4 senduk
  • Tepung Beras 2 sudu besar
  • Tepung Cucur Rangup Goreng Pisang Adabi *Plastik kuning* 4 sudu
  • Baking Powder 1 susu kecil
  • Garam kunyit secukup rasa
  • Cuka 1 sudu besar
  • Udang geragau 
  • Udang
  • Bawang besar
  • Cili hidup
  • Daun kucai *tak letak pun 
  • Taugeh *pun tak letak..haha..
  • Sedikit air
Gaul semua bahan & sedia untuk digoreng..Mudah~



Tengok bibir aisy tu ...kalah angelina jolie uollls!

Pagi tadi masa kemas kan mainan aisy..macam biasa saya sama-sama mintak aisy tolong kemas toys sendiri..Aisy tolong mama ambil tu..Sambil tunuk toys yang bersepah-sepah atas lantai..Sambil tu saya sambung kemas..Tiba-tiba dengar aisy nangis selopp..Jarak tak sampai 3 kaki dengan saya..

Pusing tengok muka aisy dah tersembam kat lantai..Saya syak masa aisy  jalan tiba-riba jatuh tersembam..Tak semena-mena pun..maybe sebab terpijak toys kot sebab saya memang tak nampak sebab dok sibuk mengemas..*my bad* Kesian sangat!

En.suami tengah mandi waktu tu..Terus meluru keluar..Darah banyak sangat..Neves sangat waktu ni takut patah gigi...Alhamdulillah cuma bibir ja kena...Bengkak bibir tu pun dah surut..Lega..

Bawa juga aisy pergi klinik cek..Sambil tu boleh cucuk setahun..Aisy cucuk lambat sikit sebab masa dia setahun tu nak habiskan cucuk pnemucocal dulu..Cadangnya nak tunggu jumpa dr.afifah kpmc..Tapi sebab sabtu tu depavali so dr.afifah cuti la...Dah alang-alang nak cek luka aisy terus cucuk sekali..

Ni dugaan ke-2 buat aisy..Boleh pulak jarum tu tiba-tiba tercabut dari tiub ubat. Masa tu dah la jarum dah masuk bontot sepenuhnya tinggal nak picit ubat ja..Sekali tercabut..Dr tu memang careless arrrrr ..Geram betul ..Dah la aisy dah menangis beria dah ..Boleh dokter tu bagi alasan sebab aisy keraskan bontot dia.Tak kisahlah apa alasan dr tu..saya tetap nak salah kan dia..grrrrrrrrr!! .Dah kena tunggu cucuk lagi sekali..Kesian sangat kat Aisy..Kalau ikutkan dah nak sembur ja dokter tu tadi..Tapi ku tahan-tahan ja.Sabar jela..Geram sangat kalau ingat balik..

Korang pernah tak jadi camni????


Gambar sebelum kejadian..
Rajin betul tolong mama..Aisy aisy..

Saturday 2 November 2013

Last Weekend: Kidzania Jusco Equine & Konvo UPM

Dah masuk weekend nii baru nak cerita cerita last weekend.* Apa pun tak boleh!
Last weekend papa aisy dah kena outstation..
Ajak adik teman saya kat rumah..
 
Hari Sabtu tu kami breakfast di Pasar Pagi UPM..
Makan bihun sup  dan durian crepe kat sana memang terbaik..
Sedap sangat! * Eh esok Sabtu nak pergi lagi la!!

Lepas tu terus pergi Jusco Equine nak bawa aisy main di Kidzania.
Tahu pasal tempat ni pun bila baca blog mommy cha..
*TQ mommy cha..

Dulu masa bujang selalu je datang jusco ni sebab menyewa area seri kembangan..
Tapi masa tu langsung tak perasan tempat ni..
Ke sebab tak ambil tahu pun sebab bujang trang tang tang lagi.mana nak perasan tempat mainan ni.hihi

Charges untuk anak je..Mak pak free..
Weekend: RM15
Weekdays: RM10 
Unlimited..

 Aisy enjoy sangat main kat sini.Lepak kat sini hampir 3 jam..berbaloi-baloi..

Kat bawah ni cerita hari Ahad..Breakfast dengan Syida di Putrajaya..
Port biasa la..food court presint 9..Lepas breakfast syida ajak pergi karnival konvo UPM..
Sampai sana tak jalan sangat pun sebab cuaca panas melampau..Lepak je tengok orang FLYING FOX..

n guess what?! Anak syida yang 3 tahun tu buat flying fox..
Super brave n rilex je amina naik benda tu..Tak nangis lansung..Good job amina..
Masa dia flying fox tu semua yang tengok siap tepuk tangan lagi..
Yerla kecik lagi kot..haha.. Achik tumpang bangga..haha


Aisy yang excited nak berjalan..




Ni la amina yang flying fox itu..hihi..3 years ok!

Friday 1 November 2013

Misi itu: Selepas Sebulan

Alhamdulillah..
 Dah sebulan mama aisy cuba kawal pemakanan...
Bukan diet kaw kaw tak makan nasi tu..
Lebih kepada kurangkan kuantiti untuk setiap meal..
Contoh selalu nasi seboleh-bolehnya sebumbun penuh pinggan..
Kali ni kurangkan jadi separuh je..
Malam jarang makan lebih dari pukul 830pm..
Kalau lapar pun ku telan juga 2 cubit roti or apa2..
Kira kali ni memang diet liet2 je gitu..
Mula-mula ingat dah tak turun dah berat ni sebab masa raya tu main bantai je makan..
Tak tertahan oii tengok ketupat bagai..
Bila cik P datang menjengah mula la selera manjadi-jadi..
*oh tiba-tiba teringat red velvet secret receipy...

Jadi berapakan KG kah yang berjaya mama aisy turun untuk bulan ni????haha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
62kg----->>> 60.5kg
(1.5 kg) SAHAJA

Walaupun nampak sikit..Tapi puas hati la sebab tak diet sungguh2..
Banyak bebenor treat day nya..haha..
Insyaallah untuk bulan ni nak cuba lagi sebaik mungkin..ewah!
Angan-angan tu penting..k bye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015